Anda di halaman 1dari 17

HMEF5083_V2

TAKE HOME EXAMINATION

JANUARI / 2021

HMEF5083_V2

INSTRUCTIONAL TECHNOLOGY

NO. MATRIKULASI : CGS02154606


NO. KAD PENGNEALAN : 800214045155
HMEF5083_V2

ARAHAN
 Jangan menyalin soalan dan arahan dalam jawapan anda.
 Letakkan no soalan mengikut Soalan peperiksaan yang dijawab
 Taipkan jawapan anda dengan menggunakan saiz huruf 12 Times New Roman dan
langkau baris 1.5.

1
HMEF5083_V2

BAHAGIAN A

SOALAN 1

5 domain dalam teknologi pendidikan :

a) Rekabentuk (Design)
Domain pertama dalam teknologi pendidikan adalah rekabentuk. Dalam domain ini,
pendidik akan merancang untuk menghasilkan rekabentuk bahan-bahan pengajaran
bersesuaian dengan kandungan pembelajaran sesebuah kurikulum. Apa yang
diperlukan dalam domain ini adalah kurikulum yang jelas, papan cerita atau
storyboard, topik pembelajaran yang bersesuaian dengan tahap kognitif murid-murid
serta pengetahuan dan kemahiran yang bersesuaian untuk membangunkan bahan
instruksional. Dalam domain rekabentuk ini, kita perlu mahir menggunakan
teknologi-teknologi yang dapat menampung atau menjadi alatan yang boleh
membangunkan bahan instruksional kita. Sebagai contoh perisian Macromedia
Director atau Macromedia Flash untuk membangunkan perisian animasi bagi
membangunkan bahan instruksional yang dirancang. Namun, dalam domain ini,
papan cerita mestilah direkabentuk terlebih dahulu agar keselarian topik pembelajaran
dapat dilihat dengan jelas supaya murid-murid dapat menghubungkait isi pelajaran
dengan bahan yang dibangunkan.
b) Pembangunan (Development)
Dalam domain ini, proses penterjemahan spesifikasi rekabentuk untuk menghasilkan
bahan-bahan instruksional dilakukan. Perekabentuk yang telah merekabentuk pelan
kurikulum akan memikirkan teknik penyesuaian dalam proses pengajaran dan
pembelajaran agar dapat diselarikan dengan bahan-bahan ini. Ini bermaksud, melalui
domain ini, para pembangun teknologi pendidikan akan melaksanakan proses
pembangunan bahan-bahan bantu mengajar dalam pendidikan yang boleh merangsang
pencapaian pendidikan kanak-kanak. Antara bahan-bahan yang terhasil di dalam
domain ini adalah bahan-bahan cetak seperti buku, surat khabar, risalah, poster dan
sebagainya, bahan pandang dengar seperti rakaman suara, rakaman video atau
kombinasi rakaman suara dan video, bahan berasaskan komputer seperti, bahan

2
HMEF5083_V2
multimedia seperti video animasi, video grafik dan sebagainya. Ini bermaksud,
pendidik perlu melakukan pembangunan bahan-bahan ini yang boleh digolongkan ke
dalam kategori pengaplikasian teknologi-teknologi cetakan, teknologi audiovisual,
teknologi berasaskan komputer dan teknologi bersepadu.

c) Domain ketiga adalah penilaian (evaluation) .Domain ini bertujuan untuk


menentukan kesesuaian dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.
Terdapat empat kategori penilaian yang penting iaitu penilaian analisis masalah
pengajaran, penilaian kriteria, penilaian formatif dan penilaian sumatif. Dalam setiap
penilaian, terdapat kaedah-kaedah yang berbeza contohnya bagi analisis masalah
pengajaran, guru akan membuat kajian tindakan bagi mengetahui apakah masalah
dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dihadapi oleh beliau. Dalam kajian
tindakan ini guru akan dapat mencari kaedah yang sesuai untuk mengatasi atau
menangani masalah dalam pengajaran yang dihadapi. Bagi penilaian kriteria, guru
akan membuat penilaian dalam bentuk kuiz atau ujian bagi melihat pencapaian setiap
pelajarnya. Kemudian guru akan mengenalpasti kriteria-kriteria pelajar yang berada di
dalam kelas nya dan akan mampu mengkategorikan pelajar mengikut pencapaian
dalam ujian mereka. Manakala bagi penilaian formatif dan sumatif lebih berbentuk
kepada kaedah penggubalan item soalan yang hendak diajukan kepada para pelajar.
d) Domain keempat adalah domain penggunaan (utilization) di mana ia bermaksud
penggunaan kaedah dan model instruksional, bahan dan perkakasan media serta
persekitaran ke dalam kelas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Dalam domain
ini, guru perlu mengenalpasti bahan-bahan instruksional yang bersesuaian dengan
topik pembelajaran bagi meningkatkan pemahaman dan pencapaian pelajar di dalam
kelas. Tujuan bagi domain ini adalah untuk meningkatkan minat serta motivasi para
pelajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran agar tahap pemahaman mereka dapat
dicapai dengan optimum.
e) Domain terakhir adalah domain pengurusan di mana ia bermaksud proses kawalan
ke atas teknologi instruksional melalui perancangan, penyusunan, penyelarasan dan
penyeliaan pusat sumber atau teknologi pendidikan. Fungsinya adalah untuk
memastikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran tersusun, terkawal, berkesan dan
mencapai matlamat atau objektif pembelajaran. Hal ini amat penting kerana dengan
adanya perancangan, penyusunan dan penyelarasan akan dapat memastikan guru

3
HMEF5083_V2
benar-benar mengaplikasi bahan-bahan instruksional di dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas. Penyeliaan juga penting agar bahan-bahan teknologi
instruksional yang dibangunkan dapat digunakan pada waktu dan masa yang tepat dan
sesuai. Tanpa penyeliaan, guru mungkin tidak dapat mengenalpasti sama ada bahan-
bahan instruksional yang dibangunkan adalah digunakan secara optimum dan
berfaedah.

SOALAN 2

4 jenis teknologi masa depan adalah :


a) Penyampaian global
Teknologi yang mempunyai keupayaan untuk menyediakan pelajar dengan
pengalaman belajar yang sama, tanpa mengira lokasi fizikal di dunia atau sama ada
mereka bekerja di meja dengan komputer atau tidak. Ini bermaksud, dengan teknologi
ini, pelajar sama ada berada di sekolah, di rumah mahupun di mana sahaja akan
mampu mencapai pengalaman pembelajaran yang sama dan pada bila-bila masa
sahaja. Dengan adanya peranti pintar seperti telefon bimbit, laptop atau peranti-
peranti yang berteknologi mudah alih mampu membekalkan para pelajar ilmu dan
pengetahuan tanpa pemantauan dan paksaan daripada guru-guru. Sebagai contoh, M-
Learning Environment atau Persekitaran Pembelajaran Mudah Alih yang sedang
rancak berubah dan berasimilasi dengan kehidupan pada hari ini menyediakan
pembelajaran yang bercirikan mudah alih, interaktiviti sosial, konteks kepekaan,
penyambungan tanpa sempadan, dan keperibadian. Penyampaian ilmu pengetahuan
secara global ini dilihat semakin berkembang dengan kemunculan aplikasi-aplikasi
seperti blog, vlog, enjin-enjin carian, podcasting dan vodcasting. Namun cabaran yang
bakal dihadapi adalah pengetahuan dan ilmu-ilmu yang tiada batasan dan di luar
kawalan akan menyebabkan kita tidak mampu mengawal apakah anak-anak kita
dibekalkan dengan kemahiran-kemahiran yang sewajarnya. Kita sebagai ibu bapa dan
guru mungkin tidak mampu mengawal aliran masuk pengetahuan serta pemikiran ke
dalam diri anak-anak kerana kita tidak mempunyai masa 24 jam untuk memantau
aktiviti-aktviti pembelajaran mereka.
b) Penyampaian berterusan

4
HMEF5083_V2
Kapasiti untuk menyediakan para pelajar dengan pengalaman belajar, pengetahuan
dan prestasi yang berterusan, dan bukan pada satu aktiviti pembelajaran. Pendekatan
pembelajaran ini juga dikenali sebagai mobigogi . Istilah mobigogi timbul sebagai
keperluan untuk pedagogi penyatuan, yang merupakan sains dan seni mengajar
kanak-kanak atau remaja dan andragogi zaman universiti, sains dan seni mengajar
orang dewasa. Dalam persekitaran pembelajaran mudah alih, peranan pengajar
berbeza kerana pelajar mempunyai autonomi dan dapat mengakses pengetahuan di
mana sahaja dan bila-bila masa. Oleh itu, pedagogi instruksional baru yang
menggalakkan pembelajaran yang ditentukan (personalized learning), pembelajaran
yang tertentu (situated learning) dan pembelajaran yang sahih (authentic learning)
diperlukan. Jika kita lihat pembelajaran atas talian yang melibatkan penglibatan 100%
para pelajar dengan penggunaan aplikasi google classroom, blog, vlog, quizzie dan
sebagainya adalah secara berterusan mengikut keupayaan dan kehendak para pelajar.
Guru hanya meletakkan bahan-bahan pembelajaran serta latihan pengukuhan di
platform yang dikenalpasti, kemudian pelajar-pelajar dengan mudah mencapai segala
maklumat pembelajaran tersebut dan menjawab soalan-soalan latihan yang dibekalkan
oleh guru. Namun, cabaran yang bakal dihadapi adalah sejauh mana seluruh pelajar
kita mampu mempunyai capaian internet dan sejauh mana para ibu bapa dapat
menyediakan peranti-peranti bagi membolehkan anak-anak mereka dapat menikmati
pembelajaran secara atas talian ini. Walaulupun kitab oleh katakana bahawa
penyampaian ilmu dan pengetahuan dapat dilakukan secara berterusan, namun tidak
semua keluarga pelajar mampu menyediakan segala kemudahan dan peralatan bagi
mendapat akses kepada bahan-bahan pembelajaran ini.
c) Perkembangan pembelajaran yang pantas
Kapasiti untuk memendekkan masa pembangunan dari konsep ke penyampaian. Ini
bermaksud, teknologi pada masa akan datang akan dapat membantu para pendidik
dalam memendekkan masa untuk penyediaan kelas, bahan-bahan pengajaran dan
pembelajaran hingga lah kepada proses penilaian dan pentaksiran. Hal ini adalah
kerana teknologi seperti Mobile Learning Environment yang bercirikan pembelajaran
di mana-mana, canggih, keserasian, penekanan kepada pengajaran dan pembelajaran,
penjimatan dan penyeragaman dapat menyokong kepada usaha-usaha untuk
membantu para guru dalam menyampaikan pengetahuan dan kompetensi dalam masa
yang singkat. Namun satu cabaran yang bakal dihadapi oleh para guru adalah

5
HMEF5083_V2
kesediaan para guru untuk mengkompentensikan diri mereka untuk mempelajari
segala teknologi-teknologi pendidikan yang diperkenalkan ini. Walaupun ia dicipta
dan dibangunkan oleh manusia, namun bukan semua guru boleh mahir dalam sehari
untuk menggunakan semua aplikasi-aplikasi ini. Ini akan mengakibatkan tekanan
kepada guru kerana dibimbangi pelajar lebih maju ke hadapan dalam penggunaan
aplikasi-aplikasi canggih ini.

d) Sekadar cukup
Kemampuan untuk menyampaikan dengan tepat apa yang diperlukan oleh pelajar
pada sesuatu masa, dan bukannya sekumpulan isi pelajaran yang berdasarkan pada
rata-rata set keperluan, atau bahkan lebih buruk lagi dari keperluan pelajar yang
paling lambat. Sebagai contoh, teknologi enjin carian yang membolehkan para pelajar
mencari maklumat dan pengetahuan akan menyebabkan mereka mencari maklumat
yang perlu sahaja. Alatan dalam teknologi enjin carian seperti google, bing.bing,
ask.com dan banyak lagi merupakan teknologi yang menyokong kepada pembelajaran
ini pada masa hadapan. Ini bermaksud bahawa teknologi ini hanya menyampaikan isi
pelajaran yang perlu sahaja pada satu-satu masa, dan pelajar sendiri boleh mengawal
apa yang mereka mahu pelajari dan apa yang mereka tidak perlu. Ini boleh
menyebabkan pelajar ketinggalan dalam pelaksanaan kurikulum sekolah yang telah
ditentukan oleh pihak KPM. Oleh kerana pelajar-pelajar boleh mengawal sendiri
pembelajaran mereka, guru akan menghadapi masalah apakah isi pelajaran bagi
sebuah silibus matapelajaran dapat dihabiskan dalam satu tempoh masa. Tidak semua
pelajar mempunyai motivasi yang sama tinggi untuk belajar secara sendiri di atas
talian dan mereka juga mempunyai pelbagai minat yang berbeza-beza. Ini akan
mengakibatkan pelajar boleh memilih apa yang mereka mahu belajar dan tidak mahu
belajar.

Jelas dapat dilihat, walaupun teknologi-teknologi pada masa hadapan begitu canggih dan
banyak memudahkan guru, namun banyak cabaran yang terpaksa dihadapi seperti yang telah
diterangkan dalam setiap point di atas. Cabaran-cabaran seperti ketidakmampuan para ibu
bapa menyediakan peranti-peranti mudah alih, menyediakan capaian internet yang
berkelajuan tinggi, mengawal pembelajaran anak-anak di rumah secara sendiri dan

6
HMEF5083_V2
ketidakseragaman minat dan kebolehan pelajar-pelajar terpaksa dicarikan jalan penyelesaian
sekiranya kita mahu melihat teknologi ini digunapakai pada masa akan datang.

BAHAGIAN B

SOALAN 1
a) Empat cara bagaimana pembelajaran dalam talian dapat dijalankan semasa
krisis pandemik :
i) Secara atas talian (online)
Guru perlu bijak menggunakan aplikasi-aplikasi seperti google meet,
zoom, google classroom, google attendance, blog, vlog, dan
sebagainya dalam menyampaikan isi pelajaran kepada pelajar-pelajar.
Guru perlu menyediakan slaid-slaid nota, video rakaman atau
sebagainya sebagai sokongan kepada pembelajaran ini. Selain itu,
teknik podcasting dan vodcasting secara real time juga boleh
digunakan dalam pembelajaran online ini.
ii) Secara luar talian (off line)
Terdapat juga sebilangan pelajar yang mempunyai capaian internet
tetapi mengalami masalah kelajuan untuk menggunakan aplikasi
seperti google meet, zoom dan google classroom. Guru perlu lebih
kreatif dengan menggunakan aplikasi seperti telegram, whatsapp atau
emel dalam membekalkan nota-nota dan latihan-latihan kepada para
pelajar. Cara ini membolehkan pelajar-pelajar memuatturun bahan
pembelajaran pada waktu di mana talian internet mereka boleh dicapai
dengan lebih laju terutamanya pada waktu lewat malam atau awal pagi.
Hal ini memang dijangka kerana tidak semua pelajar mampu

7
HMEF5083_V2
disediakan dengan capaian internet berkelajuan tinggi 24 jam
sehari.Oleh itu guru harus memberi mereka ruang dan peluang untuk
menikmati pembelajaran di luar waktu sesi pengajaran dan
pembelajaran yang sepatutnya. Sekurang-kurangnya mereka tidak
ketinggalan daripada rakan-rakan mereka yang berkemampuan.
iii) Menyediakan kit modul pembelajaran
Guru perlu lebih kreatif dalam memastikan setiap pelajarnya
mempunyai akses kepada bahan pembelajaran. Sekiranya pelajar yang
berada di Kawasan pedalaman dan tiada capaian internet, guru boleh
memikirkan alternatif lain dengan menyediakan kit pembelajaran di
dalam CD atau USB dan kemudian mengeposkan kepada para pelajar.
Hal ini akan dapat membantu para pelajar menyambung pembelajaran
mereka walaupun pada waktu pandemik. Kit-kit pembelajaran haruslah
disediakan dengan lebih strategik, teratur dan terancang agar objektif
dan matlamat pembelajaran dapat dicapai.
iv) Meminta pelajar menonton rancangan pendidikan dan meminta pelajar
menyediakan rumusan isi pembelajaran hasil daripada tontoan
rancangan pendidikan tersebut. Guru terpaksa menghubungi pelajar-
pelajar yang yang tidak mempunyai talian internet dan tidak mampu
menyediakan peranti-peranti mudah alih seperti komputer riba dan
sebagainya. Bagi pelajar-pelajar yang mempunyai pelbagai
kekurangan, mungkin ini saja cara pembelajaran mereka yang sesuai
Ketika pandemik memandangkan KPM boleh menyediakan rancangan
pendidikan melalui saluran televisyen perdana di Malaysia. Apapun
cara, guru perlu bertindak kreatif dan inovatif dalam memastikan para
pelajar tidak keciciran dalam pendidikan.

b) Empat ciri Sistem Pengurusan Pembelajaran :


i. Peruntukan Kandungan Pembelajaran
pengguna boleh meletakkan bahan kursus di atas talian. Butang untuk
memprogramkan sukatan atau kandungan kursus, jadual kursus dan
bahan kursus yang dikaitkan dengan pelajaran yang khusus seperti
salinan bacaan dan ‘power point slides’ daripada kuliah telah

8
HMEF5083_V2
disediakan oleh kebanyakan LMS. Pengajar dapat mengesan
kemajuan pelajar malalui ciri-ciri penilaian. Mereka juga boleh
memberi kuiz dan ujian di atas talian dan meletakkan gred pelajar
dalam buku gred di atas talian
ii) Sebagai Alat Komunikasi
mempunyai ciri untuk menjadi alat komunikasi. Tenaga pengajar boleh
membuat pengumuman ke kelas dan menghubungkan pelajar secara
individu dengan mengaplikasikan LMS. Pelajar juga boleh menghantar
mesej dan notis di dalamnya. Mereka boleh menyimpan bahan kelas
sama ada persembahan yang akan diadakan di kelas kemudiannya atau
membuat salinan kedua untuk tugasan kelas di tempat yang selamat
dengan kewujudan Lock box.
iii) Kawalan Capaian
masa dan tempat untuk melakukan pembelajaran adalah fleksibel. Hal
ini membolehkan pelajar menguruskan masa sendiri dengan lebih
berkesan dan produktif. LMS melibatkan penggunaaan kos secara
efektif. Pembelajaran secara efektif melalui talian ini membolehkan
pelajar boleh meneroka maklumat baru menerusi perpustakaansecara
digital atau laman web. Pelajar juga berpeluang untuk membincang
dan berkongsi maklumat dengan pakar atau pensyarah yang
berpengalaman dari universitI atau mana-mana kawasan hanya dengan
menggunakan emel menerusi penggunaan LMS.
iv) Organisasi Kumpulan pengguna
memusatkan strategi pembelajaran dan pengajaran. Hal ini dikatakan
demikian kerana LMS mempunyai peranan penting dalam kegiatan
akademik, pengajaran dan pembelajaran dan sistem pengurusan
pentadbiran dalam dunia pentadbiran. Kita dapat memasang dan
menyampaikan inti pembelajaran dengan cepat dan tepat. Bukan itu
sahaja, penggabungan kaedah latihan pada platform berasaskan web
yang berskala dapat dipermudahkan. LMS disesuaikan dengan
kandungan dan membolehkan penggunaan semula pengetahuan serta
menjadi sejenis mudah alih sokongan dan standard.

9
HMEF5083_V2
Soalan 3

a) 5 Kelebihan Pembelajaran Jarak Jauh


i. Memberi lebih banyak akses terutama kepada mereka yang kurang bernasib
baik kerana faktor geografi fizikal, afiniti budaya, tempat yang terhad di
universiti konvensional dan kriteria kemasukan yang menghalang mereka
untuk berjaya menempatkan diri ke universiti.
ii. Memberi lebih banyak kelonggaran terutama bagi mereka yang terikat dengan
waktu kerana jadual kerja, urusan keluarga dan tanggungjawab sosial.
iii. Menyediakan sumber pembelajaran yang lebih baik terutamanya kerana
kaedah pembelajaran jarak jauh memerlukan pengajar untuk merancang
sumber pengajaran dan pembelajaran mereka dengan lebih awal. Ini akhirnya
dapat diindeks dalam sistem dan dikongsi. Pengemaskinian sumber secara
berkala juga meningkatkan keberkesanan keseluruhan.
iv. Kos pengajian bagi golongan yang belajar tinggal di universiti amat tinggi
berbanding dengan mereka yang melanjutkan pelajaran melalui pembelajaran
jarak jauh. Biasanya, pelajar tinggal di universiti perlu membayar yuran
tambahan seperti yuran sewa kolej. Manakala, pelajar yang mengikuti kursus
pendidikan jarak jauh boleh belajar dari rumah sahaja. Lebih- lebih lagi,
pelajar yang mengikuti kursus ini biasanya bekerja dan mampu menampung
kos pembelajaran bukan seperti pelajar biasa di universiti yang jarang
mempunyai masa untuk bekerja. Oleh sebab itu, kos kursus PJJ dianggap lebih
menjimatkan.
v. Pembelajaran jauh membolehkan pelajar untuk belajar sendiri tanpa
bergantung kepada pensyarah dan rakan sekuliah. Melalui PJJ, pensyarah
hanya memberikan tunjuk ajar dan bimbingan dari masa ke masa. Oleh itu,
pelajar yang perlu melakukan inisiatif untuk mencari maklumat, merujuk dan
mengkaji secara persendirian. Hal ini membuatkan mereka untuk berfikir lebih
kreatif dan kritis untuk menyelesaikan sesuatu masalah tanpa bergantung
kepada orang lain.
b) 7 Langkah Pemilihan LMS
i) Menentukan Strategi Pembelajaran

10
HMEF5083_V2
Mempunyai strategi pembelajaran dengan tegas adalah penting kerana ia akan
membolehkan kita menentukan sejauh mana ciri LMS yang kita perlukan.
Sebagai contoh di OUM, mod pembelajaran adalah jarak jauh dan strategi
pembelajaran adalah gabungan antara pembelajaran kendiri, pembelajaran
tatap muka dan pembelajaran dalam talian. Perkembangan strategi
pembelajaran mempertimbangkan sasaran audiens: siapa mereka, di mana
mereka berada dan apa kekangan mereka.
ii) Langkah kedua pula seperti membuat peta jalan di mana kita mahu dan
bagaimana kita akan sampai ke destinasi. Mengaitkan ini dengan pemilihan
LMS, pertama sekali adalah penting untuk mendokumentasikan rancangan
sekurang-kurangnya 10 tahun akan datang. Dan dalam 10 tahun akan datang,
di mana kita melihat peranan LMS dalam organisasi kita. Dari sana kita boleh
membina tahap dalam memasukkan peralatan yang diperlukan dalam LMS.
Dan untuk setiap alat, spesifikasi mesti diperincikan. Sepasukan pakar pemikir
yang mahir harus berada dalam kumpulan pemikir untuk menyusun idea dan
memetakan interaksi yang diperlukan.
iii) Menjalankan kajiselidik ke atas syarikat pembangun LMS
Setelah perinciannya dipetakan, inilah masanya untuk mencari syarikat yang
mungkin memenuhi kehendak kita. Lihat kesahihan mereka, pengalaman
bertahun-tahun di dalam bidang yang dicaris dan siapa pelanggan mereka yang
sebelumnya.
iv) Sediakan Permintaan untuk Cadangan (Request for Propopsal RFP)
RFP harus disediakan berdasarkan keperluan. Dalam RFP, tidak perlu
menunjukkan keutamaan keperluan, dan tidak menyenaraikannya dalam
urutan kepentingan tertentu. Kita ingin menampakkan bahawa setiap
keperluan mempunyai kepentingan yang sama. Setiap keperluan haruslah
spesifik mungkin sehingga vendor LMS dapat merespon secara langsung
terhadap permintaan tersebut daripada memberikan respons secara umum.
v) Mengkaji kertas cadangan
Dalam mengkaji proposal, kita haruslah mempunyai panduan khusus,
persoalan yang harus dijawab (kuantitatif dan kualitatif) dan komen yang
harus dibuat untuk setiap bahagian kriteria yang didokumentasikan pada
Langkah kedua tadi.

11
HMEF5083_V2
vi) Menjadualkan Mesyuarat dan Demonstrasi
Setelah vendor disenarai pendek, mesyuarat mesti dijadualkan untuk
demonstrasi dan penyertaan langsung. Adalah lebih baik jika vendor
membenarkan kita mendapatkan akses kepada produk mereka dan
menyimpannya sekurang-kurangnya seminggu sehingga kita dapat
mencubanya sendiri. Demonstrasi adalah perlu kerana ia memberi peluang
kepada vendor untuk membawa kita melalui perisian dengan cepat. Walau
bagaimanapun, kebiasaanya yang berlaku adalah kecenderungan untuk mereka
menonjolkan hanya apa yang mereka telah mahir dan sangat yakin dengan
sesuatu ciri LMS mereka sahaja.
vii) Buat Pemilihan
Akhirnya, pemilihan dapat dibuat setelah meneliti dengan teliti dan secara
dalaman membincangkan kesan yang dibuat oleh setiap vendor semasa setiap
pertemuan. Ini adalah pelaburan yang serius dan jangka panjang, jadi adalah
penting untuk mempunyai kerjasama yang lengkap di antara anggota pasukan
kajian. Juga penting untuk membangunkan pelan kontinjensi jika ciri-ciri
tertentu yang diharapkan dalam pelaksanaan awal tidak dapat dilakukan
dengan tepat pada waktunya, atau penundaan atau masalah lain yang tidak
dijangka muncul.

Soalan 4

a) 2 Cara bagaimana teknologi diasimilasikan:


i) Cara pertama adalah dengan memikirkan semula keseluruhan sifat
pembelajaran. Pekerja masa kini menyedari cabaran pengetahuan yang ada di
hadapan mereka. Sebilangan besar pekerja sekarang mahu menerima cabaran
ini. Organisasi harus memperhatikan fakta ini dan melihat semula program
Pembangunan Sumber Manusia mereka untuk melihat apakah perkhidmatan
latihan yang diberikan memenuhi harapan pekerja. Sekiranya inisiatif seperti
itu tidak diambil peduli, amalan latihan lama akan digunakan, yang mungkin
mengakibatkan kehilangan pendapatan dari segi ketidakhadiran pekerja
(secara fizikal dan mental) dan juga wang yang dilaburkan. Beberapa cara
untuk memikirkan semula sifat pembelajaran adalah dengan :

12
HMEF5083_V2
a) Mengenal pasti keperluan pembelajaran masa kini dengan
memberikan akaun terperinci mengenai proses sosial, budaya, kerja
dan berasaskan pengetahuan,
b) Mengenal pasti keperluan pembelajaran masa depan berdasarkan
perubahan dalam persekitaran komersial, kompetitif dan operasi.
c) Mengatasi jurang antara keperluan pembelajaran masa kini dan
masa depan melalui peluang pembelajaran berstruktur
d) Memanfaatkan pengalaman kerja sehari-hari dengan cara yang
diprogramkan dan belajar daripadanya,
e) Mengenalpasti dan mengklasifikasikan pengetahuan secara
sistematik,
f) Menyebarkan pengetahuan yang telah dikenalpasti
g) Menggunakan pendekatan yang berbeza untuk belajar dan
mengubahnya dengan sewajarnya apabila diperlukan untuk
melakukannya, dan
h) Tetap fokus hingga ke akhir proses.
ii) Cara kedua pula adalah dengan mengembangkan daya belajar organisasi
sepenuhnya. Membangunkan budaya belajar baru adalah penting agar kita
dapat memperbaharui produk dan perkhidmatan kita secara berterusan dan
cepat. Untuk merealisasikannya, kekuatan pembelajaran organisasi perlu
dikembangkan. Mempromosikan pembelajaran dan mengembangkan
kecekapan akan memerlukan perubahan dalam gaya pengurusan di semua
peringkat. E-pembelajaran dan strategi pengurusan pengetahuan harus
dilaksanakan secara inovatif dalam organisasi untuk meningkatkan daya
belajar setiap individu dalam organisasi. Daya belajar dapat dimaksimumkan
lagi sekiranya terdapat ketegangan pembelajaran yang tinggi dan akses kepada
maklumat. Untuk meningkatkan ketegangan pembelajaran, budaya pengurusan
baru harus diterapkan. Pengurusan juga harus melihat latihan sebagai barang
modal, bukan perbelanjaan. Ini kerana semakin banyak kita menggunakan
modal insan, semakin banyak ia menghargai dan menambah nilai pada
organisasi kita.
iii) Menjadikan pembelajaran atas permintaan sebagai sebahagian daripada budaya

13
HMEF5083_V2
organisasi (diteruskan oleh IBM dan berdasarkan konsep just-for-me
(diperibadikan
dan dicampur)). Empat (4) ciri utama pembelajaran berdasarkan permintaan
adalah:
a) Responsif;
b) Pembolehubah;
c) Berdaya tahan; dan
d) Berfokus.
b)
i. Enjin carian dan alat perlombongan data digunakan untuk pemerolehan dan
penemuan pengetahuan. Kemahiran memperoleh pengetahuan diperlukan agar
maklumat dapat diakses oleh organisasi untuk mengetahui di mana boleh
mengakses maklumat yang boleh dipercayai dan nilai kebolehpercayaan
adalah penting. Kerjasama semasa berkongsi maklumat dan pangkalan data
melalui e-mel, papan buletin, forum pengetahuan dan sistem pengurusan
kandungan dapat membantu pekerja dalam mengenalpasti kandungan yang
sesuai. Alatan yang digunakan dalam kemahiran ini adalah enjin carian yang
sangat penting digunakan bagi mencari maklumat, data atau ilmu pengetahuan
tanpa sempadan. Enjin carian seperti google, yahoo, bing.bing, ask.com,
Yandex dan sebagainya merupakan medium untuk memberikan maklumat dan
info-info kepada pengguna dengan begitu mudah dan fleksibel. Manakala
Orange Data Mining, SAS Data Mining (Stattistical Analysis System),
RapidMiner, Rattle dan banyak lagi merupakan contoh alat perlombongan
data yang berfungsi sama seperti enji carian iaitu menyediakan pangkalan data
maklumat yang pelbagai dan kita boleh mencari dan berkongsi pengetahuan
hanya di hujung jari.
ii. Internalisasi pengetahuan berlaku apabila pengetahuan yang diperoleh
dipindahkan dan diwakili dalam minda pelajar. Pengetahuan implisit ada pada
tahap ini adalah yang mungkin sangat tidak formal, peribadi, tidak seimbang
dan berasal dari pengalaman. Ini dapat dinyatakan secara eksplisit (yang lebih
bersifat pengetahuan formal) dan dapat dinyatakan melalui penulisan, peta
minda dan luaran untuk dikongsi dalam masyarakat. Internalisasi untuk
menjadikan pengetahuan implisit memerlukan pekerja untuk berbincang,

14
HMEF5083_V2
berdebat, mengklasifikasikan semula dan mensintesis pengetahuan yang sedia
ada agar pengetahuan dapat dikembang dan dikongsi bersama dalam sesebuah
organisasi. Alat yang digunakan seperti bahan penulisan (buku, majalah,
jurnal, artikel dsb), peta minda, carta aliran, dan sebagainya kebanyakkannya
digunakan dalam proses internalisasi pengetahuan ini.
iii) Pengetahuan yang dicipta harus diterbitkan. Ini dapat dilakukan di laman web,
wiki, blog, vlog dan video, dan disimpan di repositori atau sistem pengurusan
kandungan untuk diakses oleh anggota organisasi lain. Penciptaan
pengetahuan adalah mengenai perpindahan, gabungan, dan penukaran yang
berterusan dari pelbagai jenis pengetahuan, di mana pengguna amalkan,
berinteraksi, dan belajar. Penciptaan pengetahuan adalah apabila pengetahuan
eksplisit peribadi anggota digabungkan menjadi pengetahuan eksplisit
masyarakat dan organisasi dengan cara mengkategorikan, mengklasifikasikan
semula dan mensintesis pengetahuan yang ada. Kerjasama dapat membantu
proses pembelajaran di tempat kerja dan akan menyumbang kepada ekonomi
pengetahuan.
iv) Proses perkongsian pengetahuan dapat berlaku dengan menggunakan platform
dalam talian seperti laman web, media sosial (facebook, twitter, Instagram),
blog, vlog, portal dan sebagainya. Alatan-alatan ini kebanyakkannya
digunakan sejak dari tahun 1990 an lagi dan mengalami pelbagai transformasi
dari segi teknologi dan kekuasaannya. Masing-masing mempunyai pengikut
tersendiri apabila terdapat perbezaan dari segi GUI (Graphical User Interface)
bagi setiap medium tersebut. Sosialisasi membolehkan pengetahuan implisit
dibuat secara eksplisit kerana interaksi sosial memungkinkan penerapan dan
pemindahan pengetahuan melalui perkongsian pengalaman dalam kalangan
anggota masyarakat
v) Pengetahuan baru yang dihasilkan kini dapat diterapkan pada situasi dan reka
bentuk yang inovatif. Kelebihan menggunakan alat Web 2.0 adalah terdapat
ciri tambahan interaktiviti. Apabila pengguna berinteraksi dengan kandungan,
mungkin ada alternatif baru untuk dipertimbangkan yang dapat menghasilkan
idea inovatif baru. Oleh itu, teknologi Web 2.0 mempunyai kemungkinan
menghasilkan pengetahuan baru untuk peningkatan berterusan. Literasi digital
dapat membolehkan proses pengurusan pengetahuan dibuat dengan cekap.

15
HMEF5083_V2
Penguasaan alat teknologi dapat memastikan kejayaan dalam komuniti
pembelajaran. Proses pengurusan pengetahuan terakhir ini adalah merujuk
kepada aplikasi pengetahuan.

16

Anda mungkin juga menyukai