Anda di halaman 1dari 5

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN TAHUN 3

Mata Pelajaran: Pendidikan Seni Visual


Kelas: 3 Mutiara
Masa: 8.00 pagi 9.00 pagi (60 minit)
Tarikh: 11 Ogos 2014
Bilangan Murid: 20/20 orang
Bidang: Menggambar
Tema: Alam Benda
Tajuk: Buah-buahan Tempatan
Teknik: Catan
Media: Alat: Berus lukisan, Palet
Bahan: Kertas lukisan, Warna Air
Bahan Bantu Mengajar: Lagu, Contoh karya catan
Pengisian Kurikulum:
1. Ilmu:
a. Pendidikan Muzik Nyanyian lagu
b. Bahasa Melayu Menyenaraikan buah-buahan
c. Pendidikan Jasmani Mengetahui kebaikan makan buah-buahan
2. Nilai murni: Kerajinan, Kerjasama
3. Elemen Kreativiti dan Inovatif (EMK): Kreativiti dan Inovasi
Kepelbagaian Kaedah dan Teknik:
1. Kemahiran Berfikir: Menyelesaikan masalah
2. Kecerdasan Pelbagai (KP):
a. Muzik
b. Visual Ruang
c. Interpersonal
d. Verbal Linguistik
3. Kemahiran Belajar Cara Belajar
4. Teknik:
a. Didik hibur
b. Soal jawab
c. Pemerhatian
d. Sumbangsaran
e. Penerangan
f. Imbas kembali
Standard Kandungan: (Murid berkebolehan)
1. Menghasilkan catan menggunakan media basah dengan menekankan Bahasa seni
visual.
2. Mengaplikasikan media serta proses dan teknik secara kreatif.
3. Membuat apresiasi terhadap karya.
Objektif Pembelajaran: Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
1. Mengenal, menamakan, dan memahami bahasa seni visual yang ada pada karya
seni.
2. Melukis dan wewarnakan buah-buahan tempatan dengan warna air dengan baik.
3. Membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni
visual.
Standard Pembelajaran: (Murid berkebolehan)
1.1 Persepsi Estetik

Murid dapat mengenal, memahami dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada
catan.

1.1.1 Unsur seni
1.1.1.1 Bentuk - ilusi
1.1.1.2 Warna - sekunder atau tertier atau gabungan kedua-dua warna
1.1.1.3 Ruang ilusi
1.1.2 Prinsip rekaan
1.1.2.1 Imbangan - simetri atau tidak simetri atau gabungan imbangan
1.1.2.2 Kepelbagaian warna

1.2 Aplikasi Seni
Murid dapat memahami bahasa seni visual, media, proses dan teknik dalam penghasilan
catan.
1.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media
1.2.1.1 Alat - berus lukisan dan palet
1.2.1.2 Bahan - kertas lukisan dan cat air atau cat poster atau cat tempera
1.2.2 Mengetahui penggunaan media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya
1.2.2.1 Teknik - basah atas kering

1.3 Ekspresi Kreatif
Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual, media serta
proses dan teknik dalam penghasilan karya.
1.3.1 Memilih dan memanipulasi media secara kreatif
1.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya
1.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan karya

1.4 Apresiasi Seni
Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan memberikan
tumpuan pada aspek bahasa seni visual.
1.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan
1.4.2 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan












MASA AKTIVITI KANDUNAGAN CATATAN
5 minit Set Induksi : Persepsi Estetik
1. Murid menyanyikan lagu Buah-buahan
Tempatan yang dimainkan oleh guru.
2. Guru bersoal jawab dengan murid.
Soalan :
1. Apakah buah-buahan yang terdapat
dalam lagu tadi?
2. Apakah ciri-ciri lagu tersebut?

Jangkaan Jawapan :
1.
2.


BBM:
- Lagu
- Contoh karya
Buah-buahan

KP:
- Muzik

Ilmu:
- Pendidikan
Muzik

Teknik:
- Didik hibur
- Soal jawab
10 minit Isi Kandungan : Aplikasi Seni
1. Murid ditunjukkan contoh hasil karya
berteknik catan.
2. Murid berbincang tentang ciri-ciri hasil karya
catan.
3. Murid dibimbing untuk membuat definisi
catan.
4. Guru memperkenalkan dan menyatakan
media yang akan digunakan dalam
penghasilan karya berteknik catan.
5. Murid memerhati demonstrasi guru.
6. Guru menunjuk cara melakar gambar buah-
buahan dengan memberikan penekanan
pada garisan, bentuk, ruang dan imbangan.
7. Guru menunjukkan cara mewarna lakaran
buah-buahan dengan menekankan bahasa
seni visual seperti warna, bentuk, ruang,
imbangan dan kesatuan.
BBM:
- Contoh hasil
karya

KP:
- Interpersonal

Teknik:
- Pemerhatian
- Sumbang saran
- Penerangan


30 minit Langkah-langkah : Ekspresi Kreatif BBM:
1. Murid menghasilkan karya berteknik catan
dengan bimbingan guru.
2. Murid mengimbas kembali buah-buahan
yang disenaraikan dalam lagu.
3. Murid memilih 3 jenis atau ke atas buah-
buahan untuk dilukis.
4. Murid menggunakan kreativiti dalam
penghasilan karya berteknik catan.
- Berus
- Kertas lukisan
- Palet
KP:
- Visual Ruang
EMK:
- Kreativiti dan
Inovasi
Nilai:
- Kerajinan
- Kerjasama
Teknik:
- Imbas kembali
15 minit Penutup : Apresiasi Seni
1. Murid mempamerkan karya masing-masing.
2. Murid menyenaraikan buah-buahan yang
telah digambar.
3. Murid menceritakan pengalaman dalam
penghasilan karya sendiri dan rakan lain.
4. Murid menyatakan kebaikan makan buah-
buahan.
5. Murid-murid diberi pujian atas usaha
penghasilan karya buah-buahan berteknik
catan.
KP:
- Verbal Linguistik

Ilmu:
- Bahasa Malaysia
- Pendidikan
Jasmani





Refleksi :
1. 20 orang memahami konsep catan.
2. 19 orang murid dapat menghasilkan lukisan buah-buahan dan 3 orang tidak dapat
menghasilkan lukisan buah-buahan.
3. Murid yang tidak dapat menyiapkan tugasan diminta untuk menyiapkan di rumah
masing-masing.

Anda mungkin juga menyukai