Anda di halaman 1dari 9

PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

Konsep integrasi teknologi dalam pendidikan boleh didefinisikan sebagai


pengintegrasian tanpa kelim antara pelbagai media dalam satu persekitaran digital
bagi memenuhi tujuan persekitaran pembelajaran, pedagogi, reka bentuk kurikulum
dan stail pembelajaran pelajar. (Halimah, 2005).Holmes (1999), memberikan
pandangan bahawa integrasi teknologi dalam P&P memerlukan guru yang bersedia
dan fleksibel dalam menggunakan teknologi dalam kaedah pengajaran harian
dengan mata pelajaran yang diajar. Mempelajari bagaimana menggunakan komputer
belum mencukupi untuk membolehkan guru menggabungkan teknologi dalam
P&P. Elemen yang penting dalam mengintegrasi teknologi ialah pemahaman guru
terhadap isi pengajaran dan implikasi berhubung dengan teknologi.

Menurut Tajul Ariffin dan Nor’Aini (2002) kejayaan negara yang bertitik-
tolak dari pembentukan modal insan yang cemerlang sentiasa berkait rapat dengan
kejayaan dalam bidang pendidikan. Integrasi teknologi dalam bidang pendidikan
dilihat membantu pelajar dan juga guru untuk memantapkan proses pembelajaran
dan pengajaran (P&P).Selain dari itu, pengintegrasian teknologi dalam pendidikan
telah membentuk pembelajaran secara autentik yang mana pelajar diberi peluang
belajar untuk menyelesaikan masalah berdasarkan tugas dunia sebenar.

Menurut Lombardi (2007), dengan adanya bantuan Internet, visual, dan


teknologi simulasi pelajar ijazah pertama boleh menjana kejadian lepas, melihat
fenomena, menggunakan instrumen dan boleh berhubung menerusi mentor di serata
dunia. Perkara yang penting dalam integrasi teknologi pendidikan dalam pengajaran
dan pembelajaran ialah setiap strategi itu harus menjurus kepada keperluan P&P dan
sebagai satu cara untuk guru dan pelajar menyelesaikan masalah semasa proses
pembelajaran serta memperolehi hasil yang bertepatan dengan isi kandungan.

PENGENALAN

Seiring dengan perkembangan dunia semasa dan era globalisasi , bidang pendidikan
turut mengalami perubahan yang pesat dari segi sistem mahupun pengurusannya.
Dalam konteks ini, globalisasi menyebabkan wujudnya konsep dunia tanpa
sempadan., konsep liberalisasi maklumat, konsep pembelajaran global, konsep
perubahan global dan sebagainya (Abd Rahim, 2005). perubahan ini memberi kesan
sama ada positif dan juga negatif kepada masyarakat di negara membangun.
profesion keguruan ini terletak dalam pengaruh ini yang merupakan trend dan
ideologi abad ke 21. Teknologi pendidikan memberi kesan yang besar ke atas
anjakan perubahan sistem dan pengurusan pendidikan di negara-negara membangun
seperti Malaysia. Justeru itu, perubahan daripada pendekatan pendidikan bersifat
tradisional atau berasaskan kertas dan pen perlukan segara kepada pendidikan yang
berteknologi. Revolusi maklumat yang berlaku disebabkan oleh kemajuan teknologi
yang memberi cabaran baharu kepada profesion keguruan. Di samping kemajuan
yang berlaku ini perlu dimanfaatkan untuk mempertingkatkan martabat profesion
keguruan.

Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran akan


dibincangkan mengikut aspek pengajaran guru (guru menggunakan ICT) dan aspek
pembelajaran (murid menggunakan ICT). Dalam konteks pembelajaran,penggunaan
teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran boleh dikategorikan sebagai tutorial,
penerokaan, aplikasi dan komunikasi. Dalam konteks pengajaran pula teknologi
digunakan sebagai tutor dan alat demonstrasi. Perbincangan ini juga
menghubungkaitkan antara teori-teori pembelajaran dengan penggunaan teknologi
dalam pengajaran dan pembelajaran.Penggunaan teknologi dalam P&P memerlukan
kemahiran dan komitmen guru secara tepat dan berfokus. Peranan guru dalam
mengintegrasikan teknologi terlibat dalam semua peringkat proses pembelajaran
bermula dari persediaan sebelum pengajaran, semasa dan penilaian selepas sesi
P&P. Kegagalan guru dalam membuat perancangan yang teliti akan merugikan
pelajar dan menjadikan proses P&P kurang berkesan.

Kecanggihan yang semakin berkembang menyediakan banyak manfaat


kepada manusia. Pelaksanaan aktiviti dalam kehidupan seharian menjadi semakin
mudah, efektif dan efisien dengan kewujudan pelbagai alat teknologi. Demikian juga
dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P & P) di dalam bilik darjah.
Penggunaan alat- alat teknologi semasa sesi P&P bukan sahaja menjadikan sesi
tersebut lebih menarik dan mudah, tetapi mampu meningkatkan minat dan fokus
para pelajar. Pengintegrasian teknologi dalam pendidikan bukan sekadar menjadi
trend dan ikutan semata- mata, tetapi lebih menjurus kepada pengaplikasian sebuah
pendekatan baru dan terkini dalam menghasilkan satu sesi P&P yang berinovasi.
KAEDAH MERANCANG PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI

Model Perancangan Pengintegrasian Teknologi (Robyler,2008) yang memberikan


panduan untuk perancangan pengintegrasian teknologi dalam p&p. mengandungi
lima fasa:

Fasa 1 : mengenalpasti kelebihan teknologi

- Perlu mengenalpasti dengan jelas masalah pembelajaran yang akan


diselesaikan dengan teknologi komputer.
- Menganalisis punca masalah berkenaan.
- Menjalankan penyelidikan untuk meneliti samada masalah berkenaan boleh
diselesaikan menggunakan teknologi atau sebaliknya.
- Analisis keupayaan teknologi untuk pengajaran terbahagi kepada 3 :
i. aras teknologi,
- mengenalpasti ciri sesuatu teknologi berbanding teknologi yang lain.
ii. aras perwakilan
- bentuk perwakilan maklumat samada dalam bentuk teks, grafik,
animasi, audio, dan
video.

iii. aras pemprosesan maklumat.


- Pemilihan perwakilan maklumat harus sesuai dengan keupayaan
manusia
memproses maklumat.

Fasa 2 : menentukan objektif dan penilaian


- Objektif pengajaran boleh ditentukan dengan berpandukan kepada huraian
sukatan pelajaran.
- Objektif pengajaran mestilah boleh dinilai dan diukur.
- Objektif pengajaran meliputi 3 aspek;
a. Tingkahlaku yang diukur
b. Aras kemahiran
c. Kandungan
- Contoh objektif pengajaran :
 Di akhir pengajaran, murid akan dapat melukiskan struktur system suria
dengan tepat.
 Di akhir pengajaran, murid akan dapat menyenaraikan secara bertulis
daripada sepuluh jenis haiwan kategori repitilia.
- Mengenalpasti strategi terbaik perlu dibuat untuk mengukur hasil
pembelajaran.
- Kaedah pengukuran boleh digunakan ialah :
 Ujian bertulis – bentuk ujian seperti soalan aneka pilihan, soalan jawapan
pendek dan soalan esei.
 Senarai semak – sesuai untuk penilaian yang subjektif.
 Soal selidik skala likert – sesuai digunakan untuk mengukur aspek sikap
atau nilai sebelum dan selepas pembelajaran.

Fasa 3 : mereka bentuk strategi integrasi

- Strategi yang dipilih mestilah berpandukan kepada masalah pembelajaran


yang telah dikenalpasti serta teknologi yang akan digunakan bagi menyokong
menyelesaikan masalah berkenaan.
- Pemilihan strategi pengajaran akan mempengaruhi jenis teknologi yang
diguanakan.
- Terdapat 3 strategi pengintegrasian yang boleh dipilih:
a. Strategi pembelajaran langsung
 Sesuai digunakan dengan objektif pembelajaran yang berkaitan dengan
keperluan
murid untuk menguasai kemahiran khusus dan diukur dengan
menggunakan
kaedah tradisional. Contohnya: perisian multimedia

b. Strategi pembelajaran konstruktivis / Penyelesaian masalah


 Sesuai digunakan apabila objektif pembelajaran lebih global
(kemahiran
menyelesaikan masalah, kemahiran bekerja berkumpulan) dan diukur
dengan
kaedah alternative seperti folio dan projek berkumpulan. Contohnya :
perisian
simulasi.

c. Strategi pengajaran gabungan langsung dan konstruktivis


 Diguanakan apabila objektif pembelajaran merangkumi kemahiran
khsus dan
kemahiran global. Contohnya : pengajaran kuliah yang diikuti dengan
kaedah
penyelesaian masalah.

Fasa 4 : menyediakan persekitaran instruksional

- Fasa 4 dijalankan secara seiring dengan fasa 3.


- Elemen persekitaran yang perlu disediakan :
a) Perkakasan dan perisian komputer
b) Masa penggunaan
c) Keperluan murid kelainan upaya (OKU)
d) Perancangan penggunaan teknologi

Fasa 5 : penilaian dan semakan integrasi

- Penilaian dan semakan akan dapat membantu guru memperbaiki kesilapan


dan kekurangan strategi yang digunakan.
- 2 elemen yang terlibat dalam penilaian:
I. Penilaian objektif pembelajaran
o Menyemak pencapaian murid melalui kuiz dan ujian, senarai semak
atau pemerhatian di akhir pengajaran.
II. Penilaian daripada murid- maklum balas murid
- Perubahan yang boleh dilakukan selepas penilaian ialah :
 Kesesuaian teknologi yang digunakan.
 Kesesuaian teknologi dengan latar belakang murid.
 Kesesuaian teknologi dengan strategi pengajaran.
KEPENTINGAN INTEGRASI TEKNOLOGI PENDIDIKAN DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.

Diantara kepentingannya ialah:

i. Memberi peluang kepada guru dalam memperkenalkan pembelajaran


secara kontekstual yang mana lebih berfokuskan aktiviti dan masalah
sebenar.
ii. Dapat memperkayakan pengalaman pelajar. Cth: media bergerak boleh
memperkayakan pengalaman murid. Kejadian yang tidak pernah mereka
lihat atau alami akan dapat mereka saksikan sendiri dan ini menjadikan
mereka seoalah-olah mereka mengalaminya
iii. Guru boleh menggunakan ICT seperti penggunaan video, power point,
komputer dan gambar boleh mengelakkan rasa bosan pelajar seterusnya
mengekalkan minat pelajar. Ini kerana apabila pelajar diberi peluang
mencari maklumat sendiri atau berkumpulan, pelajar akan mudah dan
lebih faham tentang subjek yang dipelajar.
iv. Ia juga boleh menjimatkan masa dan tenaga kerana maklumat boleh
diperolehi dengan cepat daripada Internet.
v. Melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia berfokuskan
kepada isi-isi penting kepada topik yang akan disampaikan. Ini kerana
akan memudahkan pengajaran guru didalam kelas dan mampu menarik
perhatian pelajar.
vi. Membantu pelajar mendapat kesan pembelajaran yang maksimum dengan
penggunaan masa yang minimum. Ini kerana masa di sekolah adalah amat
terhad dan memerlukan guru kreatif di dalam pengajaran dan pembelajaran
melalui kaedah ICT mampu memberi kefahaman kepada para pelajar
dalam masa yang singkat.
vii. Membetulkan sebarang kekeliruan atau salah tafsir kerana ia memberi
sesuatu gambaran yang menyeluruh dan jelas sesuatu konsep dan
kaitannya dengan kehidupan seharian.
viii. Penggunaan teknologi pendidikan juga boleh mengelakkan berlakunya
tidak faham atau salah tafsir terhadap konsep melalui deria melihat,
mendengar atau menyentuh. Guru boleh membuktikannya melalui
tayangan video atau bahan-bahan yang boleh didapati daripada Internet.
ix. Melibatkan pelbagai deria pelajar. Cth: penggunaan visual yang diikuti
oleh audio akan melibatkan deria lihat dan dengar dan mungkin deria
sentuh. Penglibatan deria ini akan meningkatkan daya ingatan pelajar.
x. Menyediakan sumber yang luas kepada guru-guru dan pelajar-pelajar
untuk meneroka, mencari bahan pengajaran, rujukan dan penyelidikan.
xi. Kaedah integrasi teknologi pendidikan dalampengajaran dan pembelajaran
juga mampu memberi kelainan dan kepelbagaian kepada kaedah mengajar
kerana sebelum ini , guru hanya menggunakan kaedah syarahan atau kuliah
didalam kelas.
xii. Pelajar boleh menguasai pelbagai kemahiran manipulatif seperti
kemahiran pemprosesan perkataan (words), pangkalan data (database),
dan grafik (kaku atau bergerak), serta boleh membuat pembentangan
tugasan menggunakan alat-alat teknologi.

SUMBER: Http://mohdrusydirozali.blogspot.com/2012/12/integrasi-teknologi-
pendidikan-

dalam.html

Anda mungkin juga menyukai