Anda di halaman 1dari 36

TMF 1052 FOUNDRY ENGINEERING DRAWING TMF 1052 FOUNDRY ENGINEERING DRAWING

Pengenalan
(Introduction)
Lukisan teknik atau turut dikenali sebagai lukisan kejuruteraan merupakan
satu medium yang digunakan oleh golongan teknikal di seluruh dunia
untuk berkomunikasi di antara satu sama lain dalam bentuk grafik.

Terdapat satu piawai yang dikenali sebagai International Standard


Organization (ISO) yang memantau standard bagi lukisan-lukisan ini bagi
menjamin mutu dan keseragamannya. Antara standard yang terdapat di
dunia dan sering digunapakai ialah British Standard (BS), American
National Standard (ANSI), Jerman Standard (DIN Standard) dan
sebagainya.
Secara umumnya, seseorang pelukis yang baik harus menguasai beberapa kriteria
berikut, antaranya:

1. Tepat
Bentuk dan ukuran hendaklah tepat kerana ia menjadi panduan kepada seseorang
pereka (designer), pengendali mesin, jurutera, arkitek dan sebagainya.

2. Pantas
Masa adalah sangat berharga. Maka ia perlu disiapkan secepat mungkin agar tidak
merugikan mana-mana pihak.

3. Jelas
Lukisan yang tidak jelas akan mengelirukan dan menyusahkan pihak lain. Maka bentuk
dan segala data di dalam lukisan teknik hendaklah jelas.

4. Kemas dan bersih


Lukisan yang bersih dan kemas mempunyai nilai yang tersendiri. Ia bukan sahaja
memudahkan orang lain membaca lukisan tersebut malah turut mempengaruhi si
pembaca mengenai pelukis.
PERALATAN
LUKISAN
(INSTRUMENTAL DRAWING)
PENGENALAN (INTRODUCTION)
Peralatan lukisan merupakan kelengkapan bagi
seseorang pelukis untuk mempercepatkan kerja-kerja
melukis sesebuah lukisan.

Terdapat pelbagai bahan dan alatan melukis yang canggih


dan bermutu, namun latihan yang secukupnya adalah
menjadi satu kemestian bagi menghasilkan lukisan yang
betul dan tepat mengikut standard.
Antara kelengkapan asas lukisan yang sering digunakan ialah:

Papan lukis (Drawing board)

Sesiku tee (T-square)

Sesiku set (Set-square)

Jangka sudut (Protractors)

Jangka lukis (Compass)


Pembahagi (Divider)

Pensel (Pencil)

Lengkung Perancis (French curve)

Perisai pemadam (Eraser shield)

Pemadam (Eraser)

Berus lukisan (Drafting brush)

Kertas lukisan (Drawing paper)


PAPAN LUKIS (DRAWING BOARD)

Papan lukis biasanya dibuat daripada plastik atau kayu. Papan


lukisan plastik lebih mahal berbanding jenis kayu kerana bahan
yang digunakan lebih bermutu dan ringan.

Papan lukis kayu biasanya diperbuat daripada kayu jenis lembut.


Paku tekan tidak boleh digunakan kerana ia boleh merosakkan
permukaan papan lukis tersebut. Untuk melekatkan kertas lukisan,
gunakan pita pelekat (masking tape) atau klip.
Bahagian tepi kiri papan lukis dinamakan tepian kerja (working edge). Ia biasanya
diperbuat daripada jalur keras yang lurus agar sesiku-T boleh menggelongsor
dengan bebas pada tepian kerja tadi.

Papan lukis moden dilengkapkan dengan kaki yang boleh diubahsuai ketinggiannya
selain boleh dicondongkan mengikut keselesaan pelukis.

Pelbagai saiz dan nama papan lukis, antaranya:


1.Half imperial : 60 x 40 cm
2.Imperial : 80 x 60 cm
3.Double elephant : 105 x 75 cm
4.Antiquarian : 140 x 85 cm
SESIKU-T (T-
SQUARE)
Sesiku-T dibuat daripada kayu keras atau plastik lutsinar atau gabungan kedua-
duanya. Biasanya saiz sesiku-T yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan
papan lukisan.

Plastik lutsinar digunakan bagi tujuan menampakkan garisan yang dilukis di


samping memelihara kertas lukisan dari kekotoran.

Sesiku-T yang baik perlu mempunyai ciri-ciri berikut:


Tepian lurus (working edge)
Bilah panjang dan rata (blade)
Sambungan stok bersudut tepat (stock/head)

Kegunaan sesiku-T:
1.Meluruskan kertas lukisan di atas papan lukisan
2.Melukis garisan mendatar (horizontal)
3.Tapak bagi sesiku set untuk melukis garisan tegak atau condong
SESIKU SET (SET
SQUARE)
Sesiku set dibuat daripada plastik keras lut sinar atau bewarna, berbentuk
segitiga dan digunakan untuk melukis garisan tegak atau condong.

Set square Terdapat 2 jenis sesiku set, iaitu:


Sesiku set biasa
Sesiku set boleh laras (adjustable set square)

Sesiku set biasa (set square)


Boleh ditemui dalam sudut 45, 30 dan 60.
Ia juga boleh digabungkan bagi mendapatkan sudut 75, 90, 105,
120, 135 dan 225.

Sesiku set boleh laras (adjustable set square)


Diperbuat daripada plastik lutsinar yang boleh dilaras kepada sudut
Adjustable set
yang dikehendaki.
square
Contoh-contoh sesiku set
JANGKA SUDUT
(PROTECTOR)

Dibuat daripada plastik keras lut sinar atau bewarna yang digunakan
untuk mengukur dan menanda sudut.

Terdapat 2 bentuk jangka sudut, iaitu:


Semi bulatan : 0 hingga 180 darjah
Bulatan penuh : 0 hingga 360 darjah

Protractors
JANGKA LUKIS
(COMPASS)
Jangka lukis biasanya dijual dalam satu set yang turut mengandungi beberapa
peralatan lain. Ia mengandungi satu jarum dan satu mata pensel yang
digunakan untuk melukis lengkuk atau bulatan.

Terdapat beberapa jenis jangka lukis yang digunakan mengikut keperluan


pelukis, antaranya:
Giant bow compass
Beam compass
Compass
Adjustable bow compass
Drop spring bow compass
Contoh-contoh jangka lukis

Compass Set

Adjustable Bow Compass


Beam Compass (Trammel)

Compass Drop Spring Bow Compass


PEMBAHAGI (DIVIDER)

Bentuk pembahagi seakan-akan sama dengan jangka lukis. Ia mempunyai


dua mata jarum yang digunakan untuk membahagi jarak kepada beberapa
bahagian yang sama atau memindahkan jarak ukuran dengan tepat.

Adjustable Divider

Divider
PENSEL
(PENCIL)
Pensel banyak digunakan di dalam lukisan kerana ia mudah dipadam. Perbezaan
pensel di antara satu sama lain ialah dari segi kehitaman dan keras/lembutnya grafit
pada mata pensel tersebut.

Pensel yang digunakan di dalam lukisan teknik sebaik-baiknya hendaklah dari


jenama yang sama bagi memberi perbezaan kehitaman garisan yang akan dibina
kelak.

Terdapat 2 jenis pensel di pasaran.


1. Pensel kayu
2. Pensel mekanikal
Pensel Kayu

Pensel kayu hendaklah ditajamkan selalu bagi mendapatkan mutu, ketebalan dan
ketepatan garisan. Lazimnya, dalam lukisan teknik, pensel kayu diasah dengan
menggunakan pisau dan ditajamkan kemudiannya dengan kertas pasir (sand
paper).

Pensel kayu terbahagi kepada 18 gred iaitu daripada 7B (paling lembut) hinggalah
kepada 9H (paling keras).

Untuk mendapatkan hasil garisan yang baik, pensel kayu hendaklah dicondongkan
sedikit dan dipusing secara berbalik sewaktu membuat garisan.

Mengasah mata pensil


Cara mendapatkan mata menggunakan kertas pasir
pensil yang betul
.sambungan

Lembut (7B hingga 2B)


Mudah kotor. Sesuai digunakan untuk lakaran, garisan pemotongan dan garisan
sempadan.

Sederhana (B hingga 3H)


Sederhana lembut dan mudah dipadam. Sesuai untuk garisan objek dan garisan
tersembunyi.

Keras (4H hingga 9H)


Sesuai digunakan untuk membuat garisan pembinaan, dimensi dan garis tengah.

Mutu garisan bergantung kepada:


1. Gred mata pensel dan jenis kertas yang digunakan.
2. Tekanan yang dibuat ketika melukis.
3. Permukaan papan lukisan.
Pensel Mekanikal

Pensel mekanikal tidak perlu ditajamkan. Ia boleh didapati di pasaran dalam


pelbagai jenama dan saiz mata pensel seperti 0.3mm, 0.5mm, 0.7mm, 1.0 mm
dan sebagainya.

Pensel jenis ini membuatkan lukisan menjadi lebih bersih, kemas dan pantas.
Walau bagaimanapun, tekanan sewaktu melukis perlu dititikberatkan kerana jika
diberi secara berlebihan, mata pensel akan patah terutamanya yang bersaiz kecil.

Untuk mendapatkan hasil garisan yang baik, pensel mekanikal hendaklah


ditegakkan sambil dipusing secara berbalik agar mendapat garisan yang sekata.
LENGKUNG PERANCIS (FRENCH CURVES)

Lengkung Perancis diperbuat daripada plastik keras lut sinar atau berwarna. Alat ini
digunakan untuk membuat garis lengkungan yang tidak mempunyai ukuran tertentu yang
tidak boleh dilakukan oleh jangka lukis.

Elips merupakan salah satu bentuk gambar rajah yang boleh dilukis menggunakan alatan
ini.
PERISAI PEMADAM (ERASER
SHIELD)
Alat ini biasanya dibuat daripada kepingan logam nipis yang mempunyai beberapa
bentuk lubang atau slot untuk disesuaikan dengan kerja-kerja pemadaman pada
tulisan atau garisan yang salah di samping memelihara garisan yang berhampiran
dengannya agar garisan lain tidak turut sama terpadam.

Cara menggunakan perisai pemadam


PEMADAM
(ERASER)

Ia digunakan unuk memadam sesuatu kesalahan yang melibatkan penggunaan


pensel atau pen.
Pemadam yang baik dan berkualiti adalah pemadam yang dapat memadam
sesuatu tulisan atau garisan dengan kemas tanpa meninggalkan kesan atau
tanda pada kertas lukisan.
BERUS LUKISAN (DRAFTING BRUSH)

Berus lukisan digunakan untuk membuang habuk lebihan pemadam


atau sebarang kekotoran yang terdapat di atas permukaan kertas
lukisan. Penggunaan tangan atau kaedah meniup kekotoran adalah
tidak digalakkan kerana ia akan mengotorkan kertas lukisan.

Selain berus lukisan, pelukis juga boleh menggunakan tisu atau kain
yang bersih bagi membuang reja-reja kesan pemadaman di atas
kertas lukisan.
KERTAS LUKISAN (DRAWING
PAPER)
Terdapat beberapa jenis kertas lukisan antaranya; kertas surih (tracing paper), kertas
butcher, kertas pastel dan kertas kartrij (catridge paper). Kertas lukisan biasanya
berwarna putih dan agak licin permukaannya. Namun ada juga yang berira. Pilih
permukaan yang licin untuk memulakan lukisan bagi mendapatkan hasil yang terbaik.

Kertas kartrij digunakan oleh pelajar pada peringkat awal pembelajaran bagi tujuan
memahirkan penggunaan pensel yang berbagai-bagai gred. Manakala kertas surih
(tracing) pula biasanya menggunakan pensel dan pen teknikal.

Saiz kertas lukisan:


Saiz Amerika (ANSI)
A0 = 34 x 44 A3 = 11 x 17
A1 = 22 x 34 A4 = 8.5 x 11
A2 = 17 x 22

Saiz kertas ISO Standard


A0 = 841 mm x 1189 mm A3 = 297 mm x 420 mm
A1 = 594 mm x 841 mm A4 = 210 mm x 297 mm
Cara Menampal Kertas Lukisan

Terdapat beberapa cara untuk menampal kertas lukisan pada papan


lukisan, antaranya menggunakan pita pelekat (masking tape), klip dan
sebagainya.

Gunakan sesiku-T dan set sesiku bagi memastikan kertas lukisan


berada dalam keadaan tegak 90 darjah (perpendicular / ortho).
Cara Menyimpan Kertas Lukisan

Lukisan yang telah siap dilukis hendaklah disimpan di dalam


sampul lukisan. Selain itu, ia juga boleh digulung dan
dimasukkan ke dalam kelongsong.

Manakala lukisan yang belum siap dilukis pula, hendaklah


ditutup dengan kertas atau kain bersih bagi mengelak debu
atau kekotoran jatuh atau melekat pada kertas lukisan.
SKALA, PENGUKUR ATAU PEMBARIS (SCALE)
Alat penentu ukuran yang digunakan bagi menentukan ukuran
pada satu-satu garisan atau objek yang dilukis.

Digunakan untuk membuat pengukuran dan bukannya membuat


garisan.

Skala yang diaplikasi, hendaklah sesuai dengan kertas lukisan


yang digunakan.

Ia haruslah dinyatakan pada ruang blok tajuk atau berhampiran


dengan objek yang dilukis dalam nisbah tertentu.

Secara amnya, dua jenis unit yang digunakan dalam skala ialah:
(a) metrik milimeter, sentimeter, desimeter, meter dsb..
(b) imperial inci, kaki, paun, ela dsb..
Jenis-jenis Skala

Terdapat pelbagai jenis skala yang boleh diperolehi di pasaran.

Antara bentuk skala yang boleh ditemui ialah jenis pipih dan segitiga.

Skala-skala ini ada yang diperbuat daripada bahan atau material seperti plastik,
kayu, besi dan sebagainya.

Berikut merupakan contoh beberapa jenis skala yang digunakan oleh pelukis pelan:
(i) metric scale
(ii) engineers scale
(iii) mechanical engineers scale
(iv) decimal scale
(v) architects scale

Jenis pipih Jenis segitiga


Penggunaan Skala

Skala pada pembaris dibahagikan kepada beberapa bahagian yang sama, iaitu
dalam kadar jarak 1 mm.

Kebiasaannya, skala dibaca bermula dari 0 dan seterusnya ke kanan pembaris


(rujuk rajah di bawah).
Ukuran dalam Skala & Formula
Alat-alat ini terdapat dalam berbagai-bagai bentuk dan saiz. Biasanya ia
mempunyai ukuran dalam unit metrik dan imperial.

Contoh unit metrik


milimeter (mm), sentimeter (cm), desimeter (dm), meter (m), kilometer (km), dsb
Formula:
10 mm = 1 cm 1 m = 100 cm
1 dm = 10 cm 1 km = 1000 m

Contoh unit imperial


inci, kaki dsb
Formula:
1 = 12
1 = 25.4 mm
Skala Piawai

Secara amnya, terdapat 3 jenis skala piawai yang dibenarkan dalam lukisan
teknik, iaitu;

(a) saiz penuh (saiz sebenar) 1:1


(b) saiz pengecilan 1:2, 1:5, 1:10, 1:20, 1:50, 1:100 ...
(c) saiz pembesaran 2:1, 5:1, 10:1, 20:1, 50:1, 100:1 ...

SAIZ PENUH
Menerangkan setiap ukuran (division) 1 mm yang terdapat pada kertas lukisan
adalah bersamaan dengan ukuran 1 mm pada objek sebenar.
SKALA PENGECILAN

Objek yang mempunyai saiz yang besar tidak sesuai jika dilukis menggunakan
skala penuh pada kertas lukisan.

Struktur bangunan misalnya, tentulah tidak dapat dimuatkan dalam kertas lukis
yang ada.

Maka, skala pengecilan akan digunakan bagi menampakkan keseluruhan


gambar tersebut.

Skala 1:2 menerangkan setiap ukuran 1 mm pada kertas lukisan mewakili


ukuran 2 mm pada saiz objek sebenar.
SKALA PEMBESARAN

Objek yang terlalu kecil jika dilukis mengikut ukuran sebenar tidak dapat dilihat
dengan jelas.

Oleh yang demikian, pembesaran pada nisbah tertentu diperlukan tanpa


mengubah bentuk asal objek.

Skala 5:1 contohnya, menerangkan setiap ukuran 5mm pada kertas lukisan
mewakili 1mm pada objek sebenar.

Dalam erti kata lainnya, ia dilukis dua kali ganda besar dari objek asal.
Sekian.
Terima kasih.
SOALAN?

Anda mungkin juga menyukai