Anda di halaman 1dari 8

LAPORAN HARI KETIGA TARIKH : 28 / 8 / 2013

Masa : 5.30 pagi 6.30 pagi Semua pelajar muslim bersiap sedia untuk menunaikan subuh berjemaah di surau manakala kumpulan pelajar bukan Islam pula bersiap sedia dengan menguruskan diri untuk menjalankan aktiviti pada hari tersebut.

Masa : 7.00 pagi 7.30 pagi Setelah pelajar muslim selesai menunaikan ibadah dan pelajar bukan Islam bersiap sedia dengan pakaian uniform Pandu Puteri Kadet, ahli-ahli PPK pun bersarapan pagi di dewan berkumpul Unit PPK. Sarapan pagi Unit PPK disediakan oleh beberapa ahli yang telah disusun hari dan masa bertugasnya untuk menyediakan sarapan pagi pada hari ketiga.

Masa : 7.30 pagi 8.00 pagi Selepas bersarapan, semua ahli PPK berkumpul di kawasan aktiviti untuk menjalankan tatacara perjumpaan. Tatacara perjumpaan dimulakan dengan arahan daripada Kapten kepada Ketua-ketua Patrol untuk berkumpul dan kemudiaannya diikuti dengan ahli-ahli untuk berkumpul mengikut patrol masing-masing. Tatacara diteruskan dengan pembentukan ladam kuda. Oleh kerana kawasannya terhad, kami pun membentuk ladam kuda dua lapis. Selepas pembentukan ladam kuda, pasukan panji-panji yang bertugas pun menjalankan tugas mereka dengan menjalankan upacara menaikkan bendera dan upacara yang seterusnya. Lagu Dunia dinyanyikan selepas bendera dinaikkan. Kemudian kumpulan bertugas menjalankan tugas dengan membaca doa dan berkongsi kata-kata hikmah. Selepas itu, pensyarah pembimbing dan ketua komanden memberi ucapan dan melaporkan aktiviti yang akan dijalankan pada hari tersebut. Kemudian, kami pun bersurai untuk menjalankan aktiviti yang seterusnya.

Pembentukan ladam kuda oleh ahli-ahli PPK.

Kumpulan panji-panji menjalankan tugas menaikkan bendera.

Masa : 8.00 pagi 9.00 pagi Selepas tatacara perjumpaan, kami pun diberi sedikit taklimat berkaitan dengan lawatan yang akan kami lawati tersebut oleh Puan Normah tentang beberapa perkara yang perlu diberi perhatian. Pensyarah yang mengiringi kami ke lawatan tersebut adalah Puan Normah dan juga Puan Sabariah. Kemudian, kami pun berbaris dalam dua barisan dari yang tinggi ke rendah dan bertolak ke destinasi lawatan kami pada hari ini, iaitu Taman Ular Sawa dan juga Taman Herba. Sepanjang perjalanan ke destinasi, kami mengambil gambar keseluruhan ahli bersama-sama dengan pensyarah pembimbing di beberapa tempat yang cantik dan bermemorial. Kami juga sambil menyorak sorakan dan juga menyanyi sepanjang jalan untuk menambahkan semangat di antara ahli. Setibanya di Taman Herba, pensyarah pembimbing meminta setiap penolong ketua patrol untuk tampil ke hadapan untuk menjalankan suatu tugasan yang diberikan, iaitu mencari pokok-pokok herba yang boleh dimakan dan tidak beracun. Selepas beberapa minit, mereka pun keluar dari Taman Herba tersebut dengan hasil-hasil dapatan mereka. Puan Normah pun bermula mengajar kami cara untuk mengenalpasti herba-herba yang boleh dimakan dan tidak beracun. Puan Normah juga menjalankan penilaian terhadap hasil dapatan yang diperolehi mereka dan diberi markah atas daun herba yang betul dan meminta mereka untuk menyimpan daun-daun tersebut dengan elok kerana

akan digunakan semasa masakan rimba nanti. Kemudian, kami pun bertolak ke Taman Ular Sawa yang berhampiran dengan Taman Herba tersebut. Setibanya di Taman Ular Sawa, semua ahli PPK teruja dan berasa terkejut apabila melihat ular sawa yang berada dalam kandang tersebut begitu besar dan panjang itu. Kami diberi masa untuk melihat kandangkandang ular yang berada di sekitar taman dan mengambil gambar. Ahli PPK juga berpeluang untuk bergambar dengan seekor ular sawa dan

menyentuhnya. Kami juga telah banyak mengetahui ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan kehidupan ular sawa melalui soal jawab dengan pekerja di Taman Ular Sawa tersebut. Lawatan ini banyak memberi manfaat kepada kami dan banyak ilmu pengetahuan telah kami pelajari. Sebelum pulang le tapak perkhemahan, kami singgah di Tugu Perkhemahan Komanwel Pandu Puteri Malaysia.

Bertolak ke Taman Ular Sawa dan Taman Herba

Bergambar keseluruhan dalam perjalanan ke destinasi.

Menguji daun herba yang didapati.

Bergambar dengan ular sawa.

Bergambar

dengan

Tugu

Perkhemahan Komanwel Pandu Puteri Malaysia

Masa : 10.00 pagi 10.30 pagi Semua ahli PPK rehat dan minum pagi selepas pulang dari lawatan ke Taman Ular Sawa dna juga Taman Herba. Kami semua berehat di dewan berkumpul.

Masa : 10.30 pagi 12.30 tengah hari Aktiviti masakan rimba ini dikendalikan oleh Puan Zaitun. Puan Zaitun memberi taklimat kepada semua ahli berkaitan dengan cara-cara

melaksanakan masakan rimba serta syarat-syaratnya dan masakan rimba ini hanya boleh dijalankan oleh lima orang dalam satu kumpulan. Sebelum bermulanya aktiviti masakan rimba, pensyarah pembimbing mengagihkan bahan-bahan masakan rimba yang hendak dimasak tersebut. Antaranya seperti ayam, ikan, sayur, mi maggi, telur, kentang, serbuk kari dan kunyit, bawang, halia, cili dan sebagainya. Kai hanya diberi masa dua jam untuk menyelesaikan masakan kami tersebut termasuk menghidang dan juga membersihkan kawasan menjalankan masakan rimba. Semasa menjalankan masakan rimba, setiap kumpulan mencari tempat masing-masing yang sesuai dan selesa untuk dijalankan masakan rimba. Ada ahli yang menolong membersihkan dan mencuci bahan, ada ahli yang sibuk mencari ranting kayu, ada yang cuba menghidupkan unggun api untuk memasak. Setiap ahli sibuk dengan kerja masing-masing supaya dapat menghasilkan masakan dalam masa yang ditetapkan. setelah selesai

memasak, ahli-ahli PPK pun sibuk dengan cara menghias dan menghidang menggunakan semua bahan semulajadi seperti daun pisang, buluh dan sebagainya yang boleh digunakan untuk menghidang. Selepas siap menghidang dan pensyarah peembimbing memberi markah, ahli-ahli PPK pun merasa masakan hasil sendiri.

Taklimat maskan rimba.

Penyediaan bahan makanan masakan rimba.

Menyalakan unggun api.

Proses menghidang dan menikmati masakan hasil sendiri.

Masa : 12.30 tengah hari 2.30 petang Selepas aktiviti masakan rimba, semua ahli PPK pun makan tengah hari yang disediakan oleh AJK-AJK masakan yang ditugaskan pada masa tersebut. Pelajar-pelajar muslim pula menunaikan solat mereka di surau.

Masa : 2.30 petang 5.30 petang Selepas selesai makan tengah hari, aktiviti yang dijalankan seterusnya adalah latihan kawad kaki formasi. Aktiviti ini diketuai oleh Saudari Mathura. Dalam aktiviti ini, ahli-ahli PPK membuat latihan untuk persediaan pertandingan kawada kaki formasi yang akan menjelang. Kami diperkenalkan dengan beberapa pergerakan kawad formasi yang asas dan dibimbing untuk melatih. Kami juga sama-sama mengubahsuai dan memperbaiki pergerakanpergerakan yang kurang sesuai dan cantik supaya dapat berjalan dengan lancar dan kelihatan kemas keseluruhannya. Selepas beberapa jam berlatih, akhirnya telah kami kuasai beberapa langkah kawad kaki formasi asas.

Latihan kawad kaki formasi

Masa : 5.30 petang 8.30 malam Selepas kesemua aktiviti dari pagi hingga petang tadi, semua ahli PPK pun balik ke khemah masing-masing untuk berehat dan menguruskan diri dan bersedia untuk Majlis Perasmian Penutupan bagi Perkhemahan 4 hari 3 malam ini. Semua bersedia dengan pakaian baju kebaya Pandu Puteri. Pelajar-pelajar muslim pula menunaikan solat mereka.

Masa : 8.30 malam 10.30 malam Majlis Perasmian Penutupan Perkhemahan ini dihadiri oleh semua unit beruniform yang terdiri daripada pasukan KRS, Pengakap, Pandu Puteri Kadet dan juga Persatuan Puteri Islam. Sebelum bermulanya majlis tersebut, semua pelajar telahpun berada di dalam dewan yang digunakan untuk majlis tersebut sambil menunggu ketibaan Tuan Pengarah IPGM Kampus Pendidikan Teknik, Bandar Enstek. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku. Majlis diteruskan dengan persembahan daripada setiap unit beruniform. Persembahan dimulakan dengan persembahan daripada Pandu Puteri Kadet yang berunsurkan sketsa dan nyanyian koir lagu ciptaan sendiri. Kemudian, persembahan diteruskan dengan persembahan dari unit Pengakap dan KRS yang berunsurkan drama dan persembahan Puteri Islam yang berunsurkan nyanyian. Selepas kesemua persembahan tersebut, Tuan Pengarah dijemput untuk memberi ucapan sepatah dua kata dan merasmikan penutupan perkhemahan selama 4 hari 3 malam unit beruniform pelajar 4PISMP di Ulu Bendul ini. Sebelum bersurai, setiap unit beruniform mengambil gambar keseluruhan bersama-sama dengan Tuan Pengarah dan juga pensyarah pensyarah pembimbing.

Persembahan Pandu Puteri Kadet

Masa : 11.15 malam 12.00 malam Pada hari Rabu malam , Pandu Puteri Kadet telah mengadakan Program Pemimpin pada pukul 11.15 malam selepas majlis penutup. Pada mula-mulanya, Puan Normah membimbing kami dengan menyanyi sebuah lagu iaitu My Manito. Beliau mengajar kami menyanyi sebanyak 2 kali. Kami dikehendaki membuat bulatan besar. Selepas itu, aktiviti ini diiringi dengan tiga orang ahli Pandu Puteri berserta dengan lagu My Manito. Suasana amat meriah dan menyeronokkan kami semua. Aktiviti ini berteruskan dengan secara pusingan. Setiap pusingan tiga orang. Mereka dikehendaki mencari Manito tersendiri masing-masing dan memberi hadiah kepada Manito yang dipilih. Manito yang dipilih juga dikehendaki memberi hadiah kepada Manito mereka. Tambahan pula, pensyarah pembimbing kita iaitu, Puan Norma, Puan Sabariah dan Puan Zaitun juga terlibat dalam aktiviti ini. Tidak lupa juga, terdapat dua ahli Pandu Puteri, iaitu Kelly and Macyl, mereka ialah manito kepada mereka masing-masing.

Mencari manito masing-masing

Mendapat manito masingmasing

Anda mungkin juga menyukai