Anda di halaman 1dari 2

5 Cara Bina Keyakinan Diri

KEYAKINAN DIRI
Keyakinan diri adalah pemacu kepada sesebuah kejayaan. Sesetengah orang mempunyai
kebolehan untuk melakukan sesuatu pekerjaan lebih daripada yang sepatutnya, tetapi
disebabkan tiada keyakinan diri, kemahiran itu terkubur begitu sahaja. Selain daripada kerja
keras, keyakinan diri amat penting bagi memastikan anda berjaya dalam kerjaya masingmasing.

Cara Bina Keyakinan Diri

Ada beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk memupuk keyakinan diri antaranya:

1. Pagi yang sentiasa bersemangat


Mulakan hari anda dengan sesuatu yang positif. Bangun pada waktu pagi dan mulakan dengan
fikiran yang boleh membina keyakinan dan semangat diri. Elakkan pada waktu ini dimulakan
dengan perkara yang negatif dan mula memikirkan perkara yang boleh mengheret anda kepada
perbuatan yang boleh menjatuhkan semangat diri. Rancang kerja ketika baru mula hendak
keluar dari rumah dan cuba langsaikan apa yang telah dirancang. Apabila dapat melakukan
kerja yang dirancang itu, keyakinan diri akan mula meningkat dan anda akan berkeyakinan
pada diri sendiri.

2.Percaya diri sendiri


Percaya kepada diri sendiri dan percaya kebolehan diri adalah perkara paling penting untuk
membina keyakinan diri. Tidak semestinya anda yang bukan jenis pandai berhujah,
menunjukkan anda tidak berkeyakinan. Jangan jadikan perkara itu untuk menjatuhkan
semangat dan keyakinan diri anda. Seorang pekerja yang suka berdiam diri dan melakukan
kerja sendiri dengan baik, tergolong dalam pekerja yang berkeyakinan diri. Orang yang mampu
membuat setiap kerja yang diarahkan tanpa perlu berhujah dan bertelagah juga pekerja yang

berkeyakinan. Keyakinan diri tidak semestinya ditunjukkan dengan cara berhujah dan
sebagainya. Sebenarnya diri sendiri yang memahami bagaimana cara untuk mempamerkan
keyakinan diri.

3. Hargai Diri

Anda perlu bijak menghargai diri anda barulah penghargaan daripada orang lain akan datang
kepada diri anda. Sekiranya diri sendiri tidak bijak untuk menghargai diri sendiri, sukar bagi
orang lain menghargai diri anda. Dalam kerjaya, jangan disebabkan rakan sepejabat tidak bijak
menghargai anda, boleh menjatuhkan keyakinan diri anda. Cari tempat baru yang boleh
memberikan anda ruang untuk berkarya dengan lebih luas. Jangan bunuh keyakinan diri anda
akan memberi kesan kepada kemahiran diri.

4. Tingkatkan Kemahiran Bahasa

Salah satu cara untuk meningkatkan keyakinan diri dalam kerjaya juga ialah mempertingkatkan
kemahiran berbahasa. Bahasa Inggeris amat penting untuk memajukan kerjaya. Dan ia adalah
satu bonus andai anda dapat menguasai bahasa ketiga. Pastinya kemahiran anda itu amat
diperlukan dalam industri pekerjaan hari ini. Selain itu berbahasa Malaysia dengan jelas dan
betul juga penting. Pastinya bahasa Melayu dapat menguasainya dan seandainya bangsa lain
juga dapat bertutur dalam bahasa Melayu dengan betul dan jelas dan membawa manfaat kepada
mereka.

5. Amalkan Cara Kerja Cekap

Amalkan cara kerja yang cekap dan pantas. Apabila ini menjadi amalan secara langsung kerja
akan dapat diselesaikan dengan segera dan lancar tanpa mengganggu orang lain. Sekiranya
kerja berjalan lancar dan meyakinkan orang lain, secara terus ia dapat memberikan anda satu
keyakinan diri yang tinggi. Anda tidak mudah gentar dengan kerja yang bakal diberikan kerana
anda tahu anda boleh melakukannya dengan sebaik mungkin. Jadi anda memudahkan urusan
anda dan urusan orang lain.

Anda mungkin juga menyukai