Anda di halaman 1dari 5

Catatan : Perkhemahan Unit Beruniform

Soalan : Kamu dan rakan-rakan telah menyertai perkhemahan unit beruniform anjuran pihak sekolah.

Tuliskan catatan tentang perkhemahan tersebut.

Jumaat, 10 Jun 2010

Aku tiba di sekolah untuk mengikuti satu perkhemahan pengakap yang diadakan di Bukit Ayer. Setelah
mendengar taklimat daripada Cikgu Kamal Ahmad, kami pun bertolak. Ahli pengakap yang terlibat seramai
30 orang dan disertai oleh 5 orang guru.

Setelah tiba, kami dibahagikan kepada 5 kumpulan. Kami diarah membersihkan kawasan. Setelah itu,
kami mendirikan khemah. Aku dan beberapa orang rakan diarah untuk mencari kayu api untuk digunakan
semasa memasak dan untuk dijadikan unggun api. Pada waktu malam, kami hanya berehat sahaja.

Sabtu, 11 Jun 2010

Selepas sembahyang subuh, kami bersarapan. Selepas itu, kami mengadakan aktiviti senaman.
Kemudian aktiviti berkawad diadakan. Banyak yang aku pelajari semasa aktiviti ini.

Pada waktu petang kami menjalankan aktiviti meredah hutan. Melalui aktiviti ini, kami dapat
mengetahui tentang flora dan fauna yang terdapat di hutan ini. Kami juga bermandi-manda di air terjun yang
berdekatan.

Pada waktu malam, telah dijalankan aktiviti unggun api. Melalui aktiviti ini, setiap kumpulan perlu
mengadakan persembahan. Kumpulan aku mengadakan persembahan dikir barat. Aku sungguh seronok
ketika membuat persembahan.

Ahad, 12 Jun 2010

Pada pagi ini telah dijalankan aktiviti pertolongan cemas dan ikatan. Selepas makan tengah hari, kami
bersiap-siap untuk pulang. Kami meruntuhkan khemah dan membersihkan kawasan perkhemahan.
Pada pukul 2.00 petang, kami bertolak pulang. Aku berasa gembira dapat mengikuti perkhemahan ini
kerana banyak pengetahuan dan pengalaman yang aku peroleh.

Catatan : Berkelah Di Tepi Pantai

Kamu dan keluarga telah berkelah di tepi pantai pada hujung minggu. Tulis catatan yang lengkap tentang
aktiviti perkelahan tersebut.

Sabtu, 20 Januari 2015

9.00 pagi

Aku dan keluargaku bersiap-siap. Kami akan pergi berkelah di Pantai Cherating. Adikku membantu
ibu menyediakan makanan. Aku pula membantu abang dan ayah memasukkan beg ke dalam bonet kereta.

10.00 pagi

Kami bertolak ke pantai. Sebelum bertolak, ayah memeriksa kereta supaya tidak berlaku apa-apa
yang tidak diingini berlaku. Semasa dalam perjalanan, aku membaca buku cerita yang dibawa dari rumah.
Adikku terlena sepanjang perjalanan.

11.00 pagi

Kami tiba di Pantai Cherating. Kelihatan orang ramai mula memenuhi pantai. Kami mencari
tempat untuk menghamparkan tikar. Akhirnya, kami menjumpai tempat untuk meletakkan bekalan makanan
dan tikar.

Kemudian, aku dan adikku berlari anak ke arah laut. Kami bermandi-manda dengan gembira.
Adikku menggunakan pelampung supaya tidak lemas.

1.00 petang

Aku dan adikku berhenti mandi. Kami ke tandas yang disediakan untuk membilas badan.
Kemudian, aku dan keluargaku makan tengahari di atas tikar. Masakan ibu sungguh sedap. Selepas itu, kami
solat di surau yang berdekatan.

2.00 petang

Aku dan ayahku serta abangku bermain bola tampar. Adikku pula membina istana dari pasir. Orang
ramai juga bermian permainan yang sama.

4.30 petang
Keluargaku mula bersiap-siap untuk pulang. Setelah memasukkan semua barang ke dalam kereta,
kami bertolak pulang. Kami berasa berat hati untuk pulang tetapi puas.

soalan: Kamu telah menyertai satu perkhemahan unit beruniform di sekolah kamu. Tulis catatan tentang
perkhemahan tersebut.
FORMAT
1 Tarikh
2 Hari
3 Masa
Rabu, 21 Mac 2016

4.00 petang

Saya dan rakan-rakan berkumpul di dalam dewan. Kami pergi mendaftar nama sementara menunggu rakan-
rakan yang lain tiba. Selepas mendaftar, kami mendengar taklimat daripada guru yang bertugas iaitu Encik
Ismail dan Puan Sarina. Saya dan rakan-rakan dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Semua kumpulan
tersebut terdiri daripada Persatuan Pengakap, Persatuan Bulan Sabit Merah, Puteri Islam dan Tunas Kadet
Remaja Sekolah. Saya ditempatkan di kumpulan nombor 9.

6.30 petang

Selepas itu, saya dan ahli kumpulan bergerak ke tapak perkhemahan yang disediakan untuk memasang
khemah. Kami ditunjuk ajar oleh guru pembimbing iaitu Encik Nawar bin Zakaria. Kami bertungkus-lumus
memasang khemah yang disediakan oleh pihak sekolah. Setelah siap memasang khemas, kami mengumpul
perkakasan memasak yang dibawa oleh setiap ahli kumpulan kami untuk pertandingan memasak yang akan
berlangsung pada besok hari. Selepas itu, kami turun ke dewan terbuka untuk membuat Latihan Dalam
Kumpulan (LDK). Kami dikehendaki mencipta logo kumpulan masing-masing.

10.00 malam

Saya dan rakan-rakan yang lain menyertai pertandingan ikatan dan balutan. Selain itu, saya dan rakan-rakan
menyertai pertandingan nyanyian secara berkumpulan. Seterusnya, saya dan ahli kumpulan yang lain
menyertai pertandingan berpantun dan sajak. Kami menyampaikan sajak dengan penuh dramatis.
Khamis, 22 Mac 2016

5.45 pagi

Saya dan rakan-rakan bangun awal dan membersihkan diri. Kemudian kami bergerak ke surau untuk
mendirikan solat Subuh yang diimamkan oleh Ustaz Fawwaz bin Abdullah. Usai solat, kami menuju ke
kantin untuk menjamah sarapan pagi yang disediakan oleh pihak sekolah. Saya dan rakan-rakan menikmati
sepinggan nasi lemak dan secawan teh panas untuk mengisi perut yang kosong.

7.00 pagi

Kami bergerak ke tapak perhimpunan dan melakukan aktiviti regangan. Selepas itu, kami mengadakan
latihan kawad kaki yang dibimbing oleh Encik Affan. Kemudian, kami bergerak ke padang untuk
menyediakan perkakasan memasak kerana pada pukul 8.00 pagi pertandingan memasak akan diadakan. Tepat
pada pukul 8.00 pagi, pertandingan memasak dijalankan. Kami diberi tugasan untuk memasak kari ikan.
Kami bagaikan aur dan tebing bertungkus-lumus untuk menyiapkan hidangan tersebut. Selesai memasak,
kami menghantar hidangan tersebut untuk dihakimi oleh guru- guru yang bertugas iaitu Puan Ainin, Puan
Ainon dan Puan Zalina.

12.00 pagi

Keputusan pertandingan memasak, pertandingan ikatan dan balutan dan pertandingan sajak dan pantun
diumumkan. Kumpulan kami mendapat tempat pertama dalam ketiga-tiga pertandingan tersebut. Selepas itu,
kami meruntuhkan khemah dan membersihkan tapak perkhemahan. Saya sangat gembira kerana dapat
merasai pengalaman berkhemah bersama rakan-rakan saya di sekolah. Saya berharap agar aktiviti
perkhemahan seperti ini dapat dijalankan pada masa hadapan kerana aktivit ini dapat melatih diri kita untuk
lebih berdikari dan berdisiplin.

Catatan Menghadiri Kem Motivasi UPSR


Jumaat,12 April 2013
7.30 pagi : Saya mendaftar diri di kaunter apabila sampai di sekolah. Saya diberikan fail dan alat tulis.

8.00 pagi : Pengerusi PIBG sekolah menyampaikan ucapan perasmian di atas pentas.
8.15 pagi : Seorang guru penyelaras memberikan taklimat ringkas sebelum atur cara dimulakan.
8.45 pagi : Seorang guru berpengalaman memberikan ceramah yang bertajuk “Usaha Tangga Kejayaan”.
Beliau menasihati murid-murid agar belaJar dengan bersungguh-sungguh untuk memburu keJayaan.
9.45 pagi : Cikgu Tan memberikan ceramah yang bertajuk “Cara-cara menjawab Soalan Peperiksaan. Beliau
memberitahu kami tentang teknik-teknik menjawab soalan.
10.45 pagi : Kami pergi berehat. Kami menjamu selera di kantin. Makanan yang lazat disediakan oleh PIBG
sekolah.
11.45 pagi : Aktiviti berkumpulan dimulakan. Aktiviti tersebut dikendalikan oleh beberapa orang guru.
Mereka mengajar dan membimbing murid membuat jadual ulang kaji yang sesuai.
12.15 tengah hari : Sebuah ceramah yang bertajuk “Membina Keyakinan Diri” disampaikan oleh bekas
guru besar.
1.00 petang : Kem motivasi berakhir dengan sempurna. Guru Besar menyampaikan cenderahati kepada
semua peserta

Anda mungkin juga menyukai