Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI KENDIRI NAMA: NOOR HUSNA BINTI KHAZALI NO.

KAD PENGENALAN: 830327-07-5446 OPSYEN: PENDIDIKAN ISLAM TARIKH MULA: 10/4/2013 TARIKH SERAH: 26 /4/ 2013 PENSYARAH: HJH. SITI SHARIPAH BT MOHAMAD

Setelah siap tugasan ini, saya telah memperoleh banyak pengetahuan dan maklumat baru berkaitan perbezaan individu. Sesungguhnya tajuk ini banyak memberi input yang bermakna serta ilmiah kepada saya yang merupakan bakal guru kelak. Hal ini demikian kerana, dalam tajuk ini saya telah mempelajari makna yang paling tepat terhadap perbezaan sifat dikalangan murid-murid. Malah, saya juga dapat mengetahui pendapat-pendapat serta pemikiran-pemikiran beberapa orang ahli psikologi yang telah mengkaji perbezaan sifat bagi setiap individu dengan mencipta teori mereka sendiri. Berdasarkan teori yang mereka telah kaji, saya dapati, perbezaan sifat individu sememangnya dipengaruhi oleh dua faktor utama iaitu faktor baka dan persekitaran. Menerusi dua faktor inilah yang menentukan sesuatu tahap bagi seseorang individu itu. Berdasarkan perkara ini, sebagai seorang bakal guru, saya perlu menjadi seorang guru yang peka terhadap peribadi dan perubahan seorang murid. Ini memandangkan, dengan cara mengambil berat terhadap murid sahajalah, saya boleh mengetahui punca-punca mengapa seseorang murid berkelakuan negatif dan cuba meningkatkan potensi dirinya menjadi lebih baik. Antara langkah yang boleh diambil untuk mengenal pasti tahap setiap individu murid adalah dengan mengetahui latar belakang, kekuatan dan kelemahan, minat, matlamat, aspirasi dan sikap murid. Saya juga boleh dapatkan semua ini melalui pemerhatian tingkah laku, perbincangan dengan murid, berkongsi pendapat dan pengalaman, mentadbir ujian psikologi serta diagnostik berdasarkan sikap, nilai kerja, dan minat kerjaya. Dengan cara ini, ia memudahkan saya untuk mengetahui bagaimana untuk meningkatkan ciri-ciri positif bagi kedua-dua personaliti (ekstrovert & introvert) di dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Tugasan ini banyak mengajar saya untuk menjadi lebih bertolak ansur terhadap murid-murid dalam apa jua keadaan kelak.Sebagai contoh, sekiranya masih ada muridnya yang tidak dapat mencapai objektif pelajaran atau yang lebih teruk lagi ada dalam kalangan murid dan mereka telah menimbulkan gangguan semasa pelaksanakan pengajaran walaupun saya telah merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang difikirkan paling bersesuaian , saya perlu bertolak ansur dengan keadaan ini. Saya akan belajar untuk bersabar melayani karenah mereka memandangkan saya telah tahu setiap murid itu berbeza pencapaiannya.

Seterusnya, menerusi tugasan ini juga, saya dapat mengetahui bahawa perbezaan individu sebenarnya memberi implikasi kepada individu itu sendiri. Perbezaan individu memberi kesan kepada kesediaan murid untuk belajar. Disamping itu, perbezaan individu juga akan menyebabkan kecerdasan berbeza di antara murid. Ini sudah pasti akan mempengaruhi pencapaian akademik bagi setiap murid. Sebagai seorang bakal guru, tugasan ini banyak membantu saya untuk mencari jalan penyelesaian apabila berada di sekolah nanti. Hal ini demikian kerana, di sekolah nanti, saya pasti akan berdepan dengan murid yang mempunyai pelbagai sikap,sifat dan pencapaian. Menerusi tugasan ini saya juga perlu mencari strategi serta kaedah bagi seorang guru untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh setiap pelajar. Oleh hal yang demikian, ia sangat membantu saya dalam kehidupan seorang guru kelak. Dengan tugasan ini, saya menjadi lebih berkeyakinan untuk meneruskan pembelajaran saya di institut ini untuk menuntut lebih banyak perkara agar saya lebih bersedia di alam kerjaya kelak. Saya juga mempunyai lebih banyak pengetahuan untuk saya gunakan semasa mengajar nanti dan berdepan dengan pelbagai masalah tingkah laku yang berlaku dikalangan pelajar. Semua ini akan saya praktikkan untuk memastikan murid yang bakal saya ajar akan menjadi pelajar yang cemerlang bukan sahaja dari sudut akademik malah akhlak mereka.

Anda mungkin juga menyukai