Dalam kes ini, para pelajar perlu memahami tujuh kecerdasan (seven multiple intelligences) dan kemahiran berfikir
yang perlu dikembangkan di kalangan pelajar dalam apa juga bentuk pengajaran, sama ada secara kontekstual
atau masteri.
Mengapa Tujuh kecerdasan dan kemahiran Berfikir Perlu Dikembangkan?
1. Setiap pelajar mempunyai sekurang-kurangnya tujuh kecerdasan yang perlu dikembangkan.
2. kemahiranberfikir adalah penting kerana ia merupakan kemahiran seumur hidup.
3. Untuk menguasai sesuatu yang diajar, para pelajar anda seharusnya mahir berfikir secara kritis dan kreatif,
membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.
Bagaimana Tujuh Kecerdasan Dikembangkan?
Menurut Howard Gardner (1983), seseorang mempunyai sekurang-kurangnya tujuh kecerdasan berikut:
a. Bahasa
b. Logik-Matematik
c. Ruang (spatial)
d. Muzik
e. Kinestatik
f. Interpersonal
g. Intapersonal.
Tujuh kecerdasan tersebut tidak diajar sebagai satu topik yang berasingan, tetapi dikembangkan secara
penyerapan semasa pengajaran dan pembelajaran.
Ciri-ciri tujuh kecerdasan boleh digambarkan secara ringkas melalui jadual berikut:
Kecerdasan
1. Bahasa
2. Logik Matematik
3. Ruang (spatial)
4. Muzik
5. Kinestatik
6. Interpersonal
7. Intrapersonal
Cerdas dalam
Menulis karangan, sajak, puisi,
pantun dan memberi ucapan.
Menaakul, kiraan, membuat analisis
Mencorak, melukis, mengukir
Mencipta lagu, menyanyi, menikmati
muzik, memainkan alat muzik
Gerakan, tarian, lakonan, sukan,
permainan
Perhubungan manusia
Nilai murni, pendirian, falsafah
Pekerjaan
Penulis, penyajak, penceramah
Saintis, jurutera, akauntan
Pelukis, pengukir
Pencipta lagu, penyanyi, pemain alat
muzik, peminat muzik.
Atlet, pemain bola sepak, peninju,
penari,, pelakon.
Diplomat, ahli politik, peniaga
Pengarang, penyajak, ahli falsafah
ii. Lakonan, permainan simulasi, dan main peranan: mengembangkan kecerdasan kinestatik, interpersonal,
intrapersonal dan mungkin ruang.
iii. Melukis, melakar, membuat gambar rajah atau peta konsep; mengembangkan kecerdasan ruang.
iv. menyanyi lagu, menulis lirik atau seni kata lagu; mengembangkan kecerdasan muzik.
Guru juga boleh memberi tumpuan kepada perkembangan kecerdasan logik matematik seperti kemahirankemahiran berikut:
i. Menaakul secara logik.
ii. Membuat kiraan.
iii. Membuat analisis seperti membanding, membeza, mengkelas, menilai, menyusun atur, atau mentafsir.
iv. Membuat sintesis seperti membuat inferens, kesimpulan, hipotesis, rumusan.
v. Membuat keputusan
vi. Menyelesaikan masalah.
Apakah kemahiran Berfikir?
Kemahiran berfikir adalah kemahiran intelek.
Terdapat beberapa perkara yang boleh difikirkan oleh guru-guru untuk mengaitkan pelancongan dan berfikir. Berikut
diperturunkan beberapa istilah yang boleh difikirkan bersama:
i. Kemahiran berfikir aras rendah dan aras tinggi.
- kemahiran berfikir aras rendah tidak memerlukan pemikiran yang luas dan mendalam.
Contoh: kemahiran menghafal dan mengingat kembali fakta dan maklumat.
-kemahiran berfikir aras tinggi memerlukan pemikiran yang luas dan mendalam.
Contoh: Kemahiran menjelaskan, membuat analisis, menilai, menjana idea, membuat keputusan, menyelesaikan
masalah dan merancang.
Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.
i. Kemahiran secara kritis adalah kemahiran membuat penilaian tentang sesuatu data atau maklumat dan
kemahiran ini memerlukan kemahiran membuat analisis data atau maklumat itu seperti membanding, membeza,
menyusun atur, mengkelas, dan mengenal pasti sebab dan akibat.
ii. Kemahiran berfikir secara kreatif adalah kemahiran menjanakan idea yang banyak, pelbagai dan baru.
iii. Kemahiran mereka cipta dan membuat inovasi boleh dikelaskan di bawah kemahiran secara kreatif.
Kemahiran vertical dan lateral.
i. Pemikiran vertical bermakna pemikiran secara logik dan kritis.
Contoh Ali cedera di lututnya. Basikalnya kemek. Bagaimanakah kecederaan itu boleh berlaku?
ii. Pemikiran lateral bermakna mengeluarkan idea yang baru tanpa berfikir secara logik. Pemikiran ini merupakan
pemikiran secara kreatif.
Contoh: Bagaimana kita boleh ukur ketinggian pokok.
Pemikiran bertumpu dan bercapah.
i. Dalam pemikiran bertumpu, tumpuan pemikiran diberi dalam menanalisis sesuatu data atau maklumat.Contoh:
Ali, demam.Dia tidur di bilikd arjah. mengapa Ali tidak faham apa yang cikgu ajar?
ii. Dalam pemikiran bercapah, kita hendak mengeluarkan idea-idea yang banyak, pelbagai dan baru. Contoh:
Apakah kegunaan kotak buangan?
Kemahiran berfikir berikut yang tidak dikelaskan mengikutmana-mana istilah tersebut di atas haruslah dikuasai oleh
pelajar anda:
a. membuat kaitan
b. membanding dan membeza.
c. mengkelaskan
d. menilai
e. menyusun atur
f. mengenal pasti pernyataan `benar' dan `palsu'
g. mengenal pasti pernyataan berasaskan fakta dan pendapat
h. mengenal pasti pernyataan berat sebelah
i. mengenal pasti sebab menyatakan pelbagai sebab
j. mengenal pasti akibat dan meramal pelbagai akibat
k. membuat inferens atau kesimplan awal
l. membuat generalisasi
m. mentafsir
n. mengenal pasti idea utama, idea sokongan dan butir terperinci.
o. merumus dan meringkas
p. membuat keputusan
q. menyelesaikan masalah
Teori Kecerdasan Pelbagai diperkenalkan oleh Dr. Howard Gardner pada tahun 1983. Beliau
merupakan profesor dalam bidang pendidikan di Harvard Universiti. Menurut Gardner, kaedah lama
untuk mengukur tahap kecerdasan manusia, iaitu berdasarkan ujian IQ adalah terlalu terhad.
Justeru, Dr. Gardner telah mengemukakan 8 jenis kecerdasan yang berbeza sebagai satu cara untuk
mengukur potensi kecerdasan manusia, kanak-kanak dan dewasa. Kecerdasan-kecerdasan yang
telah dikenal pasti adalah seperti berikut:
2. Linguistic intelligence ("word smart"):
3. Logical-mathematical intelligence ("number/reasoning smart")
4. Spatial intelligence ("picture smart")
5. Bodily-Kinesthetic intelligence ("body smart")
6. Musical intelligence ("music smart")
7. Interpersonal intelligence ("people smart")
8. Intrapersonal intelligence ("self smart")
9. Naturalist intelligence ("nature smart")
Berikut adalah bagaimana teori kecerdasan pelbagai boleh diaplikasikan dalam situasi pengajaran
dan pembelajaran secara hubungan berikut:
2. PERKATAAN (linguistic intelligence)
3. NOMBOR ATAU LOGIK (logical-mathematical intelligence)
4. GAMBAR (spatial intelligence)
5.
6.
7.
8.
9.
Kecendenmgan ini termasuk kepekaan terhadap ritma, melodi atau kelangsingan suatu hasil muzik.
Contoh aktiviti: Persembahan muzik, bunyi vokal, bunyi instrumental, nyanyian dan drama lagu.
KERJAYA: Komposer, penyanyi, penggubah lagu, pemain muzik.
CONTOH: Adnan Abu Hassan, Ajai, M. Nasir, Yasin, Kitaro, Beethoven, Mozart, P. Ramlee, Siti
Nurhaliza, Misha Omar
6. Kecerdasan Intrapersonal [therapists]
Berpengetahuan kendiri dan berkebolehan untuk menilai diri sendiri. Mempunyai gambarann yang
tepat tentang diri sendiri, kesedaran terhadap mood dalaman, kehendak, motivasi, kemarahan,
dorongan dan kemampuan untuk mendisipIinkan diri dan jati diri.
Contoh aktiviti: Teknik metakognisi, strategi pemikinm, proses emosi, prnktis mind fullness, taakulan
tahap tinggi, disiplin diri dan amalan pemusatan.
KERJAYA: Pengarang, Penyajak, Ahli falsafah, Ahli Motivasi, Pakar Kaunseling, Ahli Psikologi
CONTOH: H.M Tuah Iskandar, Dr. Fadzilah Kamsah, Albert Ellis, Willaim Glasser, Howard Gardner,
Jean Piaget
7. Kecerdasan Interpersonal [entrepreneurs]
Kemampuan untuk rnendiskriminasi antara pelbagai petanda interpersonal dan kebolehan untuk
berkornunikasi dengan berkesan secara pragmatik terhadap petanda tersebut.
Contoh aktiviti: kornunikasi antara individu, latilhan ernpati, latihan kolaboratif, rnernberi maklurn
balas, strategi pernbelajaran kooperatif dan sedia bekerja sama
KERJAYA: Ahli politik, Peniaga, Pengacara, Usahawan
CONTOH: Donald Trump, David Letterman, Aznil Hj. Nawawi
8. Kecerdasan Naturalis [naturalists]
Mengenali, menyusun dan mengkategorikan pelbagai jenis flora dan fauna
KERJAYA: Petani, Ahli botani, Ahli biologi, Perancang Bandar, Geologist
CONTOH: Louis Agassiz, David Starr Jordan, Edward D. Cope, Charles Darwin
Dengan memanfaatkan kecerdasan masing-masing. Semua tokoh di atas menempa nama dalam
bidang masing-masing. Masa depan yang cerah, menjadi penyumbang utama dalam sejarah
manusia, dihormati sepanjang zaman.