Anda di halaman 1dari 2

PERKARA YANG AKAN BERLAKU SEKIRANYA SESEORANG

ITU MEMILIKI KECERDASAN KOGNITIF DAN KECERDASAN


EMOSI YANG TIDAK SEIMBANG

Kecerdasan kognitif dan emosi akan dibekalkan kepada seseorang agar


berkeupayaan menyesuaikan diri untuk hidup, untuk menghadapi dan
menyelesaikan masalah penyesuaiannya. Kecerdasaan yang sederhana dalam
semua aspek membolehkan seseorang itu mencapai keperluan asas sendiri.
Namun begitu, kecerdasan yang sangat tinggi atau rendah juga boleh
menjejaskan penyesuaian sosial. Emosi yang tidak stabil atau seimbang juga
akan mempengaruhi tindak balas seseorang individu tersebut.

Kecerdasan kognitif dan emosi yang tidak seimbang dari segi fizikal akan
menyebabkan tingkah laku seseorang terjejas. Hal ini kerana, tindak balas
seseorang itu bergantung kepada ransangan daripada pengalaman yang lalu.
Emosi akan mempengaruhi cara-cara kita menyesuaikan dengan diri dan
perasaan sendiri. Lagipun, seseorang yang tidak stabil dari segi kecerdasan
akan menyebabkan emosi geram yang selalu dipendam dan bertukar kepada
lebih agresif dan marah. Mereka jugak tidak akan bekerjasama dengan sesiapa
dan merenung tentang dirinya.

Selain daripada itu, kecerdasan yang tidak stabil dan seimbang akan
menyebabkan seseorang individu akan kehilangan keyakinan sendiri. Mereka
akan berasa tiada keinginan untuk berusaha ke hadapan dan selalu berasa takut
akan dinilai. Oleh itu, mereka akan rasa takut dan selalu kebelakangan. Hal ini
juga mengurangkan keyakinan kendiri apabila orang dewasa menilai dan
memandang rendah terhadap individu tersebut.

Sehubungan dengan itu, prestasi akademik seseorang individu akan terjejas


akibat kecerdasan yang tidak seimbang. Kanak-kanak atau pelajar yang
kecerdasan tidak stabil tidak dapat menumpu perhatian dalam pembelajaran
atau semasa guru mengajar tidak dapat memperoleh markah yang cemerlang.
Individu tersebut tidak dapat memahami seluruh pembelajaran dan mengambil
masa untuk memhami seluruh konteks.

Akhir kata, implikasi daripada yang seseorang yang tidak seimbang dari segi
kecerdasan kognitif dan emosi perlu diberi perhatian lebih selalu supaya tidak
berputus asa.

Anda mungkin juga menyukai