Anda di halaman 1dari 5

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

TARIKH / KELAS 3 Oktober 2018 / 3 Nilam (36 orang murid).


TEMA Objek Buatan Manusia
TAJUK Penanda buku saya yang cantik
TOPIK Renjisan dan percikan
MASA 4.25-5.25 petang(60 MINIT)
MEDIA Alat : Bekas cat air, berus lukisan, berus gigi
yang tidak lagi digunakan, pembaris, marker,
gunting, perhiasan lain yang sesuai, reben

Bahan : kertas A3, cat air

BBM Contoh hasil karya penanda buku, banner, My Art Tv


OBJEKTIF Pada akhir pembelajaran ini dapat:
1. Murid dapat menyebut unsur dan prinsip rekaan seni yang
terdapat pada karya dengan betul.
2. Murid dapat menghasilkan karya penanda buku yang menarik.
3. Murid dapat membuat apresiasi atas hasil kerja mereka.
PENGETAHUAN Murid pernah menghasilkan karya renjisan dan percikan sebelum ini.
SEDIA ADA
STANDARD
KANDUNGAN / STANDARD KANDUNGAN
STANDARD 1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual iaitu jalinan, warna,
PEMBELAJARA harmoni dan kepelbagaian yang terdapat pada objek buatan
N manusia dan karya seni dalam penghasilan corak menggunakan
teknik renjisan dan percikan.
2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi
penggunaan media dan teknik dalam penghasilan corak untuk
dijadikan penanda buku.
3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi
dalam penghasilan corak.
4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa
seni visual sejarah seni dan budaya.

STANDARD PEMBELAJARAN
2.1 Persepsi Estetik
Murid dapat mengenal, menamakan, dan memahami bahasa seni

Page 1
visual yang ada pada renjisan dan percikan.
2.1.1 Unsur seni
2.1.1.1 Jalinan - tampak
2.1.1.2 Warna - primer dan sekunder
2.1.2 Prinsip Rekaan
2.1.2.1 Harmoni
2.1.2.2 Kepelbagaian – warna

2.2 Aplikasi Seni


Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media,
serta proses dan teknik menggunakan dalam penghasilan renjisan
dan percikan.
2.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media
2.2.1.1 Alat - berus lukisan, berus gigi, dan palet.
2.2.1.2 Bahan - kertas lukisan dan cat air
2.2.2 Mengetahui penggunaan media, teknik, dan proses dalam
penghasilan karya
2.2.2.1 Teknik - renjisan dan percikan

2.3 Ekspresi Kreatif


Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman bahasa seni
visual media, serta proses dan teknik dalam penghasilan karya.
2.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif
2.3.2 Menggunakan bahasa seni visual iaitu jalinan, warna, harmoni
dan kepelbagaian
dalam penghasilan karya
2.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam
penghasilan karya
2.4 Apresiasi Seni
Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan
berpandukan bahasa seni visual.
2.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan
2.4.2 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan

Page 2
Langkah- Aktiviti Catatan
langkah
Aktiviti 1. Guru masuk ke dalam kelas. BBM:
Set Induksi 2. Guru menanyakan khabar murid. Banner amalan
(5 minit) 3. Guru menunjukkan sebuah banner dan stand membaca
banner.
4. Guru akan meminta seorang murid untuk bangun Kaedah/Teknik:
dan menggunting reben banner tersebut. Soal jawab
5. Apabila banner telah terjatuh, guru akan bersoal
jawab dengan murid. Strategi:
6. Banner tersebut tertulis “Membaca jabatan ilmu”. Menjana idea
Contoh soalan:
 Apakah yang tertulis pada banner tersebut? EMK:
 Siapa suka membaca? Pendidikan
 Apakah jenis-jenis bahan bacaan yang ada? Moral
7. Guru menunjukkan hasil karya penanda buku.
8. Guru menerangkan fungsi penanda buku kepada Nilai murni:
murid dan mengaitkan penanda buku dengan Disiplin, Hormat
aktiviti hari ini.
Persepsi Estetik Persepsi Estetik BBM:
(10 minit) 1. Guru menunjukkan kepada murid hasil karya Contoh hasil
penanda buku renjisan dan percikan kepada karya, piring
murid. soalan
2. Guru menyatakan definisi renjisan dan percikan.
3. Guru menerangkan unsur dan prinsip rekaan seni Kaedah/Teknik:
pada karya. perbicangan,
4. Guru memberi masa kepada semua murid untuk peneguhan
menghafal dan memahami unsur dan prinsip
rekaan seni. Nilai:
5. Guru akan meminta murid untuk menjawab Disiplin,
soalan kuiz secara berkumpulan. Hormat,
6. Murid perlu memilih soalan di belakang piring kerjasama,
soalan di papan putih. berdikari
7. Murid yang dapat menjawab soalan dengan betul
akan mendapat hadiah.
8. Sekiranya murid tidak dapat menjawab dengan

Page 3
betul, murid boleh memilih rakan yang sama
kumpulan untuk menjawab soalan tersebut.
Aplikasi seni Aplikasi seni BBM:

(10 minit) 1. Guru menunjukkan alat dan bahan yang akan My Art TV
digunakan.
2. Guru meminta seorang murid untuk menjadi Kaedah/Teknik:
model demonstrasi menghasilkan karya. Demonstrasi
3. Murid diminta untuk melakukan demonstrasi
dengan menggunakan My Art TV. Nilai:
4. Guru akan memberikan bimbingan kepada murid Kerjasama,
tersebut. Disiplin,
5. Guru akan menampal carta alir untuk menjadi Hormat
rujukan murid semasa penghasilan karya.

EKSPRESI Ekspresi Kreatif BBM:


KREATIF 1. Murid akan mula menghasilkan menghasilkan Carta alir
(25 minit) karya percikan dan renjisan mengikut langkah- Kaedah/Teknik :
langkah carta alir yang ditampal oleh guru. Perbincangan,
2. Guru akan memberikan bimbingan sekiranya Pembelajaran
diperlukan oleh murid. Akses Kendiri
3. Guru akan memastikan murid untuk menjaga
kebersihan diri dan kemudahan-kemudahan di EMK:
dalam kelas agar tidak terkena percikan cat air. Keusahawanan,
kreativiti dan
Gunting kertas mengikut bentuk yang diingini.
inovasi

Bancuh cat air dan air. (Pastikan air yang digunakan tidak
terlalu banyak). Strategi:
Menjana idea,
Celup berus gigi di dalam bancuhan air.
mereka cipta
Nilai:
Renjiskan warna menggunakan berus di atas permukaan
kertas. Kebersihan,
kerjasama,
Setelah siap, murid boleh menulis mutiara kata yang
disukai di atas penanda buku dengan menggunakan kekemasan,
marker.
disiplin, hormat,
Ikat penanda buku dengan menggunakan reben. kerajinan

Page 4
Apresiasi seni Apresiasi Seni Kaedah/ Teknik:
(5 minit) 1. Guru meminta murid untuk menunjukkan karya Soal jawab
seni yang telah dihasilkan.
Nilai:
2. Guru akan memilih murid secara rawak untuk
Kerjasama,
membuat apresiasi.
Disiplin,
3. Guru akan memberikan bimbingan kepada murid Hormat
untuk membuat apresiasi.

4. Guru akan meminta seorang murid untuk


menyebut dua unsur seni yang terdapat dalam
hasil karya rakan.

5. Guru akan memberikan hadiah kepada murid


yang telah membuat apresiasi.

Penutup Penutup Kaedah/Teknik:


(5 minit) Soal jawab
1. Guru bertanyakan perasaan murid pada hari ini
dan mengucapkan tahniah kepada semua murid
yang berjaya menghasilkan karya.
2. Guru membuat rumusan tentang aktiviti hari ini
dengan meminta murid untuk menyenaraikan
faedah-faedah membaca.

Page 5

Anda mungkin juga menyukai