Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH KEBANGSAAN DESA PETALING

KUALA LUMPUR

KERTAS KERJA
AKTIVITI TERAPI SENI
PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN)
SEKOLAH KEBANGSAAN DESA PETALING, KUALA LUMPUR

PROJEK INTERNSHIP (INDIVIDU)


PISMP PENDIDIKAN KHAS (MP) AMBILAN JANUARI 2013
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

1.0

PENGENALAN

Internship ialah satu program latihan di lapangan yang bertujuan untuk mengaitkan
pengetahuan dan pengalaman sedia ada dengan amalan sebenar tugas guru permulaan.
Pelajar dikehendaki merancang, melaksana dan menilai projek/aktiviti yang berkaitan
dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah. Lantaran itu, aktiviti
terapi motot halus dirancang bagi memenuhi objektif tersebut.
Pelbagai terapi yang telah dirancang dan diaturkan untuk membantu kanak-kanak
berpendidikan khas ini dapat lebih menguruskan kehidupan mereka sendiri dan mempunyai
kejayaan seperti orang biasa. Terapi-terapi ini berperanan mengembangkan kognitif, emosi,
sosial dan psikomotor kanak-kanak tersebut dan dapat membantu mereka dalam
kehidupan seharian.
Salah satu terapi pendidikan khas adalah terapi seni visual. Terapi seni visual ialah
profesion perkhidmatan kemanusian yang mempergunakan media seni, imej, proses
kreativiti seni dan tindak balas kanak-kanak berpendidikan khas untuk menghasilkan
produk sebagai mencerminkan perkembangan individu, kebolehan, personaliti, minat,
kerisauan dan pertelingkahan. Terapi seni visual ini sebagai asas pemantapan emosi dan
sahsiah kanak-kanak berpendidikan khas ini tidak dapat dielakkan lagi. Konsep terapi ini
adalah untuk memberikan bantuan rawatan tanpa menggunakan sebarang ubat dan
membantu kanak-kanak mengurangkan tekanan dan dapat mengenangkan emosi mereka.

2.0

MATLAMAT

1. Guru-guru dapat menjalinkan hubungan mesra dengan kanak-kanak berpendidikan


khas.
2. Guru-guru dapat menimba pengetahuan tentang terapi seni visual dan cara
mengendalikan terapi untuk kanak-kanak berpedidikan khas.
3. Memberi pengalaman kepada guru dapat memilih aktiviti seni visual yang sesuai
dijalankan untuk kanak-kanak berpendidikan khas.

3.0 OBJEKTIF
1 .Mendedahkah murid-murid berpendidikan khas kepada terapi seni visual.
2. Memberikan terapi seni visual kepada kanak-kanak berpendidikan khas untuk
membenarkan mereka mempunyai satu cara untuk meluaskan perasaan mereka.
3. Mengembangkan motor halus dan motor kasar kanak-kanak berpendidikan khas.

4.0 KUMPULAN SASARAN DAN PENGLIBATAN


1

Semua kelas PPKI

Semua guru kelas

Semua pembantu pengurusan murid

5.0 BUTIRAN PROGRAM


Tarikh:

26 Julai 2016

Hari:

Selasa

Tempat:

Dewan terbuka SK Desa Petaling

Masa:

10.40 pagi 12.00 tengah hari

6.0 AHLI JAWATANKUASA


Penaung:

En. Nadzaruddin bin Kasim

Mentor:

Pn. Suriani binti Kasim

Pengerusi:

Cik Taye Zhi Hui

7.0 TENTATIF PROGRAM


Masa

Aktiviti

10.40 pagi

Taklimat ringkas

10.45 pagi

Aktiviti terapi 1

11.15 pagi

Aktiviti terapi 2

11.45 pagi

Majlis penutupan

12.00 tengah hari

Bersurai

7.1 Aktiviti terapi 1


Murid berjalan di sekitar sekolah untuk mengumpul pelbagai bahan capan seperti dahan,
daun, batu dan sebagainya. Kemudian, murid mengecap bahan yang dikutip di atas kertas
lukisan. Contohnya seperti gambar di bawah.

7.2 Aktiviti terapi 2


Murid dibei kertas lukisan yang bergambar batang pokok seperti dalam rajah 1. Murid
dalam kumpulan dikehendaki mengecap ibu jari untuk menjadikan sepohon pokok seperti
dalam rajah 2.

Rajah 1

Rajah 2

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


BIL
1

PERKARA
Kertas lukisan

HARGA (RM)

KUANTITI

JUMLAH HARGA(RM)

4.00

1 buku

4.00

Jumlah

4.00

9.0 PERLATAN
Bil
1
2
3

Item
Palet
Warna cair
Berus warna

Bilangan
3
2 kotak
8 batang

10.0 PENUTUP
Diharapkan agar aktiviti ini dapat dilaksanakan bersama-sama kerjasama yang diberikan
oleh semua pihak bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan. Semoga aktiviti ini dapat
dimanfaatkan oleh semua individu yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak.
Saya amat mengharapkan agar kertas cadangan ini akan mendapat pertimbangan
dan kelulusan daripada pihak tuan. Kerjasama dan pertimbangan daripada pihak tuan saya
dahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh :

.
( TAYE ZHI HUI )
Pengerusi,
Aktiviti Terapi Seni
SK Desa Petaling, Kuala Lumpur.

Disemak oleh:

.
(PN. SURIANI BT KASIM)
Mentor,
Aktiviti Terapi Seni
SK Desa Petaling, Kuala Lumpur.

Disahkan oleh:

.
(EN. NADZARUDDIN BIN KASIM)
Penaung,
Aktiviti Terapi Seni
SK Desa Petaling, Kuala Lumpur.

Anda mungkin juga menyukai