Anda di halaman 1dari 11

Institusi Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia

Sultan Azlan Shah, Perak


Health Sociology & Psychology
(GCSP 2033)
Diploma Farmasi
Tahun 1 Semester 1

Nama: Nur Izzati Binti Abdul Razak


No. Matrik: DPPH 1/2022(06)-0023
No. Kad Pengenalan: 031225-01-0528
No. Telefon: 017-7985857
Topik Tugasan:
Tarikh Penghantaran: 28 Februari 2022
PENGENALAN

Masalah kesihatan mental menarik perhatian pakar perubatan,individu


professional kesihatan mental, dan ahli akademik dalam bidang psikologi dan
psikiatri. Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau nama sebenarnya
World Health Organisation (WHO), terdapat lebih 350 juta orang di seluruh dunia
bakal menghadapi masalah kesihatan mental. Laporan menunjukkan kes
kemurungan(depresi) merupakan kes paling tinggi. Sebahagian daripada jumlah
yang direkodkan oleh pertubuhan itu merujuk kepada golongan muda berumur
seawal 14 tahun. Di Malaysia sahaja, 1 daripada 5 remaja berumur 13 dan 17 tahun,
dilaporkan mengalami depresi, manakala 2 daripada 5 mengalami kebimbangan
(anxiety) (National Health and Morbidity Survey [NHMS], 2017). Meskipun kita telah
melangkah ke tahun 2020, masalah kesihatan mental ini dijangka menjadi penyebab
utama masalah kesihatan yang kedua selepas penyakit jantung.

Jurnal ini akan menjelaskan peranan media dalam masyarakat dan pengaruh
media dalam untuk meningkatkan kesedaran di kalangan remaja dan masyarakat
tentang kepentingan mengenali tanda, gejala dan cara untuk mengawal masalah
mental yang timbul dalam diri remaja. Selain itu, menghakimi sejauh mana
pendekatan yang digunakan adalah munasabah dan sesuai serta dapat menarik
perhatian masyarakat agar stigma dan prejudis terhadap golongan muda yang
mengalami masalah kesihatan mental dapat dikurangkan.

LATAR BELAKANG KAJIAN

Bermula dari perkembangan remaja, pada peringkat ini mereka menghadapi


krisis perkembangan yang melibatkan pencarian identiti dan pengetahuan diri
(Erikson, 1968). Teori Perkembangan Manusia Psikososial dikemukan oleh Erik
Erikson yang merupakan seorang pakar psikologi perkembangan Denmark-Jerman-
Amerika dan penganalisis psikoanalisi yang terkenal dengan teori perkembangan
psikologi dan krisis identiti diri. Selain itu, remaja dalam peringkat ini mengalami
beberapa perubahan mendadak dalam perkembangan fizikal yang mengikuti
perubahan biologi yang mereka alami. Pada peringkat ini, remaja mengalami
kecelaruan identiti dan mula terbentuk hasil interaksi dengan persekitaran. Proses
kematangan seksual aktif pada usia remaja dan menyebabkan remaja cenderung
untuk mengalami kecelaruan peranan. Pada usia remaja, remaja mula tertarik
dengan Menurut Santrock (2018) remaja berubah dan berkembang pada peringkat
ini Keadaan emosi, psikologi dan sosial mereka juga dipengaruhi pada peringkat ini.
Keadaan emosi remaja lebih dikenali sebagai Mood Instability, Confusion, Anxiety
dan dianggap suatu tahap pergolakan emosi dan psikologi. Dari aspek sosial,
remaja lebih mudah terpengaruh dengan rakan sebaya dalam membuat suatu
keputusan dan pilihan seharian menurut O’ Connel (2001).

Remaja dengan internet memang tidak dapat dipisahkan bahkan mereka


kelihatan lebih bergantung kepada internet berbanding golongan lain dalam
masyarakat. Ini disebabkan oleh keinginan mereka yang ingin membentuk identity
dan berinteraksi dengan rakan. Banyak kajian menunjukkan bahawa media massa
boleh mengubah cara komunikasi remaja dengan keluarga dan rakan. Di peringkat
remaja, mereka mempunyai kecenderungan mencuba benda baru. Daripada ini
dapat disimpulkan bahawa golongan muda bergantung kepada Internet untuk
memenuhi keperluan mereka sendiri dan juga untuk memenuhi keperluan sosial.
Teori Psikososial Erikson menitikberatkan pengaruh sosial dan budaya ke atas
pembentukan personaliti seseorang. Erik Erikson merupakan seorang anak murid
Frued dan terkenal dengan teori psikososialnya yang percaya bahawa sosial dan
budaya mempengaruhi pembentukan personaliti seseorang. Erik Erikson percaya
bahawa manusia berpotensi untuk perkembangan psikologi yang sihat dan berupaya
mengatasi kesukaran yang timbul dalam proses perkembangan. Teori yang
dikemukakan oleh Erikson mempunyai lapan peringkat perkembangan dalam teori
psikososial Erikson. Pada peringkat kelima teori ini, remaja yang berumur antara 12
hingga 18 tahun mengalami perkembangan. Fasa kelima ini dikenali sebagai fasa
kekeliruan identiti lawan identiti. Dalam kecelaruan identity, remaja sangat mudah
dipengaruhi oleh persekitaran.

Pada peringkat remaja juga, mereka menempuhi perubahan hidup yang


drastik dari zaman kanak-kanak ke alam remaja. Pada masa yang sama, remaja
ditekankan dengan harapan yang tinggi dalam mencapai kejayaan dalam bidang
akademik. Lazimnya, dalam keadaan yang drastik, remaja sangat tertekan dengan
kecelaruan identity dan menjadi lebih parah apabila tertekan dengan tekanan yang
dia hadapi sepanjang umur ini.
Kajian telah dilakukan di peringkat kebangsaan oleh NHMS (2017) dan
sebanyak 120,420 pelajar sekolah menengah di Malaysia yang berumur 13 hingga
17 tahun. Hasil survey dan instrument DASS (Depression, Anxiety and Stress Scale)
dan AHS (Adolescent Health Survey) mencatatkan 50 peratus remaja mengalami
tekanan peperiksaan, konflik dalam keluarga (29 peratus), pergaduhan dengan
rakan sebanyak 11 peratus dan sebanyak 10 peratus daripada mereka juga
mengalami isu dengan guru. Kajian menunjukkan bahawa remaja mempunyai
tekanan yang tinggi apabila ibu bapa meletakkan harapan tinggi kepada mereka
untuk Berjaya dalam peperiksaan. Pada waktu yang sama, keadaan menjadi lebih
parah apabila, kajian mencatatkan masalah remaja ini cenderung untuk membunuh
diri, sebanyak 11.2 peratus kepada idea, merancang (9 peratus) dan cubaan
membunuh diri sebanyak 10.1 peratus. (NHMS, 2017)

Dalam meniti arus kemodenan, remaja juga mendapat tekanan yang lain iaitu
pengaruh media sosial yang mempengaruhi mereka dalam membuat keputusan dan
mengenali identity diri sendiri. Kehidupan remaja semakin mencabar apabila mereka
sering dibandingkan dengan orang lain sekali gus menambahkan tekanan dan
kerisauan mereka apabila mereka gagal memenuhi permintaan ibu bapa. (Twenge,
Joiner, Rogers & Martin, 2017). Remaja meluangkan masa di media sosial untuk
mengurangkan stress namun tetapi perbuatan ini juga mengundang pelbagai
masalah mental seperti kemurungan, kerisauan dan depresi.

Lanjutan daripada itu, Twenge (2017) mengkaji sejauhmana peningkatan


kemurungan dan kes bunuh diri remaja di Amerika Syarikat. Sebanyak 506 820
remaja terlibat dan mereka lebih banyak menghabiskan masa di dalam media
baharu, media sosial. Mereka lebih cenderung terdedah masalah mental seperti
kemurungan dan cubaan bunuh diri. Kemurungan adalah satu masalah mental yang
melibatkan kecelaruan mental yang memberi impak negative terhadap perasaan,
pemikiran dan tingkah laku. Hal ini boleh menyebabkan kesedihan yang melampau,
kurang bersemangat untuk melakukan aktiviti yang disukai sebelum ini. Selain itu, ia
akan mengganggu selera makan dan susah tidur. (Barlow, Durand & Hoffman,
2018).

Kajian survey kebangsaan yang telah dijalankan di United Kingdom oleh


Royal Society for Public Health (RSPH) untuk menilai maklumbalas 1479 remaja
yang berumur 14 hingga 24 tahun. Ia mengenai pengalaman dan efek penggunaan
media sosial seperti Facebook, Instagram dan lain-lain terhadap kesihatan, emosi,
jati diri, corak tidur dan perubahan imej diri. Hasil kajian penggunaan media sosial
menyebabkan masalah ketagihan dan 70 peratus daripada itu ialah masalah
kemurungan dan kerisauan, terutamanya aplikasi Instagram. Dari sudut lain, aplikasi
Youtube memberi kebaikan dari segi pencarian maklumat dan perkongsian luahan
hati dari individu yang disahkan menghadapi masalah mental. Maka, terbuktilah
bahawa remaja sangat bergantung kepada sosial media untuk mencari maklumat
dan pengetahun tentang kesihatan (RSPH, 2017). Menurut kajian lain, aktiviti ‘selfie’
dari aplikasi di media sosial juga boleh menyebabkan kecelaruan personality seperti
personality narsisis, histrionic dan antisosial yang merupakan masalah mental jikalau
aktiviti ini sentiasa dilakukan oleh remaja. Personaliti ini sangat buruk sehingga
mereka yang menghidap masalah mental ini tidak dapat menerima teguran dan
berfikiran sempit. Ini kerana sifat harga diri yang rendah tapi diselubungi dengan
corak personality narsisis. (Barlow, Durand & Hoffman, 2018).

Selain itu, kajian juga mendapati penggunaan media sosial yang berlebihan
dapat mengakibatkan remaja cenderung untuk melakukan perbuatan yang buruk
seperti membuli, menganggu kententeraman dan menyerang orang lain yang boleh
menyebabkan mula terbentuk personaliti antisosial yang dimaksudkan dengan
keperibadian yang tidak mematuhi peraturan, berkelakuan tidak bermoral dan tidak
mengambil kisah perasaan orang lain. (Galica, Vannucci, Flannery & Ohannessian,
2017). Kajian yang melibatkan 567 remaja yang berumur 15 tahun ke bawah,
membuktikan ketagihan sosial media dan masalah perilaku remaja yang
menunjukkan kesan positif. Dalam meniti arus kehidupan yang serba moden, kajian
perlu dilakukan untuk mencari cara untuk meningkatkan kemahiran penggunaan
sosial media dalam menggalakkan komunikasi yang positif. (Galca, 2017).

Berdasarkan beberapa kajian yang telah dilakukan, para remaja merupakan


individu yang mempunyai tekanan yang berat dalam hidup dan paling banyak
mengalami kerisauan. Dapat disimpulkan, penggunaan media sosial sangat
mempengaruhi kesihatan mental remaja. Jikalau, keadaan kesihatan mental
semakin buruk dan tidak dapat dikawal, ia akan membuatkan keadaan lebih parah.
Dari aspek penyakit, kemurungan ialah punca utama masalah yang remaja alami,
dan diikuti dengan cubaan bunuh diri. Walaupun kajian terdahulu menunjukkan
masalah mental berada di tahap yang membimbangkan, pihak WHO telah mengkaji
dan mengemukakan pelbagai usaha melalui peranan media massa dan media sosial
untuk memberi kesedaran masyarakat dalam mengetahui tanda-tanda masalah
mental dan mengesyorkan langkah yang dapat membantu seseorang yang
mengalami tekanan, kemurungan dan masalah mental yang lain agar tidak
mempengaruhi hidup dan memburukkan keadaan. Jelaslah di sini bahawa
penggunaan media sosial dalam menyebarkan maklumat mengenai penyakit mental
sangat berkesan kepada orang yang berada di sekeliling remaja untuk membantu
mereka mengenal diri.
PERBINCANGAN

Media sosial bukanlah perkara asing dalam hidup remaja masa kini. Hasil
kajian yang dibuat pada tahun 2018 oleh American Academy of Child and
Adolescent Psychiatry yang membuktikan bahawa sebanyak 90 peratus remaja
berumur 13 hingga 17 tahun memiliki dan aktif media sosial. 75 peratus daripadanya
memiliki sekurangnya satu akaun media sosial yang aktif, 51 peratus remaja sering
melayari laman media sosial sekurang-kurangnya satu kali dalam sehari. Kajian ini
menunjukkan betapa pentingnya media sosial kepada remaja. Memang tidak
dinafikan bahawa pelbagai keburukan media sosial terhadap remaja. Ini terbukti
apabila Royal Society for Public Health melakukan tinjauan terhadap remaja
berumur 14-24 tahun di United Kingdom, mereka mendapati bahawa terdapat
peningkatan masalah mental seperti depresi, kegelisahan akibat penggunaan media
sosial.

Meskipun begitu besar kesan buruk terhadap remaja, kita harus memandang
sisi positif media sosial yang memberi pengaruh baik kepada remaja. Umum
mengetahui, bahawa media sosial memberi kesan positif dari segi mengeratkan
persahabatan, meningkatkan keyakinan diri. Remaja sepatutnya menggunakan
media sosial untuk membina hubungan dengan rakan baharu yang memiliki aura
yang bagus dan sama minat. Remaja akan terpengaruh dengan sifat yang baik yang
dimiliki oleh rakan maya yang mereka jalinkan hubungan.

Media sememangnya merupakan platform pencarian maklumat. Remaja perlu


memanfaatkan media sosial sebaik mungkin agar memberi impak positif kepada diri
sekali gus menjadikan remaja yang bersahsiah. Dengan memiliki media sosial,
remaja dapat membentuk profil diri yang baik bagi menunjukkan keperibadian dan
lifestyle mereka. Mereka akan menunjukkan sisi yang baik di media sosial dan sekali
gus mendorong mereka untuk bersikap lebih baik dan matang.

Menurut Chouliaraki (2008) memberi contoh media massa yang efektif iaitu,
elemen penceritaan (story telling) yang memberikan pendidikan dan pengajaran
kepada masyarakat. Pendidikan boleh diaplikasikan menerusi media sosial dalam
membentuk pengaruh yang baik dalam diri remaja. Fungsi media ini sebagai
platform Pendidikan yang mampu membentuk pengaruh positif masyarakat.
(Dominick, 2009). Oleh itu, setiap kandungan media perlu memiliki pengajaran dan
pembelajaran yang memberi kepentingan mengenai isu yang diketengahkan.
Sebagai contoh, media boleh membincangkan isu kesihatan mental di mana jua
aplikasi media sosial untuk memberi kesedaran kepada masyarakat betapa
pentingnya kesihatan mental yang sedang meningkat di negara kita.

Menurut Kelly, Jorm dan Wright (2007), kesedaran masyarakat tentang


kesihatan mental boleh ditingkatkan melalui kempen-kempen di media massa.
Terdapat beberapa kajian terdahulu yang menunjukkan strategi ini berkesan. Kajian
awal yang patut dijalankan untuk mengenalpasti golongan sasaran mesej kempen.
Kempen kesedaran untuk para remaja sesuai dipaparkan di paparan iklan media
sosial. Kajian yang dibuat oleh Henderson (2017) mengatakan bahawa rancangan
televisyen yang berkongsi tentang kisah pesakit mental yang selalu terkait unsur
jenayah. Kajian juga mendapati bahawa paparan mengenai penderitaan yang
dialami oleh pesakit mental di mana jua platform media massa dapat memberi
sedikit seebanyak penonton untuk mengetahui dan memahami isu kesihatan mental
sekali gus mengurangkan stigma.

Isu kesihatan mental golongan remaja amat ditekankan pada masa kini,
dengan berkongsi maklumat tentang langkah-langkah mengawal masalah mental di
kalangan remaja. (Time to Change, 2018). Oleh itu, peranan media sangat penting
dalam menyebarkan info terkini mengenai isu kesihatan mental. Dalam masa yang
sama, memberi kesedaran dan pengetahuan kepada masyarakat untuk membuang
stigma masalah mental dalam hidup mereka. Media sangat memainkan peranan
dalam mengatasi masalah stigma dan sterotaip terhadap seseorang yang
mengalami masalah mental dan orang sekelilingnya. Seseorang yang mengalami
masalah mental dapat berkongsi pengalaman di media sosial agar dapat mengubah
persepsi negatif masyarakat terhadap pesakit mental yang sepatutnya memerlukan
bantuan. (Betton, Borschmann, Docherty, Coleman & Henderson, 2015). Setiap
orang mempunyai bakat termasuk pesakit mental, mereka dapat menggunakan
media untuk berkomunikasi dan menunjukkan kelebihan masing-masing. Media
massa sangat penting dalam peranan menyebarkan maklumat yang benar tentang
isu kesihatan mental kepada masyarkat. Pendidikan berkaitan isu kesihatan mental
boleh dipaparkan melalui pelbagai media sosial dan media baharu. Maklumat yang
disampaikan perlu disahkan oleh pakar kaunselor atau pakar psikologi yang
professional. Mereka sangat penting dalam memastikan maklumat yang
disampaikan tepat dan benar. (Time to Change, 2018)

Media sosial juga boleh dimanfaatkan sebagai satu platform untuk


membincangkan isu kesihatan mental antara pesakit yang mengalaminya untuk
mendapatkan nasihat. (McClellan, Ali, Mutter, Kroutil & Landwehr, 2016).
Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Burnell dan Kuther (2016) dapat
mengetahui bahawa kebanyakan remaja mendapat kurang perhatian sosial dari
keluarga, kawan atau orang yang berada di sekelilingnya. Mereka lebih suka
berkongsi dan berinteraksi melalui media sosial. Ini menyebabkan kurang interaksi
sosial di alam nyata. (Hayesm, Maughan & Peterkin, 2016) Penggunaan media
sosial dan media baharu dalam menyampaikan maklumat mengenai isu kesihatan
mental merupakan satu usaha yang besar dalam memberi kesedaran kepada
masyarakat. Penyampaian maklumat melalui media menunjukkan kesan terhadap
peningkatan pengetahuan dan kesedaran mengenai kesihatan mental, simptom
awal penyakit mental, cara mengatasinya dan merawat mental yang tidak stabil.
(Kelly, Jorm & Wright, 2007).
KESIMPULAN

Tidak dapat dinafikan bahawa pengaruh media terhadap kesihatan mental


sangat penting. Namun masih ada diskriminasi dan stigma negative terhadap
pesakit mental. Isu kesihatan mental di kalangan remaja di Malaysia dapat menarik
perhatian Kementerian Kesihatan Malaysia, dengan menjalankan kajian morbidity
kebangsaan (NHMS, 2017). Pelbagai faktor remaja mudah tertekan seperti
mendapat harapan yang tinggi dari ibu bapa dalam mencapai kejayaan dalam
akademik, remaja juga mudah murung akibat sering menggunakan media sosial.
Tanpa rawatan, remaja boleh bertindak agresif dan menganggu orang sekeliling.

Pendekatan media massa dan media baharu dalam menangani isu kesihatan
mental remaja perlu dikaji lebih mendalam sepanjang masa untuk memastikan tidak
terlepas perkembangannya yang akan bertambah canggih. Kajian perlu dilakukan
lagi oleh pakar psikologi. Setiap kajian yang dijalankan perlu dipandang berat agar
dapat menghasilkan kajian yang berkualiti dan dapat memberi manfaat pada masa
depan. Kajian perlu dijalankan lebih banyak di Malaysia kerana kurangnya sumber
kajian mengenai kesihatan mental di Malaysia. Kita patut menggunakan media
massa sebaik mungkin iaitu secara beretika dan dapat membantu dalam
menyebarkan maklumat mengenai isu kesihatan mental kerana golongan remja
bertarung dengan masalah tekanan. Kesihatan mental remaja perlu dipandang
serius oleh semua pihak agar kita dapat mengurangkan masalah mental yang
semakin hari semakin meningkat di negara kita.
RUJUKAN

Adlene Aris (2020). Luahan emosi remaja di media sosial. Retrieved from
https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=1849029

Khairul Hamimah (2019). Remaja dan Kecelaruan Mental; Cabaran dan


Penyelesaian. Retrieved from
http://journal.kuis.edu.my/jsass/images/special3/jsass_khas03_recit18_007_khairulh
amimah.pdf

Mohd Fadhil Aziz & Mardzelah Makhsin (2021). Pengaruh Media Sosial terhadap
Penampilan Akhlak. International Journal of Education, Psychology and Counselling,
6(42), 74-82.

http://www.ijepc.com/PDF/IJEPC-2021-42-09-07.pdf

Suria Hani A. Rahman, Nurhafizah Mohd Sukor & Rosidayu Sabran (2019).
Pendekatan Media Massa dan Media Baharu dalam Menangani Isu Kesihatan
Mental dalam Kalangan Remaja. Journal of Islamic, Social, Economics and
Development (JISED) 4(19), 192-202.

http://www.jised.com/PDF/JISED-2019-19-03-15.pdf

Shafry Salim (2021, Ogos). Remaja perlu manfaatkan media sosial. Retrieved from
https://news.uthm.edu.my/ms/2021/08/remaja-perlu-manfaatkan-media-sosial/

Hidayah (2019, Mac). Media Sosial dan Kesihatan Mental Remaja-Dr Ahmad Nabil
Md Rosli. Retrieved from https://www.mmgazette.com/media-sosial-dan-kesihatan-
mental-remaja-dr-ahmad-nabil-md-rosli/

Azimah Ghazali (2019, Jun). Banyak kajian bukti media sosial punca isu kesihatan.
Retrieved from https://www.sinarharian.com.my/article/32135/LIFESTYLE/Sinar-
Aktif/kesan-buruk-media-sosial

Anda mungkin juga menyukai