Anda di halaman 1dari 10

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tahun : 6 Mesra

Bidang : Membuat corak dan rekaan (Corak terancang dan tidak terancang)

Aktiviti : Pualaman

Teknik : Lipatan dan guntingan

Tema : Objek buatan manusia

Tajuk : Penanda buku

Masa : 60 minit

Jenis-jenis Media : a) Alat : Bekas/ besen, gunting, penebuk lubang.

b) Bahan : Kertas, air, cat minyak, lidi, thinner.

Bahan Bantu Mengajar: Contoh corak dan produk pualaman.

EMK : Keusahawanan, kreativiti dan inovasi, kemahiran berfikir.

Pengetahuan Sedia Ada Murid :

1) Murid pernah menjalankan aktiviti penghasilan origami.

2) Murid pernah melaksanakan aktiviti corak terancang dan tidak terancang.

STANDARD KANDUNGAN

1. Membuat persepsi dan mengenal pasti bahasa seni visual yang ada pada hasil aktiviti
pualaman dengan gabungan teknik lipatan dan guntingan.
2. Mengaplikasikan bahasa seni visual dan media dalam penghasilan pualaman dengan
gabungan teknik lipatan dan guntingan.
3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian dan teknologi dalam penghasilan
pualaman dengan gabungan teknik lipatan dan guntingan.
4. Apresiasi terhadap karya lukisan sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual,
sejarah seni dan budaya.
STANDARD PEMBELAJARAN
2.1 Persepsi Estetik
Murid dapat membuat persepsi, mengenal pasti, memahami, dan menyatakan bahasa
seni visual yang ada pada pualaman dengan gabungan teknik lipatan dan guntingan.

2.1.1 Unsur Seni:


2.1.1.1 Rupa
2.1.1.2 Jalinan
2.1.1.3 Warna

2.1.2 Prinsip Rekaan:

2.1.2.1 Kontra
2.1.2.2 Ritma dan pergerakan

2.2 Aplikasi Seni


Murid dapat mengaplikasikan bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam
penghasilan pualaman dengan teknik lipatan dan guntingan.

2.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media seperti:

Cadangan media:
2.2.1.1 Alat : Gunting, besen, penebuk lubang atau alatan yang sesuai.
2.2.1.2 Bahan : Kertas manila, cat minyak, gam, lidi, thinner atau bahan lain
yang sesuai.

2.2.2 Mengetahui penggunaan media serta proses dan teknik dalam penghasilan
karya.
2.2.2.1 Teknik : Teknik campuran (pualaman, lipatan dan guntingan)

2.3 Ekspresi Kreatif


Murid dapat menzahirkan idea melalui pelbagai sumber kajian dan teknologi dengan
mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual, media serta proses
dan teknik dalam penghasilan corak pualaman dengan gabungan teknik lipatan dan
guntingan.

2.3.1 Menjana idea dalam proses penghasilan karya.


2.3.2 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif.
2.3.3 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya.
2.3.4 Mengaplikasikan gabungan media, proses dan teknik dalam penghasilan
karya.
2.3.5 Menghasilkan kemasan akhir bagi mempertingkat nilai estetik sebagai nilai
tambah pada karya.

2.4 Apresiasi Seni


Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan menumpukan
aspek bahasa seni visual.

2.4.1 Mempamerkan karya pualaman yang dihasilkan.


2.4.2 Menceritakan pengalaman sendiri dalam proses penghasilan karya.
2.4.3 Memberikan ulasan karya pualaman sendiri dan rakan secara lisan.

2.5 Hasil pembelajaran


Pada akhir pelajaran, murid dapat:
2.5.1 Menyatakan konsep dan proses penghasilan pualaman.
2.5.2 Menghasilkan corak dan rekaan sendiri dengan menggunakan pelbagai
alat dan bahan.
2.5.3 Menceritakan pengalaman semasa menghasilkan proses karya.

STANDARD
ILUSTRASI AKTIVITI CATATAN
PEMBELAJARAN

Persepsi Estetik
Set induksi
1. Guru menunjukkan contoh Pendekatan:
corak dan produk yang DBAE
terhasil daripada aktiviti
pualaman.
2. Guru menyatakan definisi
pualaman. Pualaman ialah proses
membuat corak di mana
cat minyak pelbagai
warna terapung-apung di
permukaan kertas dan
mewujudkan corak-corak
di atas kertas tersebut.

3. Guru menceritakan
sejarah pualaman:
Teknik:
Teknik pualaman yang Bercerita
paling lama dikenal pasti
adalah teknik
Suminagashi. Teknik
tersebut diamalkan di
Jepun untuk menghasilkan
corak daripada air dan
dakwat sumi. Seorang
kerabat diraja Jepun telah
menenggelamkan lukisan
daripada dakwat sumi ke
dalam air dan membiarkan
dakwat terapung di
permukaan kertas.
Kemudian ia meletakkan
sekeping kertas di atas
kertas yang pertama dan
mengangkatnya. Maka
terhasillah corak-corak
yang unik dan menarik

4. Guru membincangkan
Unsur seni:
bahasa seni visual yang
ada pada karya. -Rupa organik
-Jalinan sentuh
-Warna kontra
-Pergerakan

Aplikasi seni BBM:


1. Guru memperkenalkan
Alat – Gunting, besen,
media yang digunakan
penebuk lubang.
untuk menghasilkan corak
melalui aktiviti pualaman. ALAT: Bahan – air, kertas
manila, cat minyak,
riben, gam, pencungkil
gigi.

Teknik:
-Tunjuk cara.
-Penerangan
menggunakan contoh.

BAHAN:

2. Guru menunjukkan proses


membuat corak tidak Pendekatan:
terancang menggunakan -Pendekatan
teknik pualaman. Chapman

a) Teknik Pualaman:
Kaedah:
1. Bekas diisikan dengan -Simulasi
air.

2. Titiskan cat minyak ke


dalam air mengikut EMK:
kreativiti sendiri. Kreativiti dan inovasi
3. Lidi digunakan untuk
menghasilkan corak.
EMK:
Kemahiran berfikir

4. Letakkan kad manila di


atas permukaan cat/
air dalam bekas.

5. Pastikan kertas
tersebut rata dan
angkatkannya
daripada permukaan
air.

6. Keringkan corak
pualaman yang
terhasil.

7. Kemaskan tempat
kerja untuk aktiviti
seterusnya.

b) Teknik Lipatan dan


Guntingan:
1. Pastikan kad manila
yang dihasilkan tadi
telah kering.

2. Lipatkan kertas
kepada dua bahagian
dan gamkan.
3. Bahagikan kertas
tersebut kepada dua
bahagian lagi.

4. Guntingkan pada
bahagian sisi kertas
yang berlipat secara
menyerong.

5. Buka hasil guntingan


dan lakukan lipatan.
Lipatan ke atas
dilakukan secara
bersilang.

6. Tebukkan lubang pada


bahagian atas kertas
dan ikatkan tali.

7. Kemaskan tempat
kerja.

Ekspresi Kreatif
1. Murid dibahagikan Kaedah:
-Individu dan
kepada 3 kumpulan.
berkumpulan
2. Murid menghasilkan
corak berdasarkan Teknik:
teknik yang telah -Kawalan kelas
ditunjukkan oleh guru.
Pendekatan:
3. Murid mengulangi -Pendekatan
teknik pualaman Chapman
tersebut dengan
menggunakan
pelbagai warna
sehingga memenuhi
permukaan air di
dalam bekas.
4. Murid menghasilkan
penanda buku
menggunakan teknik
pualaman mengikut
kreativiti masing-
masing.

5. Guru berperanan
sebagai fasilitator
semasa murid
melaksanakan aktiviti.

6. Kemaskan tempat
kerja.

Apresiasi Seni
Penutup Kognitif
1. Murid mempamerkan Strategi:
karya yang dihasilkan. -Kajian masa depan.
-Kemahiran berfikir
2. Murid menghargai dan
menceritakan hasil
karya sendiri dan Teknik:
rakan secara lisan. -Soal jawab
3. Murid meletakkan nilai
pada hasil penanda EMK:
buku yang telah Keusahawanan.
dilaksanakan.
Contoh Hasil dan Produk Pualaman
Teknik Suminagashi

Anda mungkin juga menyukai