Anda di halaman 1dari 2

Forum 2: Bagaimanakah anda boleh memberi saranan yang terbaik untuk

melaksanakan tranformasi pendidikan ke arah kecemerlangan pendidikan negara yang


bertaraf dunia. Hujahkan.

Seperti yang kita tahu negara negara yang maju seperti jepun, switzerland, german,
finland dan qatar mempunyai pendidikan yang maju dan bertaraf dunia seiring dengan
kemajuan negara mereka. Hal ini demikian, negara-negara tersebut mempunyai sistem
pendidikan yang efisien dan teratur yang mana mereka lebih menumpukan membina
jati diri sesorang murid berbanding membeban mereka dengan tugasan sekolah dan
peperiksaan di awalan persekolahan murid. Selain itu juga, sistem pendidikan yang
meletakkan matlamat bersesuaian dengan kecapaian dan kemampuan mengikut
kebolehan di peringkat umur murid.
Berbalik pada soalan kita adalah bagaimana saya sebagai seorang bakal guru boleh
memberi saranan yang terbaik untuk melaksanakan tranformasi pendidikan ke arah
kecemerlangan pendidikan negara yang bertaraf dunia. Hujahan pertama saya adalah,
adab sebelum ilmu. Pada pendapat saya, sesuatu adab itu sangat penting yang perlu
ditanamkan di dalam setiap murid ataupon guru, sama ada adab bersama guru,ibubapa,
kawan-kawan dan masyarakat. Seperti di negara Jepun, Kanak-kanak yang mula
memasuki alam persekolahan akan terlebih dahulu diajar untuk menghormati orang
lain dan menjadi lembut kepada haiwan dan alam semula jadi. Mereka juga belajar
bagaimana untuk menjadi murah hati, penuh belas kasihan, dan empati. Di samping
itu, anak-anak diajar tentang kualiti diri seperti adat, budaya, kawalan diri dan
keadilan. Pekara ini boleh menjadi tunjang asas untuk melahirkan murid yang
berkualiti dari segi pendidirannya dan pengetahuannya kerana apalah ilmu tanpa adab.
Saranan saya yang seterusnya adalah merombak balik sistem peperiksaan atau ujian
bagi mengurangkan tekanan atau bebanan murid. Hal ini kerana saya mengambil
contoh dari negara Finland yang sistem pendidikannya yang bertaraf nombor satu
didunia. Pelajar di Finland tidak perlu bersekang mata mengulang kaji pelajaran demi
peperiksaan. Kanak kanak di Finland digredkan menggunakan sistem yang diset oleh
guru guru mereka sendiri. Tiada tekanan untuk mendapatkan gred terbaik atau skor
tertinggi. Ini membolehkan para pelajar menerokai bakat dan kelebihan diri mereka
tanpa perlu bergantung terhadap percapaian akademik semata mata.
Seterusnya adalah, mewujudkan persekitaran pembelajara yang kondusif dan
memberangsangkan semangat belajar. Konsep yang diamalkan adalah, pelajar perlu
berasa selesa seperti berada di rumah sendiri ketika sedang belajar disekolah. Ini
menjadikan ruang pembelajaran mereka sangat kondusif dan dihiasi dengan menarik
untuk menaikkan semangat pelajar datang ke sekolah.
Tuntasnya, sistem pendidikan yang baik bukan sahaja membentuk generasi
yang cemerlang namun membantu mereka untuk berkembang sebaiknya dan negara
dapat melahirkan masyarakat yang berpendidikan dan sahsiah diri.

Anda mungkin juga menyukai