Anda di halaman 1dari 6

BAB I NASKAH / TRANSKIP PUBLIC SPEAKING

Guru inovatif melonjakkan transformasi pendidikan Negara. Yang Berusaha Saudari Pengerusi Majlis, yang dihormati pensyarah, penjaga detikyang patuh pada waktu dan seterusnya rakan-rakan seperjuangan sekalian. Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan. Tarikh 16 Mei setiap tahun amat bermakna bagi warga guru yang pasti diingati,dihargai dan diraikan.Tidak kiralah siapapun, banyak atau sedikit ilmu dicurahkan,bangsa atau agamanya, mereka tetap bergelar guru. Tokoh sasterawan Negara iaituAllahyarham Usman Awang ada menyatakan bahawa siapapun kita hari ini, samaada Perdana Menteri, pensyarah, peguam, petani atau nelayan, kita bermuladengan ajaran guru.Justeru, berdirinya saya di pentas perdana ini dengan penuhiltizam, ingin menyebarkan sedikit dogma berpandukan tinta dan wacana parasarjana, melalui mauduk pidato saya iaituGuru inovatif melonjakkan transformasi pendidikan Negara. Sebelum saya menghuraikan lebih lanjut isi pidato saya, izinkan saya mendefinisikan tajuk pidato saya terlebih dahulu. Menurut kamus dewan, guru bermaksud pengasuh,pendidik dan pengajar. Manakala inovatif bermaksud kreatif:mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan, dan mengembangkan sesuatu dan seterusnya transformasi bermaksud perubahan bentuk manakala melonjakkan transformasi ialah mewujudkan atau menghasilkan transformasi atau perubahan sesuatu. Menurut Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd. Ghafar Mahmud "Guru bertindak sebagai pencetus dan penggerak kepada proses transformasi sistem pendidikan negara dalam usaha melahirkan generasi masa depan yang intelek, berdaya saing,berjati diri kukuh dan berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai sejagat,"Dengan adanya pendidik yang cemerlang ini, maka transformasi pendidikan Negara berjaya dilakasanakan Sidang dewan yang budiman, Bingkisan wacana saya yang pertama berpaksikan pendidik cemerlang ialahpendidik yang mengamalkan budaya pembelajaran sepanjang hayat. Konseppembelajaran sepanjang hayat atau lifelong learning bukanlah merupakan satukonsep yang baru dalam sistem pendidikan negara. Pembelajaran sepanjang hayat dari segi konsepnya merangkumi pengertian yang begitu luas. Konsep ini merujuk kepada proses pendemokrasian pendidikan yang merangkumi program meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi sama ada secara formal disekolahatau secara tidak formal berdasarkan pengalaman dan latihan di sekolah.Setiap individu harus mengekalkan amalan meneroka ilmu pengetahuan secaraberterusan tanpa mengira masa, tempat dan keadaan.Konsep pemelajaran sepanjang hayat (PSH) atau lifelong learning bukanlah merupakan satu konsep yangbaru dalam sistem pendidikan negara yang berlaku ekoran dari perubahanpersekitaran baru di mana ekonomi berasaskan

pengetahuan atau K-Ekonomimenjadi keutamaan.Jesteru itu, institut pendidkan guru menerapkan nilai pembelajaran sepanjang hayat kepada bakal guru.Budaya ilmu ini sangat penting,oleh itu budaya membaca telah lama dipratikkan oleh warga IPG. Di samping itu,pelajar di ipg bukan sahaja diterapkan dengan nilai pembelajaran sepanjang hayat,malah IPG melatih bakal guru untuk mengajar pelajarpelajar supaya berminat dalam pembelajaran. Di samping itu,pelajar guru dilatih untuk meningkatkan teknik pengajaran dalam bilik darjah. Keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah memberi impak yang maksima kepada pelajar. Oleh itu, pelajarguru IPG diajar pelbagai jenis dan kemahiran mengajar untuk menarik minat pelajar semasa proses pembelajaran dan pengajaran dalam kelas. Dengan ini, guru bukan sahaja melahirkan insan yang berilmu tinggi malah mengamalkan budaya pembelajaran sepanjang hayat. Hal ini sangat wajar kerana Kerajaan Malaysia telah mengambil tindakan proaktif mengubal dasar di mana PSH menjadi teras utama dalam perancangan pembangunan negara. Rangka Rancangan Jangka PanjangKetiga (RRJP3) bagi tempoh 2001 2010 dan Dasar Wawasan Negara (DWN)adalah merupakan rangka pembangunan negara jangka panjang bagi menghadapi cabaran globalisasi, liberalisasi ekonomi dan persekitaran ekonomi berasaskan pengetahuan. Dalam erti kata yang lain, peranan guru sebagai pelaksana dasar kerajaan di peringkat akar umbi sangat diperlukan. Guru perlu melalui proses PSH bersama dengan murid-murid.Oleh itu, guru juga memainkan peranan dalam mengamal serta menerapkan konsep PSH kepada pelajar disamping member ipenekanan kepentingan PSH dalam pembangunan negara. Dengan adanya pendidik yang cemerlang ini, maka transformasi pendidikan Negara Berjaya dilakasanakan. Sidang dewan yang berwawasan, Wacana saya yang kedua ialah Pendidikan cemerlang ialah pendidik yang berilmu pengetahuan luas, mendalam dan terkini. Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin Menteri Pelajaran Malaysia, pendidik Cemerlang ialah pendidik yang mempunyai pengetahuan, kemahiran dan kepakaran yang tinggi dalam mata pelajaran khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran.Justeru, Pendidik Cemerlang harus memahami dan menghayati tugasnya sebagai guru yang menghendaki agar kita bertanggung jawab terhadap tugas-tugas lain selain daripada mengajar. Perkara yang paling penting ialah meningkatkan kemahiran dalam penggunaan ICT. Bidang perguruan sentiasa berkembang dan berubah sejajar dengan perubahan zaman. Perkembangan global dengan teknologi telekomunikasidan internet menuntut banyak cabaran kepada pendidik untuk mencapai Misi Nasional. Ilmu ICT mesti terlebih dahulu dapat dikuasai oleh para pendidik sebagai melengkapkan diri dengan kemahiran terkini bagi menyempurnakan penubuhan sekolah bestari yang berteraskan penggunaan komputer sebagai satu bentuk kurikulum wawasan negara Malaysia untuk menjadikan negara maju menjelang 2020. Guru juga harus memperlengkapkan diri secara global kerana dalam erateknologi maklumat masa kini masyarakat terpaksa berdepan dengan pelbagai peralatan elektronik dalam kehidupan harian sebagai cara hidup moden.Pembestarian sekolah seperti projek Sekolah Bestari dan SchoolNet, hendaklah dihargai oleh guru dengan menggunakan segala kemudahan semaksimal mungkin.Oleh itu, pelajar IPG dilatih untuk peka terhadap perkembangan pendidikannegara dan di dunia. Mereka diajar untuk bersedia menerima sebarang perubahan dalam pendidikan termasuk menerima inovasi baru, belajar kaedah terbaik,menggunakan teknologi terkini dan menilai keberkesanan pendidikan yangdiaplikasikan di luar negara.Contohnya, semasa pembentangan dalam kelas gurudibenarkan untk menggunakan powerpoint

atau persembahan menggunakan video.Di samping itu, pelajar guru kena berfikir di luar kotak, melihat sesuatu daripada perspektif baru, membuka minda dengan idea-idea baru, menerbitkan ideabesar kepada idea-idea yang lebih kecil, berfikir secara fleksibel dan membuatsintesis, imaginasi dan visualisasi. Contohnya menggunakan daya imaginasi merekadalam proses mencerna minda.Setiap guru perlu bersedia untuk menerimasebarang perubahan dalam pendidikan termasuk menerima inovasi baru, belajar kaedah terbaik, menggunakan teknologi terkini dan menilai keberkesanan pendidikan yang diaplikasikan di luar negara. Seperti yang diketahui abad ke-21adalah era maklumat maka amatlah perlu kita dapat "melihat jauh ke depan" dalam konteks Wawasan 2020 dan perubahan-perubahan yang dibawa oleh eracyberspace, dalam usaha mewujudkan generasi pelajar yang berminda saintifik,kreatif, inovatif, mencintai ilmu, progresif, berbudaya fikir, di samping berakhlak dan beradab. Hadirin yang saya muliakan, Nirmala kata saya yang ketiga ialah guru yang inovatif perlu menguasai,mengamal, menghayati dan berkongsi ilmu.Guru perlu memahami keseluruhan sistem kerja termasuk perhubungan di antara kerja mereka, unit kerja mereka danorganisasi. Apabila memperolehi kemahiran baru, ianya dapat digunakan dalam kerja dan berkongsi maklumat dengan pekerja lain. Menurut YAB Tan Sri Dato Haji Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran.pendidikan ialah agenda yang tidak boleh dilaksanakan secara bersendirian serta perlu melibatkan pelbagai pihak untuk memastikan ianya mencapai taraf dan kualitiyang tinggi standing negara maju.Guru wajar mempunyai komitmen yang sepenuhnya dalam perhubungan kerjasama melalui perkongsian maklumat dan penglibatan bersama dalam membuat keputusan dan komitmen sepenuhnya kepada peningkatan kualiti, kecekapan dan keberkesanan, terutamanya dalam penggunaan sumber.Bagi merelisasikan tuntutan ini, IPG telah menerapkan semangat berpasukan dalam diri pelajar guru. Contohnya semasa membuat setiap kerjakursus, pelajar guru diwajibkan untuk membuat kerja secara berkumpulan. Ini dapat memupuk semangat berpasukan dan kerjasama dalam diri mereka. Selain itu, dalam melahirkan guru yang menguasai, mengamal dan menghayati profession mereka,IPG telah melatih pelajar guru melakukan pengajaran dan pembelajaran dengansesuatu cara yang unik. Dalam menyahut usaha kerajaan untuk menjadikanpembelajaran bertaraf dunia, para pelajar guru dinasihatkan bersikap profesional.Seorang guru yang profesional memiliki sikap yang cintakan ilmu, mempunyai iltizamyang tinggi, beretika dan juga kompeten. Mereka berusaha untuk mendapatkan ilmusecara formal dan tidak formal. Contohnya, program seperti pengalam berdasarkansekolah membolehkan guru merasai pengalaman sebenar persekitaran sekolah danmengetahui cara untuk mngajar. Selain itu, terdapat program seperti Bina Insan Guru melatih pelajar guru bersedia dari segi mental mahupun fizikal sebelum menempuh alam perkerjaan sebagai guru. Meniti kita kepada nirmala kata saya yang keeempat, Saya pasti sidang dewan sekalian pernah mendengar bahawa wujudnya juruteraelektrik, jurutera pembangunan dan sebagainya tetapi tahukah sidang dewan sekalian bahawa guru juga merupakan jurutera. Guru merupakan jurutera manusisyang membina akhlak dan minda generasi baru. Jesteru, guru yang berinovatif perlumenjana, mencetus, mengembang dan menyumbang ilmu.Pendidik cemerlangs eharusnya berupaya menjana idea baru dalam pelbagai bidang dan berkongsi ideabagi

meningkatkan mutu pendidikan Negara.Pendidik juga haruslah mempunyai inisiatif dan bersifat responsif dalam mentransformasikan pendidikan negara untuk mendepani cabaran globalisasi. Menurut YAB Perdana Menteri, Dato Seri MohdNajib bin Tun Haji Abdul Razak selaku Menteri Pelajaran yang memperkenalkankonsep Guru Cemerlang pada tahun 1995, Perdana Menteri menegaskan perananGuru Cemerlang sebagai guru yang kekal mengajar dalam bilik darjah danmencetuskan inspirasi dan motivasi kepada guru-guru lain untuk bersama-samabersaing meningkatkan kualiti proses pembelajaran dan pengajaran (P&P) disekolah masing-masing. Bagi menyahut tuntutan ini, IPG menggalakkan pelajar guruberusaha mencari idea-idea baru dalam melaksanakan kurikulum dan meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Bukan itu sahaja, malah IPG melatih pelajar guru untuk menjadi kreatif dan inovatif. Contohnya, pelajar guru kenamencipta pelbagai jenis alat bantu belajar dan juga alat bantu belajar. Nirmala kata saya yang kelima dan terakhir, Guru yang cemerlang perlu mengamalkan budaya penyelidikan. Guru-guru perlu mempunyai komitmen yang sepenuhnya kepada kecemerlangan dalam pengajaran,penyelidikan dan perkhidmatan dengan mengekalkan mutu yang terbaik. Mereka perlu mempunyai kesanggupan untuk bergerak balas secara proaktif bagi mengubah dan menyumbang secara berkesan terhadap keperluan masyarakat. Serta kesanggupan untuk menggunakan ilmu, penemuan dan pembaharuan untukdimanfaatkan oleh masyarakat umum dan ekonomi Malaysia. Menurut Tun AbdullahHaji Ahmad Badawi mantan Perdana Menteri Malayasia yang kelima mengatakan bahwa warga pendidik perlulah berwawasan, proaktif dan inovatif serta sentiasa berada di barisan hadapan agar sistem pendidikan Negara dinamik dan progresif.Oleh itu, IPG mengggalakkan para pelajar membuat penyelidikan tindakan bagi bertujuan untuk mengesan keadaan dan masalah dalam amalan-amalan pendidikanterutamanya mencari kelemahan-kelemahan atau masalah yang terdapat dalam sistem pendidikan atau pengajaran seorang guru. Penyelidikan ini terdiri daripadamerancang, bertindak, memerhati dan membuat refleksi. Contohnya pelajar gurumembuat kajian penyelidikan tindakan untuk mengetahui strategi, kaedah dan teknikyang paling sesuai untuk mengajar, perancangan aktiviti, pemulihan dan pengayaan,penggunaan bahan-bahan pengajaran dan pengurusan semasa pengalamanberasaskan sekolah.Refleksi pula penting untuk mengetahui kebaikan dankelemahan pengajaran dan pembelajaran agar dapat memperbaiki danmengubahsuai semula kemahiran tertentu. Refleksi sangat wajar dibuat bagi setiapaktiviti yang dijalankan agar pelajar guru dapat memikirkan kaedah terbaik dalamperlaksanaan aktiviti tersebut. Sidang dewan sekalian, Ingin saya simpulkan peranan guru sebagai tunjang utama dalam memperkasakan dan memajukan bidang pendidikan di negara ini sememangnya tidak dapat dinafikanlagi. Fungsi dan peranan guru dipandang tinggi dan diiktiraf bukan sahaja sebagaipenyampai ilmu, jurutera sosial, penyubur perpaduan, pencorak minda, pembangunsahsiah malah sebagai agen perubahan. Oleh yang demikian, pemilihan tema hariguru pada tahun ini iaitu "Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara" adalahamat bertepatan sekali.

BAB II PENEMPATAN ETHOS PADA NASKAH

1.

Competensi, integritas dan tenggang rasa: Pada kondisi ini komunikan akan menentukan apakah mereka percaya bahwa komunikator memiliki kompetensi, kualitas dan good will dalam aktivitas komunikasi. Tugas seorang komunikator adalah membimbing komunikan untuk percaya, bahwa ia adalah seorang yang memiliki kemampuan, memiliki integritas dan memiliki tenggang rasa yang tinggi kepada para komunikannya. Komunikator menunjukkan ethos kepada komunikannya dengan jalan melakukan pilihan. Pada tahap awal pembinaan ethos, komunikator berusaha mengembangkan komponen tersebut dalam dirinya sendiri.

2. Persiapan (preparation): Ini merupakan faktor mutlak. Akan tetapi bila hanya memperhatikan persiapan saja belum cukup. Komunikator harus memperlihatkan kepada komunikan bahwa ia telah melewati persiapan. Sang komunikator harus menunjukkan kepercayaan mengenai persiapan ini bukan saja sewaktu ia berbicara, tetapi juga dalam tingkah lakuknya, sebelum dan sesudah berbicara. 3. Kesungguhan (seriousmess): Seorang komunikator yang sungguh-sungguh akan membangkitkan kepercayaan dari pada komunikator yang tidak melakukannya secara demikian. Seorang komunikator harus menangani subyeknya, audiense nya dan peristiwanya dengan sungguhsungguh. Kita dapat menyaksikan begitu banyak orator politik yang sukses menyisipkan humornya ke dalam pidatonya, tetapi mereka dengan hati-hati pula menghindarkan diri reputasinya sebagai pelawak. Winston Churcill, kita kenal sebagai orator ulung yang biasa menggunakan humor ketika melakukan pidato di tengah situasi perang dunia kedua, namun ia juga begitu berhati-hati yang dapat mengesankan bahwa dirinya sedang tidak serius menghadapi perang dunia tersebut. Di bagian lain, Adlai Stevenson begitu tragis ketika berkampanye untuk kepresidenannya disebabkan para pendukungnya menganggap bahwa dia lebih layak menjadi seorang humoris ketimbang sebagai presiden. 4. Ketulusan (sincerity): Seorang komunikator harus menunjukkan kesan kepada audiense atau komunikannya bahwa ia adalah orang yang tulus dalam pikiran dan perbuatan. Sang komunikator yang mahir dapat menstimulus faktor ethos, jadi menciptakan kesan palsa dalam pikiran audiense. Namun, bila audiense mendapati kepalsuan dan ketidakjujuran maka sang komunikator akan menuai ketidakpercayaan dari audiensenya. Oleh karena itu cara terbaik bagi

seorang orator ialah menumbuhkan ethos ini dengan kemampuan untuk memproyeksikan kualitas ini kepada para komunikannya. 5. Kepercayaan (confidence): Seorang komunikator harus senantiasa memancarkan kepastian. Untuk itu dia harus muncul dengan penguasaan diri dan situasi yang sempurna. Cara satusatunya adalah dengan melakukan persiapan secara menyeluruh untuk segala situasi. 6. Ketenangan (Poise): Audiense akan cenderung mempercayai pembicara yang tenang, santai dalam pidatonya dan dalam situasi sosial di sekitar pidatonya, dan yang mempunya kesadaran akan kerahamahan yang memadai bagi peristiwa pidatonya. jadi, ketenangan dalam segala situasi pidato, baik di hadapan orang-orang penting maupun orang kebanyakan merupakan sesuatu yang krusial. Ketenangan dalam situasi pidato sendiri ditimbulkan ketika sang pembicara muncul di depan publik. Seoran pembicara yang berpengalaman akan mengangguk dengan tenang kepada pembicara lainnya, dengan tenang pula mengatur catatan atau bahan ppidatonya, dan mendengarkan dengan penuh perhatian yang sopan kepada pembicara lainnya tanpa menunjukkan reaksi kepada argumennya. Dan ketika, tiba saatnya dia berbicara, ia menghampiri mimbar dengan langkah yang pasti dan tenang serta penuh percaya diri, lalu setelah memberikan pernyataan terima kasih secara singkat dan sopan atas undangan kepadanya dan dapat bersama-sama dengan pembicara lainnya di sana, untuk kemudian menyajikan uraiannya. Dengan demikian, faktor ketenangan ini hanya berlaku dalam komunikasi lisan, khususnya orasi atau pidato. 7. Keramahan (friendship): Kita lebih mempercayai teman daripada orang yang belum kita kenal. Olehnya, komunikator harus menunjukkan dirinya sebagai seorang sahabat kepada mereka yang menyelenggarakan pertemuan itu terdapat perdebatan. Hal yang terakhir ini paling kurang menyatakan hormat. 8. Kesederhanaan (moderation): Umumnya komunikan menaruh kepercayaan dengan mudah kepada orang yang sederhana yang namun dalam pernyataannya masuk akal. Bagi seorang pembicara atau orator, biasanya akan menguntungkan bila ia memperlihatkan kesederhanaan. Gerak-gerik, bahasa tubuh dan mimik yang sederhana dan hindari apa yang disebut oleh anak mudah sekarang lebay. Kini orang lebih menyukai gerak gerik yang santai daripada yang kaku, berlebihan dan dibuat-buat. Hanya komunikator yang berpengalaman saja yang

mengetengahkan istilah-istilah yang sederhana, mudah dicerna dan membuat hadirin mengangguk-angguk tanda setuju.

Anda mungkin juga menyukai