Anda di halaman 1dari 3

Nama: Hasan Bin Latip

1. Jelaskan kepentingan kurikulum kepada proses pengajaran dan pembelajaran formal di


prasekolah.

Kurikulum Pendidikan prasekolah dapat memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat


hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek
dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang
menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam
keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya
dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah
rendah kelak. Empat kata kunci yang penting ditekankan ialah menyuburkan, aktif penglibatan,
selamat dan seronok. Menerusinya murid dapat ditaksir secara berterusan untuk mengenal pasti
tahap penguasaannya dalam sesuatu bidang pembelajaran serta membolehkan guru membuat
tindakan susulan bagi mempertingkatkan perkembangan murid.

Kandungan kurikulum adalah berasaskan enam tunjang iaitu Tunjang Komunikasi, Kerohanian Sikap
dan Nilai Kemanusiaan, Perkembangan Fizikal dan Estetika, Sains dan Teknologi dan Keterampilan
Diri yang akan dapat membentuk diri kanak-kanak dalam pelbagai aspek bukan sahaja di sekolah
tetapi di luar sekolah seterusnya akan membangunkan perkembangan kanak- kanak pada peringkat
awal agar menjadi cemerlang pada masa hadapan. Selain itu, Perincian dalam kurikulum akan dapat
membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan.
Aktiviti yang dirancang berdasarkan kurikulum akan memberi pengalaman yang menyuburkan dan
menyeronokkan dan melibatkan murid secara aktif serta selamat. Guru boleh menggunakan
kreativiti untuk memilih, menyusun, mengolah dan mempelbagai aktiviti berpandukan kurikulum.

2. Apakah kepentingan objektif pendidikan awal kanak- kanak

Pendidikan awal kanak- kanak adalah pengalaman awal untuk kanak- kanak berumur 4 dan 6 tahun
dalam dunia persekolahan. Kepentingan objektif yang utama bagi pendidikan awal kanak- kanak
adalah memperkembangkan potensi murid berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh
dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran
pembelajaran yang selamat dan menyuburkan serta aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan,
kreatif dan bermakna. Pengalaman persekolahan dan pembelajaran yang berkesan, bermakna dan
menggembirakan dapat membekalkan mereka dengan kemahiran, keyakinan diri dan sikap yang
positif sebagai persediaan untuk ke tahap pendidikan yang seterusnya.

Pendidikan awal kanak- kanak sangat penting untuk membentuk perkembangan kanak-kanak
supaya dapat merangsang pemikiran, membina sikap positif dan akhlak yang baik, meningkatkan
kecergasan dan kesihatan ke arah penyuburan potensi yang optimum. Objektif ini di bantu oleh
kurikulum pendidikan prasekolah yang memberi fokus kepada perkembangan kanak-kanak secara
menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Pendekatan pembelajaran yang fleksibel dan suasana
pembelajaran yang selesa, selamat dan ceria dapat menggalakkan naluri ingin tahu, perasaan suka
meneroka dan menjelajah serta memberi pengalaman baru kepada kanak-kanak adalah objektif yang
ingin dicapai. Dengan ini adalah diharapkan program pendidikan prasekolah dapat menjadi asas
untuk melahirkan murid yang mempunyai keyakinan diri, bercita-cita tinggi, daya tahan, semangat
juang, gigih berusaha dan mampu mengubah diri. Semua asas yang dibina dalam diri murid akan
menyumbangkan kepada kemajuan keluarga, masyarakat, bangsa dan negara.

3. .http://conference.kuis.edu.my/pasak2017/images/prosiding/pendidikan/26-DR-
NORFAEZAH.pdf (PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (PAKK) DI MALAYSIA: KAJIAN
LITERATUR).

Hasil pembacaan dari Kajian Literatur iaitu Pendidikan Awal Kanak- kanak di Malaysia oleh
Norfaezah binti Mohd Hamidin, Siti Nurhajariah binti Md Isa, Awatif binti Abdul Rahman dan
Idi Hamdi, Pendidikan awal kanak- kanak adalah sangat penting dalam membentuk
memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara
menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui
persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan,
kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan
membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam
persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab pada
masa hadapan. Namun pendidikan awal kanak- kanak berdasarkan islam juga tidak boleh
diketepikan kerana ia berkait rapat dengan perkembangan awal kanak- kanak sejak dalam
kandungan lagi. Dalam islam perkembangan kanak- kanak menumpukan kepada kognitif,
fizikal dan roh yang akan melahirkan insan berperikemanusiaan. Islam juga menitik beratkan
perkembangan akhlak dah rohani. Walau bagaimanapun, Islam tidaklah melihat pendidikan
dari skop yang sempit, ia tidak terbatas kepada pendidikan duniawi semata-mata bahkan
meliputi dua lapangan iaitu di dunia dan akhirat.

Namun untuk membentuk perkembangan kanak- kanak itu mestilah berpandukan kepada
falsafah. Oleh itu falsafah pendidikan pendidikan awal kanak- kanak wajar ditentukan
terlebih dahulu. Falsafah menggambarkan tujuan prasekolah, nilai dan kepercayaan guru
berkenaan bagaimana kanak-kanak belajar. Falsafah yang dipegang oleh para guru
prasekolah sangat mempengaruhi keputusan yang dibuat untuk kanak-kanak. Maka
terbentuklah Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) yang diguna pakai
untuk memperkembangkan potensi kanakkanak berumur empat hingga enam tahun secara
menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui
persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang
menyeronokkan, kreatif dan bermakna.

Walaupun terdapat pandangan sarjana Islam dan Barat mengenai kepentingan


pendidikan awal kanak-kanak, namun kedua- dua pandangan ini tetap menitik beratkan
kepada perkembangan kanak- kanak. Namun bagi pendidikan di Malaysia keseragaman
antara semua tadika di Malaysia adalah perlu untuk mencapai kehendak Falsafah Pendidikan
Negara dan Rukun Negara. Perancangan dan tindakan yang betul dalam pendidikan generasi
awal pertumbuhan manusia harus dijaga dan diselidiki supaya tidak mendatangkan musibah
kepada perkembangan fizikal, intelek, emosi dan rohani kanak-kanak. Walaupun berlainan
prasekolah seharusnya semuanya mengikut matlamat yang telah termaktub dalam sistem
pendidikan negara bagi membentuk generasi yang mempunyai sistem pendidikan yang sama
untuk mencapai matlamat sistem pendidikan negara dan melahirkan generasi yang
cemerlang.

Anda mungkin juga menyukai