Anda di halaman 1dari 22

UNIT 4

KURIKULUM DAN MODEL


KURIKULUM

Nama : MUHAMAD UZAINI BIN JASMI


Matrik:L20222013159
No HP :0148266267
Group : DPLI 2

PENSYARAH
ABU BAKAR YUSUF
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

SINOPSIS

Unit ini membincangkan mengenai kurikulum kebangsaan dan perubahan yang berlaku
pada setiap tahap persekolahan. Tahun dilaksanakan, pengertian serta tujuan dilaksanakan.
Seterusnya menghuraikan konsep-konsep dan model pelaksanaan bagi model-model
kurikulum dan huraian bagi masalah kefahaman dalam pembelajaran dalam suatu konflik
berserta contoh.

HASIL PEMBELAJARAN

1. Menjelaskan kurikulum kebangsaan


2. Menghuraikan jenis-jenis model kurikulum
3. Menghuraikan jenis – jenis kemahiran dalam sesuatu mata pelajaran / topik (Bloom/
Gagne)
4. Menyusun isi kandungan (Tylet/ Bruner) seperti kurikulum spiral dalam JPK

KANDUNGAN
Halaman

1. Pengenalan 2
2. Pemetaan ringkasan kandungan 3
3. Kurikulum 3
4. Perubahan kurikulum kebangsaan 4
5. Kurikulum kebangsaan 4
6. Model-model kurikulum 5
7. Masalah kefahaman dalam pembelajaran 10
8. Penutup 11
9. Glosari 12
10.Bibliografi 12
11.Latihan 13

4.0 Pengenalan

Akta Pendidikan 1996 telah memberikan pengertian kurikulum kebangsaan sebagai suatu
program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi
KPD4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR
semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan yang
membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani,
mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan
untuk menyampaikan pengetahuan. Kurikulum kebangsaan merupakan kurikulum yang
diseragamkan dan ditadbirurus secara ‟top down‟. Hal ini kerana bidang pendidikan formal
di Malaysia terletak di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia, maka segala urusan yang
berkaitan dengannya turut berbentuk berpusat termasuklah kurikulum.

2
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

4.1 Pemetaan Ringkasan Kandungan

UNIT 4
KURIKULUM DAN MODEL KURIKULUM

KURIKULUM
Segala rancangan pendidikan yang
dikendalikan oleh sesebuah sekolah atau
institusi pendidikan untuk mencapai MODEL-MODEL KURIKULUM
matlamat pendidikan (KPM)
- Model UPSI
- Model Tyler
- Hunter’s Lesson Cycle Design( Model (1976
- Gagne’s Instructional Events Model (1988)
- Rosenshine & Stevens Intructional
Functions Model (1986)
- Model Taba
MASALAH KEFAHAMAN DALAM
PEMBELAJARAN

Konflik
- Dokumen Kurikulum PENUTUP
- Objektif/Hasil Pembelajaran
- Isi Pelajaran
- Kaedah Pengajaran
- Penilaian

4.1 KURIKULUM

Kurikulum adalah segala rancangan pendidikan yang dikendalikan sekolah atau institusi
pelajaran untuk mencapai matlamat pendidikan (Laporan JK Kabinet Mengkaji Pelaksanaan
Dasar pelajaran, 1980)
KPD4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR
Kurikulum ialah pelan atau rancangan untuk sesuatu tindakan, atau dokumen bertulis yang
mengandungi strategi bagi mencapai matlamat yang dihajati (Ornstein & Hunkins, 1993)

3
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

4.1.1 Perubahan Kurikulum Kebangsaan

Tahap Nama Tahun/ Nama Tahun/ Nama Tahun/


Kurikulum Tempoh Kurikulum Tempoh Kurikulum Tempoh
Pra Kurikulum
1970 KPK 2003 KSPS 2010
Sekolah lama
1983 KBSR 1993 KSSR
Sekolah Kurikulum
2011
Rendah lama
1957 KBSM 1989 KSSM
Sekolah Kurikulum
2017
Menengah lama

4.1.1 Kurikulum Kebangsaan

Jenis Tahun Pengertian dan matlamat


Dilaksanakan
Kurikulum Standard PraSekolah bertujuan
KSPS memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur
(Kurikulum empat hinggan enam (4-6) tahun secara menyeluruh
Standard Pra dan bersepadul dalam aspek jasmani, emosi,
Sekolah) 2010 rohani,intelek dan sosial melalui persekitaran
pembelajaran yang selamat serta aktiviti yang
menyeronokkan.ini adalah untuk meningkat kemahiran
dan menanam keyakinan pada diri kanak-kanak agar
mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada.
KSSR
(Kurikulum Kurikulum Standard Sekolah Rendah merupakan satu
Standard Sekolah transformasi pendidikan iaitu proses melakukan satu
Rendah) bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum
persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan
2011 bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan
masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan
kurikulum di sekolah. KSSR bertujuan meningkatkan
kualiti pendidikan di negara kita agar relevan dengan
cabaran dalam era globalisasi kini.

KSSM Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) mula


(Kurikulum dilaksanakan di Tingkatan 4 tahun 2017 bagi KPD4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR
Standard menggantikan 10 mata pelajaran elektif dalam
Menengah) Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)
pada peringkat menengah atas untuk memenuhi
2017 keperluan dan perkembangan teknologi semasa.
KSSM tertumpu kepada komunikasim perkembangan
fizikal dan estetika, kemanusiaan serta kerohanian,
sikap dan nilai.

4
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

4.2 MODEL-MODEL KURIKULUM

4.2.1 Model UPSI

4.2.2 Model Tyler

Bil Peringkat Perlaksanaan Model Tyler


1 Apakah tujuan dari aspek pendidikan yang ingin dicapai?

2 Apakah pengalaman pendidikan yang boleh membantu mencapai tujuan tersebut?

3 Bagaimanakah pengalaman pendidikan ini boleh disusun atur dengan berkesan?

4 Bagaimanakah boleh kita tentukan samada tujuan itu telah tercapai

4.2.2.1 Konsep Dalam Model Tyler

Untuk mengurus pengalaman pembelajaran KPD4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

1. KONTINUITI
Kurikulum mengandungi pengulangan vertikal (mengufuk) iaitu peluang berterusan untuk
praktis kemahiran

2. TURUTAN
Kurikulum mengandungi perkembangan progresif sesuatu pemahaman iaitu sesuatu
pengalaman yang baru terbina diatas pengalaman yang sebelumnya (lebih luas dan lebih
mendalam)

3. INTEGRASI
Kurikulum mengandungi perkaitan antara subjek / tajuk setiap isi pelajaran. Subjek tidak
diajar secara terasing

5
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

4.2.2.2 Pelaksannan Model Tyler Dalam Pengajaran

Berasaskan mata pelajaran anda ajar di sekolah,rancang pengajaran berasaskan model


Tyler

Bil Pelaksanaan Dalam Pengajaran


1 Tujuan Sebelum memulakan pembelajaran, Saya terlebih dahulu akan
(Hasil/Objektif menentukan objektif atau tujuan pembelajaran tersebut
Pembelajaran) dilakukan.Objektif tersebut haruslah mengikut aras mengikut aras
kecerdasan murid,matapelajaran dan elemen kemasyarakatan .
Hal ini dapat menghasil sesuatu pembelajaran yang bermakna
dapat diwujudkan dan hasil pembelajaran dapat di capai.

Contohnya :Pada akhir pembelajaran ini murid akan dapat


berbincang dan menyatakan sekurang - kurangnya 3 daripada 5
nama nama-nama binatang jinak di dalam sebutan bahasa arab.
2 Pengalaman Pengalaman pendidikan sepatutnya spesifik dapat diukur
Pendidikan berlandaskan FPK dan FPG serta pengambil kira pengetahuan
(Isi Pelajaran) sedia ada murid.Selepas menentukan objektif, saya harus
menentukan isi kandungan pelajaran. Hal ini supaya setiap
kandungan yang diberikan bersesuaian dengan keperluan semasa.

Contohnya : Pengalaman pengajaran isi kandungan memerlukan


pemahaman yang boleh dicapai oleh murid. Saya perlu
memberikan pemahaman kepada mereka dengan lebih baik
berbanding pengajaran sebelum ini.
3 Pengalaman Saya akan menyampaikan pengajaran dengan menyediakan
disusun atur bahan bantuan mengajar (BBM ).
(Keadah )
Contoh : Kaedah menyanyi dan bermain untuk meberikan murid
berasa seronok dan murid dapat menerima sesuatu pembelajaran
dengan mudah. Bahan media juga akan menarik minat supaya
mereka lebih merasai suasana pembelajaran yang seronok.
4 Tujuan tercapai Untuk menentukan objek pembelajaran itu tercapai, saya akan
(Penilaian) mengambil kira aspek bentuk, model penilaian yang digunakan ,
jenis instrumen yang digunakan untuk mengutip data.

Contoh : Saya akan membut penilaian formatif yang merujuk


kepada penilaian yang dilakukan selepas sesuatu bab yang diajar
KPD4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR
seperti kuiz dan latihan.
4.2.3 Hunter’s Lesson Cycle Design( Model (1976)

1. Set induksi
2. Maklumkan Objektif pembelajaran
3. Input pembelajaran
4. Permodelan
5. Semak kefahaman murid
6. Pantau dan ubah suai
7. Praktis terbimbing
8. Praktis bertempoh
9. Penutup

6
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

4.2.3.1 Peringkat Pelaksanaan Hunter’s Lesson Cycle Design

Bil Peringkat Keterangan


1 Set induksi Untuk set induksi, proses ini cuma dijalankan secara ringkas
iaitu selama 5 minit di mana saya menggunakan bahan
maujud atau alat fizikal yang pelajar boleh lihat, sentuh dan
rasa. Dalam set induksi, kemahiran berfikir secara kritis dan
kreatif, pelajar dapat menjana minda mereka untuk meneka
apakah tajuk yang di ajar oleh guru. Nilai kerjasama
diterapkan 2 daripada 20 orang pelajar memberi kerjasama
dengan meneka secara sukarela pengajaran yang ingin guru
ajar pada hari itu.
2 Maklumkan Objektif Guru memaklumkan objektif pembelajaran kepada pelajar
pembelajaran supaya mereka mendapat gambaran apakah yang perlu
mereka dapat pada akhir pengajaran nanti dan apa
kepentingan menguasai isi pelajaran tersebut.
3 Input pembelajaran Untuk menyampaikan input tentang topik yang ingin di ajar,
guru menggunakan alat bantu mengajar daripada slaid
powerpoint/ video untuk memberi penerangan kepada
pelajar. Guru menggunakan slaid powerpoint yang
disediakan oleh guru kerana ia lebih mudah untuk difahami
oleh pelajar.
4 Permodelan Untuk pemodelan guru akan membahagikan pelajar kepada
2 kumpulan mengikut tahap kognitif mereka iaitu pelajar
cemerlang dan pelajar sederhana.

Untuk pelajar cemerlang , guru telah melakukan kaedah


pembelajaran Berdasarkan Masalah PBL. PBL digunakan
kerana ia merupakan salah satu alteruntuk pembelajaran
aktif. Ia dapat meningkatkan kemahiran pelajar keperti
kemahiran menyelesaikan masalah , kemahiran bekerja dan
kemahiran berkomunikasi.

Peljar sederhana pula gur akan menggunakan kaedah


kecergasan pelbagai iaitu visual kepada pelajar-pelajar
sederhana ini di mana mereka berkebolehan mengesan dan
menggambarkan isi pelajaran pada hari tersebut. Hal ini
kerana peljar sederhana ini gemar melihat gambar-gambar
daripada tulisan yang berjela dan sukar untuk mereka
KPD4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR
fahami.
5 Semak kefahaman Guru bertindak sebagai atau penggerak kepada
murid penyelesaian yang dilakukan oleh para pelajar di mana guru
menerangkan keperluan untuk melakukan tugasan secara
berkumpulan dengan memberi peluang kepada setiap rakan
dalam kumpulan untuk menyumbang idea. Di sini kemahiran
sosial iaitu pelajar menjadi penyokong yang baik kerana
memberi dan menghormati idea rakan-rakan yang lain serta
memberi cadangan yang bernas untuk menyokong idea
rakan -rakan.

Pelajar sederhana pula diminta untuk merekodkan hasil


perbincangan daripada apa yang mereka faham dari gambar
yang diberi.
6 Pantau dan ubah suai Pada sesi ini guru telah memantau serta membimbing

7
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

pelajar agar tidak tersasar daripada objektif pembelajaran


serta memberi panduan kepada pelajar untuk menyelesaikan
masalah dalam aktiviti mereka.
7 Praktis terbimbing Pelajar dari kumpulan cemerlang telah diberikan masa
selama 20 minit untuk melakukan perbincangan dalam
kumpulan. Pelajar juga bersama-sama bekerjasama
mengaplikasikan dan mengeluarkan segala apa isi yang
berkaitan dengan topik hari tersebut semua pengetahuan
dan kemahiran mereka dalam topik hari tersebut untuk
menyelesaikan daripada artikl yang diberikan oleh guru.
Kemudian pelajar mengekspresikan maklumat yang mereka
perolehi dalam bentuk peta minda.

Untuk kumpulan pelajar sederhana, mereka juga diberkan


masa selama 20 minit untuk menyediakan peta konsep yang
kreatif. Pelajar juga bersama-sama bekerjasama untuk
menyediakan peta konsep yang paling kreatif di atas kertas
mahjung yang di sediakan oleh guru. Manakala guru akan
terus memantau kedua-dua kumpulan pelajar ini untuk
aktiviti dan tugasan yang diberikan kepada pelajar agar
mereka tidak tersasar.
8 Praktis bertempoh Untuk praktis bertempoh guru telah meminta pelajar dari
kumpulan untuk merumuskan apa yang telah mereka pelajari
dan perolehi daripada pengajaran dan aktiviti yang
dijalankan.Kemudian, guru mengedarkan soalan taksiran
dan memberi pelajar 5 minit untuk menjawab diikuti dengan
semakan jawapan yang ditulis dipapan putih. Soalan yang
dikemukakan adalah soalan kognitif yang ingin menguji
tahap kefahaman dan pengetahuan pelajar menhgenai topik
yang diajar.
9 Penutup Untuk penutup, guru merumuskan apa yang pelajar belajar
pada hari tersebut , mengatakan nilai yang mereka perolehi
secara tidak langsung semasa poses p& P ini berjalan serta
menekankan sekali lagi isi pelajaran yang perlu pelajar
kuasai.

4.2.4 Gagne’s Instructional Events Model (1988)


1. Tarik perhatian murid
2. Maklumkan objektif pemelajaran KPD4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR
3. Imbas kembali ap-a yang dipelajari
4. Penyampaian yang jelas
5. Bimbing pembelajaran
6. Dapatkan/galakan respon
7. Beri maklumat
8. Tafsir prestasi
9. Susun atur praktis untuk tingkatkan ingat kembali dan pemindahan ke situasi lain.

8
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

4.2.5 Rosenshine & Stevens Intructional Functions Model (1986)


1. Semak pemahaman murid (semak kerja yang diberi sebelum ini. Ajar semula jika
perlu)
2. Ajar konten baru (beri kerangka, hurai dengan terperinci, kaitkan konten baru
dengan konten yang murid telah pelajari)
3. Praktis murid (murid diberi tugasan untuk praktis, bersoal jawab, beri maklum balas,
pantau praktis, semak pemahaman murid)
4. Maklumbalas / pembetulan ( maklum balas berterusan, perhatikan ralat-ralat yang
kerap dilakukan oleh murid, terangkan semula jika perlu)
5. Praktis bebas (pantau)
6. Semak semula pemahaman (semak secara berkala-ajar semula jika perlu)

4.2.6 Model Taba


Bil Peringkat Pelaksanaan Dalam Pengajaran
1 Kehendak grast root Merupakan langkah terpenting untuk melihat perbezaan dan
(Kehendak Pelajar) kekurangan pelajar. Ianya memerlukan proses reka bentuk
kurikulum dengan mengenalpasti keperluan pelajar yang
menjadi target untuk kurikulum yang dirancang. Kemudian, ia
mewujudkan kesediaan belajar dengan merancang isi
pelajaran mengikut kebolehan pelajar serta susunan yag
sesuai.
2 Tujuan Selepas kita mengenalpasti keperluan, seterusnya kita
(Hasil/Objektif memberikan perhatian kepada objektif untuk kurikulum peru
Pembelajaran) dibentuk

Contoh: Pembelajaran yang akan di ajar pada esok hari kata


nama am dan kata nama khas.

Guru perlu tetapkan objektif apa yang murid tersebut perlu


capai melalui pembelajaran yang kita ajar.

Di akhir pembelajaran , pelajar dapat mengenalpasti dan


menjeniskan kata nama am dan kata nama khas di
persekitaran murid.
3 Pengalaman Memerlukan proses mereka bentuk kurikulum dengan
Pendidikan mengenalpasti keperluan pelajar iaitu mereka menjadi target
(Isi Pelajaran) kumpulan yang di rancang.

Memilih isi kandungan yang relevan pada masa itu , KPD4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR
signifikasikan dan berguna selaras dengan objektif-objektif
yang telah ditetapkan berdasarkan huraian sukatan dan
pembelajaran.

Pengetahuan dan pengalaman guru harus ada kaitan


dengan topik yang di ajar serta mengaitkan isi pelajaran baru
seperti topik yang lalu , dan pengalaman harian yang di lalui
Contoh : Melihat nama -nama jalan di sebuah taman
perumahan perlu menggunakan kata nama khas.
4 Pengalaman disusun Perancangan kurikulum tidak hanya memilih isi kandungan,
atur tetapi mesti mengaturnya secara tersusun dengan
(Keadah ) mengambil kira kematangan pelajar, pencapaian pelajar dan
minat pelajar.

9
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

Contoh: Cara penyusunan


1. Urutan daripada senang hingga kompleks dan daripada
konkrit ke abstrak
2. Mengikut tahap kematangan murid
3. Menurut minat murid
4. Berdasarkan tahap pencapaian dan kebolehan murid.

Kaedah aktiviti pembelajaran seperti bermain dan


bersesuaian mencari kad bagi memasukkan di dalam kotak
kata nama khas dan kata nama am mampu melibatkan
pelajar bergerak dan berfikir secara aktif.
5 Tujuan tercapai Mengenalpasti apakah objektif yang di capai. Proseduru
(Penilaian) penilaian perlu diperuntukkan oleh guru dan pelajar

Penilaian boleh dinilai dengan memberi kuiz atau ujian untuk


menentukan tahap penguasaan pelajar.

4.3 Masalah Kefahaman Dalam Pembelajaran

Konflik Penjelasan Contoh


- DSKP (Dokumen Standart Kurikulum & SK:Hang Tuah
Pentaksiran) adalah dokumen rasmi tentang sebagai Laksamana
pelaksanaan pendidikan yang mengintegrasikan Melaka.
kurikulum, pembelajaran dan pentaksiran yang SP:Menyatakan
dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Riwayat
Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. hidup/menjelaskan
peristiwa
Dokumen
- Bertujuan membantu memudahkan guru pertarungan Hang
Kurikulum
mengatur kandungan, proses pengajaran dan Tuah dengan Hang
pembelajaran serta melaksanakan pentaksiran. Jebat.
-DSKP menyenaraikan Standart Kandungan SPi :TP1 (Murid
(SK), Standart Pembelajaran (SP) dan Standart mengetahui Hang
Prestasi (SPi). Tuah sebagai
Laksamana Melaka.

- Perkara yang perlu dipertimbangkan semasa A(Audience):


menyatakan objektif/hasil pembelajaran eksplisit Siapakah yang
adalah:berfokuskan kepada pelajar, menjadi pelanggan
menggunakan perubahan tingkah laku pelajar yang patut menerima KPD4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR
sebagai rujukan, pencapaian pelajar terhadap pendidikan yang
hasil pembelajaran boleh diukur, penggunaan telah ditetapkan?
kata kerja yang spesifik dan boleh diukur
kebolehcapaiannya. Jawapan: Murid
Objektif/Hasil kelas 2A
Pembelajaran -Menggunakan format “ABCD” seperti di
sarankan oleh Mager.

-A (audience), B (behaviour), C (condition), D


(degree), dan E (evaluation) adalah tambahan
maklumat yang penting.

10
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

-Adalah berdasarkan suatu topik tertentu dalam


sukatan pelajaran. Tajuk :Rukun Solat.
1. Murid membaca
-Peringkat isi pelajaran perlulah mengikut 2. Murid menyebut
kebolehan pelajar seperti : dari konsep yang 3. Murid Menyatakan
mudah kepada yang kompleks, dari yang konkrit 4. Murid Menyusun
Isi Pelajaran
kepada abstrak,mengikut turutan, teratur dan 5. Membezakan
sebagainya. Rukun solat dan
syarat solat
-Mestilah relevan dengan objektif pembelajaran
yang telah ditentukan.

-Berpusatkan guru: (guru main peranan), -melibatkan


komunikasi sehala, kepimpinan autokratik, penerangan,
pembelajaran jenis hafalan, pembelajaran demonstrasi,
keseluruhan kelas. syarahan dan lain-
lain.
-Berpusatkan murid: (murid main peranan),
komunikasi 2 hala, kepimpinan demokratik, -melibatkan projek,
Kaedah
pembelajaran bermakna dan pembelajaran perbincangan,
Pengajaran
secara berkumpulan.
-quizizz, kahoort,
-Berpusatkan bahan:computer, buku teks, bahan google meet
cetak, modul dan lain-lain. Berkemahiran (semasa PKP)
menggunakan bahan, pembelajaran bermakna
dan menarik, kaedah kumpulan kecil.

-Sebagai alat untuk mengesan kekuatan atau -Guru akan


kelemahan muird. bertanyakan
1.Penilaian sebelum memulakan pdp (set pelajaran yang lalu.
induksi).
- untuk menilai tahap kefahaman dan ingatan - Guru melakukan
Penilaian murid terhadap pelajaran yang lalu. ujian tertentu untuk
2. Penilaian selepas pembelajaran. menilai kaedah
pengajaran yang
-Mendapatkan maklum balas tentang digunakan.
keberkesanan kaedah pengajaran yang
digunakan.

KPD4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR


4.4 Penutup

Kurikulum kebangsaan dibentuk pada peringkat Kementerian Pendidikan


Malaysia.Kurikulum tersebut membentuk ‘body of knowledge’ dan dikemukakan dalam
bentuk dokumen rasmi yang meliputi Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
(DSKP) dan buku teks atau modul pengajaran sebagai panduan dan bantuan kepada guru-
guru melaksanakannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kanduungan
Kurikulum yang terdapat di dalam DSKP perlu ditafsir dan diterjemahkan kepada
Rancangan Pengajaran Tahunan & Rancangan Pengajian Harian sebelum dilaksanakan di
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu mahir dalam proses ini bagi
menjamin pendidikan yang berkesan. Kandungan kurikulum haruslah menitikberatkan
kandungan yang sesuai untuk dikuasai murid, adakah kaedah tertentu mencapai apa yang
disasarkan serta penilaian terhadap kurikulum yang memastikan ianya perlu diteruskan,

11
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

dibaiki atau diganti dengan kurikulum yang baharu.


Secara kesimpulannya, pendidikan yang berkesan mestilah mempunyai hala tuju yang jelas
dan bagaimana perlaksanaan dapat direalisasikan.Kurikulum kebangsaan, memberikan
kelebihan dari segi perancangan, perlaksanaan,kawalan, agihan dan penilaian kerana
bersifat berpusat. Pembentukan kurikulum ini adalah berasaskan dari model kurikulum
rasional oleh Tyler meliputi apakah objektif pembelajaran dijalankan, bentuk pengalaman
Pendidikan yang membolehkan tujuan pendidikan dicapai, bagaimana pengalaman dapat
diolah secara berkenan dan bagaimana objektif pendidikan telah dicapai. Malah ada juga,
garapan dari model hunter’s lesson di aplikasikan dalam proses pengajaran guru-guru di
sekolah untuk mencapai matlamat pengajaran. Namun, Sistem Pendidikan di Malaysia kini
telah beralih perkembangan pelajar yang diselaraskan dengan perlaksanaan pentaksiran
berasaskan sekolah (Mohd Asnawi, et al 2010). Ia diterjemahkan dengan perlaksaan
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standart Menengah (KSSM).

4.5 Glosari

KPD4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

4.6 Bibliografi

Senaraikan Sekurang-kurangnya 5 rujukan buku dan 3 rujukan artikel mengikut format APA.

12
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

4.7 Latihan

Kemukakan 5 soalan objektif & 2 soalan esei berserta skema jawapan.

1. Berikut merupakan jenis kurikulum kebangsaan kecuali :


A. KSPS (Kurikulum Standard Pra Sekolah)
B. KBPS (Kurikulum Bersepadu Pra Sekolah)
C. KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah)
D. KSSM (Kurikulum Standard Menengah)

2. Konsep kontinuiti dalam Model Tyler ialah :


A. Kurikulum mengandungi pengulangan vertikal (mengufuk) iaitu peluang berterusan untuk
praktis kemahiran.
B. Kurikulum mengandungi perkaitan antara subjek / tajuk setiap isi pelajaran. Subjek tidak
diajar secara terasing.
C. Kurikulum mengandungi perkembangan progresif sesuatu pemahaman iaitu sesuatu
pengalaman yang baru terbina diatas pengalaman yang sebelumnya (lebih luas dan lebih
mendalam).
D. Kurikulum ialah pelan atau rancangan untuk sesuatu tindakan, atau dokumen bertulis
yang mengandungi strategi bagi mencapai matlamat yang dihajati.
3.
1.Set induksi
2.Maklumkan Objektif pembelajaran
3.Input pembelajaran
4.Permodelan
5.Semak kefahaman murid
6.Pantau dan ubah suai
7.Praktis terbimbing
8.Praktis bertempoh
9.Penutup
KPD4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR
Pernyataan di atas merupakan peringkat dalam pelaksanaan bagi :
A. Rosenshine & Stevens Intructional Functions Model
B. Gagne’s Instructional Events Model
C. Model Tyler
D. Hunter’s Lesson Cycle Design

13
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

4. Antara berikut yang mana bukan komponen utama dalam mereka bentuk pengajaran
UPSI 2009 ?
A. Objektif (hasil pembelajaran yang sesuai)
B. Kenal pelajar anda, kesedian mereka, dan konteks pembelajaran
C. Kehendak grast root (Kehendak Pelajar)
D. Penilaian ( alat dan kaedah penilaian yang sah dan boleh dipercayai)

5. Konflik Kefahaman dalam pembelajaran ialah :


I. Dokumen Kurikulum
II. Objektif/Hasil Pembelajaran
III. Isi Pelajaran
IV. Kaedah Pengajaran

A. I,II dan III


B. II, III dan IV
C. I,II dan IV
D. I, II, III dan IV

JAWAPAN
1. B 2. A 3. D 4. C 5. D

KPD4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

14
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

SOALAN ESEI (1)

Huraikan 5 cara guru boleh melaksanakan proses penilaian terhadap murid semasa
mereka melakukan aktiviti di dalam kelas?

Penilaian terhadap hasil pembelajaran yang telah dikenal pasti boleh dinilai dengan
menggunakan kaedah:
a) Pemerhatian.
b) Lisan.
c) Penulisan.

Pemilihan kaedah penilaian bergantung kepada:


a) Hasil pembelajaran yang hendak dinilai.
b) Kesesuaian dengan perkara yang hendak dinilai.

Kaedah-kaedah ini boleh dilaksanakan secara berasingan atau digabungkan untuk


mendapatkan maklumat penilaian yang lebih jelas dan tepat mengenai kebolehan,
perkembangan dan kemajuan murid. Ketiga-tiga kaedah ini boleh digunakan untuk :

a) Mengesan serta-merta.
b) mengesan penguasaan hasil pembelajaran dengan serta-merta dalam pengajaran
harian dan tidak memerlukan instrumen yang khusus.
c) Mengesan kemajuan.
d) mengesan kekuatan dan kelemahan selepas beberapa pembelajaran.
e) perlu dirancang secara individu atau kumpulan.
f) menggunakan instrumen tertentu seperti senarai semak, lembaran kerja, ujian bertulis.
g) Mengesan pencapaian.
h) mengesan pencapaian selepas beberapa pembelajaran atau pada akhir program.
i) perlu dirancang secara individu.
j) dijalankan dengan menggunakan senarai semak, skala kadar, ujian bertulis dan ujian
lisan.

1. Penilaian Secara Pemerhatian


KPD4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR
Penilaian secara pemerhatian digunakan untuk menilai aspek-aspek yang sukar dikesan
melalui kaedah lisan dan penulisan seperti:

a) sikap.
b) perlakuan/amalan.
c) Amali.
d) kemahiran manipulatif.
e) kemahiran bersosial.
f) kemahiran belajar.
g) kemahiran kinestetik.
h) kemahiran literasi komputer.
i) kemahiran mereka cipta.

15
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

Pemerhatian proses dan hasil kerja murid seperti lukisan, buku skrap, kraf tangan dan kerja
kursus membolehkan guru menilai sikap serta penguasaan sesuatu kemahiran. Maklumat
daripada pemerhatian boleh membantu guru melengkapkan gambaran mengenai keputusan
penilaian yang diperoleh melalui kaedah lisan dan penulisan. Instrumen penilaian
pemerhatian meliputi senarai semak dan skala kadar.

2. Penilaian Secara Lisan

Penilaian secara lisan digunakan untuk mengumpul maklumat semasa berlaku interaksi
antara:

a) murid dengan guru.


b) murid dengan murid.
c) murid dengan bahan pembelajaran.

Antara aspek yang boleh dinilai secara lisan ialah:

a) kefahaman konsep.
b) pengetahuan fakta.
c) kecekapan mendengar.
d) penggunaan bahasa yang tepat.
e) kefasihan menghafaz.
f) sebutan dalam berbahasa.
g) kecekapan mencongak.
h) gaya persembahan.
i) pertuturan dan sikap.

3. Instrumen Penilaian Lisan

Kemahiran lisan boleh dinilai melalui aktiviti seperti yang berikut:

a) bacaan kuat.
b) Syarahan.
c) Perbahasan.
KPD4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR
d) Bercerita.
e) Perbincangan.
f) Hafazan.
g) temu bual.
h) soal jawab.
i) Nyanyian.
j) deklamasi sajak.
k) mendengar dan memberi respon secara lisan

Penilaian lisan membolehkan guru :

16
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

a) Mengesan kemajuan dan pencapaian murid dalam kemahiran mendengar dan bertutur
secara gramatis.
b) mendapat maklumat serta-merta tentang pengetahuan dan kefahaman murid.
c) mengesan kebolehan murid dalam kemahiran membaca dan menghafaz.
d) mengesan kelancaran dalam sebutan.
e) mengesan amalan dan sikap murid secara serta merta.

Instrumen penilaian lisan boleh dipelbagaikan, ia merangkumi soalan dan aktiviti yang
memerlukan respon murid dalam bentuk lisan. Dalam menyediakan instrumen tersebut guru
perlu memastikan:

a) soalan, pernyataan, ilustrasi dan bahan rangsangan perlu jelas dan mudah difahami.
b) aktiviti/bahan boleh merangsang murid mengeluarkan idea.
c) pelbagai bentuk soalan seperti soalan bertumpu dan bercapah digunakan untuk
merangsang murid berfikir.
d) aras kesukaran perlu sesuai dengan kebolehan murid.

Penilaian Secara Penulisan

Penilaian secara penulisan melibatkan aktiviti menyemak dan memeriksa tugasan dan hasil
penulisan murid seperti yang berikut:

a) karangan.
b) laporan projek/kerja kursus/folio.
c) latihan dan ujian bertulis.
d) huraian atau tafsiran peta, jadual, graf atau carta.

4. Instrumen Penilaian Penulisan

Instrumen Penilaian Penulisan seperti set soalan bertulis, digunakan untuk mengesan
kemahiran bahasa dan perkembangan intelek murid yang meliputi kemahiran seperti yang
berikut:

a) kemahiran menulis.
b) menyusun idea.
KPD4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR
c) penggunaan tanda baca.
d) perbendaharaan kata.
e) Mengaplikasi.
f) Mentafsir.
g) Menilai.

Dalam menyediakan soalan-soalan yang sahih, perkara yang berikut mestilah diambil kira:

a) soalan menepati kemahiran yang akan diuji.


b) bahasa yang digunakan jelas dan mudah difahami.
c) bilangan soalan sesuai dengan masa yang diperuntukkan.
d) aras kesukaran soalan dipelbagaikan.
e) skema pemarkahan disediakan.

17
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

Soalan yang digunakan dalam penilaian penulisan yang biasa dijalankan ialah:
a) soalan subjektif.
b) soalan objektif.

Guru perlu mempelbagaikan soalan yang merangkumi soalan kognitif peringkat rendah dan
peringkat tinggi. Soalan yang berperingkat dapat menilai peningkatan tahap pemikiran
murid. Soalan peringkat rendah dan bertumpu dapat mengesan penguasaan pengetahuan
asas murid. Soalan peringkat tinggi yang bercapah boleh merangsang murid untuk
memperkembang apa yang telah dipelajari dan difahami secara kritis dan kreatif.

Contoh Perkataan atau Frasa Untuk Membuat Penilaian

Aras Kemahiran Domain


Kognitif

Cadangan frasa atau perkataan untuk objektif perlakuan yang boleh diukur

5. Pengetahuan

Menguji kebolehan calon mengingat kembali fakta-fakta khusus, istilah, kaedah atau
prosedur, konsep asas dan prinsip
- Berikan
- Takrifkan
- Perihalkan
- Kenal pasti
- Labelkan
- Senaraikan
- Lakarkan
- Padankan
- Namakan
- Nyatakan
- Lukiskan
- Tuliskan
- Lorekkan / gariskan
KPD4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

18
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

6. Kefahaman

Menguji kebolehan murid untuk memahami, menterjemah dan menginterpretasi fakta,


konsep dan prinsip

- Terjemahkan bahan atau idea daripada satu bentuk ke bentuk lain;


- Tafsirkan bahan atau idea;
- Rangkakan trend masa depan
- Gubahkan
- Anggarkan
- Terangkan
- Berikan contoh
- Ukur
- Sukat
- Tentukan
- Tukarkan
- Banding dan bezakan
- menambah
- Ramalkan
- membuat inferens
- Menghubungkait
- Berikan ciri
- Kelaskan
- Terangkan kembali menggunakan ayat sendiri

KPD4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

19
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

SOALAN ESEI (2)

Bagaimanakah guru dapat memastikan kepelbagaian sosiobudaya pelajar dapat


memberi manfaat kepada proses pembelajaran pelajar.

Pengenalan

Sebagai seorang guru, adalah penting untuk mengetahui dan ambil peduli akan siapa
sebenarnya pelajar-pelajar atau komuniti didalam sesebuah kelas. Guru juga perlu meneliti
akan pendekatan yang bersesuaian yang dibawa oleh setiap pelajar, bakat serta minat
mereka ke dalam situasi pembelajaran. Sewajarnya guru perlu mengetahui bahawa setiap
individu pelajar adalah berbeza dari aspek budaya, latar belakang keluarga, dan tahap
sosioekonomi yang mana sedikit sebanyak memberi kesan kepada gaya dan corak
pembelajaran mereka.Setelah guru mampu memahami serta mengenali setiap jenis pelajar
didalam kelas,impaknya pelajar boleh mencapai kejayaan daripada hasil pembelajaran
mereka di sekolah.

Peranan guru untuk memastikan kepelbagaian sosiobudaya pelajardapat member


manfaat kepada proses pembelajaran pelajar.

Guru hendaklah memastikan kaedah pengajaran dan pembelajaran didalam bilik


darjah dapat diterima oleh semua murid. Untuk memastikan kaedah P&P ini dapat
diterima oleh semua murid dalam bilik darjah tersebut, guru hendaklah menjalankan tugas
dengan penuh dedikasi dan bersikap profesional dalam pekerjaan.

Guru hendaklah sentiasa bertindak dalam memastikan ruang pembelajaran murid tidak
akan terganggu dengan adanya perbezaan latar belakang, kelas sosial dan kaum masing-
masing iaitu dengan tidak membezakan murid antara satu sama lain. Contohnya : Guru
hendaklah meletakkan atau menempatkan murid yang mempunyai pelbagai latar belakang
dan budaya ini di dalam satu kumpulan yang sama supaya mereka dapat melakukan aktiviti
bersama-sama. Dengan cara ini akan dapat memberi kepada muri-murid tersebut untuk
berinteraksi sesama sendiri.

Secara terbuka serta akan dapat mewujudkan pergaulan yang tidak berkelompok dan tanpa
sekatan budaya dan masyarakat. Dengan ini suasana pembelajaran yang menyeronokkan
akan terbentuk seterusnya akan dapat membantu guru untuk mengawak persekitaran bilik KPD4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR
darjah dengan lebih berkesan.

Guru hendaklah sentiasa membantu murid dalam memahami diri sendiri dalam
membentuk nilai, sikap dan tingkah laku yang sesuai. Guru hendaklah membimbing murid
untuk memahami kekuatan yang ada pada diri mereka sendiri yang boleh membantu murid
lain atau rakan mereka. Dengan ini akan menyebabkan murid tersebut terasa dihargai dan
kesannya mereka akan bersungguhsungguh dalam melakukan sesuatu perkara. Di sampinh
itu hubungan rapat akan terjalin di antara guru dengan murid. Guru juga hendaklah
membantu murid membina konsep positif kendiri serta memberi tunjuk ajar bagi
meningkatkan prestasi murid sama ada dari segi akademik dan sebagainya lagi.

20
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

Guru juga hendaklah menunjukkan teladan yang baik di hadapan murid-murid


mereka. Pepatah ada mengatakan contoh melalui teladan. Oleh itu guru mesti menjadi ‘role
model” kepada murid-0murid mereka. Contohnya : Guru masuk awal ke kelas, sentiasa
bersikap adil serta sentiasa berdiisiplin dalam segala perkara ddan hal. Dengan ini akan
meningkatkan rase hormat kurid terhadap guru dan murid akan menjadikan guru sebagai
idola mereka. Seterusnya hubungan antara murid dengan guru akan menjadi erat dan
menarik minat murid untuk pembelajaran mereka.

Guru hendaklah membina persefahaman di antara setiap murid yangmempunyai


perbezaan latar belakang. Guru hendaklah memastikan tidak berlaku perkara-perkara
yang tidak diingini seperti pergaduhan antara kaum, mengejek, menghina antara satu sama
lain dan sebagainya. Guru hendaklah sentiasa mengingatkan murid tentang perlunya
menghormati kepercayaan setiap kaum serta isu-isu sensitif yang tidak harus dijadikan
pertikaian. Dengan ini, aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan semua kepercayaan, nilai
dan agama perlu dirancang dengan teliti supaya persefahaman antara murid dapat
diwujudkan dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar.

Guru hendaklah juga memberi peluang sama rata kepada semua murid dalam
melakukan aktiviti pembelajaran. Aktiviti P&P hendaklah dipastikan tidak menjurus kepada
mana-mana murid. Guru hendaklah memberi peluang kepada setiap murid untuk melibatkan
diri dalam aktiviti yang dirancang.

Guru juga hendaklah menggunakan bahasa yang standart kebangsaan yang boleh
difahami oleh semua murid, dan jangan menggunakan dialek bahasa yang sedikit sebanyak
memberi kesan dalam pembelajaran. Apabila menggunakan bahasa yang standart akan
memberi peluang semua murid melibatkan diri dalam aktiviti P&P.

Guru juga hendaklah mencatatkan setiap kemajuan dan kelemahan murid. Kemudian
perlulah diambil tindakan yang sewajarnya. Cntohnya membuat penambahbaikan terhadap
mutu P&P. Guru juga hendaklah membimbing murid dalam meningkatkan prestasi mereka
tanpa membeza-bezakan mereka. Boleh juga minta mereka memberi pandangan tentang
apa yang mereka ingin lakukan bersama-sama.

Guru hendaklah juga mengetahui dan benar-benar memahami bidang kerjaya mereka
KPD4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR
dan hendaklah bijak menguruskan anak murid mereka yang berbeza sosiobudayanya.

Dalam memastikan perancangan yang dilakukan selaras dengan kepelbagaian sosiobudaya


masyarakat, guru hendaklah sentiasa meningkatkan kualiti, kemahiran, keupayaan diri dan
sebagainya bagi memastikan kejayaan dapat direalisasikan sepenuhnya.

21
PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

Penutup

Pengetahuan mengenai latar belakang pelajar serta budaya dan gaya pembelajaran banyak
membantu guru dalam menyediakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan
kepada setiap pelajar dan menarik kesungguhan serta usaha untuk mencipta pengalaman-
pengalaman pembelajaran yang pelbagai. Kepelbagaian pengajaran yang sesuai dengan
tahap serta gaya pembelajaran pelajar mampu memberi pulangan yang cukup baik kepada
semua pelajar tanpa mengira kepelbagaian yang wujud di dalam sesebuah bilik darjah.
Dengan kata lain, ia dapat meningkatkan metodologi pengajaran dan amalan bagi pelajar-
pelajar tertentu akan menghasilkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih
bermakna dan bukan hanya berorientasikan kepada peperiksaan semata-mata.
Tanggungjawab seorang guru bukan sahaja mendidik dan menyampaikan ilmu pengetahuan
kepada pelajar tetapi turut mempunyai satu tugas yang besar dalam memahami dunia
pendidikan yang sebenar terutama pengurusannya di dalam sesebuah bilik darjah. Hal ini
kerana realitinya, kini pelajar yang wujud dalam sesebuah kelas adalah datang dari pelbagai
latar belakang yang berbeza antaranya adalah usia, jantina, bangsa, agama, etnik,
personaliti, bahasa, status ekonomi kelurga, kesihatan, lokasi tempat tinggal, emosi, fizikal,
tingkah laku dan sosial. Kesemua aspek ini mempengaruhi penerimaan serta minat pelajar
untuk terus belajar dan diaplikasikan dalam kehidupan sebenar.

KPD4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

22

Anda mungkin juga menyukai