Anda di halaman 1dari 6

ICT SEBAGAI ALAT PENEROKAAN (EKSPLORATORI)

Masa dalam P&P dapat dijimatkan apabila pelajar diberi ruang dan peluang untuk mengakses dan meneroka sesuatu maklumat secara kendiri. Selain memberi kebebasan kepada pelajar untuk menentukan kaedah sendiri dalam mendapatkan sesuatu maklumat, mereka juga dapat meningkatkan kemahiran mereka dalam bidang ICT yang merupakan perkara yang amat penting pada masa sekarang. Penggunaan ICT untuk pembelajaran berlaku apabila ICT digunakan sebagai media untuk:

Mencari dan mengakses maklumat dari internet.


Pelajar akan diberikan kebebasan untuk mendapatkan maklumat berkaitan di lamanlaman web. Sebagai contoh, mereka dapat memahami sesuatu aspek dalam PnP melalui akses di YouTube, blog-blog dan sebagainya. Pensyarah juga boleh membina laman web sendiri atau e-learning untuk diakses oleh para pelajar untuk dijadikan rujukan utama mereka.

Melihat demonstrasi sesuatu subjek melalui perisian atau program tertentu.


Sesetengah subjek atau topik tidak dapat dipelajari hanya melalui penerangan biasa dan memerlukan pemahaman secara mendalam menerusi demonstrasi. Dengan adanya perisian-perisian terkini, pelajar-pelajar dapat mengakses dan meneroka pelbagai teknik dan dapat memahami sesuatu perkara dengan lebih baik. Mereka juga diberi peluang untuk megawal sendiri sesuatu demonstrasi mengikut kesesuaian dan keselesaan mereka.

Mengkaji serta mempelajari sesuatu bidang atau subjek secara simulasi.


Melalui kaedah simulasi, pelajar akan melalui pengalaman belajar secara situasi tiruan untuk mengetahui konsep, prinsip atau sesuatu fenomena. Kaedah ini biasanya menggunakan simulator.

PELAJAR MENERIMA BAHAN PELAJARAN YANG DIKAWAL OLEH SISTEM

PELAJAR DIBERI PELUANG UNTUK MENGAWAL SESUATU BAHAN PELAJARAN

PERBEZAAN UTAMA ANTARA PENGGUNAAN ICT SEBAGAI MEDIUM DALAM TUTORIAL DAN PENEROKAAN

SITUASI-SITUASI YANG SESUAI DIGUNAPAKAI UNTUK PEMBELAJARAN PENEROKAAN

KELEBIHAN MENGGUNAKAN ICT SEBAGAI ALAT PENEROKAAN

Anda mungkin juga menyukai