Anda di halaman 1dari 3

Dakwat untuk penulisan khat

Dakwat adalah bahan yang sangat penting dalam penulisan khat. Dakwat yang baik akan mempengaruhi
penulisan menjadi cantik dan lancar. Begitu juga sebaliknya, dakwat yang kurang baik akan menjejaskan
kelancaran pena khat tidak kiralah ianya pena logam, tumbuhan atau marker.

Terdapat banyak jenama khat di luar sana. Tahukah anda apakah dakwat yang terbaik untuk menulis
khat? Pastinya dakwat yang dibancuh sendiri boleh memberikan kepuasan dalam penulisan khat.
Andainya tiada, nak guna dakwat apa ye?

Bukan hanya kulit buah delima dan buah manjakani boleh dijadikan dakwat, malah beras, bunga lawang
dan cengkih turut mampu dijadikan dakwat.

+ petikan KOSMO!

Di sini saya tunjukkan beberapa jenama dakwat yang boleh digunakan.

Dakwat kaligrafi Cina (sesuai untuk asas sahaja kerana


teksturnya kurang halus, menyukarkan penulisan)
Dakwat terbaik di pasaran (kalis air, hitamnya pekat dan penulisan akan jadi halus dan nampak
pergerakan dakwat)

Dakwat Parker (tekstur halus tetapi kurang pekat, lebih tepat lagi, cair)

Dakwat Manuscript Calligraphy ( tekstur halus, tidak kalis air)

Dakwat Calli (sangat sukar didapati, hitamnya sangat pekat, tekstur halus, kalis air)
Dakwat Sheaffer (halus tetapi dakwatnya jernih, tidak kalis air, sesuai untuk pena logam)

Bekas dakwat (diletakkan span di dalamnya barulah tuang dakwat)

Anda mungkin juga menyukai