Anda di halaman 1dari 6

Sasaran Tahun 4 / Tahap 2

Subjek Pendidikan Seni Visual


Unit 2
Tajuk Warna warni kek cawan
Nota berkaitan topik Teknik Mozek : Satu aktiviti guntingan,susunan dan
/tema tampalan tanpa bertindih antara satu sama lain.
Media : Alat dan bahan
Paper Quiling : kertas yang digulung ketat dan digam
di hujungnya.

Standard kandungan 3.1


Standard Pembelajaran 3.1.1
Menghasilkan karya kreatif dalam bidang
menggambar berdasarkan:
i) Penentuan tema dan tajuk melalui sumber
idea
ii) Perkembangan idea melalui pengolahan
komposisi,kadar banding,perspektif dan
reka letak berpandukan kajian lakaran.
iii) penetapan jenis media dan teknik yang
sesuai berdasarkan perkembangan idea.
iv) Disiplin pengkaryaan dan nilai murni.
v) Kemasan akhir.

Objektif Pembelajaran Pada akhir pembelajaran murid dapat:


1. Mengaplikasikan sumber,media dan Teknik
semasa proses penghasilan karya.
2. Bercerita tentang Bahasa seni visual,Teknik
dan proses penghasilan karya.
Tempoh pelaksanaan 1 minggu
Aktiviti 1.Murid menggambar sebiji kek cawan yang menarik
dan berwarna warni.
2.Murid digalakkan untuk melihat contoh-contoh kek
cawan di internet/televisyen/majalah.
3. Murid mengenalpasti media untuk menggambar kek
cawan dengan mengaplikasikan Teknik mozek.
4. Murid membuat keputusan dari segi pemilihan tona
warna.

Pentaksiran 1. Nyatakan maksud Teknik mozek.


2. Senaraikan media yang digunakan untuk
menggambar kek cawan menggunakan Teknik
mozek.
Panduan kerja buat Media : Gunting, pembaris,pensil,penyedut
minuman/batang aiskrim,kertas
warna,lidi,gam,butang,majalah terpakai.

Langkah 1
3.1.1 (i) Penentuan tema dan tajuk melalui sumber
idea perkembangan idea.

Murid disaran melihat gambar pelbagai jenis kek


cawan.
Murid boleh bercerita dan berkongsi idea dengan ibu
bapa tentang kek cawan.

Langkah 2:
3.1.1 (ii) Perkembangan idea melalui pengolahan
komposisi,kadar banding,perspektif dan reka letak
berpandukan kajian lakaran.

1. Lukis dan buat lakaran kek cawan pada


sekeping kadbod atau kertas lukisan.

2. Mengekspresikan perasaan, idea, imaginasi


dan fantasi diri dalam penghasilan karya secara
manual atau berbantukan komputer yang
menekankan:
a) Peletakan subject matter
b) komposisi
c) kedudukan objek
d) perspektif
e) Tona warna
f) saiz objek
g) bahasa seni visual
Murid mengambil kira dan mengaplikasikan unsur
ruang,imbangan dan kontra dalam menghasilkan
karya ( RUJUK BUKU TEKS MUKA SURAT 2-3).

Langkah 3:
3.1.1 (iii) Penetapan jenis media dan teknik yang
sesuai berdasarkan perkembangan idea.

1. Kenalpasti media dan Teknik yang akan


digunakan/diaplikasikan Ketika menghasilkan
karya.
2. Media ( alat dan bahan )
3. Teknik ( mozek,paper quiling )
4. Proses kerja:

a) Gunting penyedut minuman/batang aiskrim


mengikut saiz yang dikehendaki.

b) Susun dan tampal penyedut minuman/batang


aiskrim menjadi mangkuk kek cawan. Untuk
lebih menarik tampal selang seli mengikut
warna.

c) Cara menghasilkan jaluran warna. Buat garisan


selari pada kertas warna. Gunting kertas
mengikut garisan yang telah ditandakan.
Gunakan beberapa keping kertas pelbagai
warna.

d) Letak lidi pada hujung jaluran kertas warna dan


gulung dengan ketat. Gamkan pada hujung
gulungan kertas (Teknik paper quiling). Ulang
buat dengan menggunakan beberapa keping
jaluran kertas warna.

e) Hasil paper Quiling yang telah siap:


f) Susun dan tampal gulungan kertas secara
bersebelahan ( paper quiling).

g) Gamkan bahan-bahan hiasan lain. Contoh:


butang,bunga kecil,bintang.

h) Gunting kertas dari majalah terpakai,mengikut


saiz yang dikehendaki. Susun dan tampal
secara mozek pada bahagian bawah/latar kek
cawan,untuk kesan yang menonjol.

Langkah 4:
3.1.1 (iv) Disiplin pengkaryaan dan nilai murni.

Semasa dalam proses menghasilkan karya,murid


perlu:
a) Mengutamakan kebersihan- (bersihkan
tempat,simpan alat dan bahan selepas
digunakan.
b) Keselamatan-( berhati-hati Ketika
menggunakan alat yang tajam seperti gunting )
c) Memupuk nilai estetik- ( kreatif dalam mengolah
karya ).

Langkah 5:
3.1.1 (v) kemasan akhir

Buat kemasan pada karya.


Contoh: Buat bingkai pada karya yang dihasilkan.
Murid bebas menggunakan kreativiti sendiri untuk
menghasilkan bingkai.
Murid boleh mengaplikasikan Teknik mozek dalam
menghasilkan bingkai.

Contoh karya yang telah siap:

Murid digalakkan melihat video penghasilan pada


pautan ini:
https://you.be/p-jGjo90pYA

Langkah 6:
4.1.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan

1. Murid dikehendaki membuat rakaman video


dalam durasi 1-2 minit.
2. Dalam rakaman tersebut murid diminta
menceritakan pengalaman sepanjang proses
berkarya.
3. Murid juga mesti memaparkan karya masing-
masing dalam rakaman video tersebut.
4. Guru akan membuat pameran karya secara
maya/video pendek dan dikongsikan dalam
“group Whatapps” kelas.

STANDARD PRESTASI SENI VISUAL

TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN


1 Melakar idea menggunakan media, teknik dan proses
dalam penghasilan karya
2 Melukis menggunakan media, teknik dan proses
dalam penghasilan karya
3 Mengilustrasi dengan memanipulasi media, teknik
dan proses dalam penghasilan karya
4 Mengolah dan menyusun idea dalam penghasilan
karya
5 Menentukan kesesuaian antara komposisi serta
gubahan dalam pengkaryaan.
6 Mencipta karya kreatif dan inovatif dengan kemasan
yang betul.
DISEDIAKAN OLEH
NAMA GURU KAD PENGENALAN SEKOLAH BERTUGAS
AIDAH BINTI SALAM 810304125828 SK LAGO
SK KUKURO
SK LUAGAN
SK LINGKUNGAN

Anda mungkin juga menyukai