Anda di halaman 1dari 1

Antara peranan guru dalam membentuk guru yang dinamik dan progresif selari

dengan perkembanagn teknologi masa kini ialah guru seharusnya melengkapkan


diri dengan pengetahuan baru. Seperti kita sedia maklum, kita kini berada di era
globalisasi dimana semua maklumat di perolehi di hujung jari. Perkembangan
teknologi yang amat pesat sedang berlaku dan sebagai guru khususnya, kita
seharusnya tidak ketinggalan dalam dunia serba canggih ini. Dinamik menurus
kamus dewan edisi keempat membawa maksud bertenaga dan berkekuatan serta
mampu membuat penyesuaian serta menerbitkan pembaharuan dan kemajuan
manakala progresif pula bermaksud menuju ke arah perbaikan atau kemajuan.
Berdasarkan dua istilah yang disebut dalam FPG ini, besarlah peranan guru untuk
merealisasikannya.

Guru dinamik adalah guru yang sentiasa responsif dan berupaya menyesuaiakan
diri untuk menghadapi perubahan dari semasa ke semasa. guru dinamik juga
mampu mengatasi cabaran baru yang sentiasa timbul. Guru dinamik perlulah
mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang matapelajaran yang diajarnya,
menegtahui dan menguasai kaedah dalam pengajarannya dan mempunyai sahsiah
yang baik dan dapat dihormati dan dicontohi oleh anak murid.

Dalam P&P, guru yang dinamik dan progresif sentiasa menggunakan kaedah baru
dan bersesuaian dengan masa kini. Misalnya, guru haruslah menghasilkan alat
bantu mengajar ataupun set induksi yang bersesuaian dengan masa guru. Guru
boleh menggunakan gajet seperti komputer riba, pembsesar suara atau apa sahaja
yang mampu menarik minat murid, bersesuaian dengan zaman ini.

Guru merupakan individu pertama yang perlu melengkapkan diri dengan pelbagai
ilmu baharu terlebih dahulu sebelum diturunkan kepada anak murid.
Kesimpulannya, guru merupakan agen penting dalam globalisasi pendidikan..

Anda mungkin juga menyukai