Anda di halaman 1dari 2

AKTIVITI BERMAIN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN KESIHATAN Oleh Cik Eleanor Ann Tan Lye Neo

Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan Maktab Perguruan Ilmu Khas Teachers should be able to apply a variety of teaching and learning strategies, especially in primary schools. Children enjoy board games like snakes and ladders. This article takes a look at a sample lesson plan incorporating a board game based on snakes and ladders. The lesson is for Year Five and the topic is Fire Safety. 1.0 Pengenalan

Seorang guru harus bijak menyesuaikan strategi pengajaran dan pembelajaran dengan kemampuan muridnya. Pemilihan strategi yang sesuai akan membolehkan guru mencapai objektif pelajarnnya dengan berkesan. Selain itu, murid-muridnya akan terdorong untuk belajar dengan bersungguh-sungguh. Salah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan ialah bermain. 2.0 Bermain

Bermain merupakan aktiviti yang menarik dan dapat memikat hati murid-murid. Selain menimbulkan keseronokan, aktiviti bermain dapat meninggalkan kesan yang mendalam dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti bermain amat sejajar dengan jiwa kanak-kanak yang sukakan hiburan, cabaran dan kepuasan. Tiga faktor ini amat penting dalam sesuatu permainan, namun guru yang peka dapat melihat kelebihan lain, contohnya, nilai sosial dan komunikasi antara kanak-kanak dalam situasi persahabatan yang tenang. Mok (2002), berpendapat penggunaan aktiviti bermain harus melandaskan prinsip "bermain sambil belajar". Tujuan bermain dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah untuk memperkembangkan potensi intelek, jasmani, rohani, sosial, emosi serta daya cipta kanakkanak, di samping menambahkan suasana kegembiraan dalam aktiviti pembelajaran mereka. Menurutnya, aktiviti permainan boleh digunakan untuk pengukuhan, pengayaan dan pemulihan. Wright (dalam Mok, 2002), menyatakan permainan boleh dijalankan secara individu, berpasangan, berkumpulan atau kelas. Bagaimanapun, majoriti aktiviti permainan biasanya dilaksanakan secara berpasangan atau dalam kumpulan kecil. Ini dapat memupuk nilai kerjasama dan meningkatkan interaksi antara pelajar. Terdapat enam peringkat utama dalam aktiviti bermain, iaitu, perancangan, permulaan, permainan, penilaian, perbincangan dan penutup. Dalam peringkat perancangan, guru perlu menentukan jenis aktiviti permianan, menyediakan alat permainan serta menetapkan peraturan dan masa permainan. Penerangan tujuan, peraturan, masa dan cara permainan dilakukan dalam perinkat permulaan. Semasa peringkat permainan, guru mengawas, memerhati dan membimbing murid-muridnya. Guru menilai hasil permainan dan mengumumkan keputusan permainan semasa peringkat penilaian. Semasa perbincangan pula, guru dan murid-murid berbincang tentang aktiviti permainan yang dijalankan dan guru membimbing murid-murid membuat rumusan. Akhirnya, semasa peringkat penutup, murid mencatat rumusan dalam buku nota atau lembaran kerja, dan menyimpan alat permainan.

Banyak jenis permainan berunsur pendidikan amat sesuai digunakan sebagai aktiviti bermain dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (Mok, 2002). Di antaranya ialah: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 3.0 Mencantum gambar yang mengandungi sesuatu tema cerita Menyelesaikan teka-teki Lakonan mengikut cerita atau peristiwa yang telah dibaca atau didengar Menyambung garis-garis putus atau titik titik untuk mencari jalan keluar Meneka bahan dalam beg/kotak Menyambung nombor-nombor mengikut susuan dari satu titik ke titik yang lain Mencari perkataan, nombor atau gambar tersembunyi Menyusun semula huruf untuk menjadi perkataan atau menyusun perkataan menjadi ayat Mencantum sukukata menjadi perkataan Teka silangkata Aplikasi aktiviti bermain dalam mata pelajaran Pendidikan Kesihatan

Permainan papan seperti dam ular biasa dimain oleh kanak-kanak untuk mengisi masa lapang mereka. Konsep naik tangga dan turun ditelan ular ini telah disuaikan untuk pengajaran salah satu tajuk Pendidikan Kesihatan untuk Tahun 5, ia itu, Cara mencegah kebakaran. Tajuk ini disampaikan menggunakan strategi pembelajaran secara konstruktivisme, di mana murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru. 4.0 Contoh Rancangan Pengajaran Harian mengaplikasikan aktiviti bermain

Contoh RPH ini telah dirangka bersama oleh Sdri. Nor Azimah bt Ramli, Sdri. Anurekha a/ Varapirasatu dan saya sebagai pensyarah pembimbing. Dalam set induksi, murid-murid dibahagikan kepada kumpulan berempat dan dibekalkan satu set permainan. Peraturan permainan dijelaskan. Seterusnya, dalam Langkah 1, murid-murid akan bermain selama 8 minit. Dalam langkah 3, perbincangan kelas diadakan untuk mendapat maklumbalas murid mengapa ada unsur maju dan undur semasa bermain. Di sini murid akan meluahkan isi pelajaran untuk tajuk ini, ia itu, punca kebakaran dan cara mencegah kebakaran. Sebagai pengukuhan, murid-murid diminta melengkapkan lembaran kerja berkaitan tajuk yang dipelajari. Unsur alam sekitar diterapkan semasa penutup. Sila rujuk Lampiran A untuk contoh RPH ini. 5.0 Rujukan

Idris Mohamad, Shamsudin Mohd. Shariff & Jamaluddin Ahmad (2001). Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan Tahun 5. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia (2000). Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Kesihatan KBSR. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum. Mok Soon Sang (2002). Pedagogi untuk Kursus Diploma Perguruan Semester 3. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai