Anda di halaman 1dari 10

Laporan Ke Pulau Redang Dianjurkan Oleh Kelab Rekreasi

IPG Kampus Raja Melewar 2016


1.

Guru pelatih seramai 30 orang dari unit PJK SJK(T) dan unit PJK SK yang mengikuti kursus
WAJ 3131 akan melibatkan diri program rekreasi.

Rekreasi merupakan aktiviti yang

melibatkan satu proses pembelajaran yang berterusan. Interaksi individu dengan alam
sekeliling sebagai agen pendidikan membentuk satu makmal pembelajaran yang unik. Modul
yang diperkenalkan ini adalah berdasarkan kurikulum yang ditetapkan oleh Bahagian
2.

Pendidikan Guru untuk guru pelatih.


Pendidikan keguruan perlu memberi ruang kepada guru pelatih untuk penyuburan
kecergasan fizikal, kematangan rohani dan emosi serta ketahanan mental. Kurikulum formal
serta kegiatan guru pelatih dalam komponen latihan yang dilalui sewajarnya saling lengkap
melengkapi. Kurikulum Sukan rekreasi memberi ruang kepada guru pelatih untuk
mempratikkan kemahiran pengurusan, membuat keputusan, meningkatkan daya tahan fizikal,
mengamalkan nilai-nilai murni disamping menghayati kepentingan pemeliharaan dan
pemuliharaan sistem ekologi alam semula jadi. Disamping itu program ini juga bertujuan untuk
melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek melalui
pengalaman dalam aktiviti sukan rekreasi. Guru pelatih dibimbing untuk merancang dan
membuat persiapan, melaksana dan menilai pencapaian mereka sepanjang tempoh aktiviti.
Sikap, personaliti dan kewibawaan dibina ke arah yang lebih positif berteraskan nilai-nilai
murni seperti tanggungjawab, bekerjasama dan bertolak ansur dalam kehidupan komuniti.
Kualiti sosial yang positif, kepimpinan yang berkesan dan pengikut yang dijadikan fokus

3.

semasa sesi percambahan fikiran dan refleksi.


Antara objektif program ini adalah merancang, mengurus dan mengelolakan aktiviti-aktiviti
Rekreasi dan Menguasai kemahiran-kemahiran asas kegiatan luar mengikut kemampuan diri
seperti snorkeling, kayak, mendaki gunung dan sebagainya.

ia juga dapat menunjukkan

kepekaan dan keperihatinan terhadap keindahan dan kekayaan alam semula jadi termasuk
isu dan masalah alam sekitar serta meningkatkan pembelajaran menerusi pengalamanpengalaman yang menyeronokan dan selamat dalam persekitaran yang berbeza-beza. Selain
itu, program sebegini juga dapat membina ketahanan, disiplin dan keyakinan diri dalam
4.

menghadapi cabaran- cabaran semasa.


Bagi fasa sebelum kami telah mengadakan mesyuarat pertama dengan En. Rohaizad untuk
memilih sama ada aktiviti lawatan atau mendaki gunung. Pada hari itu kami telah berbincang
dengan semua ahli untuk memilih tempat terlebih dahulu. Semua telah memberi cadangan
tempat yang banyak seperti Pulau Redang, Broga Hill, Gunung Dato, Pulau Perhentian dan
1

sebagainya. Tempatnya dipilih secara mengundi. Pada akhirnya, Pulau Redang telah dipilih
dan disetuju oleh semua. Selepas itu, telah mengadakan pemilihan jawatankuasa bagi
Lawatan ke Pulau Redang. Saya telah dipilih sebagai AJK Makanan debgab 2 orang rakan
iaitu Deepakala dan Vegeneswari. Pada mesyuarat itu telah memberitahu bahawa semua AJK
harus menyediakan bidang tugas masing-masing sebelum mesyuarat akan datang.
5. Pada mesyuarat kedua, semua AJK telah menyatakan bidang tugas masing-masing. Pada
masa sama juga, kos perbelanjaan juga dinyatakan dan diberi kepada bendahari. Sebagai
AJK Makanan kami telah melayari internet untuk mencari kedai kedai makanan bagi
menjamu selera sepanjang perjalanan ke Merang, Terangganu dan sehingga balik ke IPG
Kampus Raja Melewar. Kami juga menyatakan beberapa kedai makanan di Muadzam Shah,
Kuantan dan Merang. Kami juga telah memberitahu bahawa kos makanan ditanggung sendiri
6.

semasa perjalanan.
Pada 05. 04.2016 yang lepas unit PJ SK dan PJ SJKT Semester 6 telah mengikuti program
ke Pulau Redang dibawah Kelab Rekreasi IPG Kampus Raja Melewar. Program ini diadakan
supaya para peserta dapat menikmati alam sekitar yang indah dan menghargai alam sekitar.
Pada hari kami semua telah bekumpul di garaj bas pada pukul 5.45 petang. Sebelum
perjalanan kami telah menyusun barang-barang kami ke dalam bas dengan teratur. Selepas
itu, kami semua telah mengambil gambar berkumpulan dengan banner yang telah disediakan.

7.

Setelah itu, kami telah menaiki bas dan bacaan doa diadakan bagi perjalanan yang selamat
bagi semua. Bacaan doa dipimpin oleh saudara Ruwalfindi bin Abu Bakar. Bas bertolak tepat
pada pukul 6.00 petang dari IPGKRM menuju ke Merang, Terangganu. Pada pukul 9.00
malam bas berhenti di Muadzam Shah untuk makan malam. Kami telah diberi masa selam
2

sejam. Pada pukul 10 malam kami telah menaiki bas semula. Kami telah sampai di Merang,
Terengganu padu pukul 4.30 pagi. Kami semua telah tidur dalam bas selama 2 jam dan
pada pukul 6.30 kami telah pun bangun dan membersihkan diri di sebuah stesen minyak.
Selepas itu, kami telah bersarapan di situ pada pukul 7.00 pagi. Setelah itu, kami telah
dihantar ke Jeti, Merang. Di situ, kami telah mengeluarkan barang-barang kami sambil
menunggu bas dari Redang Pelangi Resort. Bas pun telah sampai dan menghantar kami
berdekatan dengan Jeti Merang. Kami mula mengambil gambar sambil menunggu bot yang
disediakan oleh Redang Pelangi Resort.

8.

Setelah sampai bot, kami telah menaiki bot seramai 25 orang dalam sebuah bot. ia
mengambil masa selama 30 minit untuk sampai ke Redang Pelangi resort. Dalam perjalanan
kami telah mendapat peluang untuk menikmati keindahan Pulau Redang yang cantik dan

uniknya. Kami semua telah berbaris sebelum menaiki bot dengan barang masing-masing.

9.

Kami telah sampai di Redang Pelangi Resort pada pukul 9.30 pagi. Setelah sampai, mereka telah
memberi ucapan selamat datang dan juga memberitahu serba sedikit tentang Redang Pelangi
Resort. Mereka telah memeberitahu tentang makanan, bilik tidur, masa snorkeling dan
sebagainya. kemudian, mereka telah menyerahkan kunci bilik tidur bagi setiap wakil bilik.
Selepas itu, kami diberi masa untuk membersihkan diri danpada pukul 12 tengahari kami telah
berkumpul di kafe untuk makan tengahari.
10. Pada pukul 2.30 petang, kami telah menaiki bot untuk aktiviti snorkeling. Semasa snorkeling,
kami telah mendapat menikmati kehidupan laut yang unik seperti ikan, tumbuhan air dan juga
coral. Pemandangan yang sangat cantik dan alam semula jadinya yang tidak dapat dinilai
sepanjang kami snorkeling pada hari pertama.

11.

Set
e

lah

satu jam setengah, kami telah menaiki bot semula dan menuju ke Redang Pelangi Resort.
Setelah sampai, kami telah bermain Beach Volley Ball AJK aktiviti telah membahagikan
kami kepada empat kumpulan. Kumpulan saya adalah kumpulan kedua. Kami telah kalah
dalam pusingan pertama. Kami telah mandi pada pukul 7.00 petang dan kami berkumpul di
kafe untuk makan malam.
12.

Pada

pukul

9.15

malam

AJK

Moral

dan

Kerohanian telah mengadakan aktiviti di depan kafe. Kami semua duduk di atas bangku
yang disediakan. AJK Moral dan Kerohanian telah memberitahu cara melakukan
aktivitinya. Selepas itu, beliau mengedar sehelai kertas Mahjong. Kami telah menulis
tentang Pulau Redang. Semua tulis satu perkataan mengenai Pulau Redang. Pada
akhirnya, seorang telah membaca perkataan-perkataan yang telah ditulis. Pada pukul
12.00 am kami telah tidur.
13.
Pada hari kedua pula, kami telah bersedia di kafe pada pukul 7.30 pagi untuk
sarapan. Selepas itu, kami telah menukar baju renang dan tunggu untuk bot pada pukul
9.00 pagi. Pada pukul 9.30, kami telah menaiki bot dan menuju ke tempat snorkeling. Di
situ, kami diberi masa selama 1 jam. Di situ kami telah menikmati keindahan alam

sekitar serta beberapa jenis ikan yang tidak pernah tengok sebelumnya dan tumbuhan
tumbuhan laut yang sangat cantik.

14.

Pada
pukul
11.30 pagi kami telah sampai di Redang Pelangi Resort untuk makan tengah hari. Kami
menukar baju terlebih dahulu sementara menunggu untuk makan tengah hari. Pada
pukul 12.00 tengah hari kami mula makan di kafe dan berehat sehingga pukul 2.00
petang untuk aktiviti seterusnya iaitu snorkeling di Marine Park iaitu Taman Laut.
Setelah sampai di situ, kami telah diberi taklimat sedikit iaitu tempat-tempat yang

bahaya dan sebagainya. seterusnya, kami turun ke dalam laut untuk snorkleling.

15.

Di situ, kami telah menikmati keindahan laut yang cantik dengan kehidupan laut
yang unik. Kami berada di situ lebih kurang 2 jam. Di situ kami telah mengambil banyak
gambar- gambar ikan, tumbuhan dan sebagainya. Tempat ini salah satu tempat yang
terdapat di Pulau Redang yang sangat menarik untuk snorkeling. Pada pukul 4.00
petang , kami telah sampai di Redang Pelangi Resort untuk minum petang. Selepas itu,
kami menuju ke tempat penyu. Di situ kami tidak dapat tengok penyu dengan kadar
yang banyak. Di situ kami Cuma dapat tengok seekor penyu sahaja. ini kerana, ia bukan
musim penyu dan makanan bagi penyu sangat kurang di dalam laut. Pada pukul 5.30
kami pun sampai di Resort dengan selamat. Selepas itu, kami snorkeling lagi di tempat
yang berdekatan dengan resort untuk tengok baby shark . Selepas itu, kami telah
bermain permainan kabadi.

16.

Selepas itu, kami telah mandi , sembahyang dan makan malam pada pukul 7.45 malam
hingga 8.30 malam. Selepas itu, diadakan aktiviti hiding number yang disediakan oleh anak
En. Rohaizad bin Ismail. Permaianan ini menarik perhatian kami semua untuk menang dalam
permainan. Pada awalnya, kami telah dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan PJ SK
dan PJ SJKT. Selepas itu, ketua kumpulan dari kedua-dua kumpulan dipanggil untuk memberi
peraturan permainan.

Selepas itu, kami mula bermain beberapa kali tetap kalah juga. Walaubagaimanapun, kami
tidak putus asa dan teruskan permaianan. Permaianan ini diadakan untuk mengukur kerjasama
dalam kumpulan dan tahap kesabaran. Pada akhirnya, kami telah menang dalam permainan
itu. Selepas itu, kami terus ke pantai untuk tengok blue sand. Kemudian pada pukul 12.30 am
kami balik ke bilik masing-masing untuk berehat.

17. Pada hari ketiga pula, kami membersihkan diri dan bersarapan di kafe itu. Selepas itu, kami
mengemaskan bilik dan menyusun barang- barang kami ke dalam beg. Pada pukul 8.00 pagi
kami telah check out dari bilik masing- masing. Kami semua duduk di bangku yang disediakan
bagi acara pemberian hadiah kepada kumpulan yang menang. Sebelum itu, En. Rohaizad bin
Ismail selaku penyelaras program ini telah memberi sepatah dua kata. Selepas itu, diadakan
acara pemberian hadiah kepada para pemenang. Kemudian sesi fotografi diadakan dengan
pensyarah.

18. Pada pukul 9.30 pagi, kami telah menaiki bot laju kearah Jeti Merang. Kami telah sampai di jeti
itu pada pukul 10.30 pagi. Di jeti itu bas IPGKRM telah tunggu untuk kehadiran kami. Setelah
susun barang ke dalam bas, bas pun bertolak dari Merang itu. Selepas itu, kami diberi masa
sekejap untuk membeli keropok lekor berdekatan dengan jeti. Pada pukul 11.30 pagi bas
berhenti seketika untuk makan tengah hari. Selepas itu, bas mula bertolak dan diberhentikan
sekejap di tol Gambang. Kemudian perjalanan kami menuju IPGKRM dimulakan. Kemudian,
bas berhenti di Batu Kikir untuk minum petang. Kami telah selamat tiba di IPGKRM pada pukul
8.30 malam. Selepas itu, kami telah mengeluarkan barang-barang kami dari bas dan balik ke
tempat masing-masing.
19. Setelah balik dari Pulau Redang kami telah mengadakan post mortem bagi AJK Makanan.
Kami bertiga berkumpul di bilik kuliah B 0.5 pada 11. 4 . 2016 tepat pada 4.30 petang. Di situ,
kami telah berbincang tentang AJK kami yang telah kami dilaksanakan sepanjang kami berada
di Pulau Redang sampai balik ke IPG kampus Raja Melewar. Selain itu, kami berbincang dan
mencatat kos yang telah dibelanjakan selama 3 hari 2 malam. Makanan telah disediakan dalam
pakej yang telah kami pilih. Sepanjang berada di situ mereka telah memberi makanan sebanyak
4 kali dalam sehari iaitu sarapan, makan tengah hari, minuman petang dan juga makan malam.
20.

Kos makanan tidak boleh diasingkan kerana harga makanan termasuk pada pakejnya.
Dengan lawatan ini, saya telah mendapat banyak faedah. Kenangan manis ini saya tidak
dapat dilupakan sepanjang kehidupan saya. Selain itu, saya juga berasa syukur bagi mendapat
rakan- rakan yang penuh bertanggungjawab dan kasih sayang antara satu sama lian. Bukan itu
sahaja. lawatan ini memberi masa untuk meluang dengan rakan- rakan saya.
Di sediakan oleh,
9

..,
(MAYURE A/P BALAKRISHNAN)
Setiausaha,
Lawatan ke Pulau Redang,
Kelab Rekreasi
IPG Kampus Raja Melewar.

10

19 April 2016.

Anda mungkin juga menyukai