Anda di halaman 1dari 3

Saya juga telah membuat pemerhatian secara umum ke atas ciri-ciri dan kualiti guru pada hari ini

dan melihat kepada pemerhatian saya di sekolah-sekolah yang berdekatan, guru-guru pada hari
ini dapat menghayati ciri-ciri dan sikap profesionalisme keguruan dalam melaksanakan
tanggungjawabnya bagi mencapai matlamat FPG yang ingin mewujudkan insan yang seimbang.
Antaranya ialah guru perlu mengamalkan ilmu dan bersedia menjadi pelajar seumur hidup.
Sememangnya, sebagai pengamal ilmu, seseorang guru perlu mempraktikkan budaya ilmu
seperti membaca, berfikir, memerhati, berkarya, bertukar fikiran serta mencari pengalaman baru.
Dalam proses pengajaran contohnya, guru hendaklah memindahkan ilmu yang baik dan
seharusnya meninggikan adab murid sebagai seorang pengamal ilmu. Hal ini kerana, budaya
ilmu haruslah dibentuk semasa menuntut ilmu dan ianya hendaklah dipupuk dalam diri seorang
guru supaya dia dapat menjadi contoh dan teladan yang baik bagi para pelajarnya. Hal ini
pastinya akan membawa kepada kelahiran generasi yang mencintai ilmu pengetahuan dan
seterusnya menjadi teras dan tunjang dalam amalan pendidikan seumur hidup.

Seterusnya, untuk mencapai matlamat sebenar FPG, guru-guru perlu mengamalkan


kemahiran professional. Secara umum bersetuju, guru merupakan tenaga ikhtisas di dalam
bidang perguruan yang dipertanggungjawabkan untuk mendidik murid-murid di sekolah. Oleh itu,
guru yang mempunyai kemahiran professional sangat memainkan peranan yang besar dalam
menghasilkan generasi yang berpendidikan, berkemahiran, berbudaya ilmu dan berakhlak.
Peranan ini penting bagi membawa pendidikan negara Malaysia ke arah pendidikan yang bertaraf
dunia. Para pelajar mestilah dididik menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi untuk
melahirkan pelajar yang terdidik untuk belajar sepanjang hayat dan mempunyai intelektual yang
tinggi dalam menghadapi era globalisasi.

Selain itu, guru-guru perlu peka dengan segala perkembangan dalam bidang pendidikan.
Justeru itu, untuk menjadi pendidik yang profesional, seorang guru perlu peka terhadap keperluan
pendidikan yang terkini. Guru yang menjadikan Falsafah pendidikan Guru sebagai panduan juga
sentiasa mengikuti perkembangan terhadap kajian-kajian lampau dan terkini bagi mengemas kini
pengetahuan dan kemahiran mereka. Mok Soon Sang (2007), menegaskan bahawa guru
hendaklah melengkapkan diri dengan menguasai kemahiran menggunakan internet untuk
memperolehi maklumat tentang perkembangan terhadap pedagogi pengajaran masa kini di
samping membimbing murid-murid menggunakan internet sebagai satu proses pembelajaran.

Tambahan pula, semua guru perlu berusaha meningkatkan penguasaan dalam bidang
ICT. ICT dalam pendidikan bermaksud penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi yang
menyokong proses teras dalam pengurusan dan pentadbiran pendidikan, p&p serta pendidikan
sepanjang hayat. Penggunaan ICT oleh guru dan pelajar dalam proses p&p boleh meningkatkan
kefahaman dan penguasaan dalam pembelajaran. Ia juga membolehkan pelajar mengakses
maklumat dan bagi mencari maklumat dengan pantas dan terkini. Hal ini pasti akan membuatkan
pelajar berasa seronok untuk belajar, tidak jemu, tidak malas dan tidak mengantuk. Jika guru
sentiasa mengaplikasikan penggunaan ICT di dalam p&p, pastinya pembelajaran menjadi lebih
bermakna dan seterusnya sikap pelajar untuk mencintai ilmu dapat dipupuk di kalangan pelajar.
Hal ini seterusnya akan menyebabkan pelajar mempunyai keupayaan untuk belajar, mengubah
tingkah laku dan tabiat serta mengambil iktibar dan pengajaran daripada ilmu baru. Jadi,
pentingnya kesediaan dan kesanggupan seseorang guru untuk belajar supaya dapat menguasai
teknologi maklumat dan komunikasi agar sistem pembelajaran pelajar tidak berpusatkan kepada
buku teks semata-mata.

Malahan, guru-guru harus berusaha menjadi contoh teladan yang baik. Tingkah laku guru
adalah contoh teladan kepada para pelajar. Oleh itu, guru haruslah mempunyai sifat-sifat terpuji
yang boleh menjadi teladan kepada pelajar dan juga masyarakat. Sebagaimana yang kita
ketahui, tugas seorang guru tidaklah terhad kepada proses mengajar atau menyampaikan ilmu
pengetahuan semata-mata. Namun, tanggungjawab guru juga adalah untuk memastikan
pembentukan sahsiah pelajar termasuk pembentukan dan perkembangan dalam aspek jasmani,
rohani, intelek dan emosi supaya para pelajar berupaya menjadi insan yang berilmu
pengetahuan, bermoral tinggi, harmonis dan juga seimbang. Dengan adanya usaha seperti ini,
pastinya masyarakat kita akan memandang tinggi kerjaya seorang guru.

Kemudian, guru-guru disarankan supaya berusaha meningkatkan penguasaan bidang


ilmu dan kemahiran. Setiap guru semestinya perlu menguasai kandungan ilmu dalam mata
pelajaran yang diajar, mahir mengaplikasikan teori pertumbuhan dan perkembangan manusia
dan berupaya menjadi fasilitator yang baik. Hal ini akan menjadikan mereka berusaha sebaik
mungkin untuk melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan, ilmu pedagogi dan
sebagainya. Perkara ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka meningkatkan kemahiran
yang ada pada diri demi meningkatkan prestasi masing-masing untuk menjadi seorang guru yang
berkaliber.

Guru-guru juga perlu menentukan cara setiap murid belajar dengan kaedah yang sesuai
dengan keadaan murid-murid tersebut. Dalam perkara ini, guru harus mempunyai kemahiran
dalam memilih strategi p&p yang sesuai kerana ia merupakan suatu rancangan untuk
melaksanakan aktiviti dalam p&p. Setiap guru hendaklah mahir dalam penggunaan kaedah dan
teknik mengajar untuk menyampaikan isi pelajaran dengan cara yang berkesan, kerana pemilihan
kaedah dan teknik mengajar yang sesuai akan menjamin keberkesanan pengajaran serta
pencapaian objektifnya secara optimum. Pada masa yang sama, guru juga perlu membuat
penilaian dan menghargai perbezaan setiap individu kerana setiap perbezaan itulah yang akan
menentukan cara setiap individu itu belajar sehingga memberi pengalaman pembelajaran kepada
setiap pelajar yang mempunyai kepelbagaian dalam proses pembelajaran.

Akhir sekali, guru sewajarnya cenderung mengamalkan pengajaran yang efektif. Guru
yang efektif sentiasa mengenalpasti ciri-ciri pengajaran efektif dari segi perancangan,
pelaksanaan, dan juga dari segi penilaian pengajaran. Perancangan pengajaran Clarke dan
Cutler (1990) menyatakan bahawa keberkesanan pengajaran bergantung kepada perancangan,
pelaksanaan dan penilaian terhadap proses dan objektif pembelajaran. Cohn et al, (1987) juga
telah menyokong pendapat ini dengan menyatakan guru haruslah membuat refleksi kendiri untuk
menilai objektif pengajarannya setelah selesai melaksanakan pengajaran.

Anda mungkin juga menyukai