Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA PERTANDINGAN E-SPORT MOBILE LEGEND TERTUTUP

DAERAH SEMPORNA

1. PENDAHULUAN

1.1 Kertas Kerja ini bertujuaan untuk menerangkan pertandingan E-Sport


Mobile Legend peringkat sekolah bagi menganjurkan pertandingan E-
sport peringkat daerah Semporna. Kertas cadangan ini juga disediakan
untuk menerangkan hala tuju penganjuran program tersebut dan
menjelaskan peruntukan yang diperlukan.

2. LATAR BELAKANG
2.1 Mobile Legends: Bang Bang adalah permainan arena pertempuran
dalam talian berbilang pemain (MOBA) yang direka untuk telefon
bimbit. Dua pasukan lawan bertempur untuk mencapai dan
menghancurkan pangkalan musuh sambil mempertahankan pangkalan
mereka sendiri untuk mengawal jalan, tiga "lorong" yang dikenali
sebagai "atas", "tengah" dan "bawah", yang menghubungkan
pangkalan
2.2 Pertandingan Mobile Legend tertutup ini merupakan anjuran unit ko-
kurikulum. Pertandingan ini dibuka kepada para pelajar sekolah rendah
di PPD Semporna. Aturcara Pertandingan adalah seperti di Lampiran
A dan Syarat-Syarat Pertandingan adalah seperti di Lampiran B.
Implikasi Kewangan adalah seperti di Lampiran C dan Peraturan
Pertandingan adalah seperti di Lampiran D.

1
3. OBJEKTIF
1. Memilih wakil pasukan sekolah ke pertandingan E-Sport Mobile Legend
peringkat negeri Perak.
2. Mempromosi sukan e-Sport selaras dengan matlamat JPN Sabah dan
Kementerian Pendidikan.
3. Memberi peluang kepada pelajar untuk mengenali dan menimba lebih
banyak pengalaman di dalam bidang sukan ini.
4. Memberi ruang kepada pelajar menggunakan kebolehan bermain
permainan mobile dalam persaingan sihat
5. Mengeratkan lagi hubungan antara ahli-ahli kumpulan yang sedia ada bagi
membina semangat kerja berpasukan.
6. Melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran dalam mengatur strategi.
7. Membina “critical-thinking” di kalangan pelajar .
8. Menjadikan pelajar seorang yang intelektual dengan strategi semasa
mengalahkan permain lain.
9. Memberi peluang kepada pelajar untuk menggunakan pengetahuan yang
dibelajar dari permainan.

4. TARIKH DAN TEMPAT


Tarikh :
Tempat :

5. IMPLIKASI KEWANGAN
5.1 Jumlah perbelanjaan bagi penganjuran pertandingan Mobile Legend
tertutup SMKPC ini adalah sebanyak RM Dua Ratus Dua puluh
Ringgit Malaysia sahaja. Berikut disertakan implikasi kewangan seperti
di Lampiran C.
LAMPIRAN A

ATURCARA PERTANDINGAN MOBILE LEGEND TERTUTUP 2021

JADUAL PERTANDINGAN

PUSINGAN TARIKH MASA

1-2
3-4
5-6
Semifinals - Finals

LAMPIRAN B

SYARAT PENYERTAAN PERTANDINGAN MOBILE LEGEND TERTUTUP SMKPC


2020

1. Kejohanan ini berasaskan undang-undang biasa permainan Mobile Legend


dan pusingan permainan akan dijalankan berasaskan system ”Double
Elimination pool” dalam ”Best-of-One mode” yang membahagikan 16
kumpulan ke dalam dua braket, iaitu ”upper bracket” dan ”lower bracket”.

2. Jawatankuasa pengelola pertandingan berhak mengubah dan menambah


sebarang peraturan sebelum dan semasa kejohanan berlangsung tanpa
sebarang notis. Keputusan uruscara semasa pertandingan adalah muktamad.
3. Kejohanan pertandingan Mobile Legend ini akan dimain secara online

4. Pemain-pemain kejohanan ini adalah terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah


rendah di peringakt daerah Semporna.
5. Pendaftaran rasmi dan penentuan pemain-pemain dalam kumpulan perlu
dibuat sebelum tarikh tutup penyertaan 14 Ogos 2020 . Pertukaran aturan
tetap pemain-pemain tidak dibenarkan selepas pendaftaran rasmi dilakukan
apabila pusingan pertama dimulakan.
6. Butiran tentang kejohanan ini adalah seperti berikut:
A) Tempat :

B) Tarikh :

7. Sebarang pendaftaraan atau pertanyaan sila


hubungi: En Ahmad Haniff -0194571304

LAMPIRAN C
IMPLIKASI KEWANGAN PERTANDINGAN ESPORT MOBILE LEGEND SMKPC
HARGA SEUNIT JUMLAH
BUTIRAN KUANTITI
ANGGARAN

JUARA:

1 MEDAL 6 RM 5.00 RM 30.00

HAMPER 1 RM 120.00 RM 120.00

NAIB JUARA:

2 MEDAL 6 RM 5.00 RM 30.00

HAMPER 1 RM 100.00 RM 100.00

TEMPAT KETIGA :

3 MEDAL 6 RM 5.00 RM 30.00

HAMPER 1 RM 70.00 RM 70.00

4 FAIL PENGURUSAN 24 RM 5.00 RM 120.00

JUMLAH RM 500.00

PUNCA PENDAPATAN : BSS RM 1364.00


Lampiran D

PERATURAN-PERAtURAN PERTANDINGAN

- Setiap permain perlu mendaftar di gg.gg/esportsmkpcml

- Dengan menyertai pertandingan ini, permain bersetuju untuk mematuhi segala


peraturan-peraturan dan undang-undang serta keputusan yang dibuat oleh pihak
pengelola pertandingan. Para permain perlu mematuhi arahan yang dibuat oleh
pengelola pertandingan pada setiap masa.
- Setiap permain perlu bersedia dan boleh didapati semasa tempoh Kejohanan atau
sehingga disingkirkan dari pertandingan. Permain-permain harus 15 minit awal daftar
masuk lobi sebelum permainan bermula.

- Jika salah satu pasukan tidak menunjukkan tanda-tanda aktiviti (termasuk : Tiada
ahli pasukan menulis komen perlawanan, tiada anggota pasukan telah menyertai
lobi, semua percubaan lain untuk menghubungi pasukan gagal) sehingga 15 minit
selepas masa perlawanan, kemenangan akan terus dibagi kepada pihak lawan
sebagai menang tanpa bertanding oleh pengelola pertandingan.

- Masa yang diperuntukan untuk setiap permainan adalah tanpa had masa bagi
setiap pusingan. Sekiranya salah seorang pemain daripada mana-mana kumpulan
tidak hadir, permainan masih akan terus berjalan dengan pengantian permain AI.

- Jika seorang pemain ”disconnect” , permainan itu hendaklah ”pause” serta-merta.

- Setiap peserta diminta untuk mengekalkan sikap ramah mesra dan hormat dengan
para peserta lain dan pengelola. Penghinaan dan tingkah laku yang tidak adil atau
tidak sopan ke arah pengelola dan peserta lain tidak akan diterima dan akan
dihukum dengan kekalahan serta-merta.

6. Penutup

Dengan penganjuran pertandingan E-Sport ini adalah di harapkan dapat


memberi peluang pelajar bergiat aktif walaupun kegiatan luar telah di tangguhkan
kerana SOP Covid-19.
Disediakan oleh, Disokong oleh,

En Mujid bin Benazer Encik Abdul Latif bin Gupurani


Penyelaras pertandingan E-sport Penolong Kanan Ko-kurikulum
SK Terusan Tengah, Semporna SK Terusan Tengah, Semporna

Diluluskan oleh,

Encik Ainal bin Hj Abu Nawas

Guru Besar
SK Terusan Tengah, Semporna
KERTAS KERJA
PERTANDINGAN E-SPORT
MOBILE LEGEND
TERTUTUP
SMKPC 2020

Anda mungkin juga menyukai