Anda di halaman 1dari 1

Fokus KSSR

KSSR memastikan selepas enam (6) tahun persekolahan murid mencapai standard pengetahuan,
kemahiran dan nilai yang ditetapkan bagi setiap tahap. KSSR memberi penekanan kepada 4M
iaitu kemahiran membaca, menulis, mengira dan menaakul. Kemahiran menaakul adalah
keupayaan membuat pertimbangan dan penilaian dengan menggunakan akal atau logik.

Pada Tahap I, pengajaran dan pembelajaran menekankan penguasaan asas 4M. Penekanan
diberikan untuk literasi dan numerasi bagi membolehkan murid menguasai kemahiran tersebut.
Penekanan juga diberikan kepada kemahiran nilai tambah iaitu kreativiti dan inovasi,
keusahawanan dan TMK.
Pada Tahap II, penekanan diberikan kepada pengukuhan dan aplikasi kemahiran 4M di samping
menguasai kemahiran TMK, penguasaan kemahiran yang lebih kompleks, pemerolehan
pengetahuan, dan perkembangan sahsiah.

Anda mungkin juga menyukai