Anda di halaman 1dari 1

PELAJAR INTROVERT

Guru berperanan penting dalam membentuk ciri-ciri personaliti yang positif terhadap murid-
muridnya. Sudah tentu terdapat murid yang mempunyai ciri-ciri introvert. Bagi menangani masalah
murid-murid yang mempunyai sifat introvert seperti pemalu, pendiam dan suka mengasingkan diri,
guru hendaklah memastikan penglibatan murid perlu optima apabila berada di dalam kelas.
Contohnya, bukan sahaja memastikan murid itu menjalankan kerja sekolah yang diberi malahan
murid itu turut menjalankan tugasan yang tidak formal seperti membersihkan bilik darjah. Ini akan
menggalakkan murid itu dapat bekerjasama dengan rakan yang lain semasa menjalankan tugas.

Selain itu, guru perlu memberikan lebih pujian kepada mereka yang introvert. Bagi mereka yang
mempunyai ciri introvert ini, dengan memberikan pujian kepada mereka, ini akan dapat mendorong
mereka berasa lebih yakin dan berusaha dengan lebih gigih pada masa akan datang. Di samping itu
juga, guru perlu sentiasa mengajukan beberapa soalan supaya dapat menimbulkan perasaan ingin
tahu pelajar-pelajar terhadap sesuatu perkara dan mereka akan menyelesaikan persoalan-persoalan
tersebut dengan sendiri.

Terakhir adalah dengan mengadakan bengkel motivasi yang dikendalikan dari masa ke semasa.
Tujuan bengkel motivasi ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat dan prestasi pelajar-pelajar
supaya mereka yang mempunyai personaliti yang berbeza ini dapat dicungkil.

PELAJAR EKSTROVERT

Menangani pelajar ekstrovert pula, guru perlu mengadakan perbincangan berkumpulan dengan
kerap. Bagi individu ekstrovert ini, perbincangan merupakan suatu kaedah yang begitu disukai oleh
mereka dan ini dapat menimbulkan rasa minat untuk mereka belajar dengan bersungguh-sungguh. Di
samping itu juga, guru boleh melantik mereka bagi membimbing murid sedarjah yang mempunyai ciri
introvert dalam aktiviti kumpulan tersebut. Selain itu, guru perlu menggalakkan murid-murid ini
mengemukakan soalan-soalan ketika proses pembelajaran di dalam kelas.

Oleh yang demikian, boleh disimpulkan bahawa tugas seorang guru bukan sekadar sebagai tenaga
pengajar malah lebih kepada seorang pembimbing. Guru yang bersifat pembimbing pasti dapat
melahirkan para pelajar yang mempunyai personaliti yang penuh dengan nilai-nilai murni dan
seterusnya menjadi insan yang berguna kepada agama, keluarga, masyarakat, nusa dan bangsa.
Dalam bidang pendidikan bukan sahaja memerlukan guru yang hanya memiliki minat yang mendalam
dalam kerjaya perguruan tetapi juga komited untuk memberikan yang terbaik kepada pelajar mereka
untuk membentuk personaliti yang unggul.

Anda mungkin juga menyukai