Anda di halaman 1dari 9

PENGURUSAN MENTAL

DAN EMOSI
PENGENALAN

1. Emosi yang tidak stabil akan memudaratkan fungsi


tubuh badan serta mental seseorang.
2. Ketidakstabilan emosi akan menyebabkan kegelisahan,
murung, sedih, tiada menaruh sebarang harapan yang
tinggi dalam hidup, tidak mampu bergembira seperti
orang lain, sering berasa lesu dan pesimistik terhadap
kebolehan diri.
Situasi yang Mempengaruhi Ketidakstabilan Emosi
1. Gangguan emosi tidak mengenal usia.
2. Perubahan dari segi peranan dan tanggungjawab akan menyebabkan
remaja mengalami tekanan dalam menyesuaikan diri dengan
perubahan yang berlaku.
1. Kegagalan dalam Peperiksaan
1. Stres atau tekanan semasa belajar dan bekerja merupakan salah satu
tindak balas fizikal, emosi dan mental yang dialami oleh seseorang
apabila tuntutannya tidak dapat dipenuhi.
2. Kegagalan dalam peperiksaan akan menyebabkan murid berada dalam
keadaan stres atau tertekan, tambahan pula terdapat tekanan dari ibu
bapa yang mengharapkan anak mereka mendapat keputusan yang
cemerlang.
3. Stres dan tekanan yag berterusan akan menjejaskan waktu tidur,
kehilangan selera makan dan mengelakkan aktiviti sosial.
2. Perpecahan dalam Keluarga
1. Keluarga yang tidak harmoni akan
menyebabkan kestabilan emosi anak-anak
akan terganggu.
2. Apabila berlaku perceraian, anak-anak akan
tertekan kerana terpaksa memilih untuk
tinggal bersama ibu atau bapa dan terpaksa
berpisah dengan adik-beradik.

3. Masalah dalam Persahabatan


1. Perbuatan mengejek dan menghina keadaan
fizikal rakan akan mengundang kepada
perselisihan faham dan pergaduhan.
2. Pergaduhan yang berlaku jika tidak ditangani
dengan baik akan menyebabkan
ketidakstabilan emosi.
Kepentingan Mengurus Ketidakstabilan emosi
- Ketidakstabilan emosi akan belaku apabila emosi tidak stabil dan terganggu.
- Jika masalah ketidakstabilan emosi dibiarkan, berkemungkinan akan menimbulkan masalah
kesihatan yang lebih serius.

1. Membuat keputusan
- Apabila emosi tidak stabil, remaja tidak dapat berfikir secara rasional dan tidak berupaya
membuat keputusan walaupun keputusan yang mudah.

2. Merasa gembira
- Pengurusan emosi penting supaya remaja sentiasa gembira dan ceria.

3. Penyatuan Masyrakat
- Emosi yang stabil akan melahirkan perasan empati, kerjasama, bertolak ansur dan memaafkan.
4. Badan dan minda sihat
- Emosi yang stabil dapat membantu remaja
untuk mengamalkan hidup yang sihat seperti
bersenam, tidur yang cukup dan diet yang
betul.

5. Berkomunikasi
- Emosi yang stabil membantu kita
berkomunikasi secara rasional.
- Berkomunikasi sesama ahli keluarga dapat
membantu mengurangkan tekanan sekali gus
menyihatkan dan menstabilkan emosi.
Kemahiran Menguruskan Ketidakstabilan Emosi
- Kemahiran menguruskan ketidakstabilan emosi perlu ada dalam diri remaja.
- Tujuannya adalah untuk menambah baik mutu kehidupan.
- Antara kemahiran menguruskan ketidakstabilan emosi ialah:
1. Aktiviti Kerohanian
- Mendekatkan diri dengan aktiviti keagamaan seperti ceramah agama.
2. Mengakui Kesalahan Diri
- Penting kerana setiap kesalahan dapat dimaafkan dan perasaan menjadi tenang.
3. Bersikap Empati.
- Dapat menjadikan individu lebih peka terhadap perasaan orang lain.
4. Berkomunikasi Secara Berkesan
- Komunikasi dua hala penting kerana remaja dapat meluahkan masalah yang dihadapi.
5. Menjauhi Sikap Agresif
- Sikap agresif akan menyebabkan remaja tidak dapat berfikir secara rasional terutamanya
ketika sedang marah.
TAHUKAH ANDA?
ADAKAH ANDA STRES?
Berdasarkan kajian pada tahun
2002 hampir 60% rakyat
Malaysia menghadapi stress.
Maklumat tambahan

Anda mungkin juga menyukai