Anda di halaman 1dari 4

Nama: Taye Zhi Hui

Fasa Persediaan
Sebelum pergi ke program Bina Insan Guru (BIG) di Felda Gedangsa, kita dipesan untuk
menyediakan persembahan untuk keluarga angkat dan penduduk-penduduk di sekitar felda tersebut.
Oleh hal demikian, kelas kami telah diundi untuk mempersembahkan tarian Cina. Kami telah
menjalankan perbincangan tentang lagu tarian. Dengan perbincangan, kami telah mencapai kata
sepakat untuk mempersembahkan tarian cina dengan gabungan tarian kipas dengan wu shu.
Keputusan kami ini adalah untuk memberi pendedahan tentang kebudayaan tradisional orang Cina.
Setelah perbincangan, kami dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu tarian kipas yang terdiri daripada
10 orang dan wu shu terdiri daripada empat orang. Seterusnya, kami mengatur langkah-langkah tarian
sendiri dan membuat latihan. Dengan kerjasama dan komitmen yang diberi oleh setiap anggota, kami
dapat menjalankan latihan semasa masa lapang supaya dapat mempersembahkan dengan sempurna.
Dengan ini, saya telah belajar bertolak ansur dan mempunyai sifat keterbukaan dalam menerima
pandangan orang lain.
Selain itu, raptai untuk majlis perasmian, malam kebudayaan dan majlis penutupan telah
dijalankan untuk memastikan kelancaran majlis. Semua kelas yang terlibat dalam BIG Fasa 4 telah
memberi kerjasama untuk membuat raptai di Dewan Tun Sri Lanang pada 8 Oktober 2014. Pensyarah
pembimbing telah memberi komen supaya kita dapat memperbaiki kelemahan yang ada untuk
menjayakan program BIG kita.
Fasa Pelaksanaan
Pada hari 10 Oktober 2014, kita berkumpul di depan surau pada pukul 6.00 pagi. Setelah
taklimat ringkas diberi, kita menaiki bas masing-masing dan bertolak ke Felda Gedangsa. Pada jam 9
pagi, kami pun sampai ke destinasi kita. Semasa sampai ke sana, kita bermula membuat persiapan
untuk menyambut tetamu dan membuat raptai untuk majlis perasmian. Saya ditugaskan untuk
mengangkat bunga mangga dan menyambut penduduk yang akan menjadi keluarga angkat selama 2
hari ini. Pada pukul 10.30 pagi, majlis perasmian bermula. Tetamu kehormat yang telah dijemput ialah
Timbalan Menteri Pendidikan II, YB Tuan P Kamalanathan a/l P. Panchanathan dan Datin Pengarah
IPGKBM. Sebelum majlis perasmian diakhiri, kita dibahagikan kepada keluarga angkat sendiri.
Selepas makan tengah hari, kita balik ke rumah keluarga angkat masing-masing. Saya bersama
saudari Gina, Aisyah dan Liyana bertempat di keluarga angkat yang sama. Saya bersyukur kerana
mendapat ibu bapa angkat (Hj Azmat bin Kasa, Hjh Rokiah binti Selamat) yang mesra dan mereka

telah menyambut saya dengan penuh kasih sayang tanpa mengira bangsa dan warna kulit saya. Kami
berbual-bual tentang diri kita supaya dapat memahami dengan lebih mendalam.
Pada pukul 3 petang, kita balik ke dewan serbaguna Felda Gedangsa untuk meneruskan aktiviti
gotong-royong. Kami membersihkan kawasan SMK Gedangsa dengan menyapu daun kering dan
membakarnya. Kami bekerjasama untuk membersihkan dengan sebahagian orang menyapu,
sebahagian orang mengumpulkan daun dan yang sebahaigan orang membakar daun. Setelah itu,
sukaneka telah dijalankan pada pukul 5 petang.
Setelah makan malam, kami pun pulang ke rumah masing-masing untuk membuat persiapan
malam kebudayaan. Pada pukul 9 petang, malam kebudayaan dimulakan dengan menyambut tetamu
dan diteruskan dengan persembahan. Dengan semangat kerjasama yang kuat antara satu sama lain,
persembahan kita disempurnakan dengan tepukan yang gemuruh dan berpuas hati.
Setelah tamat malam kebudayaan, kami pulang ke rumah. Saya telah melawat ke rumah Jia
Min yang bertempat di hadapan rumah saya. Kami kunjung-mengunjungi rumah dan telah menjalinkan
hubungan yang baik antara satu sama lain. Pada malam tersebut, kami berbual-bual, makan dan
menonton televisyen bersama-sama dan saya berasa sangat terharu kerana dapat disambut baik oleh
penduduk setempat.
Pada keesokan harinya, kami telah melawat ke ladang kelapa sawit dan ladang pokok getah.
Kami telah ditunjukkan cara menoreh getah dan mengait kelapa sawit. Setelah itu, kami balik ke rumah
untuk menjalankan aktiviti dengan ahli keluarga angkat. Bapa angkat telah membawa kami jalan-jalan
ke kilang sawit. Beliau juga memperkenalkan nama tempat sepanjang perjalanan kepada kami. Saya
berasa gembira kerana berpeluang mengenali tempat-tempat lain di sekitar felda.
Kemudian, kami balik dan makan tengah hari yang disediakan oleh ibu angkat. Kami makan
sambil berbual-bual. Selepas makan, ibu angkat telah member hadiah kepada kami sebagai
cenderamata dan saya dihadiahkan kain batik manakala rakan lain diberi kain sarung. Saya berasa
terharu kerana kedatangan saya diterima dan dihargai. Sebelum beredar dari rumah keluarga angkat,
kami telah mengambil gambar sebagai kenangan manis. Pada pukul 2.30 petang, kita semua
berkumpul di dewan dan majlis penutupan dijalankan. Walaupun 2 hari sahaja yang berada bersama
keluarga angkat, hubungan kami adalah rapat dan berasa sedih kerana program BIG ini telah tamat.
Program BIG telah membawa pengalaman baharu kepada saya iaitu meninggal di rumah orang
Melayu kali pertama. Saya menghadapi masalah dan dengan peluang ini saya juga telah memperoleh
pengetahuan baharu. Antara masalah yang saya tempuhi ialah bahasa komunikasi dan perbezaan
kebudayaan.

Oleh sebab saya meninggal di rumah orang Melayu, saya perlu berbahasa melayu sepanjang
hari dan hal ini mendatangkan peluang emas kepada saya untuk melatih bahasa melayu. Saya
menghargai peluang ini kerana saya juga dapat berkomunikasi dengan rakan lain daripada kelas lain
iaitu daripada kelas 4A1 (Aisyah), 4B (Norliyana) dan 4D (Ginna). Di samping itu, saya juga
menghadapi masalah dalam kebudayaan seperti cara makan iaitu orang Melayu berpantang larang
untuk menggunakan tangan kiri dalam makan makanan di mana kebudayaan orang Cina tidak
menekankannya. Dengan ini, saya selalu mengingatkan diri sendiri supaya menjaga maruah diri dan
menghormati kebudayaan orang lain.
Melalui program BIG ini, saya menyedari bahawa semangat kerjasama adalah sangat penting
dalam menjayakan satu aktiviti. Contohnya, kami bekerjasama dalam menjalankan gotong-royong
untuk membersihkan kawasan sekolah. Selain itu, kelas saya juga telah bekerjasama untuk
mempersembahkan satu tarian yang melambangkan orang Cina dengan berpuas hati. Sementelahan
pula, saya juga berpeluang untuk melihat cara menoreh getah dan mengait buah kelapa sawit. Hal ini
merupakan peluang emas untuk saya yang mendiami di kawasan bandar. Saya juga menghargai
pelaksanaan program ini kerana telah dapat menjalinkan hubungan antara rakan sekelas dan rakan
dari kelas yang lain melalui aktiviti-aktiviti yang telah dianjurkan.
Kesimpulannya, saya telah memperoleh ilmu pengetahuan yang baharu dan pengalaman yang
tidak akan saya lupakan. Saya juga ingin menyampaikan setinggi-tingginya penghargaan kepada
setiap keluarga angkat dan penduduk Felda Gedangsa yang telah menjaga kami sepanjang 2 hari 1
malam ini serta setiap AJK yang telah mencurahkan usaha dalam menjayakan program ini.

Penyerahan Anak Angkat kepada Keluarga Angkat

Gotong-royong

Malam kebudayaan

Ladang getah

Gambar dengan keluarga angkat sebelum balik

Anda mungkin juga menyukai