Anda di halaman 1dari 36

Kaedah dan Teknik Pengajaran Berpusatkan Murid

Keefe, 1979 dalam Suhaida Abdul Kadir, 2006. Strategi pembelajaran merujuk kepada ciri istimewa kepunyaan seseorang pelajar untuk memperlihat, berinteraksi, dan bergerak balas dalam suatu suasana pembelajaran). seseorang pelajar dikatakanbertanggungjawab terhadap pembelajarannya sendiri, tetapi guru juga memainkan peranan yang penting sebagai penggalak dan pemudahcara melalui pelbagai strategi pengajaran yang digunakan (Giam Kah How, 2000).

Definisi khas bagi Pembelajaran berpusatkan pelajar ialah Tumpuan kepada perkembangan pembelajaran pelajar sebagai individu, memberi pilihan kepada pelajar jenis pengetahuan dan apa yang ingin dipelajari, serta mewujudkan kolaborasi iaitu membina pengetahuan dan persekitaran positif yang melibatkan penilaian berterusan dengan sikap guru yang mendengar pandangan pelajar dan melibatkan pelajar untuk merancang sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran.

Definisi Pembelajaran berpusatkan pelajar juga boleh dijelaskan dengan erti kata lain, pelajar bertanggungjawab atas pembelajarannya dengan terlibat dalam komunikasi dua hala antara guru dan pelajar.

Selain itu, guru melibatkan pelajar secara terus dalam menemui pengetahuan iaitu dengan bertindak hanya sebagai fisilitator manakala pelajar yang mencari dan menentukan sumber dan bahan pengajaran mereka sendiri, guru hanya memantau contohnya dengan mencadangkan bahan- bahan penagajaran dan pembelajaran yang mencabar pengetahuan sedia ada pelajar dan seterusnya menberikan pemahaman konsep baru yang mendalam

Menurut Syidam Abdullah, 2008 terdapat beberapa prinsip pembelajaran berpusatkan pelajar iaitu :

Daya berfikir, minat dan perbezaan individu pelajar merupakan pertimbangan utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran dirancang untuk melibatkan pelajar secara aktif, dimana guru hanya sebagai fasilitator. Pembelajaran terarah kendiri dan akses kendiri diberi keutamaan. Penekanan diberikan terhadap penilaian kendiri.

Menurut Freiberg, 1996 dalam Giam Kah How, 2000 terdapat strategi yang berpusatkan pelajar seperti main peranan, simulasi dan pengajaran reflektif. Di sini, disenaraikan antara strategi pembelajaran berpusatkan pelajar antaranya adalah :

Kaedah Koperatif Pendekatan koperatif ialah pembelajaran yang melibatkan pelajar bekerjasama untuk belajar dan bertanggungjawab ke atas setiap ahli kumpulannya (Suhaida Abdul Kadir, 2002) .Ciri-ciri penting kaedah koperatif ialah sekumpulan pelajar boleh dikuasai oleh seorang ahli sahaja iaitu ketua kumpulan.

Walaupun penyelesaian terhadap sesuatu masalah merupakan pandangan seorang sahaja, semua ahli dalam kumpulan akan bekerjasama untuk menyelesaikan masalah tersebut, juga dalam pembelajaran koperatif, mesti ada tanggungjawab berkongsi dikalangan pelajar

. Guru perlu prihatin untuk memberikan ganjaran dan pengiktirafan diberi kepada kumpulan yang menunjukkan prestasi yang baik

Ini juga memotivasikan mereka untuk mencapai sesuatu matlamat. Guru hendakalah memupuk sikap positif seperti bekerjasama,, bertolak ansur dan tidak mementingkan diri agar objektif kumpulan tercapai serta guru juga hendaklah melatih kemahiran sosial dan memupuk konsep kendiri untuk membantu ahli kumpulan mencapai objektif dan mengekalkan hubungan positif.

Pendekatan Kumpulan Pelajaran secara kumpulan berlandaskan prinsip-prinsip psikologi kemasyarakatan dan dinamik kumpulan. Ciri-cirinya, aktiviti secara kumpulan harus mempunyai satu tujuan.

Guru perlulah memilih prosedur pengajaran secara kumpulan yang boleh membantu pelajar mencapai objektif spesifik, tanggung jawab guru untuk mengenal pasti tajuk yang sesuai untuk kerja kumpulan, penglibatan pelajar secara aktif dalam kumpulan, kerja kumpulan yang berkesan akan wujud jika individu diberi tanggungjawab, Semangat berkerjasama dalam kumpulan harus

Selain itu, kelebihan pengajaran secara kumpulan ialah membolehkan pelajar, mengenalpasti, menganalisis dan menyelesaikan masalah secara koperatif

Teknik Perbincangan Perbincangan merupakan satu aktiviti berkumpulan dimana pelajar berinteraksi sesama mereka dan membincangkan sesuatu isu atau masalah.

Ciri-ciri Pentingnya, pelajar berpeluang mengemukakan isu-isu, pendapat dan idea-idea mengenai sesuatu topik dan guru bersama pelajar akan membuat rumusan pada akhir sesi perbincangan, pelajar akan memberi reaksi atau tindakbalas tentang topik atau masalah dan perbincangan dilaksanakan dibawah kawalan guru

perbincangan dapat dilaksanakan dalam semua mata pelajaran dan sebarang situasi bilik darjah dan tujuan utama perbincangan ialah untuk menggalakan pelajar mengembangkan kemahiran diri dalam mengemukakan hujah, pendapat, menyoal serta menyelesaikan masalah (Azela Abdullah, 2009).

Penyelesaian Masalah Penyelesaian masalah merupakan proses mental yang memerlukan seseorang itu berfikir secara kreatif dan kritis dalam mencari idea-idea alternatif and langkah-langkah tertentu untuk mengatasi kekurangan dan seterusnya menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Ia juga adalah satu cara menggunakan daya pemikiran bagi mengendalikan satu-satu situasi yang sukar, mengatasi halangan, menghasilkan sesuatu yang diingini, dan menyelesaikan sesuatu yang rumit.

Aspek penting yang perlu diketahui ialah Tujuan penyelesaian masalah ialah ia membolehkan pelajar berfikir secara rasional, logik dan objektif apabila menghadapi masalah, mempertingkatkan daya berfikir pelajar secara kreatif dan kritis dan kelebihannya adalah mewujudkan proses pembelajaran yang berpusatkan pelajar dan mengakibatkan penglibatan aktif pelajar dalam pelajaran.

Kaedah Simulasi Simulasi merupakan satu gambaran abstrak sesuatu situasi sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau isu.

Ciri-ciri Pentingnya, ia merupakan satu pembelajaran melalui pengalaman. peserta belajar daripada kesilapan dan berpeluang untuk meningkatkan diri dalam situasi yang berikutnya, dalam simulasi, peranan peserta agak luas, kerana peserta bukan sahaja dikehendaki memegang peranan sebagaimana yang ditentukan tetapi mereka perlu berbincang dan memberi sumbangan kepada perserta-perserta bagi membuat keputusan,

peserta dikehendaki berinteraksi secara dinamis dalam sistem yang berkaitan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah yang dihadapi,

tujuan simulasi ialah ia membolehkan pelajar menggunakan bahasa dengan lebih berfungsi dan memberi pelajar peluang berinteraksi dan berkomunikasi dengan berkesan, kebaikan teknik ini ialah ia membolehkan pelajar berbincang dan berfikir secara kreatif, analisis dan kritis.

Kaedah Strategi Main Sambil Belajar Strategi main sambil belajar adalah aktivikti yang dijalankan secara spontan yang membawa kepada pembelajaran. Antara jenis-jenis permainan dalam pengajaranpembelajaran ialah manipulatif, fizikal dan permainan bahasa, permainan manipulatif termaksuk teka-teki, jadual bernombor, domino, catur dan congak,

permainan fizikal dalam pendidikan jasmani di mana daya fizikal digunakan dalam pergerakan, kordinasi, kecekapan, dan kemahiran fizikal,

permainan bahasa dimana aktiviti pengajaran-pembelajaran bahasa mengandungi unsur bermain dengan menggunakan bahan-bahan dan daya kreativiti pelajar untuk mewujudkan suasana belajar yang menyeronokkan dan bermakna,

, kebaikan teknik ini ialah merangsangkan motivasi belajar kesan daripada keseronokkan bermain dan ia juga mengembangkan daya imaginasi untuk membantu kanak-kanak menyelesaikan masalah.

Kaedah Projek Projek adalah satu kaedah yang mana pelajar menjalankan sesuatu eksperimen atau aktiviti didalam situasi yang sebenar dan menghasilkan sesuatu (Ee. A.M. 1997).

Ia merupakan sesuatu aktiviti dijalankan oleh pelajar didalam atau diluar bilik darjah dan mereka belajar melalui proses menghasilkan sesuatu. Ciri-ciri Pentingnya, tujuan kaedah projek ialah memperkembangkan daya kreatif pelajar dan meluaskan pengalaman pelajar semasa menjalankan projek,

, ia juga membantu pelajar bekerjasama dan menanamkan sikap positif dalam menghasilkan sesuatu projek, memperkembangkan pembelajaran melalui pengalaman melaksanakan aktiviti, projek yang hendak dibuat hendaklah bermakna dan membawa manfaat kepada pelajar,

bahan-bahan yang diperlukan untuk projek hendaklah mudah diperolehi, projek yang sesuai dengan objektif pelajaran, kelebihan kaedah projek ialah pelajar memperoleh kejayaan dan perasaan dan kepuasan jika dapat meyelesaikan projek serta pengetahuan yang di perolehi kekal dan berkesan.

Kaedah Lawatan Lawatan ialah satu aktiviti sokongan yang membolehkan pelajar memerhati apa yang mereka telah belajar dalam situasi sebenar. Pelajar dapat mengumpul maklumat secara langsung dan guru boleh mengajar sesuatu yang tidak boleh dibawa masuk ke dalam bilik darjah,

tujuan lawatan ialah meningkatkan pemahaman sesuatu konsep kerana pengalaman secara langsungmenggalakkan penggunaan pelbagai deria dan ini membawa kesan kepada pembelajaran, memberi peluang kepada pelajar untuk memerhati perkaitan antara bahan maujud dan proses-proses yang berlaku,

kaedah ini juga menggalakkan pelajar untuk mengaitkan pengalaman diluar bilik darjah dengan pembelajaran kandungan disekolah.

Kesimpulan Pengajaran dan pembelajaran merupakan suatu medan, tempat melahirkan insan-insan berkualiti mulia, sebagaimana yang diharapkan di dalam falsafah pendidikan Negara. Selaras dengan itu, isu kaedah pengajaran merupakan isu yang tidak lapuk, ia sentiasa dikaji dari semasa ke semasa bagi memastikan kualiti pendidikan Negara berada ditahap yang diharapkan.

Anda mungkin juga menyukai