Anda di halaman 1dari 21

LUKISAN

(a) Definisi
Lukisan merupakan hasil kerja seni yang dibuat di atas sesuatu permukaan rata untuk
meluahkan perasaan berbentuk imej dengan menggunakan media kering atau menggunakan
warna paling sedikit. Lukisan adalah lanjutan beberapa lakaran ringkas bagi merakamkan
informasi visual kepada sesuatu kegiatan lain seperti catan, kolaj, montaj dan cetakan.
Penggunaan alat dalam sesebuah lukisan terhad kepada media kering seperti pensel, pensel
warna, pastel, arang, pen dan dakwat. Lukisan mengaplikasi garisan, rupa, bentuk, saiz, warna
dan jalinan.

(b) Alat, Media dan Bahan


Pensil H- Adalah sejenis pensel jenis keras
Pensil B (2B - 8B) - Adalah sejenis pensel lembut
Pensil warna- Terdiri daripada berbagai jenis warna
Arang- Dapat memberi kesan legap dan mudah mendapat kesan
Pen dan dakwat- Mempunyai kesan garisan yang lebih halus
Soft Pastel- Didapati dlm pelbagai warna,mempunyai kesan lembut
Krayon- Juga lembut dan mempunyai kesan lilin
Pen marker- Menghasilkan kesan garisan tebal
Marker pelukisan (rendering marker)
Kapur -Kesan garisan yang tebal dan mudah tanggal

(c) Jenis-jenis Kertas Lukisan


Kertas lukisan biasa sesuai untuk pensel, pen, arang dan krayon lembut.
Kertas cat air - tebal dan bermutu tinggi, mahal tetapi baik untuk digunakan.
Bod bristol - merupakan kertas bod putih yang keras dan licin yang dicipta untuk pen.
Kertas Ingres - kertas ini mempunyai permukaan yang halus dan berbulu. Ia terdapat dalam
pelbagai warna yang cerah. Biasanya digunakan untuk lukisan pastel
Lain-lain kertas seperti brown paper, kertas komputer, kertas arkitek, kertas taip, kertas
fotokopi, kertas suratkhabar.

(d) Teknik
i. Coreng / conteng
ii. Garisan kontur
iii. Titik
iv. Pangkah silang
v. Garisan selari.

(e) Menentukan Tema atau Subjek


(i) Lukisan figura -imej yang berkaitan dengan manusia atau haiwan
(ii) Lukisan alam benda - objek kaku atau tidak bernyawa
(iii) Lukisan lanskap - pemandangan di luar studio atau di dalam studio

(f) Aspek untuk menentukan mutu lukisan:


(i) Asas senireka (unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip rekaan)
(ii) Perspektif (1, 2, 3 titik lenyap)
(iii) Tetingkap fokus iaitu kaedah memilih sudut pandangan
(iv) Kesan cahaya pada imej
(v) Pembentukan bayang-bayang
(vi) Teknik (garisan selari, conteng, titik, teknik campuran dll)
(vii) Jenis alat, media dan bahan yang hendak digunakan
(viii) Teknik mengukur objek mengikut kadar banding
CAPAN

PENGENALAN
Penggunaan alam semula jadi untuk membentuk imej dihasilkan melalui teknik capan. Teknik
mengecap sesuatu permukaan menggunakan bahan semula jadi adalah mudah kerana ia tidak
memerlukan blok cetakan.

DEFINISI
Capan ialah teknik mengecap dengan bahan alam atau semula jadi yang mempunyai jalinan
tertentu.
Capan adalah berbeza dengan cetakan kerana tidak perlu disediakan blok cetakan.
Imej yang dihasilkan hanya bergantung kepada jalinan di permukaan bahan semula jadi atau
bahan alam tersebut.
Contohnya, cap jari menghasilkan kesan yang sama dengan jalinan yang ada pada jari.

CONTOH BAHAN SEMULA JADI YANG BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MEMBUAT TEKNIK
CAPAN.

CONTOH CAPAN
GOSOKAN

PENGENALAN
Gosokan adalah teknik yang mudah dalam pendidikan seni visual kerana ianya menggunakan
jalinan yang terdapat di sekeliling.

Pelbagai jalinan di sekeliling mampu mewujudkan kesan corak yang menarik pada permuakaan
yang digosok.

DEFINISI
Gosokan ialah kesan jalinan yang terhasil pada kertas hasil daripada pelbagai kertas yang
diwarna di atas pelbagai permukaan.

ALAT DAN BAHAN


Bahan - kertas dan warna pensil
Alat- Kulit siput, duit syiling, tayar kereta, dinding dan pelbagai permukaan yang berjalinan.

CONTOH-CONTOH KARYA GOSOKAN


STENSILAN

PENGENALAN
Stensilan merupakan teknik yang menggunakan acuan sebagai bahan untuk menghasilkan
corak pada sesuatu permukaan.

Kelebihan stensilan ialah acuan yang digunakan boleh dipakai banyak kali bagi menghasilkan
imej dan corak.

DEFINISI
Stensilan menggunakan rupa bentuk gambar yang dikeluarkan dari alat stensil dengan sesuatu
cara supaya meninggalkan ruang kosong di atas alat stensil tersebut. Apabila bahan warna
disapu di atas stensil yang diletakkan atas kertas, bahan warna akan melalui ruang kosong atau
lubang di atas stensil dan diserap oleh kertas. Garis luar pada lubang itu memberi kesan
kepada sifat garis luar rupa bentuk yang dihasilkan.

Rupa yang terhasil daripada acuan stensilan menghasilkan imej yang menarik.

ALAT DAN BAHAN


Alat : Gunting , pisau.
Bahan : Pensil warna, warna air, krayon, oil pastel, warna poster.

CONTOH-CONTOH KARYA STENSILAN


GURISAN

DEFINISI
Teknik yang menggunakan sesuatu alat yang tajam untuk mengguris keluar sesuatu bahan
yang lembut pada sesuatu permukaan.

Permukaan kertas boleh disapu dengan warna krayon secara berlapis-lapis supaya bahan
krayon yang tebal berlekat di atas kertas.

Alat yang keras atau tajam seperti kayu, paku atau lidi boleh digunakan untuk mengguris pada
krayon yang tebal bagi menghasilkan gambar.

Pelbagai jenis alat yang keras dan tajam itu akan memberi pelbagai kesan yang berlainan pada
garisan yang dihasilkan.

ALAT DAN BAHAN


Alat : Pembaris, pensel , pen , gunting dan lidi (alat untuk mengguris).
Bahan : Krayon dan oil pastel.

LANGKAH-LANGKAH PENGHASILAN GURISAN

1.Warnakan kertas lukisan dengan warna krayon. Anda boleh mewarnakannya secara spontan.
Tidak semestinyakrayon itu diwarnakan berbaris seperti gambar diatas. Apa yang penting adala
h kertas lukisan itu dipenuhi dengan pelbagai warna krayon.

2. Apabila kertas lukisan sudah dipenuhi dengan pelbagai warna, anda perlu mewarnakan kerta
s tersebut denganwarna hitam hingga kertas tersebut menjadi hitam.

3. Akhir sekali anda boleh mula melukis pada permukaan kertas tersebut dengan menggunakan
objek tajamseperti batang lidi, hujung pembaris dan apa sahaja yang difikirkan sesuai.

CONTOH KARYA GURISAN


RESIS

PENGENALAN

Aktiviti menyapukan warna basah ke atas pemukaan kertas yang telah dilukis dengan lilin,
krayon atau oil pastel.

Lilin digunakan untuk menutup permukaan kertas atau kain bagi tujuan mendapatkan corak
warna.

Hasil penolakan warna air dan lilin akan menghasilkan corak yang menarik.

Resis boleh dihasilkan melalui tindihan lilin dan menyapu warna dari terang ke warna gelap.

DEFINISI
Resis ialah teknik menggambar yang menggunakan bahan air dan lilin dua bahan yang berbeza
untuk mendapatkan hasil penolakan warna. Resis menyebabkan bahagian yang diliputi lilin
tidak menyerap air dan dalam keadaan asal.

CONTOH GAMBAR RESIS


PERCIKAN

PENGENALAN
Satu aktiviti menggambar dalam kerja-kerja seni. Satu teknik hiasan catan dengan mendetik,
mengetuk atau menjentik bahagian bulu berus yang akan menghasilkan kesan speckled
granite. Percik-percikan halus warna disembur ke serata tempat untuk menghasilkan kesan
antik. Teknik corakan warna dihasilkan dengan tepukan atau jentikan menggunakan berus
lukisan yang mengandungi warna ke atas permukaan yang rata.Ia adalah kegiatan menyembur
bahan cair di atas permukaan.

DEFINISI
Buku Glosari Seni Lukis percikan didefinisikan sebagai corak-corak tompok dan titik pada
lukisan cat. Makna kedua ialah menghambur ke sana sini, memantul berselerak ke sana sini.
Makna ke tiga ialah sesuatu yang memercik, menyebabkan berpercikan, merenjisi. Percikan
adalah satu teknik mengaplikasikan sedikit curahan atau titikan warna ke atas permukaan yang
dipilih. Percikan seolah-olah memberi kesan seperti permukaan batu atau marble.Cat emulsi
paling senang dimulakan kerana cepat kering dan tidak rosak di antara satu sama lain.

ALAT DAN MEDIA


ALAT : Berus.
MEDIA : Warna air, warna poster, cat emulsi.

CONTOH GAMBAR KARYA PERCIKAN


ARCA TIMBUL

PENGENALAN
Arca adalah sesuatu seni yang dihasilkan untuk mewujudkan nilai estetika dan juga
menyampaikan sesuatu mesej.

Sesetengah arca juga digunakan untuk menjadi lambang sesuatu tempat serta menjadi
perantaraan dalam upacara keagamaan dan pemujaan.

Arca timbul adalah arca yang terkenal sejak zaman dahulu ianya boleh didapati di dinding-
dinding gua dan bangunan-bangunan keagamaan.

DEFINISI ARCA TIMBUL


Bentuk tiga dimensi yang tersembul keluar dari permukaan dua dimensi yang rata atau dipahat
keluar yang akhirnya menonjolkan objek ke permukaan. Ia boleh dihasilkan secara acuan,
tampalan, binaan atau asemblaj.

ALAT DAN BAHAN YANG SESUAI


-Kayu
-Plaster of paris
-Pahat
-Pisau

CONTOH-CONTOH GAMBAR ARCA TIMBUL


TOPENG

DEFINISI TOPENG

Topeng ialah alat yang digunakan untuk menutup muka. Topeng digunakan untuk membuat
persembahan dan bagi tujuan lain mengikut kehendak pemakainya.

KEGUNAAN TOPENG

Digunakan dalam upacara keagamaan.


Digunakan di dalam teater persembahan.
Digunakan untuk menyembunyikan identiti.
Digunakan bagi tujuan majlis-majlis tertentu.

JENIS-JENIS TOPENG
Topeng mata- Topeng yang menutup seluruh bahagian mata.
Topeng muka- topeng yang menutup seluruh permukaan muka.
Topeng serkup- Topeng yang menutup seluruh permukaan kepala.

CONTOH-CONTOH GAMBAR TOPENG


BONEKA

PENGENALAN

Boneka (dari bahasa Portugis boneca) adalah sejenis mainan yang dapat berbentuk macam-
macam, terutamanya manusia atau haiwan, serta tokoh-tokoh fiksi. Boneka bisa dikatakan
salah satu mainan yang paling tua, karena pada zaman Yunani, Romawi ataupun Mesir kuno
saja boneka sudah ada. Namun fungsi, bentuk, mahupun bahan pembuatnya ternyata berbeza
sekali antara dulu dan sekarang.

Umumnya boneka dibuat sebagai mainan anak-anak, namun kadang-kadang digunakan untuk
fungsi ritual yang berhubungan dengan alam atau hal-hal yang
bersifat ghaib ataupun mistik misalnya berupa upacara ritual keagamaan pada zaman dulu,
permainan jelangkung, sihir ataupun upacara pemanggilan roh. Seringkali boneka ditemukan
pada makam-makam kuno mahupun prasejarah.

DEFINISI BONEKA
Boneka adalah merupakan sebagai sebarang benda objek yang digerakkan, lakonkan oleh
pemain sama ada secara sentuhan atau arahan yang bertujuan menyampaikan mesej. Apa-apa
sahaja benda atau objek ini dapat dijadikan boneka itu pemain akan mencuba untuk
menghidupkan watak sama-ada menerusi dialog yang dipertuturkan oleh pemain atau aksi
boneka tanpa sebarang dialog.
JENIS-JENIS BONEKA
BONEKA SARUNG TANGAN
Boneka ini boleh digubah menjadi badan dan anggota boneka. Semasa menggunakan boneka
jenis ini, kesemua jari atau hanya sebilangan jari dimasukkan ke dalam sarung tangan itu dan
gerakkan untuk menghidupkan anggota boneka.

BONEKA LIDI
Boneka ini diperbuat daripada bahan yang keras atau tebal. Kemudian lidi panjang diletakkan
pada badan boneka termasuk pada anggota-anggota tertentu yang bakal digerakkan semasa
menggunakannya. Rupa bentuk boneka dilukis di atas kertas tebal, diwarnakan dan bentuknya
dipotong keluar. Boneka ini juga boleh dibuat daripada kulit, plastik, lutsinar dan kertas tebal.

BONEKA WAYANG KULIT


Biasanya boneka ini nipis dan berbentuk dua dimensi. Lidi-lidi halus diletakkan pada tempat-
tempat tertentu pada badan boneka itu. Semasa memainkan boneka ini,ia ditempatkan di
bahagian belakang satu skrin putih. Lampu dinyalakan dan bayang-bayang boneka tersebut
akan kelihatan di atas skrin. Lidi digoyang-goyangkan untuk menggerakkan anggota boneka.

BONEKA TONGKAT
Boneka ini berbentuk lengkap tetapi mempunyai tongkat seperti kayu, rotan, buluh
dan sebagainya di bahagian bawah boneka tersebut. Boneka ini menggunakan konsep wayang.

BONEKA BERTALI
Boneka bertali diperbuat daripada bahan-bahan keras seperti papier mache plaster-of-Paris
atau kayu. Tali-tali halus disambungkan kepada bahagian-bahagian boneka yang boleh
bergerak. Semasa digunakan, tali-tali itu ditarik-tarik untuk membuat angota badan itu
bergerak.

CONTOH GAMBAR BONEKA


BATIK

SEJARAH BATIK

Batik merupakan satu bidang kraftangan yang unggul di Malaysia. Sejakabad ke 15 Masihi lagi
manusia telah menemui kaedah pembuatanbatik secara tradisional.

Pada masa dahulu, masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang sebagaialat pengecap tetapi
kini kain batik telah diusahakan denganmenggunakan alat-alat moden.

Batik mula diperkenalkan di negara kita khususnya di negeri Kelantansejak tahun 1910 lagi.

Batik berasal dari Indonesia dan terbit dari perkataan Jawa 'tik' yang
bermaksud menitik atau menulis titik-titik.

Ambatik pula bermaksud melukis, menulis, mewarna atau menitik.

Di alam Melayu, sejenis batik


yang dipanggil Batik Pelangi telahdiperkenalkan sejak tahun 1770-an lagi.
Di Malaysia kebanyakan kilang perusahaan batik banyak terdapat diKelantan dan Terengganu.

JENIS-JENIS BATIK

BATIK LUKIS
Alat canting digunakan bagi melakar corak batik dengan lilin panas di atas kain putih.
Setelah kerjakerja melakar selesai, proses mewarna mengikut kesesuaian corakdilakukan den
gan menggunakan berus cat, dimana bahagianbahagian yangterkena lilin itu tidak akan mening
galkan kesan warna apabila prosesmematikan warna di lakukan.
Lilin akan cair dan tanggal menjadikan bahagian-bahagian ini berwarna putih sebagai benteng.

BATIK SKRIN
Batik skrin ini tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan batik blok danconteng. Hanya
kaedah melakar corak dan cara menerapkan warna sahaja yang berbeza. Corak
batik dibentuk diatas skrin yang diperbuat daripada kain polyster yang berpengidang. Skrin
dilekapkan di atas kain.

putih, proses pewarnaan dengan melalukan warna di atas corak tadi denganmenggunakan sek
uji.Cara begini akan diulang beberapa kali dengan corak yang berlainan untukmendapatkan cor
ak batik yang lengkap. Ini disebabkan satu skrin untuk satu warna sahaja.

BATIK PELANGI
Alat canting digunakan bagi melakar corak batik dengan lilin panas di atas kainputih.
Setelah kerjakerja melakar selesai, proses mewarna mengikut kesesuaian corak
dilakukan dengan menggunakan berus cat, dimana bahagian yang terkena lilin itu tidak akan
meninggalkan kesan warna apabila proses mematikan warna di lakukan.
Lilin akan cair dan tanggal menjadikan bahagian-bahagian ini berwarna putihsebagai benteng.

BATIK BLOK
Kain putih akan diterapkan dengan corak batik yang menggunakan blok corak.
Blok corak diperbuat daripada kayu atau logam. Proses ini dilakukan berulang ulang
dengan mengikut susunan yang tertentu sehinggalah selesai. Di mana
blok itu telah dicelupkan terlebih dahulu ke dalam pewarna
sebelum ditekapkan di atas kain tersebut.
ALAT DAN BAHAN
Canting- Mecanting batik
Kain putih - Melukis batik
Berus- Menyapu warna
Lilin- Bahan untuk mecanting batik.
Damar- Bahan untuk mecanting batik.
Sodium silikat-mematikan warna
Kuali- Merebus kain
Dye batik-mewarna batik

MOTIF BATIK

Motif geometri
Motif flora
Motif fauna
Motif isen

TEKAT

PENGENALAN
Seni tekat dikenali juga dengan nama bersuji. Menekat merupakan kerja menyulam benang
emas ke atas kain dasar (jenis baldu). Kerja-kerja menekat memerlukan pemidang untuk
meregangkan kain baldu, mempulur sebagai acuan motif dan benang emas untuk membentuk
bunga tekat.

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN


Asal-usul dan perkembangan tekat secara langsung dikaitkan dengan kegunaan pakaian dan
kelengkapan keluarga raja-raja atau istana. Perkembangan awal seni tekat dapat dikesan pada
awal kurun ke-15, iaitu semasa zaman keagungan Sultan Melayu Melaka. Kesan penggunaan
sulaman dapat dilihat di kalangan masyarakat Cina yang keturunan Baba Melaka. Mereka
menggunakan sulaman tekat untuk pakaian-pakaian mereka.

Hingga ke hari ini seni tekat masih dihasilkan oleh rakyat negeri Perak Darul Ridzuan dan
Negeri Sembilan Darul Khusus. Negeri Perak Darul Ridzuan merupakan negeri yang banyak
sekali mengusahakan kraf seni tekat timbul benang emas. Terdapat beberapa jenis tekat yang
dikerjakan oleh pandai tukang menekat. Antaranya ialah tekat timbul benang emas, tekat gubah
dan tekat perada.

FUNGSI TEKAT
Ia hanya digunakan untuk istiadat dan upacara tertentu. Ia digunakan sebagai kelengkapan
perkahwinan, upacara peminangan, kelahiran, berkhatan, berkhatam Quran dan
seumpamanya. Di kalangan kerabat diraja, tekat merupakan pakaian kebesaran dan hiasan
seharian. Penggunaannya di kalangan masyarakat biasa agak terbatas kerana bahan asasnya
merupakan bahan mewah. Penciptaannya juga memerlukan waktu yang lama dan hasilnya
yang indah memerlukan penjagaan yang rapi apabila digunakan

JENIS-JENIS TEKAT
1. Tekat Timbul Bunga Emas
Tekat ini menggunakan mempulur sebagai awan untuk membentuk corak motif. Mempulur ialah
kertas keras yang dipotong dan ditebuk mengikut corak motif. Sulaman benang emas akan
menutupi mempulur di atas kain baldu.

2. Tekat Gubah
Tekat gubah tidak menggunakan mempulur sebagai corak gubahan. Pandai tukang hanya
menyulam dan membentuk corak motif melalui benang merah yang dipanggil benang untina.
Hiasan corak tekat gubah diiringi dengan labuci dan manik-manik. Kain dasar tekat gubah
adalah dari kain biasa. Kegunaan gubahan tekat ialah menghiasi tudung saji, tepak sirih, kasut
pengantin, sejadah, penutup pahar, peralatan upacara perkahwinan, lemudi pintu, pakaian
diraja dan sebagainya.

PROSES MENEKAT
* Bahan asas penting untuk mencipta tekat ialah benang emas, benang putih dan kain dasar
dari jenis kain baldu. Di samping itu terdapat juga bahan dari rotan sega, kertas tebal dan kanji
(gam) yang digunakan untuk mempulur. Penggunaan mempulur akan menjadikan bentuk
sulaman timbul.
* Proses pertama ialah membentuk empulur. Bentuk motif dilukis di atas beberapa helai kertas
yang dilekat tindih antara enam hingga lapan helai. Kemudiannya bentuk motif ini dipotong dan
diasingkan. Lebar tiap-tiap batang mempulur kertas dibuat antara 0.5 sentimeter dan 0.25
sentimeter. Mempulur daripada kertas digunakan untuk membentuk motif tumbuhan dengan
gaya organik. Corak yang terhasil daripada mempulur rotan sega bercorak banji atau corak kisi-
kisi dan corak dangai atau catur.
* Seterusnya, kain dasar yang tebal tetapi lembut daripada jenis baldu yang berbulu halus dan
berkilat ditegangkan pada pemidang kayu. Kain baldu yang selalu digunakan daripada warna
gelap seperti merah pulasan, merah tua, ungu, hijau tua dan hitam. Pemidang kayu pula ada
dua jenis iaitu pemidang berkaki dan tanpa kaki. Ukuran pemidang bergantung kepada reka
bentuk yang diingini. Baldu yang ditegangkan pada pemidang disambungkan dengan kain putih
yang diikatkan ke bingkai pemidang. Oleh itu, baldu akan menjadi tegang.
* Selepas itu, benang emas akan ditindih dan diikat jahit oleh benang putih melalui jarum yang
sedang matanya. Ukuran jarum menentukan ikatan supaya tidak meninggalkan kesan lubang
pada kain dasar. Jarum akan dicucuk agak ke dalam dari bawah batang mempulur. Ikatan
benang putih mestilah ketat dan kukuh. Setiap kali merentas, benang-benang emas haruslah
disusun rapat-rapat supaya batang mempulur tidak kelihatan dari atas. Dengan ini sulaman
akan kelihatan lebih teratur dan kemas.

* Tekatan dibuat sehingga seluruh bentuk mempulur tertutup oleh sulaman. Pada bahagian
cantuman benang ataupun pada ruang yang tertinggal kosong ditutup dengan kertas emas atau
labuci.
TENUNAN

PENGENALAN
Tenunan adalah seni tekstil yang terkenal di tanah Melayu. Ianya mempunyai keunikan
tersendiri kerana proses pembuatannya memakan masa. Selain itu motif yang digunakan juga
mempunyai keunikan tersendiri dan eksklusif.

SEJARAH SONGKET
Songket, lambang kehalusan seni tenunan Melayu yang diwarisi zaman berzaman.
Kemahiran dan kreativiti tukang tenun terserlah melalui pengolahan corak dan hasil tenunan
yang indah lagi menarik. Kedatangan pedagang-pedagang ke Tanah Melayu telah menggiatkan
lagi perkembangan tenunan tempatan. Tenunan songket mula berkembang di beberapa negeri
terutama di negeri-negeri Pantai Timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang. Di zaman
silam, motif dan warna yang terdapat pada tenunan songket melambangkan strata atau
kedudukan seseorang. Secara tradisi, songket ditenun dengan menggunakan benang sutera
halus dan benang emas serta dipakai oleh kerabat diraja Melayu dan golongan Bangsawan.
Kini, songket ditenun dengan benang kapas dan mula dipakai oleh golongan rakyat biasa
sebagai pakaian rasmi untuk majlis-majlis tertentu.

Keanggunan kain songket, selain dijadikan sebagai pakaian tradisi untuk mempermanis
dan memperaga seni budaya, ia juga turut diilhamkan pada pelbagai barangan dalam bentuk
beg, bingkai gambar, hiasan dinding, kusyen dan sebagainya. Tradisi menenun masih dapat
dikekalkan tidak berubah sebagaimana seratus tahun dahulu. Alat-alat tenunan atau kek, motif
dan ragam hiasnya sera cara menenun itu sendiri memperlihatkan keindahan dan
kesempurnaan hasil ciptaan zaman silam yang masih segar hingga ke hari ini.

MOTIF
Ragam hias masih dipertahankan terutama dalam aspek pembahagian dan penempatan
beberapa bentuk bahagian kain seperti kepala, kaki dan badan kain. Penyusunan motif pula
terbahagi kepada dua susunan bunga penuh dan bunga tabur. Motif kain songket terdiri
daripada dua unsur penting iaitu unsur alam dan tumbuhan. Motif yang sering digunakan
meliputi bentuk bunga, daun atau pucuk dan bahagian tampuk buah-buahan. Motif-motif reka
corak yang menghiasi kain songket kebanyakannya berasaskan bunga-bungaan. Dengan
teknik menenun yang tersendiri, kesemua bentuk motif terhasil dalam corak geometrik. Motif-
motif pada kain songket disusun dengan susunan bunga penuh, bunga bertabur atau susunan
bercorak. Motif pucuk rebung dan lawi ayam sering ditempatkan dikepala kain. Manakala motif
'awan larat' pula dijadikan sebagai kaki kain (border design).

PROSES MENENUN SONGKET

ALAT DAN BAHAN


Benang dan pewarna ialah bahannya. Alatnya pula terdiri daripada kek tenunan, kek mengarat,
rahak, peleting buluh (bobbin), lidi daun kelapa, papan gulung, anak kayu, dua belira, sikat dan
jentera, jarum culik, batang anak kayu, kayu karat, benang losen, lidi nibung atau buluh, benang
batang bunga songket, darwin pakan, darwin benang emas, cuban, torak pakan, torak benang
emas dan sumbi.

TEKNIK DAN PROSES


Setelah benang dibersihkan dan dimasukkan ke dalam pencelup warna, ia dibilas dengan air
dan dijemur hingga kering. Lapan proses lagi yang terlibat sebelum sesuatu tenunan boleh
disiapkan ialah melerai, menganing, menggulung, menyampuk, menghubung, mengarak,
menyolek dan menenun.

1. Melerai
Benang yang telah kering dimasukkan ke dalam sejenis alat yang bernama rahak untuk
diputarkan pada satu alat yang bernama peleting. Proses ini dipanggil melerai. Terdapat dua
jenis rahak, iaitu darwin pakan dan darwin emas. Darwin pakan digunakan untuk benang pakan
sahaja. Ia diperbuat daripada buluh dan tali atau rotan. Darwin emas pula digunakan untuk
benang emas sahaja dan diperbuat daripada kayu atau dawai kerana benang emas kasar dan
berat.

2. Menganing
Benang yang telah menjalani proses melerai dimasukkan ke dalam alat menganing untuk
menentukan ukuran panjang benang yang hendak dimuatkan pada alat ini. Biasanya segulung
benang pakan atau seloseng yang berukuran 26 - 31 m boleh menghasilkan 12 - 14 helai kain.

3. Menggulung
Benang yang telah dianing akan digulung pada papan gulung mengikut lebar gigi jentera dan
panjang losen pada papan gulung yang hendak dipasung. Losen ialah benang yang
memanjang pada kek. Kedudukan benang perlu diperiksa setiap tiga kali menggulung untuk
memastikan susunan kemas.

4. Menyampuk
Menyampuk ialah proses memasukkan benang losen ke dalam gigi jentera atau sikat.
Biasanya, proses ini dilakukan di dalam kek mengarak supaya senang untuk menyampuk
benang kepada jentera. Setiap lubang sikat disusukan dua urat benang losen. Pada kedua
belah hujung sikat itu disusukkan empat urat benang supaya tepi kain tidak terkoyak apabila
disangkutkan pada kayu sumbi kain. Sumbi kain ialah sebatang anak kayu yang mempunyai
paku di kedua-dua belah hujungnya. Sumbi kain menjaga tepi kain tenun supaya sama jarak
dan tidak berkedut.

5. Menghubung
Menghubung ialah proses menyambungkan benang daripada losen kepada benang yang
tertinggal pada jentera. Cara ikatannya dipanggil ubung tindas. Proses ini bertujuan
menyambungkan benang losen untuk menenun. Meja kecil dinamakan meja hidangan
berukuran 10 cm panjang, 8 cm lebar dan 20 cm digunakan untuk menghubung.

6. Mengarak
Kerja mengarak dilakukan setelah selesai proses menyampuk. Mengarak dilakukan dengan
melilit benang asing atau benang karat kepada kayu karat, termasuk benang losen. Jumlah
karat yang digunakan biasanya hanya dua karat dan setiap karat mempunyai empat batang
anak kayu.

7. Menyolek
Kerja menyolek bunga merupakan kerja yang paling rumit dalam proses menenun kain songket.
Cara menyolek reka corak adalah dengan menyusulkan lidi-lidi buluh pada benang losen yang
dikehendaki. Biasanya kain songket ditenun dengan teknik tekat tiga atau tekat lima. Jika
menggunakan tekat lima, setiap lima unit benang losen, satu benang alas ditolak ke bawah dan
benang-benang alas ini disengkang pula dengan belira. Setelah benang losen berada di atas,
barulah kamu boleh menyolek dalam pelbagai corak pada benang losen dengan menggunakan
lidi buluh. Belira dimasukkan pada setiap lidi buluh tadi mengikut giliran. Belira ditegakkan untuk
menyenangkan ikatan benang butang. Butang-butang inilah yang akan menjadikan corak atau
motif bunga di atas kain songket. Apabila selesai proses menyongket, benang losen bersama
karat-karatnya ditukar ke kek tenun untuk ditenun agar menjadi kain songket.

8. Menenun
Menenun adalah proses terakhir, iaitu benang losen dipangkah oleh benang pakan untuk
dijadikan kain. Bagi kain songket bercorak penuh, benang emas dilayarkan melalui torak
benang emas untuk menghasilkan sulaman motif bunga atau hiasan reka corak penuh. Bagi
kain songket corak melintang atau corak bunga bertabur, benang emas dilayarkan melalui
cubaan untuk mendapatkan motif-motif yang dikehendaki. Lazimnya selepas satu benang emas
dilayarkan, ia dikepuh (beat) dan diikuti pula dengan melayarkan dua benang pakan. Penenun
akan menukarkan benang butang mengikut giliran dan corak yang telah ditentukan. Proses ini
diulangi sehingga menghasilkan sehelai kain songket.

Anda mungkin juga menyukai