Anda di halaman 1dari 7

PEMARKAHAN

SEMESTER 1 SESI 2023/2024

KPT 4033: TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN

TAJUK TUGASAN

HAFALAN MELALUI KAEDAH NYANYIAN DAN FINGER PUPPET


BAGI NAMA-NAMA HAIWAN DALAM BAHASA ARAB
DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN 5

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. MATRIK

SITI HAJAR BINTI ABDUL RAHMAN L20222013078

NURUL ANIDA BINTI MUSA L20222013079

AINAA ANIS BINTI AZAHARI L20222013120

SYAMSYATHUL MARDIAH BINTI AKBAR ALI L20222013123

NAMA PENSYARAH : TS DR. FARIDAH HANIM BINTI YAHYA


ISI KANDUNGAN

PERKARA HALAMAN

PENGHARGAAN 2

ABSTRAK 3

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU 4


2.0 FOKUS KAJIAN 5
3.0 OBJEKTIF KAJIAN 5
4.0 KUMPULAN SASARAN 6
5.0 PERLAKSANAAN YANG DICADANGKAN
5.1 Tinjauan Masalah
5.2 Analisis Tinjauan Masalah
5.3 Tindakan Yang Telah Dijalankan
Pelaksanaan Tindakan Dan Pemerhatian/Penilaian
5.4 Refleksi Kajian
6.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA

BIBLIOGRAFI

LAMPIRAN

1
PENGHARGAAN

‫بسم اهلل الرمحن الرحيم‬

Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah rahmat serta nikmat masa, nyawa, tenaga
yang dianugerahkan, dapat kami menyiapkan penulisan ilmiah yang bertajuk “Hafalan
Melalui Kaedah Nyanyian dan finger puppet Bagi Nama-Nama Haiwan Bahasa Arab dalam
Kalangan Murid Tahun 5 Aisyah, KAFA Integrasi Al-Ikhwan U10 Puncak Perdana, Shah
Alam” ini dengan jayanya. Selawat dan salam buat junjungan mulia, Nabi Muhammad SAW
serta sejahtera ke atas kaum kerabat baginda.

Pertamanya, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima


kasih kepada Ts. Dr. Faridah Hanim Binti Yahya, selaku Pensyarah Universiti Pendidikan
Sultan Idris (UPSI) dalam subjek Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan (KPT 4033)
kerana sanggup berkorban masa dalam memberi tunjuk ajar dan panduan sepanjang kajian ini
dijalankan. Semoga segala tunjuk ajar dan panduan yang diberikan akan mendapat balasan
daripada Allah SWT, insya-Allah. Tidak dilupakan juga kepada barisan pensyarah di Fakulti
Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang sudi berkongsi
pengalaman dan idea yang menarik sepanjang pengajian ini. Segala pengalaman yang dilalui
pasti tidak dapat dilupakan.

Seterusnya, tiada ucapan terima kasih yang setanding dihulurkan kepada pihak KAFA
Integrasi Al-Ikhwan U10 Puncak Perdana, Shah Alam kerana telah memberi kerjasama yang
baik dalam tempoh kerja lapangan dilaksanakan. Tanpa mereka kajian kami tidak akan
berjalan dengan lancar seperti yang diharapkan. Tidak lupa juga kepada keluarga dan ahli
kumpulan yang memberikan semangat, dorongan, cadangan dan bantuan dalam menyiapkan
latihan ilmiah ini.

Akhir madah, semoga Allah SWT membalas segala budi dan jasa semua pihak yang
terlibat dalam menyiapkan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Harapan kami semoga kajian ini memberi manfaat kepada semua pihak untuk dijadikan
wadah ilmu yang berguna bagi rujukan generasi pada masa hadapan.

Sekian, wassalam.

2
ABSTRAK

Kajian ini dilaksanakan untuk mengubah perspektif murid-murid bahawa hafalan dalam
Bahasa Arab itu mudah dengan menggunakan pelbagai macam kaedah antaranya adalah
nyanyian. Kajian yang berbentuk tinjauan ini melibatkan 30 orang murid Tahun 5 Aisyah di
pihak KAFA Integrasi Al-Ikhwan U10 Puncak Perdana, Shah Alam. Tinjaun awal telah
dilaksanakan melalui kuiz, soal selidik dan temubual. Hasil tinjauan menunjukkan bahawa
murid-murid menghadapi masalah menghafal perkataan-perkataan Bahasa Arab dan keliru
dengan maksudnya. Kaedah nyanyian yang menarik dan seronok serta visual finger puppet
telah dilaksanakan dalam kajian ke atas murid-murid bagi menyelesaikan masalah yang
dihadapi. Implikasi daripada kajian ini dapat meningkatkan kesedaran guru bahawa kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan pelbagai elemen seperti audio dan visual
dalam menghafal perkataan-perkataan arab menarik minat murid dengan lebih mendalam
untuk mempelajari matapelajaran Bahasa Arab.
Kata Kunci: Hafalan, Bahasa Arab, Nyanyian, Visual

ABSTRACT

This study was carried out to change the students' perspective that memorization in Arabic is
easy by using various methods, one of which is singing. This survey research involves 30
Year 5 Aisyah students at KAFA Integrasi Al-Ikhwan U10 Puncak Perdana, Shah Alam. The
initial survey was carried out through quizzes, questionnaires and interviews. The results of
the survey show that students have problems memorizing Arabic words and are confused
about their meaning. Interesting and fun singing methods and visual finger puppets have been
implemented in the study of the students to overcome the problems faced. The implications
of this study can increase teachers' awareness that teaching and learning methods that involve
various elements such as audio and visual in memorizing Arabic words can increase students'
interest in learning Arabic subjects.

Keywords: memorization, Arabic, singing, visual

3
1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Tajuk haiwan dalam matapelajaran Bahasa Arab adalah silibus dalam JAKIM bagi
Ujian Pernilaian Kelas Kafa (UPKK) tahun lima. Pada awal pembelajaran, guru mengajar
mengikut silibus JAIS dahulu, barulah silibus JAKIM. Disebabkan ingin mengejar topik-
topik tertentu, guru telah melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran secara laju dan
banyak dalam tempoh yang terhad. Walaupun sebahagian besar murid dapat mengikut
pembelajaran yang diajar oleh guru, tetapi masih ada segelintir murid yang masih
ketinggalan malah berada dalam kebingungan.

Saya berasa kesal dan amat tidak berpuas hati dengan hasil pengajaran yang telah
dilaksanakan. Ada murid yang sudah menghafal nama haiwan dengan maksudnya, tetapi
apabila disoal masih memberi jawapan yang salah. Saya merasakan bahawa mereka
menghafal secara terpaksa dan bukan dengan kerelaan hatinya sendiri. Maka hafalan
hanya kekal sementara dan tidak berkekalan dalam tempoh yang panjang. Ditambah lagi
dengan perkataan yang banyak dan asing bagi mereka kerana Bahasa Arab bukanlah
bahasa penggunaan harian mereka.

Oleh yang demikian, saya ingin mencabar diri dan mengubah gaya pembelajaran
supaya semua murid mendapat input yang sama. Kajian Tindakan dilakukan dengan cara
menjawab soalan kuiz, soal selidik dan temu bual kepada murid-murid tahun 5 Aisyah.
Saya merancang aktivti memantapkan hafalan dengan kaedah nyanyian irama “Teman”
oleh Iman Troye. Disebabkan lagu itu merupakan kegemaran orang ramai masa kini, jadi
tidak menjadi maasalah bagi murid-murid mengikut irama dan menyebut nama-nama
haiwan dalam Bahasa Arab dan Bahasa Melayu. Selain itu, saya merancang untuk
membuat finger puppet supaya murid dapat melihat sendiri gambar haiwan di jari sambil
menyanyi. Akhirnya, saya ingin membuat flip calendar sebagai aktiviti pengukuhan bagi
menguji keberkesanan kaedah menghafal ini.

Melalui kajian yang telah dilakukan, saya sedar akan tugas guru bukanlah hanya
menyampaikan isi kandungan matapelajaran, tetapi lebih lagi iaitu memberi faham dan
menanam minat terhadap matapelajaran tertentu supaya mudah untuk menerimanya.
Maka, kajian tindakan telah memberi idea kepada guru untuk mempelbagaikan kaedah
pengajaran agar sesi pembelajaran berkesan terhasil.

4
2.0 FOKUS KAJIAN

Kajian yang dijalankan berfokuskan teknik hafalan dengan menggunakan kaedah


irama yang menarik iaitu nyanyian. Kajian ini tertumpu kepada pelajar tahun 5 yang akan
menduduki Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) pada tahun ini. Ia penting dilaksanakan
untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid-murid dalam menghafal
perkataan arab dan maksudnya. Dengan adanya kajian ini, pembelajaran menjadi lebih
menarik dan tidak bosan lagi dengan aktiviti yang telah diperbaharui caranya. Kaedah
mengulang perkataan dengan berirama sambil melihat barang maujud juga dapat
meningkatkan lagi ingatan dengan lebih mendalam.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Objektif Umum

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk memantapkan kemahiran hafalan


perkataan-perkataan arab dan maksudnya supaya tidak terkeliru serta penggunaan
sebutan yang betul bagi murid-murid Tahun 5.

3.2 Objektif Khusus

i. Membantu murid mengingat perkataan arab berserta maksudnya dengan


teknik nyanyian.
ii. Meningkatkan hafalan perkataan arab sambil melihat finger puppet yang
telah dibuat sendiri.
iii. Membantu murid menguasai sebutan perkataan arab dengan permainan
pengukuhan flip calendar.
iv. Mengubah persepsi murid matapelajaran Bahasa Arab itu susah dan bosan
kepada mudah dan menarik.

5
4.0 KUMPULAN SASARAN

Dalam kajian ini telah melibatkan seramai 30 orang murid dari Tahun 5 Aisyah,
KAFA Integrasi Al-Ikhwan U10, Shah Alam yang terdiri daripada murid yang
berpencapaian sederhana. Murid yang dipilih sebagai responden adalah murid yang
boleh menghafal, tetapi bukan untuk tempoh yang lama dan sering tertukar dengan
maksud yang lain. Maka kajian dilaksanakan ke atas mereka supaya semuanya mendapat
faedah dan manfaat daripada teknik hafalan yang menarik.

Anda mungkin juga menyukai