Anda di halaman 1dari 45

1

KBK3073
MURID-MURID BERKEPERLUAN KHAS

TAJUK TUGASAN 1 & 2




KUMPULAN
PAHANG05
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. ID NO. TELEFON


NAMA TUTOR E-LEARNING: ENCIK ABU BAKAR BIN YUSUF
TARIKH SERAH: 2-5-2012

TUGASAN 1 : HIPERAKTIF
TUGASAN 2 : SINDROM DOWN & HIPERAKTIF
E-FORUM
PEMARKAHAN
1 TUGASAN 1
2 TUGASAN 2
3 E FORUM
JUMLAH

2

ISI KANDUNGAN
NO ISI KANDUNGAN HALAMAN
1. 1.0 PENGENALAN
2.0 DEFINISI HIPERAKTIF
3.0 ETIOLOGI / PUNCA
3.1 FAKTOR GENETIK/KETURUNAN
3.2 FAKTOR NEUROLOGIK
3.3 FAKTOR PEMAKANAN
3.4 FAKTOR ALAM SEKITAR
3.5 FAKTOR PEMANJAAN
3.6 FAKTOR KELUARGA
4.0 CIRI-CIRI PERKEMBANGAN
4.1 FIZIKAL
4.2 KOGNITIF
4.3 SOSIAL
5.0 LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN HIPERAKTIF
6.0 KESIMPULAN
7.0 RUJUKAN
4-5
5-7
7-10






11-16



16-17
17-18
19
2 1.0 SINDROM DOWN
1.1 PENGENALAN
1.1.1 DEFINISI
1.1.2 CIRI-CIRI SINDROM DOWN DARI SEGI
FIZIKAL
1.1.3 CIRI-CIRI SINDROM DOWN DARI SEGI
EMOSI
1.2 MASALAH SAMPINGAN
1.3 PAKAR-PAKAR YANG MELIBATKAN
1.4 PELAN TINDAKAN
2.0 HIPERAKTIF

20-22





22
22-24
24-27

3

2.1 PENGENALAN
2.1.1 DEFINISI
2.1.2 CIRI-CIRI HIPERAKTIF
2.2 MASALAH SAMPINGAN
2.3 PAKAR-PAKAR YANG MELIBATKAN
2.4 PELAN TINDAKAN
28-29


29-31
31-32
32-34

3. E-FORUM 1: Sebagai seorang guru, nyatakan pengalaman anda
dalam mengenalpasti kanak-kanak yang berkemungkinan
menghadapi masalah dalam pembelajaran.

E-FORUM 2: Perlukah murid berkeperluan khas belajar
bersama-sama dengan rakan arus perdana di dalam bilik darjah
biasa (inklusif)?

E-FORUM 3: Pencegahan lebih baik daripada mengubati.
Bincangkan dalam konteks punca berlaku kecacatan dan
langkah-langkah pencegahan.

E-FORUM 4: Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997
menyatakan guru-guru boleh mengubah suai kaedah atau teknik
pengajaran atau pembelajaran (P&P), masa bagi aktiviti, mata
pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan
matlamat Pendidikan Khas. Hujahkan.

35-37



38-39


40-42



43-45






4

1.0 Pengenalan
Duduk diam! Jangan nakal-nakal! mungkin itu adalah ayat biasa yang diungkapkan
oleh seorang ibu kepada anak-anak atau seorang guru kepada murid yang sedang
mengganas. Bayangkan mainan yang bersepah di serata ceruk rumah serta tabiat
suka melompat dari meja atau sofa selalunya membuatkan si ibu mudah marah. Jika itu
yang sering dilakukan oleh kanak-kanak, tidak perlu khuatir kerana ia adalah sebahagian
daripada proses normal bagi seorang kanak-kanak aktif dan cergas yang sedang
membesar. Tetapi jika kanak-kanak gagal memberi tumpuan serta tidak fokus apatah
lagi jika mereka juga mereka hiperaktif, cuai, gagal menguruskan apa sahaja, mudah
terganggu serta tidak boleh bermain atau melakukan sesuatu dengan senyap, ibu bapa
perlu mengambil perhatian. Jika kanak-kanak mengalami simptom-simptom tersebut
segeralah berjumpa doktor, kata Perunding Psikiatrik Pusat Perubatan Gleaneagles
Intan, Dr. Nor Hamidah Mohd. Salleh.

Menurut beliau, symptom itu sebenarnya dipanggil ADHD atau Gangguan
Hiperaktiviti dan Kurang Daya Tumpuan yang merupakan satu masalah tidak normal
pada otak yang membuatkan kanak-kanak bersikap terlampau sejak lahir lagi.
1
Gangguan hiperaktif dan kurang tumpuan atau Attention Deficit and Hyperactivity
Disorder (ADHD) berlaku dengan begitu ketara pada sesetengah kanak-kanak
prasekolah dan murid-murid sekolah rendah. Gejala ini menyebabkan kanak-kanak yang
mengalaminya sikar mengawal tingkah laku mereka atau memberikan tumpuan yang
sepenuhnya. Gangguan ADHD ini hanya mendapat perhatian daripada pengamal-
pengamal perubatan apabila Sir George F.Still menerbitkan satu siri syarahan pada
tahun 1902 untuk dibentangkan kepada Kolej Physician Diraja England. Beliau
menjelaskan, ADHD disebabkan oleh disfungsi ginetik bukannya oleh asuhan yang
lemah.
Semenjak itu, kecelaruan ini dikenali dengan pelbagai nama termasuk minimal brain
dysfunction, hyperkinetic reaction of childhood, attention deficit disorder, dan terkini
attention-deficit hyperactivity disorder (ADHD).
Dianggarkan terdapat antara 3% hingga 5% kanak-kanak menghidap ADHD atau
sekitar 2 juta orang kanak-kanak di Amerika Syarikat. Ini bermakna, di dalam sebuah
kelas yang mengandungi 25 atau 30 orang murid, sekurang-kurangnya seorang


_________________________________________________________________________

1
http://ceritarasahati2.blogspot.com/search/label/Berita

5

daripada mereka menghidap ADHD.
2
ADHD biasanya lapan peratus ke sepuluh peratus dikesan bagi kanak-kanak yang
sudah bersekolah. Lelaki adalah tiga kali ganda lebih ramai menghidap ADHD berbanding
kanak-kanak perempuan. Ibu bapa boleh memastikan anak mengalami ADHD jika mereka
kelihatan lebih bertenaga daripada biasa, cepat gelisah serta hilang tumpuan.
3
Simptom
ADHD cenderung wujud berpanjangan semasa kanak-kanak, remaja dan juga dewasa.
Bagaimanapun simptom hiperaktif mungkin berkurangan dengan meningkatnya usia.
4

Bagi mengenal pasti kanak-kanak yang menghadapi masalah hiperaktif, terdapat
beberapa ciri yang boleh menggambarkan bahawa kanak-kanak itu mengalami masalah
hiperaktif adalah melalui kegiatan hiperaktif, kurang tumpuan dan tempoh tumpuannya
adalah singkat dan melalui tingkah laku yang ditunjukkan. Dalam hal ini, terdapat faktor
yang telah menyebabkan kanak-kanak menghidap ADHD seperti faktor neurologic,
faktor genetic, faktor suasana kekeluargaan dan sebagainya. Natijahnya, kanak-kanak
yang menghadapi masalah ini bukan sahaja memberi implikasi terhadap dirinya sendiri
malah turut memberi implikasi kepada murid lain dan juga guru.

2.0 Definisi Hiperaktif
Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD) adalah istilah perubatan yang digunakan
kepada kanak-kanak dan remaja yang mempunyai masalah daripada segi tingkah laku
dan kognitif dalam aspek penting kehidupan mereka seperti dalam keluarga dan
hubungan peribadi di sekolah dan di tempat kerja. Kesukaran ini mungkin disebabkan
oleh desakan yang tidak terkawal, terlalu aktif dan tidak memberi perhatian.
5
Menurut Azizi Yahaya et al. (2006) gangguan hiperaktif dan kurang tumpuan atau
ADHD merujuk kepada suatu kecelaruan perkembangan yang berlaku ketika zaman
kanak-kanak yang mempunyai ciri-ciri seperti kurang tumpuan, keadaan hiperaktif-
impulsiviti yang lebih kerap dan teruk berbanding dengan keadaan yang biasa
______________________________________________________________________
2
Azizi Yahaya, Cathy Suhaila Abdullah, Roslee Ahmad, Sharifuddin Ismail (2006), Punca
dan Rawatan Kecelaruan Tingkah Laku(m/s 241), PTS Professional
3
Modul KBK 3073 Murid-Murid Berkeperluan Khas, Universiti Pendidikan Sultan Idris (m/s
77)
4
Azizi Yahaya, Cathy Suhaila Abdullah, Roslee Ahmad, Sharifuddin Ismail (2006), Punca
dan Rawatan Kecelaruan Tingkah Laku (m/s 74), PTS Professional
5
Paul Cooper dan Katherine 2002:9
6

diperhatikan pada individu di peringkat perkembangan yang normal.
6
Selalunya ibu bapa
dan guru-guru menggambarkan kanak-kanak yang mudah terangsang, lasak atau tidak
mendengar cakap ini sebagai hiperaktif. Istilah gangguan hiperaktif atau kurang tumpuan
(ADD) digunakan oleh profesional dalam bidang perubatan untuk menggambarkan
masalah yang lebih serius dan berpanjangan pada kanak-kanak. Gangguan kurang
tumpuan (ADD) tanpa hiperaktiviti (terutama sekali jenis yang tidak memberi perhatian
penuh) adalah subkategori kepada ADHD. Biasanya, kanak-kanak dalam golongan ini
kurang memberi perhatian penuh dan tumpuan mudah terganggu. Adalah dikatakan
bahawa ADD tanpa hiperaktiviti kerapkali tidak didiagnosa dengan tepat. Gangguan
hiperkinetik merupakan satu lagi istilah yang digunakan untuk menggambarkan ADHD.
Justeru itu, kanak ADD tidak hiperaktif, biasanya kanak-kanak ini tidak menimbulkan
gangguan di bilik darjah dan tingkah laku mereka tidak membimbangkan dan dapat di
kawal oleh guru. Walau bagaimanpun, ADHD boleh memberi masalah kepada kanak-
kanak dan menyebabkan pencapaian dan konsep kendiri yang rendah.
Rief (2005) pula mendefinisikan Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD)
sebagai
ADHD is neurobiological behavioural disorder characterized by chronic and
developmentally inappropriate degrees of inattention, impulsivity and in some
cases hyperactivity.
ADHD is a brain based disorder that arises out of differences in the central
nervous system (CNS)-both in structural and neurochemical areas.
ADHD is a developmental disorder of self-control, consisting of problem with
attention span, impulse control and activity level.
ADHD refers to a family of related chronic neurobiological disorder that interfere
with an individuals capacity to regulate activity level (hyperactivity), inhibit
behaviour (impulsivity) and attend to task (inattention) in development appropriate
way.
7

Mohd.Sharani Ahmad (2004) pula mendefinisikan ADHD seperti berikut
is characterized by a cluster of behaviours, of which the most are impulsiveness,
attention disorder and hyperactivity. These children are often impulsive; they do things
______________________________________________________________________
6
Azizi Yahaya, Cathy Suhaila Abdullah, Roslee Ahmad, Sharifuddin Ismail (2006), Punca
dan Rawatan Kecelaruan Tingkah Laku (m/s 241), PTS Professional
7
Modul KBK 3073 Murid-Murid Berkeperluan Khas, Universiti Pendidikan Sultan Idris (m/s
78)
7

without thinking and do not learn from experience. They also tend to perseverate.
Attention disorder are characterized by distractability, difficulty in concentrating, and
failure to compete assignment. Students with attention disorders have difficulty in
focusing and maintaining attention and therefore have problems in appropriate school
performance.
Hyperactivity is an excess of motor activity for a childs age and situation.
Hyperactive children display rates of motor activity that are too high and too intense for
their age group. The excessive, non-purposeful movement of the hyperactive child
disturbs others and disrupts a classroom.
8
Selain itu, Pakar Pediatrik berkata kanak-kanak ADHD gemar bertindak sebelum
berfikir, terlalu aktif dan sukar menumpukan perhatian terhadap sesuatu tugas. Kanak-
kanak ini boleh memahami dan berfikir, tetapi tidak mengendahkannya. Sememang
lumrah semua kanak-kanak bersikap begini, tetapi bagi ADHD, perangai mereka agak
luar biasa nakal datipada kebiasaanya, terutama jika berminat terhadap sesuatu
perkara baru. Kebiasaanya kanak-kanak hiperaktif ini memahami dan berfikir tetapi
sukar untuk memberi tumpuan atau perhatian. Oleh sebab itu kanak-kanak ini sukar
untuk bergaul dengan masyarakat serta lemah dalam akademik.

3.0 Etiologi / Punca
3.1 Faktor Genetik/Keturunan
Faktor genetik adalah merupakan faktor semula jadi yang memainkan
peranan yang amat besar dalam terjadinya gangguan perilaku hiperaktif (ADHD).
Jika kita lihat pada faktor genetic, sudah tentu ia mempunyai hubungan antara anak
dengan ahli keluarga sama ada ibu bapa ataupun saudara mara. Dalam hal ini, ibu
bapa atau saudara mara yang mengalami masalah hiperaktif pada usia kecilnya
besar kemungkinan akan diwaris oleh anak-anak mereka juga.
Kajian oleh Friend (2006) menunjukkan bahawa sifat dan cirri ibu bapa, adik-
beradik atai ahli keluarga yang rapat mempengaruhi kecacatan. Individu yang
mengalami ADHD selalunya dipengaruhi oleh faktor keturunan. Kanak-kanak yang
mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai ADHD adalah tiga kali ganda lebih
berpotensi menjadi ADHD berbanding mereka yang tidak mempunyai sejarah ADHD.
Menurut Baekley (1998) 80 peratus kanak-kanak ADHD adalah berpunca
__________________________________________________________________
8
Sharani Ahmad (2004), Special Children (m/s 36), Universiti Putra Malaysia Press,
Selangor
8

daripada keturunan. Pendapat ini turut dipersetujui oleh Lombroso et.al (1998).
Kanak-kanak yang mengalami symptom ADHD biasanya mempunyai ibu atau
bapa, adik-beradik, nenek moyang ataupun saudara rapat yang mempunyai masalah
atau symptom ADHD semasa kanak-kanak.
9

3.2 Faktor Neurologik
Hiperaktif lebih kerap didapati pada bayi yanh lahir dengan masalah-masalah
pralahir seperti proses bersalin yang terlalu lama, keadaan bayi semasa lahir yang
tertekan, lahir dengan forcep dan lain-lain kesulitan yang bersangkutan dengan ibu
yang hamil seperti ibu mempunyai tekanan darah tinggi, bengkak kaki dan
kandungan protein yang tinggi dalam air kencing.
Di samping itu, faktor-faktor yang bersangkutan dengan bayi dan ibu juga
berpengaruh dalam melahirkan anak yang hiperaktif, misalnya bayi yang lahir rendah
berat badan, ibu yang masaih muda, ibu merokok dan minum alkohol.
10
Menurut Raihanah Abdullah (2004) pula, tekanan perasaan yang dialami oleh
ibu semasa hamil dan lemas ketika proses bersalin akan mendedahkan kanak-kanak
kepada risiko hiperaktif. Menurutnya lagi, jika wanita hamil berasa tertekan sama ada
di rumah mahupun di pejabar ketika proses kehamilan, secara tidak langsung bayi
yang dikandung akan terdedah dengan pelbagai risiko negative. Pergolakan dalam
jiwa, kurang mendapat perhatian suami dan terlalu emosional sekaligus akan
mendedahkan anak yang dikandung kepada risiko hiperaktif. Dalam konteks ini,
faktor neurologik adalah merupakan masalah-masalah yang dihadapi oleh ibu
semasa hamil dan kesannya akan mempengaruhi bayi tersebut.

3.3 Faktor Pemakanan
Satu punca kepada tingkah laku hiperaktif yang masih controversial ialah
faktor pemakanan. Bahan kimia yang terdapat dalam bahan makanan dipercayai
akan menyebabkan kanak-kanak jadi hiperaktif, contohnya pengawet, bahan
pewarna dan gula tiruan. Kanak-kanak yang terdedah secara berpanjangan kepada
bahan makanan yang beracun juga didapati cenderung menunjukkan ADHD. Ada
___________________________________________________________________
9
Modul KBK 3073 Murid-Murid Berkeperluan Khas, Universiti Pendidikan Sultan Idris (m/s
80)
10
Jas Laile Suzana Jaafar (2008), Pengenalan Kepada Psikologi Kanak-Kanak dan Remaja
(m/s 96-97), Arah Pendidikan Sdn Bhd, Shah Alam
9

juga ibu bapa yang melaporkan bahawa gula juga mempunyai kesan terhadap anak-
anak mereka yang hiperaktif. Walaupun begitu, masih tidak ada bukti kukuh yang
menunjukkan bahawa gula akan menyebabkan kanak-kanak jadi hiperkatif, tetapi ia
mungkin menyebabkan peningkatan dalam tingkah laku tersebut.
11

3.4 Faktor Alam Sekitar
Faktor alam sekitar turut menyebabkan kanak-kanak jadi hiperaktif.
Pencemaran alam sekitar seperti takat radioaktif yang tinggi di udara, industry
pelebur bateri dan industry yang menggunakan bahan kimia yanh berbahaya boleh
meningkatkan kadar hiperaktif kanka-kanak. Ini disebabkan kerosakan otak yang
berlaku. Contohnya kanak-kanak yang terdedah kepada cat yang mengandungi
timah di bangunan-bangunan lama dan kilang-kilang radioaktif yang menyebabkan
darah kanak-kanak yang berkenaan mempunyai timah dan raksa. Darah ini
kemudiannya akan mengalir ke otak yang akhirnya menyebabkan kanak-kanak jadi
hiperaktif.
12

3.5 Faktor Pemanjaan
Menurut Mohd Faldz Hj Ibrahim (2007), pemanjaan adalah merupakan
perilaku yang memperlakukan anak terlalu manis, memujuk-mujuk makan,
membiarkan sahaja dan sebagainya. Menurutnya lagi, anak yang sering diperlaku
manja akan sentiasa ingin memperdayakan orang tua mereka untuk memperoleh
apa yang mereka inginkan. Cara ibu bapa yang salah dalam mendidik anak-anak
dengan tetrlalu memanjakan mereka telah menjadikan kanak-kanak sering
melakukan sesuatu dengan kehendak hati mereka. Dalam konteks ini, anak-anak
yang terlalu dimanja oleh ibu bapa akan menyebabkan mereka selalu ingin memilih
cara sendiri supaya segala yang mereka inginkan dapat dipenuhi oleh ibu bapa
mereka. Keadaan ini telah mendorong anak-anak menjadi seorang yang hiperaktif
dengan bertindak di luar bata sorang tua. Natijahnya, perilaku kanak-kanak seperti
itu akan menjadi kebiasaan kepada mereka dan tidak hairanlah kalau perilaku seperti
___________________________________________________________________
11
Jas Laile Suzana Jaafar (2008), Pengenalan Kepada Psikologi Kanak-Kanak dan Remaja
(m/s 96-97), Arah Pendidikan Sdn Bhd, Shah Alam
12
Jas Laile Suzana Jaafar (2008), Pengenalan Kepada Psikologi Kanak-Kanak dan Remaja
(m/s 96-97), Arah Pendidikan Sdn Bhd, Shah Alam
10

itu terbawa-bawa oleh mereka di dalam kelas ataupun sekolah. Oleh itu, jelaslah di
sini bahawa faktor pemanjaan merupakan salah satu faktor yang menjadikan anak
hiperaktif di dalam kelas kerana telah terbiasa dengan perilaku melampaui batas di
dalam rumah yang tidak mendapat larangan oleh ibu bapa.

3.6 Faktor Keluarga
Persatuan Kesihatan Sedunia (WHO) mentakrif kesihatan mental sebagai set
lengkap kesejahteraan yang membabitkan fizikal, mental dan social. Di seluruh dunia,
dianggarkan 20 peratus kanak-kanka mengalami masalah kesihatan mental yang
kebanyakkan tidak dikesan dan tidak menerima rawatan. Ibu bapa biasanya
mengambil sikap lepas tangan atau tutup sebelah mata walupun sedar anak mereka
menunjukkan kesukaran kerana menganggap perkara itu akan hilang apabila anak
dewasa, tetapi hakikatnya masalah menjadi lebih serius jika tidak ditangani awal.
Banyak masalah kesihatan mental berlaku seperti Gangguan Daya Tumpuan dan
Hiperaktif (ADHD), Gangguan Daya Tumpuan (ADD) dan lain-lain.
13
Selain itu, jika anak-anak diberikan kebebasan yang tidak terbatas di dalam
rumah dengan membuat perkara-perkara mengikut suka mereka, maka tidak
hairanlah jika mereka akan mempratikkan perbuatan itu di tempat lain khususnya di
sekolah.. seterusnya, perbuatan tersebut akan menyukarkan pihak lain yang tidak
biasa dengan sikap hiperaktif anak-anak di sekolah. Pada hakikatnya, kanak-kanak
yang mempunyai sifat yang nakal dan terlalu lasak boleh dikawal dan didisiplinkan.
Namun begitu, sifat ibu bapa yang tidak mempedulikan tingkah laku kanak-kanak
menyebabkan mereka menjadi anak yang tidak mendengar kata, asyik dengan
aktivitinya sendiri, terlalu resah, tidak boleh duduk diam hampir di semua situasi (di
sekolah, di klinik dan di rumah dan sebagainya) dan tidak boleh menumpukan
perhatian kepada pembelajaran.
14
Ada juga ibu bapa yang kurang memberi kasih saying kepada anak-anak
mereka, malah ada yang terlalu mengawal. Ini akan menyebabkan anak rasa kurang
yakin, tertekan, tidak bergaul dan sering menyalahkan diri. Ada juga yang ibu bapa


______________________________________________________________________
13
http://ceritarasahati2.blogspot.com/serach?q=ADHD
14
Hamid Bin Arshat, 2010
11

yang terlalu banyak memberi hukuman fizikal kepada kanak-kanak sehingga anak
jadi agresif dan hiperaktif.
15

4.0 Ciri-ciri Perkembangan
Perkembangan nerupakan satu bidang yang multidimensi dan pelbagai.
Perkembangan manusia boleh dibahagikan kepada empat dimensi utama iaitu
perkembangan biologi, perkembangan kognitif, perkembangan emosi dan
perkembangan sosial.
Perkembangan adalah perubahan dari segi kemahiran atau kebolehan.
Misalnya kemahiran menggunakan anggota badan, kanak-kanak 2 tahun belum boleh
menggunakan kakinya untuk mengayuh basikal sendiri. Oleh itu dia perlukan basikal
yang disokong oleh dua roda kecil kiri dan kanan tetapi kemahiran mengayuh dan
mengimbang badan ini akan diperolehinya bila berumur 3 tahun. Contoh lain, kemahiran
mnenggunakan bahasa atau sistem simbol, kebolehan mengawal emosi dan kebolehan
menyesuaikan diri dengan kawan akan berkembang apabila umur seseorang meningkat.
Proses perkembangan membawa perubahan kea rah sifat-sifat yang sejagat serta
mengikut aturan semula jadi. Contohnya tingkah laku bayi akan bermula daripada
meniarap, diikuti oleh duduk, merangkak, berdiri, berjalan dengan dibantu, diikuti oleh
berjalan sendiri.
Proses perkembangan berterusan sepanjang hayat seseorang individu. Seseorang
boleh menambah ilmunya atau mengalami proses belajar mengenai benda dan perkara
baru sepanjang hayatnya. Contohnya seorang datuk yang berumur 70 tahun terpaksa
belajar menggunakan tongkat untuk berjalan disebabkan kakinya telah lemah.
Perubahan tingkah laku berlaku dalam keadaan yang berterusan dan menerusi
peringkat-peringkat perkembangan tertentu. Individu akan belajar tingkahlaku yang
sesuai dengan peringkat umurnya daripada orang-orang signifikan dalam hidupnya.
Contohnya apabila seseorang telah menjadi ibu, dia akan mempelajari cara untuk
menjaga bayi daripada emaknya. Peringkat-peringkat perkembangan membawa
perubahan yang menuju kea rah tertentu serta dijangkakan. Misalnya bila seseorang
remaja berumur 25 tahun, kita menjangka dia akan mencari pekerjaan dan pasangan
hidup.

______________________________________________________________________
15
Jas Laile Suzana Jaafar (2008), Pengenalan Kepada Psikologi Kanak-Kanak dan Remaja
(m/s 97), Arah Pendidikan Sdn Bhd, Shah Alam
12

Perkembangan dipengaruhi oleh baka dan persekitaran. Baka menentukan had
perkembangan manakala persekitaran akan membantu individu mencapai tahap
perkembangan yang maksimum. Contohnya, sekiranya seseorang kanak-kanak ibu
bapanya jurutera dan ibunya doktor, tentulah dia mewarisi kecerdasan ibu bapanya.
Tetapi entah bagaimana dia telah hilang sejak kecil dan dijumpai serta dipelihara oleh
orang asli dan telah tidak bersekolah. Oleh sebab itu apabila dia remaja dan bertemu
semula ibu bapanya sebanar, dia mungkin terus buta huruf oleh sebab bakanya tidak
berkembang dalam persekitaran yang sesuai.
Perkembangan adalah kumulatif terutama perkembangan ilmu pengetahuan dan
kemahiran. Kehidupan kita sekarang diepngaruhi oleh apa yang kita lalui. Contohnya,
kanak-kanak tidak kenal nombor atau memahami konsep nombor, tidak boleh diajar
operasi tambah dan tolak. Perkembangan yang dialami oleh seseorang individu adalah
berbeza daripada individu lain. Ada individu yang cepat dapat membaca iaitu sebelum
masuk darjah satu lagi, ada pula individu yang lambat dapat membaca iaitu dia dapat
membaca semasa berada dalam darjah dua atau darjah tiga.
16

4.1 Ciri-ciri Perkembangan Fizikal Kanak-kanak Hiperaktif
Perkembangan fizikal merupakan satu aspek yang menekankan asas
pertumbuhan dan pembesaran kanak-kanak dalam keadaan sihat, selamat dan ceria.
Menurut Kurikulum Prasekolah (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003),
perkembangan fizikal kanak-kanak boleh dibahagikan kepada empat bahagian iaitu:
kebersihan alam sekitar, keselamatan, kesihatan dan psikomotor. Ia juga sering
dikaitkan dengan kebolehan kanak-kanak menggunakan anggota badan, otot, dan
koordinasi untuk menjalankan aktiviti harian.
Hurlock (1978) mendefinisikan perkembangan fizikal adalah perubahan-
perubahan yang mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak secara langsung dan tidak
langsung. Secara langsung maksudnya disini adalah melalui perkembangan fizikal
menentukan kebolehan kanak-kanak melakukan sesuatu, contohnya keupayaan
mereka bersaing dengan rakan sebaya yang lain dalam sukan atau permainan.
Secara umumnya, perkembangan fizikal merujuk kepada perubahan saiz,
fizikal atau bentuk badan, kadar pertumbuhan bahagian-bahagian badan dan
perwatakan manusia. Semasa proses tumbesaran kanak-kanak akan mengalami
___________________________________________________________________
16
Ramlah Jantan dan Mahani Razali (2004), Psikologi Pendidikan Pendekatan
Kontemporari (Edisi Revisi) (m/s 17-18), McGraw-Hill (Malaysia) Sdn Bhd
13

perubahan dalam ketinggian, berat badan, menjadi lebih kuat dan dapat melibatkan
diri dalam kegiatan fizikal yang lebih kompleks. Manusia akan mengalami proses
perkembangan fizikal dan perkembangan akan berhenti apabila mencapai
kematangan.
Kanak -kanak hiperaktif mempunyai ciri -ciri tingkah laku seperti tumpuan
perhatian yang singkat , sentiasa resah dan tidak boleh duduk diam. Dia tidak
mengendahkan arahan ibu bapa atau gurunya dan menunjukan kedegilanya serta
susah dikawal dan displinkan. Oleh itu , kanak -kanak hiperaktif sering mengalami
masalah pembelajaran di sekolah kerana tabiatnya yang suka merayau -merayau ,
tidak boleh duduk di tempatnya dan tidak mendengar arahan guru.
Tahap aktiviti motor yang tinggi sentiasa bergerak ke sana ke mari, berlari-lari
tanpa mengenal penat tidak boleh duduk diam sentiasa ke gelisah. Kanak-kanak
yang berkelakuan seperti suka berlari-lari, memanjat perabot, sukar duduk diam dan
seolah-olah ada kuasa yang menyebabkan dia tidak boleh berdiam diri juga digolong
sebagai kanak-kanak hiperaktif.
Melalui kegiatan hiperaktiviti, pelajar yang mengalami masalah hiperaktif ini
akan sentiasa bermain dengan anggota badan mereka. Mereka tidak pandai duduk
diam di tempat mereka sebaliknya akan mengeliat-geliut di tempat duduk mereka
walaupun berkali-kali telah diarahkan oleh guru supaya duduk diam.

4.2 Ciri-ciri Perkembangan Kognitif Kanak-kanak Hiperaktif
Perkembangan kognitif ialah perkembangan yang dialami oleh otak dari
aspek pemikiran manusia dan ia dapat dilihat perubahan dalam tingkah laku dan
percakapan.
17
Ahli psikologi Eropah telah lama mengenal pasti asa pembentukan
mental dan hubungannya dengan perkembangan kognitif manusia. Mereka
menyarankan bahawa minda memainkan peranan penting dalam aspek
perkembangan yang dilalui oleh manusia.
Jean Piaget merupakan seorang ahli biologi yang cukup terlatih. Beliau telah
menggunakan model biologi untuk menghuraikan perkembangan kognitif manusia.
Pada pandangan Piaget, minda boleh berkembang, berubah dan dapat
mengadaptasi masalah yang berlaku apabila berinteraksi dengan persekitaran.
18
__________________________________________________________________________________________________________
17
Ramlah Jantan dan Mahani Razali (2004), Psikologi Pendidikan Pendekatan
Kontemporari (Edisi Revisi) (m/s 32), McGraw-Hill (Malaysia) Sdn Bhd
18
Azizi Yahaya et al, 2006
14

Beliau juga mengatakan setiap kanak-kanak mempunyai corak perkembangan
mereka yang bersendirian. Dengan sebab itu, kanak-kanak yang di dalam sesuatu
darjah itu bukan sahaja berlainan peringkat kebolehan mereka tetapi juga berlainan
kecepatan perkembangan kognitif mereka. Piaget berpendapat bahawa
perkembangan kognitif itu berlaku dengan berperingkat-peringkat dan peringkat
awal adalah mustahak bagi perkembangan peringkat-peringkat yang berikutnya
kerana peringkat-peringkat yang lebih awal itu menjadi asas bagi perkembangan
yang berikutnya.

Vygotsky merupakan seorang ahli psikologi Russia. Beliau percaya bahawa
perkembangan kognitif individu berlaku dalam persekitaran sosiobudaya yang
mempengaruhi pemikirannya. Kebanyakan daripada kemahiran kognitif kanak-kanak
terhasil daripada interaksi social kanak-kanak dengan ibu bapa, guru, orang dewasa
lain dan rakan sebayanya.
Kanak-kanak yang aktif keterlaluan ini adalah mudah terganggu sama ada
terganggu daripada orang lain atau dengan dirinya sendiri. Fikirannya sentiasa
terganggu oleh perkara-perkara lain semasa melakukan sesuatu perkara yang
dianggap penting.
Apabila disuruh oleh guru untuk menumpukan sesuatu perkara yang sedang
diajar di dalam kelas, kanak-kanak hiperaktif ini tidak boleh memberikan perhatian
sepenuhnya. Mereka asyik memikirkan perkara yang lain dalam tempoh
pembelajaran tersebut. Begitu juga di rumah atau di tempat lain, mereka biasanya
tidak dapat memberikan perhatian yang sepenuhnya apabila diminta untuk
melakukan sedemikian. Sebagai contoh, apabila disuruh memegang sesuatu benda,
kanak-kanak tersebut boleh memegangnya tetapi dalam masa yang sama mereka
akan memikirkan sesuatu yang lain sehingga boleh mengakibatkan sesuatu yang
dipegang itu boleh terjatuh atau sebagainya.
Sekiranya kanak-kanak hiperaktif ini disuruh untuk melakukan sesuatu
tugasan atau kerja, mereka biasanya tidak boleh menyiapkan sendirian. Mereka
hanya boleh melakukan kerja atau tugasan tersebut dengan baik hanya
dipermulaannya sahaja akan tetapi untuk menyiapkan dengan baik dan sempurna
mereka tidak mampu lakukannya. Ini kerana kanak-kanak ini cepat bosan dengan
sesuatu perkara atau kerja yang memenatkan dan menyusahkan. Oleh kerana
kanak-kanak yang terlalu aktif ini tidak suka kepada sesuatu perkara yang
membosankan dan memenatkan, maka kerja yang diarahkan supaya dilakukan
dengan sempurna tidak dapat dilakukan. Kesannya, hasil kerja yang diperolehi tidak
berkualiti dan memberangsangkan.
15

Selain itu, untuk pengetahuan, kanak-kanak yang mempunyai perlakuan
hiperaktif ini adalah suka membuat sesautu aktiviti, tetapi aktiviti tersebut hanya
berkesan untuk seketika sahaja dan menyebabkan sedikit sahaja yang siap. Ini
kerana kegemaran atau sikap yang ada padanya adalah berbentuk sementara
sebagai contoh mereka hanya suka kepada sesuatu aktiviti yang ringkas dan pendek
sesuai dengan dirinya yang mempunyai maluri suka berubah-ubah dan tidak gemar
kepada sesuatu yang memenatkan.

4.3 Ciri-ciri Perkembangan Sosial Kanak-kanak Hiperaktif
Perkembangan sosial kanak-kanak merupakan satu proses perkembangan
yang membolehkan kanak-kanak berinteraksi dengan orang lain mengikut cara yang
boleh diterima oleh sesuatu masyarakat serta budaya. Pendek kata perkembangan
sosial melibatkan proses sosialisasi yang membolehkan kanak-kanak mempelajari
tingkah laku sosial atau melakukan penyesuaian sosial dalam sesuatu persekitaran
atau lingkungan sosial. Perkembangan sosial kanak-kanak dapat dikaji melalui
beberapa aspek sosialisasi yang penting seperti proses peniruan dan identifikasi,
aktiviti bermain, perkembangan kognisi sosial, persahabatan dan perhubungan
dengan rakan sebaya.
Manusia melalui perkembangan sosial dengan beberapa tahap dan
perkembangan ini bermula dari zaman kanak-kanak lagi. Kanak-kanak sangat
dititikberatkan dalam penglibatan bersosial dan membenarkan mereka untuk belajar
dengan lebih meluas. Selain daripada proses perkembangan membolehkan kanak-
kanak ini berinteraksi dengan orang lain mengikut cara yang boleh difahami dan
diterima masyarakat, perkembangan sosial juga membolehkan kanak-kanak
mempelajari tingkah laku sosial atai melakukan pengyesuaian sosial yang
bersesuaian dengan persekitaran.
Ciri-ciri sosial kanak-kanak hiperkatif lebih tertumpu kepada penghargaan
kendiri di mana penghargaan kendiri positif atau negatif bergantung kepada keadaan
persekitaran yang mereka terima dan mereka mudah menyesuaikan diri mengikut
tuntutan sosial.
Di samping itu juga, keadaan individu yang mengalami ADHD mereka cepat
berasa bosan dan pada waktu yang sama tidak berdaya hendak menumpukan
perhatian pada tugas yang perlu disiapkannya. Mereka juga mungkin kurang faham
atau tidak empati pada perasaan orang lain. Ini dapat dilihat daripada tindakan yang
mengikut gerak hati dan mereka juga gagal memahami kenapa mereka dihukum
kerana perbuatan yang dilakukan. Apa yang dimaksudkan adalah mereka mungkin
16

memnpunyai pendengaran yang baik dan boleh mendengar arahan tetapi tidak
berkeupayaan memahami bunyi yang didengar. Selain daripada itu, mereka juga
seorang yang pelupa dan tumpuan mereka mudah terganggu. Mereka juga selalunya
gagal mencapai kejayaan yang cemerlang di sekolah atau tidak pandai berinteraksi
sesama rakannya.


5.0 Langkah-langkah Pencegahan Hiperaktif
Kanak-kanak lasak, sukar duduk diam dan tidak mengikut arahan ibu bapa sering
dilabelkan sebagai nakal. Mungkin ibu bapa akan pening kepala memikir bagaimana
caranya menangani anak-anak yang terlalu aktif ini. Kebanyakan ibu bapa menganggap
masalah ini akan beransur hilang seiring peningkatan usia mereka tanpa melakukan
apa-apa.
Di sebalik kenakalan itu, kemungkinan besar tersembunyi masalah yang perlu dirujuk
kepada pakar perubatan. Mereka mungkin berada dalam kelompok kanak-kanak
hiperaktif atau mengalami gangguan kecelaruan tumpuan dan kelasakan (ADHD). Ia
merupakan satu masalah tidak normal pada bahagian otak yang membuatkan kanak-
kanak itu bersikap aktif sejak lahir, berkelakuan mengikut gerak hati, perhatian mudah
berubah serta sukar mengasingkan maklumat.
Mengenali kanak-kanak hiperaktif dan memahami langkah menghadapi kesukaran
sepanjang mengurus mereka akan membantu ibu bapa menyelesaikan masalah dengan
baik.
Pencegahan amatlah penting sekali dan memerlukan ilmu. Pasangan ibubapa perlu
sedar akan betapa pentingnya kesihatan kerohanian, mental dan fizikal mereka sendiri
untuk menghindarkan penyakit-penyakit pada zuriat mereka. Pakar sakit puan, Hamid
Arshat menyarankan agar mereka menimbulkan kekhuatiran mereka tentang sesuatu
keadaan penyakit yang boleh melibatkan janin atau anak mereka dalam sesi kaunseling
dengan para profesional. Jangan dibiarkan fikiran terlalu dipenuhi oleh sifat cemas dan
was was dengan adanya keadaan-keadaan seperti sindrom Hiperaktif yang dihadapi
oleh anak orang lain.
Pencegahan lebih penting dari rawatan.Kanak-kanak yang sudah sampai ke tahap
yang ditakrifkan sebagai Sindrom Hiperaktif merupakan peringkat yang rumit untuk
dirawat. Penilaian yang komprehensif perlu dijalankan. Ini memerlukan riwayat yang
teperinci dan pemeriksaan fizikal serta menilaian perkembangan intelek dan emosinya.
Kaunseling yang intensif diperlukan untuk meningkatkan kemampuan ibubapa melatih
dan mengendalikan rawatan anak seperti yang telah disyorkan oleh para profesional di
klinik. Ini memerlukan kesabaran,pengorbanan masa, tenaga dan kewangan. Kemahiran
17

mengendalikan terapi perlu dikuasai dan perhubungan yang rapat dengan pakar-pakar
yang terlibat perlu dijalinkan.
Setiap kanak-kanak hiperaktif memerlukan program rawatan tersendiri
memandangkan kepada kekuatan kekuatan dan kelemahan kelemahan yang ada
padanya. Ada yang memerlukan latihan pengubahsuaian tingkah laku (behavioral
modification therapy), terapi pemakanan, dan ubat ubat untuk mengurangkan keresahan
bergantung kepada keperluan. Yang kurang pendengarannya perlu dikenal pasti dan di
bekalkan alat pendengaran serta terapi manakala yang mempunyai masalah
pembelajaran diberi latihan khas. Suasana keliling kanak-kanak yang sunyi yang
meresahkan mereka diubah dengan adanya orang orang yang boleh memberi perhatian
kepada mereka. Sebaliknya suasana keliling yang bising dan tidak tenteram serta
berkemas hendaklah diubah. Paling penting sekali ialah mempertingkatkan ilmu ibu
bapa dan penjaga, membantu mereka memahami jiwa anak anak mereka dan
menyedari dengan lebih mendalam kebolehan dan kelemahan anak anak mereka. Sikap
negatif mereka terhadap anak perlu dikikis. Redalah dengan ujian yang dihadapi dan
berusahalah dengan penuh kesabaran untuk melaksanakan program pemulihan.

6.0 Kesimpulan
Secara keseluruhannya, hiperaktif atau gangguan tumpuan (ADHD) adalah
merupakan salah satu masalah yang sering dikaitkan dengan kanak-kanak yang sering
melakukan tindakan di luar batasan terutamanya di dalam sekolah. Terdapat pelbagai
faktor yang telah dibincangkan dalam tercetusnya masalah hiperaktif di kalangan kanak-
kanak ataupun pelajar. Hal ini boleh dirumuskan bahawa faktor yang paling
banyak mempengaruhi berlakunya masalah hiperaktif ini adalah melibatkan faktor
kekeluargaan seperti faktor genetik dan cara-cara ibu bapa mengawasai anak-anak.
Oleh itu, ibu bapa seharusnya bijak dalam mencari resolusi yang baik dalam mendidik
anak-anak. Pada hakikatnya, masalah hiperaktif ini merupakan satu msalah yang
seharusnya dapat dielak daripada berlaku. Bak kata orang, menggelak lebih baik
daripada merawat. Pada peringkat awal, kanak-kanak ADHD tidak menimbulkan banyak
masalah selain dilabel sebagai kanak-kanak hiperaktif dan ketinggalan dalam bilik darjah,
tetapi ia member banyak kesan negative, termasuk masalah social apabila meningkat
dewasa. Sehubungan dengan itu, banyak masalah yang telah timbul akibat daripada
masalah hiperaktif yang telah dialami oleh kanak-kanak atau pelajar. Dalam hal ini,
masalah-masalah yang berlaku ini bukan sahaja telah memberi kesan kepada
pelajar hiperaktif, namun ia juga secara tidak langsung telah memberi kesan kepada
orang yang berada disekiling mereka. Dalam konteks ini, orang yang paling dekat dan
18

paling mudah menerima kesan ini adalah rakan-rakan satu kelas dimana keadaan
mereka yang hiperaktif akan menganggu masa belajar rakan kelas mereka, tumpuan
belajar dan sebagainya. Oleh kerana masalah ini bukan merupakan masalah yang
ringan, maka pelbagai resolusi telah dilaksanakan bagi membantu mengurangkan
masalah tersebut daripada berlaku. Semua pihak perlu terlibat sama dalam membantu
menanggani masalah yang dihadapi oleh pelajar hiperaktif dan tidak hanya menunding
jari terhadap masalah tersebut.





























19

7.0 Rujukan
a.

http://ceritarasahati2.blogspot.com/search/label/Berita
b. Azizi Yahaya, Cathy Suhaila Abdullah, Roslee Ahmad, Sharifuddin Ismail (2006),
Punca dan Rawatan Kecelaruan Tingkah Laku, PTS Professional
c. Modul KBK 3073 Murid-Murid Berkeperluan Khas, Universiti Pendidikan Sultan Idris (
d.

Paul Cooper dan Katherine 2002:9
e.

Sharani Ahmad (2004), Special Children (m/s 36), Universiti Putra Malaysia Press,
Selangor
f. Jas Laile Suzana Jaafar (2008), Pengenalan Kepada Psikologi Kanak-Kanak dan
Remaja (m/s 96-97), Arah Pendidikan Sdn Bhd, Shah Alam
g.

http://ceritarasahati2.blogspot.com/serach?q=ADHD
h.

Ramlah Jantan dan Mahani Razali (2004), Psikologi Pendidikan Pendekatan
Kontemporari (Edisi Revisi) (m/s 17-18), McGraw-Hill (Malaysia) Sdn Bhd





















20

Tugasan 2
1. Sindrom Down
1.1 Pengenalan
Sindrom Down atau trisomy 21 merupakan kecacatan genetik disebabkan
oleh kehadiran sebahagian atau kesemua kromosom21. Istilah Sindrom Down
diambil daripada perkataan sindrom yang bermaksud koleksi tanda atau ciri-ciri dan
down iaitu telah diambil sempena nama seorang doktor British iaitu Doktor John
Langdon Handon Down. Beliau merupakan orang yang pertama menjelaskan
sindrom ini pada tahun 1866. Keadaan ini bercirikan oleh gabungan perbezaan besar
dan kecil pada struktur badan. Sering kali Sindrom Down dikaitkan dengan
kelemahan keupayaan berfikir (kognitif) dan tumbesaran kanak-kanak dan juga
perwatakan muka. Sindrom Down biasanya dikenal pasti semasa kelahiran. Mereka
mempunyai Sindrom Down berkemungkinan mempunyai keupayaan kognitif lebih
rendah berbanding purata, sering kali antara sedikit kepada serdahana terencat akal.
Kelemahan perkembangan seringkali ditonjolkan sebagai kecenderungan terhadap
pemikiran konkrit. Sejumlah kecil berhadapan dengan kecacatan akal yang jelas atau
teruk. Kebangkalian Sindrom Down dianggarkan sekitar 1 setiap 800 atau hingga 1
setiap 1000 kelahiran.
TANGGAL 21 MAC amat bermakna kepada masyarakat istimewa sindrom
down (SD). Pada hari ini seluruh dunia akan meraikan Hari Sindrom Down yang
diadakan bagi meraikan golongan ini selain meningkatkan kesedaran orang ramai
agar memahami mereka. Uniknya, tarikh tersebut diambil bersempena nama lain
bagi sindrom tersebut iaitu trisomy 21 (tiga set kromosom ke-21).

1.1.1 Definisi
Sindrom Down ialah penyakit keturunan disebabkan oleh kromosom tambahan
kepada kromosom nombor 21 yang terdapat pada seseorang kanak-kanak. Tiga
salinan kromosom 21 (biasannya hanya dua salinan) terdapat dalam setiap satu sel.
Penyakit ini juga dikenali sebagai Trisomy 21. Kanak-kanak yang terlibat lahir
dengan ciri-ciri fizikal dan boleh juga mempunyai masalah-masalah kesihatan yang
berkaitan dengannya.
Punca yang sangat jelas terjadi sindrom down adalah kelebihan 1 kromosom
iaitu pada pasangan yang ke-21 (dikenali Trisomy 21). Sindrom Down terbahagi
kepada tiga iatu : a) Trisomy 21 Standard: terjadi apabila kromosom 21 telah wujud
di dalam sperma atau dalam pembahagian pertama. b) Trisomy 21 Mozek: terjadi
21

apabila seseorang itu mempunyai sel-sel trisomy. c) Trisomy 21 Transiokasi: terjadi
apabila kromosom berlebihan berpindah lokasi (bercantum atau melekat dengan
kromosom yang lain).

1.1.2 Ciri-ciri Sindrom Down dari segi fizikal
a) Sifat pada kepala, muka dan leher
Terdapat beberapa perbezaan yang jelas di antara kanak-kanak normal dengan
kanak-kanak sindrom down. Perbezaan yang paling ketara ialah kanak-kanak
sindrom down mempunyai muka yang sama dalam kalangan mereka. Mereka
mempunyai iras muka yang hamper sama seperti muka orang Mongol, maka
digelar mongoloid. Pangkal hidungnya kemek. Jarak diantara 2 mata jauh dan
berlebihan kulit di sudut dalam. Saiz mulut adalah kecil dan saiz lidah yang besar
menyebabkan lidah selalu terjelir. Pertumbuhan gigi lambat dan tidak teratur.
Paras telinga adalah lebih rendah. Kepala biasanya lebih kecil dan agak leper
dari bahagian depan ke belakang. Lehernya agak pendek.


b) Sifat pada tangan dan lengan
Sifat-sifat yang jelas pada tangan adalah mereka mempunyai jari-jari yang
pendek dan jari kelingking membengkok ke dalam. Tapak tangan mereka
biasanya hanya terdapat satu garisan urat dinamakan simian crease.

c) Sifat pada kaki
Kanak-kanak sindrom down mempunyai perbezaan sifat pada kaki dengan
kanak-kanak normal yang lain. Kanak-kanak sindrom down mempunyai kaki
yang agak pendek berbanding kanak-kanak normal. Selain itu, mereka juga
mengalami masalah lewat dalam perkembangan motor kasar dan mempunyai
sendi yang longgar. Keadaan ini menyebabkan pergerakan mereka terbatas dan
sukar melakukan pergerakan seperti kanak-kanak normal yang lain.

22

d) Sifat pada otot
Kanak-kanak Sindrom Down mempunyai otot yang lemah menyebabkan mereka
menjadi lembik dan menghadapi masalah lewat dalam perkembangan motor
kasar. Mereka juga mungkin mengalami masalah kelainan organ-organ dalaman
terutama sekali jantung dan usus.

1.1.3 Ciri-ciri Sindrom Down dari segi emosi
Kanak-kanak ini dilabelkan sebagai terencat akal sama ada ringan, sederhana,
teruk dan sangat teruk. Kanak-kanak Sindrom Down ringan masih boleh dididik.
Menangis merupakan isyarat utama kanak-kanak ini dan mempunyai maslaah
pendengaran. Mereka juga merupakan kanak-kanak yang manja dan memerlukan
perhatian seperti suka dipeluk. Kadangkala mereka mempunyai masalah yang lain
iaitu hiperaktif dan masalah tumpuan singkat.

1.2 Masalah Sampingan
Pertumbuhan lambat, kesukaran belajar dan bertutur
Kanak-kanak berkeadaan lembik ketika lahir, tumbesaran terbantut di
peringkat bayi dan kanak-kanak
Lambat atau sukar mengikuti pembelajaran
Lambat dalam pertuturan
Penyakit jantung. Masalah jantung yang paling kerap berlaku ialah jantung
berlubang seperti Ventricular Septal Defect (VSD) iaitu jantung berlubang
diantara bilik jantung kiri dan kanan atau Atrial Septal Defect (ASD) iaitu
jantung berlubang diantara atria kiri dan kanan.
Kecacatan pertumbuhan perut iaitu masalah usus.
Mudah terkena jangkitan
Masalah pendengaran dan penglihatan
Gangguan fungsi tiroid
Barah atau kanser

1.3 Pakar-pakar yang melibatkan
a) Semasa Kehamilan
Menurut Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Pusat Perubatan Fetal dan
Ginekologi (FMGC), Dr Patrick Chia, imbasan ultra bunyi boleh dilakukan bila-
bila masa sepanjang kehamilan. Pada 11 hingga 13 minggu , janin ada degupan
23

jantung. Kajian menunjukkan pengukuran gelombang bunyi pada nukal
(kawasan di bawah kulit tengkuk) dan keadaan tulang hidung boleh
mengesahkan bayi mengalami masalah Sindrom Down.
Dalam tempoh ini (11 minggu hingga 13 minggu dan enam hari) adalah masa
terbaik untuk mengukur translisen nukal (NT) dan mengesan kehadiran tilang
hidung.
Pengesahan Sindrom Down selanjutnya boleh dilakukan melalui ujian darah
ibu untuk mengukur tahap dua jenis hormon.
Menurut Pakar Obstetrik dan Sakit Puan Perubatan Taman Desa, Dr Ng
Cheong Keat, ujian pengesahan penyakit Sindrom Down juga boleh dilakukan
ketika kehamilan melalui ujian darah, pemeriksaan ultrasound atau analisis
cecair mentuban (amniotic fluid).
Risiko mendapat anak Sindrom Down meningkat bagi wanita yang hamil
pada usia 35 tahun ke atas. Imbasan nukal dan ujian darah boleh mengesan
masalah Sindrom Down sehingga 95 peratus.

b) Penyakit Jantung
Kanak-kanak Sindrom Down biasanya lebih berisiko tinggi untuk dilahirkan
dengan penyakit jantung berbanding kanak-kanak biasa. Doktor akan membuat
saringan terhadap kanak-kanak sindrom down untuk mengesan penyakit jantung
congenital dan merujuk untuk penilaian lanjut jika perlu. Penyakit ini mungkin
memerlukan rawatan perubatan atau pembedahan.

c) Mudah terkena jangkit.
Kanak-kanak Sondrom Down boleh diberi imunisasi mengikut jadual. Apabila
deman atau kurang sihat, perlulah segera berjumpa doktor.

d) Gangguan fungsi tiroid.
Biasanya membabitkan pengeluaran hormone yang rendah, hipotiroid. Ia perlu
rawatan penambahan hormone, contohnya, tiroxin. Manakala mempunyai
pengeluaran hormone berlebihan, hipertiroid. Ia memerlukan rawatan untuk
mengawal pengelauran hormo.


24

Walaubagaimanapun, sehingga kini belum ada ubat yang boleh mengubati
penyakit Sindorm Down. Namun banyak kajian dilakukan yang mungkin memberi
harapan pada masa depan, termasuk rawatan gen terapi dan rawatan stem sel.
Tujuan rawatan pemulihan ialah membantu kanak-kanak mencapai keupayaan
dan perkembangan maksimum serta mampu berdikari. Program pemulihan boleh
didapati di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) atau pusat anjuran pertubuhan
sukarela bukan kerajaan. Selain itu, maklumat lanjut juga boleh didapati daripada
pusat sumber tempatan seperti hospital (klinik kanak-kanak), klinik kesihatan,
Pejabat Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Pendidikan. Ini memudahkan ia
mendapat jagaan kesihatan, kebajikan dan penempatan di sekolah khas supaya
mereka mendapat pendidikan sempurna.
Kanak-kanak ini perlu didaftarkan seawal mungkin di Jabatan Kebajikan
Masyarakat dan Jabatan Pendidikan. Ini bagi memudahkan ia mendapat jagaan
kesihatan, kebajikan dan penempatan di sekolah khas supaya mereka mendapat
pendidikan sempurna.

1.4 Pelan Tindakan
a) Kesabaran
Mendidik kanak-kanak Sindrom Down, apa yang perlu ada adalah kesabaran.
Apabila kita menjadi guru, sifat sabar perlu ada dalam kamus hidup kita.
Sebagai guru yang mengajar murid pendidikan khas, tambahkan kamus hidup
kita dengan perkataan sabar, sabar dan sabar. Hanya itu sahaja kunci
kejayaan dalam karier sebagai guru pendidikan khas.
1
Kanak-kanak Sindrom Down secara keseluruhannya mengalami kelewatan
perkembangan dan kerencatan akal. Pada peringkat awal pembesaran mereka
mengalami masalah lambat dalam semua aspek perkembangan iaitu lambat
untuk berjalan, perkembangan motor halus dan bercakap begitu juga dalam
pembelajaran.
Sebagai seorang guru, kita perlu bersedia mengulangi sesuatu yang kita ajar.
Kita perlu faham murid pendidikan khas mempunyai masalah mengingat dan
sukar memahami. Kita perlu bersedia mengulanginya berkali-kali. Usah kita rasa
jemu kerana itu adalah tugas kita untuk mendidik mereka.
________________________________________________________________
1
K.A.Razhiyah (2006), Menjadi Guru Pendidikan Khas (m/s 39), PTS Professional
Publishing,Kuala Lumpur

25

b) Penerimaan, Pergaulan
Kaedah yang boleh digunakan bagi membantu pengajaran dan pembelajaran
anak Sindrom Down adalah konsep penerimaan dan pergaulan. Ia adalah
memberi ruang kepada setiap pelajar, tidak kira umur atau kecekapan mental,
untuk berada dalam satu kumpulan dan mereka berasa selesa berinteraksi
sesame snediri. Begitu juga, guru boleh beri galakan supaya mereka berhubung
dan berinteraksi secara positif antara satu sama lain. Dengan membantu anak
Sindrom Down untuk merasa senang dan selesa dengan diri mereka sendiri akan
membuatkan mereka mempunyai sikap yang lebih baik dan rasa diperlukan. Ini
juga dapat membuat mereka berasa normal seperti anak lain yang normal.

c) Suasana Sekeliling Bilik Darjah
Persekitaran amat penting untuk pembelajaran kanak-kanak Sindrom Down.
Seorang ibu bernama Devika, yang mempunyai anak Sindrom Down berkata
anak yang mengalami masalah genetik ini memerlukan pendekatan khas bagi
membuatkan mereka mempunyai suasana pembelajaran yang positif. Ini adalah
kerana mereka dapat belajar dan menjadi produktif di sekolah jika diberi suasana
sekeliling yang sesuai dan selesa.
Sebanyak 80 hingga 90 peratus maklumat yang diserap oleh otak adalah
dalam bentuk visual.
2
Warna, cahaya, pergerakan, bentuk dan kegelapan
menjadi asas yang mempengaruhi perhatian kanak-kanak Sindrom Down.
Perhiasan bilik darjah juga amat penting untuk kanak-kanak SD. Ruang-ruang
pembelajaran pula diadakan bagi memudahkan kanak-kanak SD menjalankan
aktiviti pembelajaran.
Sebagai seorang guru khas, kita perlu tahu pengurusan fizikal bilik darjah
yang kondusif dapat membawa kepada interaksi iaitu penyampaian ilmu.

d) Alat Bantu Mengajar (ABM)
Anak Sindrom Down mempunyai keupayaan untuk belajar. Guru perlu
menyediakan alat bantu mengajar yang betul dan sesuai bagi mencapai
keputusan yang optimum. Dengan adanya bahan bantu mengajar, dapat menarik
perhatian kanak-kanak SD dan guru dapat menyampaikan sesuatu kemahiran
dengan lebih jelas.

________________________________________________________________
2
Jensen, 2000
26

e) Pengajaran dan Pembelajaran
Anak Sindrom Down mempunyai masa tumpuan yang singkat dan mudah hilang
tumpuan, perhatian dan senang tertarik dengan benda lain seperti lampu dan
cahaya. Adalah baik dalam perancangan guru terhadap pembelajaran mereka
dipecahkan kepada beberapa bahagian. Mereka perlu diajar secara perlahan dan
diberikan masa rehat yang kerap agar dapat focus terhadap apa yang diajar.
Begitu juga, guru harus fleksibel dengan anak seumpama.

f) Terapi Cara Kerja
Terapi cara kerja merupakan satu kaedah yang digunakan untuk membantu
kanak-kanak SD. Kaedah ini digunakan dengan melatih kanak-kanak ini dari segi
kemahiran pergerakan motor, pengurusan diri dan sebagainya. Kanak-kanak ini
diajar cara-cara untuk makan, minum, melompat, berlari, berjalan, mengesot,
mengiring, memakai pakaian, meniarap,menyanyi, menari dan sebagainya.
Latihan pergerakan motor kasar dan halus dilakukan berbeza. Pergerakan motor
kasar dibuat dengan menggunakan alatan yang besar seperti penggunaan bola,
bersukan dan sebagainya. Pergerakan motor halus pula dilaksanakan dengan
menggunakan alatan yang halus dan kecil seperti memasukkan benang ke
dalam jarum, menggunting kertas, membuat bahan kraftangan, melukis lukisan
yang mudah, melorek dan menyusun bongkah dan sebagainya.

g) Terapi Pertuturan
Kebanyakan kanak-kanak Sindrom Down (SD) lambat bertutur. Mereka wajar
dibantu pada usia awal. Terapi ini dijalankan secara berperingkat-peringkat
mengikut kemampuan kanak-kanak SD. Mereka akan diajar untuk mengeluarkan
bunyi dari peti suara mengikut huruf-huruf yang mudah dengan melaksanakan
aktiviti permainan bahasa yang menarik. Guru pula perlu menarik perhatian
kanak-kanak SD sebelum bercakap dan tidak terlalu banyak bertanya serta beri
mereka peluang menjawab.
Dalam aktiviti pengajaran pula, guru perlu sentiasa menggunakan ayat
pendek dan bahasa yang mudah difahami. Hal ini penting untuk merangsang
kanak-kanak SD untuk belajar. Pendekatan melalui aksi dan lakonan juga boleh
membantu mengoptimumkan proses pembelajaran. Selain itu, segala aktiviti
yang dilaksanakan tidak boleh secara berterusan dan bergantung pada masa
________________________________________________________________
3
www.onitsukahana.blogspot.com
27

yang sesuai iaitu ketika mereka masih segar dan aktif. Guru juga perlu
menumpukan satu pengajaran sahaja dalam satu-satu masa supaya murid diberi
masa untuk memahami isi pengajaran tersebut sebelum beralih kepada latihan
baru. Peluang untuk berinteraksi dengan kanak-kanak SD juga perlu
diaplikasikan dengan memberi tindak balas terhadap setiap percakapan mereka.
3

h) Pengukuran dan Penilaian
Guru hendaklah mengukur kemampuan kanak-kanak SD. Pengukuran yang
dijalankan berupaya mengesan perkembangan , kebolehan, kemajuan dan
pencapaian murid secara menyeluruh.
4
Ini memberi peluang kepada guru
membetulkan kesilapan dan membaiki kelemahan murid secara serta merta
supaya kelemahan itu tidak terhimpun.
Seterusnya penilaian dilakukan terhadap kebolehan social kanak-kanak SD. Hal
ini berkaitan dengan kemampuan mereka melakukan sendiri perkara-perkara
berkaitan penjagaan diri dan pergaulan. Dalam konteks ini, guru perlu
memastikan kanak-kanak SD mempunyai kebolehan makan sendiri, ke tandas
sendiri dan menjaga kebersihan diri serta dapat mengikut peraturan yang
ditetapkan. Mereka juga harus diberi peluang untuk meluaskan pergaulan,
berkawan dan berkongsi barang atau permainan. Penerapan nilai murni seperti
menghormati guru dan menghargai orang lain juga merupakan aspek utama
dalam program intervensi ini.












________________________________________________________________
4
Mohd. Sharani Ahmad (2004), Mengurus Kanak-Kanak Yang Susah Belajar(m/s49), PTS
Professional, Selangor,Batu Caves
28

2. Hiperaktif
2.1 Pengenalan
Gangguan hiperaktif dan kurang tumpuan atau Attention Deficit and
Hyperactivity Disorder (ADHD) berlaku dengan begitu ketara pada sesetengah
kanak-kanak prasekolah dan murid-murid sekolah rendah. Gejala ini
menyebabkan kanak-kanak yang mengalaminya sukar mengawal tingkah laku
mereka atau memberikan tumpuan yang sepenuhnya. Gangguan ADHD ini
hanya mendapat perhatian daripada pengamal-pengamal perubatan apabila Sir
George F.Still menerbitkan satu siri syarahan pada tahun 1902 untuk
dibentangkan kepada Kolej Physician Diraja England.
ADHD biasanya lapan peratus ke sepuluh dikesan bagi kanak-kanak yang
sudah bersekolah. Lelaki adalah tiga kali ganda lebih ramai menghidap ADHD
berbanding kanak-kanak perempuan. Ibu bapa boleh memastikan anak
mengalami ADHD jika mereka kelihatan lebih bertenaga daripada biasa, cepat
gelisah serta hilang tumpuan.
1
Simptom ADHD cenderung wujud berpanjangan
semasa kanak-kanak, remaja dan juga dewasa. Bagaimanapun simptom
hiperaktif mungkin berkurangan dengan meningkatnya usia.
2


2.1.1 Definsi
Hiperaktif merupakan satu pola atau perilaku seseorang yang menunjukkan
sikap tidak pernah berdiam diri, payah untuk dikendalikan, tidak memberi
perhatian dan akan bertindak mengikut kehendak dirinya sendiri yang disebut
sebagai ADHD (Attention Deficit Hyperactive Disorder). Anak hiperaktif selalu
bergerak dan tidak pernah berasa puas dengan permainan atau barang
mainan yang disukai oleh kanak-kanak lain yang seusia dengan mereka
kerana perhatian kanak-kanak hiperaktif mudah beralih dari satu fokus ke
fokus yang lain. Mereka seakan-akan mencari satu permainan yang mampu
menarik minat mereka tetapi mereka tidak pernah menemui permainan
tersebut. Hiperaktif juga merujuk kepada kepayahan untuk mengawal diri
sendiri supaya tidak melakukan perkara yang di luar kemampuan mereka.

___________________________________________________________________
1
Modul KBK 3073 Murid-Murid Berkeperluan Khas, Universiti Pendidikan Sultan Idris (m/s
77)
2
Azizi Yahaya, Cathy Suhaila Abdullah, Roslee Ahmad, Sharifuddin Ismail (2006), Punca
dan Rawatan Kecelaruan Tingkah Laku(m/s74), PTS Professional
29

2.1.2 Ciri-ciri Hiperkatif
Kelakuan yang diperlihatkan oleh kanak-kanak bermasalah ADHD dibahagi
kepada tiga iaitu:
a) Berkelakuan Terlalu Aktif
Tahap aktiviti motor yang tinggi sentiasa bergerak ke sana ke sini, berlari-
lari, memanjat perabot, sukar duduk diam dan seolah-olah ada kuasa
yang menyebabkan dia tidak boleh berdiam diri juga tergolong sebagai
kanak-kanak hiperaktif.

b) Kekurangan Tumpuan Perhatian
Kurang tahap penumpuan tidak boleh menumpukan perhatian pada guru
di sekolah atau tadika serta tidak menghabiskan tugas yang diberikan
atau aktiviti permainan. Kanak-kanak yang sangat senang beralih
pandangan dari satu perbuatan ke perbuatan yang lain dan seolah-olah
tidak mendengar apabila orang cuba bercakap dengannya adalah kanak-
kanak yang lemah kuasa tumpuan perhatian. Mereka selalu tidak
menghabiskan tugas dibuatnya dan tidak boleh duduk bermain dengan
lama seperti kanak-kanak lain.

c) Mengikut dorongan hati
Tingkah laku impulsive serta perlu memenuhi kehendaknya dengan
segera dan tidak boleh menunggu giliran dalam permainan, menganggu
dan mencelah perbualan orang lain. Kanak-kanak ini tidak pernah
merancang tindakan, malah terus melakukannya. Dia cepat berubah
melakukan sesuatu yang lain. Ibu bapa dan guru mendapati sukar dikawal
kerana dia tidak mengikut arahan.

2.2 Masalah Sampingan
a) Kendiri yang rendah
Menurut Shavelson, Hubner dan Stanton (1976) kendiri didefinisikan
sebagai persepsi seseorang mengenai dirinya hasil daripada pengalamannya
dengan persekitaran dan dipengaruhi oleh peneguhan yang diterimanya
daripada orang- orang penting dalam persekitarannya.
Biasanya pelajar- pelajar yang hiperaktif mempunyai sifat kendiri
negatif dalam dirinya sehingga mereka merasa rendah diri dengan orang
ramai. Hal ini demikian kerana orang ramai asyik memandang serong dan
30

tidak menyokong dan memberi semangat dalam melakukan sesuatu perkara.
Menurut Noran dan Habibah (1997), ciri- ciri kendiri negatif ialah tiada
keyakinan diri, suka meminta pertolongan dan tidak pandai berdikari,tidak
suka menerima pendapat dari orang lain, selalu merasa tidak puas hati
dengan apa yang diterimanya, selalu menimbulkan masalah, suka
menyinggung perasaan orang lain, pentingkan diri sendiri dan sebagainya.
Hal ini demikian akan menyebabkan pelajar yang mempunyai sifat hiperaktif
ini tidak dapat menumpukan perhatian ketika proses pengajaran dan
pembelajaran. Ini kerana mereka suka berangan-angan dan ini akan
menyebabkan mereka ketinggalan dalam pelajaran. Selain itu pelajar-pelajar
yang kendirinya rendah biasanya akan ketinggalan dan tidak boleh pergi jauh.
Sebagai contoh seperti pendaki gunung Everest yang mempunyai kendiri
yang tinggi dan memperoleh penghormatan yang tinggi dalam hidup.
Kesimpulannya, pelajar hiperaktif kebanyakkannya mempunyai sifat kendiri
yang rendah tetepi mereka juga akan memperoleh kejayaan jika mereka
berupaya merubah diri mereka. Mungkin hasilnya lebih baik dari orang yang
normal.

b) Kurang Tumpuan Dalam Kelas
Akibat mempunyai sifat kendiri yang rendah akan menyebabkan mereka tidak
memberi tumpuan dalam kelas. Hal ini demikian kerana mereka lebih suka
bermain berseorangan.Hal ini akan menyebabkan mereka tidak memberi
tumpuan kepada guru yang sedang mengajar di hadapan. Selain itu, kanak-
kanak hiperaktif ini cepat merasa bosan kerana guru tidak pandai menarik
minat mereka. Jikalau para guru bijak menarik minat mereka ini akan
mendorong mereka untuk memberi tumpuan dan tidak aktif lagi.Selain itu,
jadual waktu yang begitu padat dan masa pembelajaran yang panjang telah
menyebabkan pelajar-pelajar hiperaktif ini tidak memberi tumpuan
dalam pembelajaran. Hal ini demikian kerana waktu belajar adalah lebih
fleksibel bergantung kepada kesesuaian masa pelajar itu sendiri. Hal ini
kerana tidak kesemua pelajar dapat mengikuti pembelajaran yang begitu
terikat dengan jadual waktu kerana masa belajar boleh disesuaikan mengikut
kesediaan mental dan fisikal pelajar setiap hari. Kesannya pelajar yang
hiperaktif ini sering ketinggalan sedangkan mereka juga mempunyai daya
ingatan yang baik.Pelajar-pelajar hiperaktif ini juga mudah cepat letih dan
mengantuk kerana mereka telah menggunakan semua tenaganya untuk
31

bermain. Ini menyebabkan mereka tidak fokus dan sering ketinggalan dalam
proses pembelajaran. Selain itu mereka juga sering mengganggu pelajar-
pelajar yang lain. Contoh gangguan ialah pelajar hiperaktif ini sering
membuat bising ketika guru sedang mengajar.

c) Emosional
Kecerdasan Emosi (EQ) ialah kebolehan untuk mengawas diri sendiri dan
orang lain dari segi perasaan dan emosi, dapat membezakan antara kedua-
duanya dan boleh menggunakan maklumat untuk memandu pemikiran dan
tindakannya dalam melakukan sesuatu. Kecerdasan emosi bukan kerana
kepandaiannya tetapi lebih menekankan ciri-ciri sahsiah yang dimilikinya.
Melalui kajian yang telah dibuat menunjukkan kemahiran dan emosi lebih
penting dalam kejayaan hidup seseorang pelajar daripada kebolehan
intelektual semata-mata. Kesimpulannya kecerdasan Emosi lebih penting
berbanding IQ yang tinggi.Menurut Goleman (1995), terdapat lima bahagian
EQ yang menjadi pengajaran kepada pelajar iaitu kemampuan mengenali
emosi diri, kemampuan mengurus emosi,kemampuan memotivasikan diri,
kemampuan mengenali emosi orang lain dankemampuan membina
hubungan. Biasanya pelajar-pelajar yang hiperaktif tidak mempunyai lima
bahagian yang telah dinyatakan oleh Goleman. Hal ini demikian
kerana pelajar hiperaktif ini selalu berseorangan, tahap sosial yang rendah
dan mempunyai kesabaran yang rendah.
Hal ini akan menyebabkan pelajar tersebut merasa tertekan. Ini akan
menyebabkan mereka bermain dan tidak menumpukan perhatian ketika
berada di dalam kelas. Selain itu juga, mereka juga tidak mempunyai kawan
kerana sikap mereka yang terlalu aktif itu menakutkan pelajar-pelajar lain
termasuk gurunya. Hal ini akan menyebabkan mereka tidak memberi
tumpuan pada pelajaran dan akan menyebabkan mereka ketinggalan. Selain
itu juga, pelajar yang hiperaktif ini juga mudah marah walaupun itu
kesalahannya sendiri. Pelajar ini suka menyalahkan orang lain dan ini
menyebabkan mereka tidak mempunyai kawan.

2.3 Pakar-Pakar yang Melibatkan
Pencegahan lebih penting dari rawatan.Kanak-kanak yang sudah sampai ke
tahap yang ditakrifkan sebagai Sindrom Hiperaktif merupakan peringkat yang
rumit untuk dirawat. Penilaian yang komprehensif perlu dijalankan.Ini
32

memerlukan riwayat yang teperinci dan pemeriksaan fizikal serta menilaian
perkembangan intelek dan emosinya. Kaunseling yang intensif diperlukan untuk
meningkatkan kemampuan ibubapa melatih dan mengendalikan rawatan anak
seperti yang telah disyorkan olehpara profesional di klinik. Ini memerlukan
kesabaran,pengorbanan masa, tenaga dan kewangan. Kemahiran
mengendalikan terapi perlu dikuasai dan perhubungan yang rapat dengan pakar-
pakar yang terlibat perlu dijalinkan.
Setiap kanak-kanak hiperaktif memerlukan program rawatan tersendiri
memandangkan kepada kekuatan dan kelemahan yang ada padanya. Ada yang
memerlukan latihan pengubahsuaian tingkah laku (behavioral modification
therapy), terapi pemakanan, dan ubat ubat untuk mengurangkan keresahan
bergantung kepada keperluan. Yang kurang pendengarannya perlu dikenal pasti
dan dibekalkan alat pendengaran serta terapi manakala yang mempunyai
masalah pembelajaran diberi latihan khas. Suasana keliling kanak kanak yang
sunyi yang meresahkan mereka diubah dengan adanya orang yang boleh
memberi perhatian kepada mereka. Sebaliknya suasana keliling yang bising dan
tidak tenteram serta berkemas hendaklah diubah.
Matlamat rawatan adalah supaya kanak-kanak ini boleh menyesuaikan diri di
sekolah dan masyarakat dengan sebaik mungkin. Usaha meningkatkan prestasi
intelek serta membentuk akhlak yang baik mestilah berterusan . Dari masa ke
semasa pencapaian perlu dinilai dan strategi diperkemaskan agar sesuai dengan
usia serta keadaan.

2.4 Pelan Tindakan
a) Pendekatan Konstruktivisme Sosial
Pendekatan konstruktivisme sosial merupakan satu pendekatan yang
tertumpu dalam bilik darjah. Melalui pendekatan ini akan mewujudkan
pelbagai inovasi yang dapat mewujudkan konteks sosial dalam pembelajaran
antara guru dengan murid dan antara para pelajar itu sendiri. Dengan cara ini
pelajar berpeluang untuk membina hubungan sosial, belajar kemahiran
memproses informasi bagi menguasai sesuatu ilmu dalam bilik darjah. Di
samping itu juga, para pelajar hiperaktif ini akan mempunyai peluang yang
lebih banyak untuk berinteraksi dengan rakan-rakan mereka berbanding
pembelajaran yang hanya tertumpu pada guru sahaja. Melalui proses
interaksi ini akan mewujudkan minat mereka untuk belajar sambil bermain
sekaligus dapat mengurangkan kadar kurang tumpuan mereka dalam kelas.
33

Antara pendekatan yang digunakan dalam pendekatan konstruktivisme ini
ialah seperti pembelajaran berkumpulan, sumbangsaran, kolaboratif dan
sebagainya yang memberi fokus kepada tugasan yang melibatkan interaksi
dan dapat mengukuhkan memori pembelajaran kanak-kanak melalui
permainan dalam pembelajaran. Selain daripada itu juga, minda para pelajar
yang hiperaktif ini mampu berkembang melalui penerokaan idea-idea yang
baru. Pembelajaran berkumpulan juga mampu memaksimumkan kemahiran
sosial, komunikasi, interpersonal, kinestetik dan pelbagai lagi yang dapat
mengurangkan masalah kurang tumpuan dalam kalangan pelajar yang
hiperaktif ini.Guru mampu untuk menilai keupayaan, kesungguhan dan minat
para pelajar dalam bilik darjah melalui pendekatan konstruktivisme sosial
secara langsung. Oleh sebab guru dapat memahami aspirasi, cita rasa,
perasaan dan pemikiran pelajar secara langsung maka segala pembelajaran
akan berpusat kepada pelajar bagi menarik minatmereka untuk belajar. Guru
hanya menjadi pemerhati kepada proses pembelajaran tersebut dan perkara
ini turut memberi ruang kepada guru untuk mengadaptasi proses pengajaran
yang efektif berdasarkan perbezaan individu pelajar tersebut.
3

b) Ajar Peraturan
Pastikan peraturan tidak banyak, jelas dan mudah difahami. Guru boleh
menggalakkan para pelajar berbincang, membuat keputusan dan menulis
sendiri peraturan di dalam kelas supaya mereka dapat merasakan mereka
sebahagian daripadanya.
Peraturan yang dibuat (bertulis ataupun bergambar) hendak ditampal
di tempat yang mudah dilihat. Sertakan contoh untuk peraturan tersebut.
Tunjuk peraturan melalui main peranan. Ini sesuai bagi semua peringkat.
Semak dan praktikkan peraturan sepanjang tahun.

c) Kad Berkod Warna
Ini adalah sistem grafik bagi mengawas tingkah laku yang digunakan di
dalam kebanyakkan bilik darjah. Lazimnya sistem ini menggunakan carta
poket di mana setipa pelajar mempunyai sampul surat ataupun petak
khasnya (yang dikenal pasti dengan mnggunakan nama ataupun nombor).
Semua pelajar pada awalnya bermula dengan warna yang sama (contohnya,
_____________________________________________________________
3
Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan, Abdul Aziz Abdul Shukor, 2008
34

kad warna merah jambu) yang disimpan di dalam sampul surat mereka.
Apabila mreka melanggar peraturan, selepas diberi amaran, warna
ditukarkan (contohnya, warna kuning), menyebabkan mereka didenda seperti
masa sendiri selama 5 minit. Warna ditukar lagi apabila mereka melanggar
peraturan ayang seterusnya (contohnya, biru) dan menyebabkan denda yang
lebih berat. Apabila pelajar terus melakukan kesalahan, tukarkan kepada
warna merah dengan denda yang bertambah berat.
Dengan sistem ini, pelajar memulakan setiap hari mereka dengan
rekod yang bersih. Bagi kesan yang lebih baik, benarkan pelajar
mencadangkan hukuman untuk setiap pertukaran warna. Guru yang tidak
mahu menunjukkan kepada semua pelajar lain pertukaran warna sebaliknya
guru pergi ke meja pelajarm berkenaan dan tukarkan warna secara senyap.
Apabila pelajar melanggar peraturan tertentu, guru meletakkan kad
yang mempunyai warna yang telah ditetapkan dengan peraturan itu di dalam
poket pelajar. Dengan itu pelajar sedar apa sebenarnya kesalahan yang telah
dilakukan. Hukuman setimpal dikenakan denga setipa perubahan kad.
4












_________________________________________________________________________________
4
Sandra F.Rief (2007), Bagaimana Mendekati dan Mendidik Kanak-kanak ADD/ADHD
(m/s31), Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad, Kuala Lumpur

35

E-FORUM
E-FORUM 1: Sebagai seorang guru, nyatakan pengalaman anda dalam mengenalpasti
kanak-kanak yang berkemungkinan menghadapi masalah dalam pembelajaran.

Title Message
Date
posted
Full
Name
FORUM
1
Saya bertugas sebagai guru di sekolah kebangsaan cina
selama 6 tahun. Sekolah saya adalah SKM (Sekolah
Kurang Murid). Pada mulanya saya mengajar, saya
berasa amat sukar untuk mencapai objektif pengajaran
saya. Ini adalah kerana tahap kebolehan muid adalah
berbeza dalam satu kelas. Bagi murid bermasalah (murid
lembap), pembelajaran mereka adalah lambat dan
memerlukan masa yang panjang untuk mnegajar mereka.
Saya pernah mengajar murid yang menghadapi
masalah dalam pembelajaran. Murid ini sering tidak
menghantar kerja rumah ataupun buat banyak kesalahan
dalan latihannya. Walaupun telah tahun 5, tetapi dia
masih tidak dapat menguasai membaca, menulis dan
mengira. Keadaan ini amat merisaukan. Di sini, biarlah
saya erita sedikit latar belakangnya. Ibubapa murid ini
telah bercerai dan dia adalah di bawah jagaan datuknya
sejak kecil. Murid ini juga jarang bergaul dengan
kawannya.
Setelah saya membuat pemerhatian terhadap
murid ini, saya dapati bahawa murid ini berasa rendah
diri. Walaupun dia adalah seorang murid yang lembap
tetapi saya masih sentiasa memberi galakan kepadanya
supaya dia dapat mendirikan keyakinan terhadap diri
sendirinya. Semasa P&P, saya akan menyediakan latihan
yang berlainan dan meluangkan masa untuk
mengajarnya. Begitu juga, saya akan mencari peluang
11 Mar
2012
11:26:54
PM

36

baginya berkomunikasi dengan murid yang lain supaya
dia dapat biasa bergaul dengan orang lain. Ini adalah cara
penyelesaian saya terhadap masalah ini.
FORUM
1
Pendidikan untuk semua menegaskan tentang hak semua
kanak-kanak untuk diberi pendidikan tanpa mengira latar
belakang sosial mahupun perkembangan intelek kanak-
kanak tersebut.
Sebagai seorang guru, kami tidak patutnya mengabaikan
kana-kanak yang berkemungkinan menghadapi masalah
dalam pembelajaran mereka. Sebaliknya kami perlu
mengambil tindakan dengan segera untuk menyelesaikan
masalah.
Saya bersetuju dengan pandangan cikgu iaitu
menggunakan tida kaedah~ pemerhatian, soal jawab lisan
dan pengujian untuk mengenal pasti kanak-kanak yang
berkemungkinan menghadapi masalah dalam
pembelajaran.
11 Mar
2012
11:46:32
PM

FORUM
1
Pemerhatian adalah salah satu kaedah yang penting
dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk
mengenal pasti kanak-kanak yang berkemungkinan
menghadapi masalah dalam pembelajaran.
Dengan menggunakan kaedah pemerhatian, apabila
terdapat murid bermasalah pembelajaran dalam kelas
kami dapatlah guru mengambil tindakan segera supaya
murid yang berkenaan dapat rawatan yang sesuai.
Pengesanan awal masalah kanak-kanak dapatlah mereka
diberikan intervensi awal yang sesuai.
12 Mar
2012
12:04:56
AM

FORUM
1
Sebagai seorang guru, ia merupakan satu cabaran yang
sangat besar apabila terdapat kanak-kanak bermasalah
pembelajaran dalam kelas kami. Ini adalah kerana kami
12 Mar
2012
12:22:23

37

perlu memberi tumpuan individu yang lebih daripada
kanak-kanak yang lain.
Saya setuju dengan padangan cikgu. Pendidikan khas
merupakan program pemdidikan yang disediakan untuk
memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas
iaitu program khusus yang direka bentuk untuk memenuhi
leperluan pelajar luar biasa (Hallahan dan Kauffman,
2006). Jika benar mereka kanak-kanak bermasalah
pembelajaran, perlulah dimasukkan ke program
pendidikan khas. Dengan adanya guru pendidikan khas,
mereka dapat diberi tumpuan yang lebih daripada
sebelum ini.
AM
FORUM
1
Pengesanan awal kanak-kanak bermasalah pembelajaran
dapatlah mereka diberikan intervensi awal yang sesuai.
Disleksia adalah ketidakbolehan untuk membaca atau
memahami apa yang dibaca. Tidak mudahnya bagi guru
biasa untuk mengajar kanak-kanak bermasalah
pembelajaran. Guru perlu menggunakan masa untuk
mengajarnya dan memberi tumpuan yang lebih
kepadanya. Tindakan ini mungkin akan menyebabkan
guru mengabaikan murid yang lain.
Amatlah bersyukur kerana ayah Daniel dapat menerima
hakikat dan menghantar anaknya ke sekolah pendidikan
khas. Dengan adanya porgram pendidikan khas, Daniel
dapat menerima pembelajaran yang bersesuaian dengan
tahap kebolehannya.
12 Mar
2012
12:43:13
AM



E-FORUM 2: Perlukah murid berkeperluan khas belajar bersama-sama dengan rakan
arus perdana di dalam bilik darjah biasa (inklusif)?
38

Kanak-kanak berkeperluan khas merangkumi golongan kanak-kanak pintar cergas,
kerencatan akal, cacat pendengaran, penglihatan atau fizikal, bermasalah pembelajaran
atau kesihatan serta kanak-kanak yang mempunyai kecacatan pelbagai.
Saya berpendapat bahawa kanak-kanak berkeperluan khas tidak sesuai belajar
bersama-sama dengan arus perdana di dalam bilik biasa kerana mereka memerlukan
bimbingan dan perhatian yang khusus oleh guru yang terlatih dalam bidang ini.
Kanak-kanak ini memang dilahirkan dengan pelbagai kecacatan tetapi pelbagai
bakat dan kemahiran tersembunyi dalam diri mereka. Potensi diri mereka ini harus
dikembangkan supaya mereka dapat berdikari dan menguruskan diri mereka tanpa bantuan.
Golongan kanak ini memerlukan bimbingan khas dan masa yang lebih untuk menguasai
sesuatu pembelajaran. Sekiranya mereka belajar dalam kelas biasa, mereka akan
menghadapi masalah pembelajaran. Oleh itu, hanya pendidikan dan pengalaman sahaja
yang akan dapat membentuk murid khas yang memiliki bakat dan kemahiran yang tinggi.
Walaubagaimanapun, untuk menentukan keperluan setiap individu, penilaian awal
perlu dijalankan berdasarkan laporan pakar. Guru juga perlu menjalankan ujian pengesanan
untuk menentukan murid layak berada dalam program pendidikan khas supaya mereka
dapat pendidikan yang bersesuaian dengan aras kebolehan mereka.
14 Mar 2012 09:36:33 PM FORUM 2

Bagi sekolah yang mempunyai program integrasi sepatut tidak mengasingkan murid-murid
berkeperluan khas dengan murid-murid biasa melalui. Aktiviti-aktiviti yang menggalakkan
pergaulan antara murid-murid khas dengan murid-murid biasa harus diperbanyakkan. Ini
adalah untuk membolehkan murid-murid khas berinterasi secara normal dengan semua
golongan dan tidak akan mengasingkan diri.
14 Mar 2012 09:39:41 PM FORUM 2



Saya setuju dengan pandangan yang dinyatakan oleh cikgu. Kanak-kanak
bermasalah pembelajaran tidak mempunyai kebolehan mengikut pelajaran secara formal
39

seperti murid-murid biasa. Jika mereka ditempatkan dalam kelas biasa, maka mereka akan
ketinggalan dalam pembelajaran. Golongan ini memerlukan bimbingan dan perhatian yang
khusus oleh guru. Bagi menghadapi murid berkeperluan khas ini hanya guru yang terlatih
dalam bidang ini sesuai mengajar.
Walaubagaimanapun, bagi sekolah yang mempunyai pendidikan khas digalakkan sentiasa
menganjurkan aktiviti-aktiviti yang dapat menggalakkan pergaulan antara murid-murid khas
dengan murid-murid biasa supaya mereka tidak merasa diri sendiri mereka adalah
diasingkan.
14 Mar 2012 09:51:47 PM FORUM 2

Saya amat setuju dengan pandangan cikgu iaitu tidak menangguhkan peluang
pembelajaran mereka. Tidak dinafikan bahawa jika murid itu diteruskan berada di kelas
biasa, ia akan mengganggu kelancaran P&P. Ramai murid dalam satu kelas, memang sukar
untuk guru memberi bimbingan khas kepada murid itu. Hanya melalui pengesahan daripada
doktor pakar dan ujian pengesanan baru dapat menentukan murid layak berada dalam
program pendidikan khas.
14 Mar 2012 09:59:05 PM FORUM 2

Saya setuju dengan pandangan cikgu. sekiranya golongan murid berkeperluan khas
belajar dalam kelas biasa, mereka akan menghadapi masalah dalam pembelajaran. Ini
adalah kerana tahap pembelajaran tidak sama dengan murid biasa. Mereka akan
ketinggalan pembelajaran, hilang keyakinan diri atau kurang minat untuk belajar. Adalah
lebih baik mereka ditempatkan di kelas oendidikan khas dan dididik oleh guru-guru yang
terlatih dan berpegalaman khas dalam bidang ini. Kurikulum yang digunakan juga adalah
direka khas untuk mereka. Maka murid-murid berkepeluan khas akan menerima pendidikan
yang sesuai dengan tahap kebolehan mereka.
14 Mar 2012 10:12:34 PM
E-FORUM 3: Pencegahan lebih baik daripada mengubati. Bincangkan dalam konteks
punca berlaku kecacatan dan langkah-langkah pencegahan.
40

Title Message
Date
posted
Full
Name
FORUM
3
Secara umunnya terdapat tiga punca kecacatan iaitu faktor
biologi, psikologi dan persekitaran.
a) Faktor Biologi
Risiko kecacatan boleh berlaku semasa peringkat
prenatal atau penghamilan, perinatal ( tujuh bulan
kehamilan hinggalah kelahiran dan seterusnya dua
minggu pertama selepas kelahiran) dan postnatal
(semasa membesar)
Salah satu punca kecacatan sebelum
kelahiran ialah pemakanan ibu yang tidak seimbang
iaitu kurangan zat makanan akan member kesan
kepada janin kurang protein, vitamin dan zat besi.
Permasalahan yang timbul menyebabkan terencat
otak dan lewat perkembangan motor dan neuro.
Semasa kelahiran, kekurangan bekalan
oksigen pada bayi juga akan berlaku. Jika bayi tidak
dapat dilahirkan secara normal seperti bayi songsang
atau melintang, air mentuban pecah terlalu awal dan
menyebabkan jangkitan, bayi mungkin akan
mengalami kecemasan akibat kekurangan oksige. Ini
boleh menyebabkan kerosakan pada otak dan
stuktur saraf.
Manakal selepas kelahiran, factor
kemalangan, penyakit (deman panas), menigntis,
virus menyerang selaput/penutup otak dan saraf
tunjang juga akan menyebabkan kecacatan.
b) Faktor Psikologi
Faktor ini bagi kanak-kanak yang mengalami
masalah di dalam kehidupan seharian dan sering
berhadapan dengan hubungan yang dianggap keliru
di antara mereka dengan ibu bapa mereka. Selain
itu, kanak-kanak yang kurang mendapat kasih saying
26 Mar
2012
05:32:33
PM

41

daripada kedua ibu bapa kebiasaannya akan
bertindak aktif untuk menarik perhatian ibu bapanya.
c) Faktor persekitaran
Permasalahan timbul juga boleh disebabkan oleh
faktor persekitaran seperti kemiskinan,
permasalahan keluarga, trauma, pendedahan
pergaulan dengan komuniti dan masyarakat yang
kurang berdisiplin. Di samping itu, pencemaran dan
toksin dalam persekitaran boleh membawa kepada
autism. Bukti yang jelas situasi pencemaran ini
apabila terdapat kadar kejadian yang tinggi dalam
sebuah Bandar kecil di Leomenster, Massachuselts.
Begitu juga, beberapa zat makanan seperti bahan
pengawet dan pewarna tiruan juga boleh
menyebabkan pembentukan perilaku hiperaktif
kepada anak.
FORUM
3
Seterusnya, kita seharusnya mengetahui kaedah-kaedah
pencegahan peringkat wal boleh membantu berlakunya
gejala kecacatan kepada kanak-kanak berkeperluan khas.
Langkah pencegahan yang paling awal dapat
dilaksanakan sebelum ibu mengandung. Umur ibu sewaktu
mengandung anak biarlah di bawah usia 45 tahun kerana
risiko mendapatkan anak cacat adalah tinggi. Ibu sewaktu
mengadung anak juga tidak digalakkan terlalu muda.
Bagi ibu-ibu yang mengandung digalakkan
mengambil makanan yang seimbang dan membuat lawatan
ke klinik mengikut jadual yang ditetapkan bagi memastikan
perkembangan kandungan yang sihat. Selain itu, ibu yang
mengandung juga perlu dapatkan tidur dan rehat yang
secukupnya, elakkan mendapat tekanan dan juga elakkan
mengambil minuman keras yang berlebihan.
Kesimpulannya, gaya hidup sihat adalah menjamin
kesihatan anak-anak.
26 Mar
2012
05:33:00
PM

FORUM Saya setuju dengan pandangan cikgu. Di samping itu, aspek 02 Apr
42

3 pemakanan juga amat penting untuk memastikan
kesempurnaan kandungan seseorang ibu. Ibu mengandung
haruslah mempunyai zat yang secukupnya. Kekurangan zat
makanan berkemungkinan akan menyebabkan bayi
mengalami masalah keterencatan akal. Begitu juga,
dapatkan tidur dan rehat yang secukupnya akan
mengelakkan bayi mengalami masalah keterencatan akal.
2012
10:18:55
AM
FORUM
3
Walaupun kecacatan boleh dianggap takdir namun sebagai
manusia, kita sekurang-kurangnya boleh cuba untuk
mengelakkan. Sebagai ibu bapa, haruslah mempunyai ilmu
dan pengetahuan asas untuk membolehkan mereka
mengesan kemungkinan berlakunya kecacatan pada anak-
anak ketika masih di peringkat awal. Semasa kehamilan,
pemeriksaan doktor haruslah dilakukan secara berjadual
agar sebarang ketidaknormalan pada janin dikesan segera
oleh doktor.
02 Apr
2012
10:24:23
AM

FORUM
3
Ya, saya setuju dengan pandangan cikgu. Gaya hidup sihat
dapat menjamin kesihatan anak-anak. Antara punca
berlakunya kecacatan pada bayi yang dilahirkan ialah sikap
ibu ketika mengandung iaitu menagih dadah, minum
minuman keras, merokok serta mengambil/memakan ubat-
ubatan yang tidak sepatutnya. Gaya hidup yang tidak sihat
ini akan menyebabkan kesan yang tidak baik pada bayi yang
di kandung.
02 Apr
2012
10:27:49
AM


E-FORUM 4: Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997 menyatakan guru-guru
boleh mengubah suai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran (P&P), masa
bagi aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan
matlamat Pendidikan Khas. Hujahkan.

Title Message
Date
posted
Full
Name
43

FORUM
4
Kementerian Pelajaran telah menyediakan ruang untuk
kanak-kanak keperluan khas menikmati pembelajaran
seperti kanak-kanak biasa dengan mewujudkan Sekolah
Pendidikan Khas. Oleh itu, mereka tidak boleh
dikecualikan dan selayakkan mendapat pendidikan yang
sesuai mengikut tahap minda mereka seperti kanak-kanak
biasa.
Seorang guru khas harus berfikiran secara kreatif,
inoatif dan imagenatif supaya dapat menarik minat murid-
murid berkeperluan khas untuk belajar dan menumpukan
perhatian. Oleh tiu, guru-guru boleh mengubah suai
kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P),
masa bagi aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu
mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan
Khas.
Seperti mana yang kita tahu, kanak-kanak yang
mengalami masalah pembelajaran ini perlu menerima
pembelajaran yang selaras dengan keupayaan mereka.
Guru pendidikan khas perlu menyedikan Rancangan
Pendidikan Individu mengikut kategori dan kesesuaian
murid supaya mereka dapat menguasai satu kemahiran
dengan baik.
Bagi peruntukan masa, golongan kanak-kanak ini
memerlukan masa yang lebih panjang untuk menguasai
sesuatu kemahiran. Jadi masa untuk mengajar sesuatu
kemahiran boleh diubah suai dengan mengikut kebolehan
murid-murid. Tetapi setiap aktiviti yang dijalankan tidak
sesuai mengambil masa yang panjang. Ini adalah kerana
kanak-kanak berkeperluan khas tidak dapat member
tumpuan yang lama untuk P&P.
Untuk bahan bantu mengajar pula, guru harus
menyediakan BBM yang menarik mengikut keperluan
murid khas di dalam bilik darjah. Kemudahan yang
26 Mar
2012
05:34:00
PM

44

disediakan atau yang sedia ada adalah mudah digunakan
dan petunjuk yang disediakan di dalam kelas juga perlu
memudahkan mereka mengikutnya.
FORUM
4
Guru yang mengajar kanak-kanak khas bukan suatu
perkara mudah. Guru haruslah prihatin terhadap murid
berkeperluan khas. Selain itu, guru perlu banyak
berinteraksi dengan murid supaya dapat mengenal pasti
penguasaan mereka dari semasa ke semasa. Dalam
perancangan P&P, guru boleh mengubah suai teknik
pengajaran supaya mereka lebih mudah memahami
sesuatu teknik atau kemahiran. Masa yang digunakan
dalam sesuatu aktiviti juga perlu diambil kira sama ada
sesuai dengan keadaan murid tersebut.
02 Apr
2012
10:32:37
AM

FORUM
4
Sebagai contoh, bagi anak Sindrom Down, mereka
mempunyai masa tumpuan singkat dan mudah hilang
tumpuan, perhatian dan senang tertarik dengan benda lain
seperti lampu dan cahaya. Jadi adalah lebih baik jika sesi
pembelajaran mereka dipecahkan kepada beberapa
bahagian. Mereka juga perlu diajar secara perlahan dan
diberi masa rehat yang kerap agar dapat fokus terhadap
apa yang diajar.
02 Apr
2012
10:35:26
AM

FORUM
4
Saya setuju dengan pandangan cikgu.
Guru-guru perlu mengambil perhatian terhadap keadaan
kesihatan murid yang berkeperluan khas setiap hari.
Kanak-kanak berkeperluan khas mempunyai masa
tumpuan yang singkat dan mudha hilang tumpuan. Jadi
masa untuk menjalani aktiviti perlu diubah suai mengikut
kebolehan murid-murid. Di samping itu, bahan bantu
mengajar (BMM) juag amat penting untuk murid-murid
supaya dapat menarik perhatian dan memupuk minat
belajar.
09 Apr
2012
06:50:20
PM

45

FORUM
4
Kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran
perlu menerima pembelajaran yang selaras dengan
keupayaan mereka. Adalah penting sebagai seorang guru
memahami kanak-kanak ini dan membantu mereka dalam
menguasai kemahiran atau pembelajaran mereka. Guru
haruslah kreatif dalam mengatur atau mengubah suai
kaedah atau teknik P&P, masa bagi aktiviti dan bahan
bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat
Pendidikan Khas.
09 Apr
2012
06:51:40
PM

Anda mungkin juga menyukai