Anda di halaman 1dari 4

NURUL AZILAH BINTI AZMAN

DB210008

SOALAN AKTIVITI RANGSANGAN


1. Apakah yang anda faham tentang istilah teknologi?

Istilah Teknologi yang saya fahami adalah sebuah pembangunan yang terhasil daripada produk
mahupun gajet moden yang dicipta untuk menyelesaikan atau menaik taraf sesuatu masalah.

2. Apakah yang dimaksudkan dengan Teknologi pendidikan ?

Teknologi Pendidikan merupakan satu proses yang kompleks dan bersepadu yang melibatkan manusia,
prosedur, idea, peralatan dan organisasi untuk menganalisis masalah-masalah serta bentuk, menilai dan
menguruskan penyelesaian kepada masalah-masalah dalam keadaan di mana proses pembelajaran itu
adalah bermatlamat terkawal.

3. Apakah kepentingan teknologi pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran?

i. Meningkatkan kemahiran guru dan pelajar dalam proses pengajaran dam pembelajaran.

ii. Dapat menarik minat pelajar untuk belajar.

iii. Menjimatkan masa pencarian maklumat.

iv. Pendekatan dan teknik ke arah pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

4. Bagaimanakah teknologi digunakan untuk pembelajaran?

Penggunaan Teknologi untuk pembelajaran adalah menawarkan peluang dalam meneroka


fenomena semula jadi yang mungkin sukar atau mustahil untuk dilihat di samping membolehkan
pelajar
melaksanakan eksperimen yang sukar, terlalu mahal dan berbahaya untuk dilaksanakan dengan
cara biasa. Selain itu, menyediakan mekanisme yang jelas untuk mengkaji dan memahami aspek
kognitif guru dalam mengenal pasti ciri-ciri keupayaan teknologi bagi membantu meningkatkan
keberkesanan penyampaian pengajaran.

5. Apakah domain teknologi pengajaran?

Domain Teknologi Pendidikan terbahagi kepada dua fasa, Fasa Pertama adalah berdasarkan definisi
Teknologi Pendidikan oleh The Association for Educational Communication and Technology‟s
(AECT) 1977 Dan Fasa Kedua adalah berdasarkan definisi Teknologi Pendidikan oleh The
Association for Educational Communication and Technology‟s (AECT) 1994.
NURUL AZILAH BINTI AZMAN
DB210008

6. Apakah peranan domain teknologi

pengajaran? Domain fasa 1

Berdasarkan definisi tersebut, terdapat tiga (3) fungsi:

i. Pengembangan pengajaran

ii. Sumber pembelajaran

iii. Pengurusan pengajaran

Domain Fasa 2

Domain ini terdiri dalam 5 bahagian:

i. Reka bentuk

ii. Pembangunan

iii. Penggunaan

iv. Pengurusan

v. Penilaian

7. Apakah perkaitan antara domain-domain teknologi pengajaran? EDU 3105 Teknologi


Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 23

Antara perkaitan domain-domain teknologi pengajaran adalah mengkonsepsikan teori dan amalan
tentang mereka bentuk , membangun, mengguna, dan menilai proses serta sumber untuk
pembelajaran.

Tujuan reka bentuk adalah untuk mewujudkan strategi bersekala besar dalam penghasilan produk
seperti program dan kurikulum, serta yang berskala kecil, seperti pelajaran dan modul. Sebagai
contoh, mampu menyediakan perancangan pengajaran, serta interaksi antara manusia dengan
komputer dan seterusnya mampu memudahkan tugasan dapat diselesaikan.

Domain pembangunan merangkumi pelbagai teknologi yang digunakan dalam pengajaran. Maka
ianya berfungsi bebas daripada pengurusan penilaian, atau penggunaan.

Domain Penggunaan adalah suatu tindakan menggunakan proses dan sumber untuk pembelajaran.
Mereka y

ang terlibat dalam penggunaan adalah bertanggungjawab untuk memadankan pelajar dengan bahan
dan aktiviti tertentu, menyediakan pelajar untuk berinteraksi dengan bahan-bahan terpilih dan
melaksanakan aktiviti, memberi bimbingan semasa perbincangan, menyediakan penilaian keputusan
dan menggabungkan penggunaan ini ke dalam prosedur berterusan dalam sesebuah organisasi

Domain Pengurusan melibatkan mengawal teknologi pengajaran melalui perancangan, menyusun,


menyelaras dan menyelia. Individu dalam bidang ini kerap dipanggil untuk menyediakan pengurusan
dalam pelbagai ketetapan. Sesuatu pelaksanaan teknologi pengajaran mungkin terlibat dengan usaha
seperti pengurusan projek pembangunan pengajaran atau pengurusan pusat media sekolah.
NURUL AZILAH BINTI AZMAN
DB210008

Matlamat sebenar untuk aktiviti pengurusan boleh berbeza daripada penetapan sesuatu program
atau aktiviti, tetapi kemahiran pengurusan asas kekal malar tanpa mengira persekitaran.

Domain Penilaian ialah proses menentukan pencapaian dan melengkapkan proses pengajaran dan
pembelajaran. Ia adalah penentuan rasmi dari segi kualiti, keberkesanan atau nilai program, produk,
projek, proses, objektif, atau kurikulum. Dalam domain penilaian terdapat empat kategori iaitu
penilaian analisis masalah pengajaran, penilaian kriteria, penilaian formatif dan penilaian sumatif.
Sebagai contoh, teknologi pengajaran mungkin bertindak sebagai perunding, mengenal pasti jurang
antara objektif dan hasil pembelajaran sebenar untuk program atau projek dan mencadangkan
beberapa maklum balas bagi sebarang perubahan.

8. Apakah peranan teknologi pendidikan terhadap pembelajaran?

i. Membina kemahiran kognitif

ii. Menggalakkan pembelajaran kendiri

iii. Menjadikan pembelajaran aktif

iv. Menggalakkan pembelajaran yang menghiburkan

v. Mempelbagaikan latar belakang dan kaedah belajar

vi. Mengatasi masalah bilangan murid yang ramai

vii. Melibatkan lebih daripada satu deria

viii. Menjimatkan masa pembelajaran

ix. Membantu meningkatkan pencapaian akademik murid

x. Menggalakkan Persekitaran Pembelajaran Positif

xi. Menggalakkan Pendekatan Koperatif

xii. Menggalakkan Pendekatan Kolaboratif

xiii. Mengubah pengalaman pembelajaran

xiv. Mengubah sistem atau pendekatan pengajaran

xv. Mengubah peringkat membuat keputusan

9. Bagaimanakah teknologi pendidikan memberi kesan terhadap proses pengajaran


dan pembelajaran?

i. Proses pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan


hasil pembelajaran.

ii. Proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih mudah, ringkas dan padat
kerana pelajar akan didedahkan dengan gambaran dan persembahan menarik serta mudah untuk di
fahami.
NURUL AZILAH BINTI AZMAN
DB210008

iii. Mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan hanya tertumpu kepada
teknik pengkuliahan sahaja bahkan dapat mempertingkatkan kualiti pengajaran dengan
menggunakan
pelbagai kemudahan.

10.Apakah peranan lain teknologi pendidikan?

i. Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran.

ii. Meningkatkan kemahiran guru dan pelajar.

iii. Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua pelajar yang pelbagai keupayaan.

11.Mengapakah teknologi diperlukan dalam pendidikan masa kini?

Kemahiran menggunakan Internet membolehkan guru dan pelajar mendapatkan maklumat dan
pengetahuan yang terkini dengan lebih cepat serta efisien tanpa perlu menunggu masa yang lama
seterusnya dapat di gunakan dalam aktiviti pembelajaran. Melalui cara ini kualiti pengajaran dan
pembelajaran akan lebih berkesan kerana maklumat-maklumat dapat terus di akses ke dalam sistem.

Anda mungkin juga menyukai