Anda di halaman 1dari 1

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan penggunaan Peta Alir dalam meningkatkan
kemahiran menulis isi-isi utama dan huraian isi karangan jenis keperihalan tahun empat.
Seramai dua orang responden yang terlibat dalam kajian ini . Berdasarkan tinjauan awal ,
murid-murid menulis isi karangan yang tidak berurutan dan tidak dapat menghuraikan isi
karangan. Data dikumpulkan melalui beberapa cara iaitu pemerhatian , pengujian dan temu
bual. Ujian pra yang dijalankan menunjukkan murid tidak dapat membuat pendahuluan yang
baik , tidak dapat memberikan urutan cerita yang baik dan tidak dapat memberikan isi
karangan serta menghuraikan isi dengan baik. Hasil analisis data kajian menunjukkan
penggunaan Peta Alir telah meningkatkan kemahiran menulis karangan murid. Justeru ,
penggunaan Peta Alir telah berjaya membantu responden meningkatkan kemahiran membina
dan menghuraikan isi dalam penulisan karangan mereka.

Anda mungkin juga menyukai