Anda di halaman 1dari 19

FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN

PENDIDIKAN MALAYSIA

AKTA PENDIDIKAN 1996 &

PERATURAN PENDIDIKAN

Disediakan oleh
NAMA PELAJAR NO. MATRIK
Mohamed Rizal Mohamed Noor L 20181011057
Mohamad Zaifuan bin Zulkaflee L 20181011067
Mufaisal bin Muhamad L 20181011058
Nik Nurul Anira bt Ibrahim L 20181011060
Rasliza bt Rashid L 20181011059
Noor Shahida bt Yahya L 20181011078

KUMPULAN : Kumpulan C (DPLI-YIK)


PENSYARAH : En. Ariffin Bin Ghazali

1
TOPIK 12

AKTA PENDIDIKAN 1996 & PERATURAN PENDIDIKAN

Sinopsis
Melalui unit ini, anda dapat memahami bagaimana pembentukan dan penggubalan Akta
Pendidikan 1996 serta isi kandungannya di samping menjelaskan kepentingannya terhadap
pendidikan Negara. Malahan, perbandingan antara Akta Pelajaran 1961 dengan Akta
Pendidikan 1996 turut diterangkan selain menerangkan implikasinya terhadap perkembangan
pendidikan di Malaysia. Tambahan pula, cabaran pelaksanaan Akta Pendidikan 1996 juga
dikenalpasti agar dapat difahami dengan baik akan kekangan-kekangan yang dihadapi oleh
semua pihak yang berkecimpung dalam bidang pendidikan.

Hasil Pembelajaran
Pada akhir pembelajaran topik ini, anda dapat:

i. Menerangkan pembentukan & penggubalan Akta Pendidikan 1996


ii. Menyatakan kandungan Akta Pendidikan 1996
iii. Menerangkan kepentingan penggubalan Akta Pendidikan 1996
iv. Membandingkan Akta Pendidikan 1996 dan Akta Pelajaran 1966

12.0 Pemetaan Ringkasan Kandungan

AKTA PENDIDIKAN 1996 &


PERATURAN PENDIDIKAN
Penggubalan Cabaran

Perbandingan Akta Implikasi


1961 & 1996 Terhadap

Kepentingan
Kandungan
penggubalan Akta

2
12.0 Pengenalan
Akta Pendidikan 1996 diluluskan di Parlimen pada 15 Julai 1996 dan telah mendapat perkenan
Yang Dipertuan Agung sebelum diwartakan pada 1 Ogos 1996 sebagai Akta 550 dan kemudian
dikenali sebagai Akta Pendidikan 1996. Maka akta ini turut digelar sebagai Akta 550 yang
merupakan lanjutan Akta Pelajaran 1961yang masih mengekalkan perakuan-perakuan dalam
Penyata Razak. Antara perakuan yang terkandung dalam Penyata Razak ialah mengekalkan
bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar. Pelaksanaan akta ini disebabkan Akta
Pelajaran 1961 lebih menekankan penyatuan kaum di Malaysia samada Melayu, India, Cina
dan lain-lain. Maka terbentuklah Akta Pendidikan 1996. Terdapat beberapa tujuan kewujudan
Akta Pendidikan 1996 iaitu memperkenalkan beberapa peruntukan undang-undang baru
mengenai pendidikan contohnya kuasa Menteri Pendidikan untuk membuat dan melaksanakan
peraturan diperluaskan bagi menangani cabaran pendidikan abad ke 21 di mana penggunaan
ICT yang semakin berleluasa dan sejajar dengan kehendak dan cita-cita Negara untuk
menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan yang bermutu tinggi dan
bertaraf dunia. Selain itu, ia bertujuan untuk memenuhi kehendak Wawasan 2020.
Kandungannya boleh dibahagikan kepada 16 bahagian dengan 156 seksyen dan mempunyai
17 peraturan yang berkaitan pendidikan.

12.1 Pembentukan & Penggubalan Akta Pendidikan 1996

Laporan Razak (1956) Laporan Rahman Talib (1960)

Dasar Pendidikan Kebangsaan & Reformasi Sistem


Akta Pendidikan (1961) Pendidikan Kebangsaan

Laporan DEB (1970) Laporan Laporan


Khir Johari Hussien Onn Murad (1973)
(1967) (1970)
Akta Bahasa Rukun Negara Laporan Majid
Kebangsaan (1967) (1970) (1971)

Laporan Jawatankuasa
Kabinet (1979)

Kurikulum Bersepadu Kurikulum Bersepadu


Sekolah Rendah (1982) Sekolah Menengah (1989)

Wawasan 2020
(1991)
3
AKTA
PENDIDIKAN
(1996)

AKTA
550

Ordinan PARLIMEN Kanun

Perlembagaan

12.2 Kandungan Akta Pendidikan 1996

Rajah 12.21 menunjukkan kandungan Akta Pendidikan 1996.

Peraturan Kurikulum Peraturan Masyarakat

Isi Kandungan Akta


Pendidikan 1996

Peraturan Bahan Peraturan Institusi

4
Huraian isi kandungan Akta Pendidikan 1996 adalah sebagaimana berikut::

(a) Peraturan Kurikulum

Merangkumi peraturan yang berkaitan kurikulum prasekolah, kurikulum kursus pengajian dan
program latihan politeknik. Malahan, ia turut menerangkan matapelajaran teras, matapelajaran
wajib, matapelajaran efektif dan bahan kurikulum.

(b) Peraturan Institusi

Meliputi peraturan pendaftaran institusi pendidikan, institusi pendidikan swsta, pendidikan khas
dan institusi pendidikan guru

(c) Peraturan Masyarakat

Mengandungi peraturan persatuan ibubapa (PIBG), persatuan sekolah dan penggal, hari serta
cuti sekolah

(d) Peraturan Bahan

Merangkumi peraturan penilaian, peperiksaan, majalah sekolah dan multimedia.

12.3 Kepentingan Penggubalan Akta Pendidikan 1996

Rajah 12.31 menunjukkan beberapa kepentingan penggubalan Akta Pendidikan 1996

(i)Asas Pembangunan Negara

(ii)Ilmu dan pendidikan sebagai


penentu utama arah tujuan
negara
Kepentingan Akta Pendidikan

1996 (iii)Dasar Pendidikan


Kebangsaan berlandaskan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan

(iv)Kurikulum kebangsaan
diperuntukan
5
(v)Bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan

(vi)Peperiksaan yang sama

Kepentingan Akta Pendidikan

1996 (vii) Sistem Pendidikan


Kebangsaan di Semua Peringkat

(viii) Pendidikan teknik


diperluas

Rajah 12.3

(ix) Mempertingkat maktab


perguruan

Huraian tentang kepentingan penggubalan Akta Pendidikan 1996 adalah sebagaimana berikut:

I. Asas Pembangunan Negara

Asas pembangunan Negara pada masa itu ialah untuk mencungkil dan melahirkan pelajar yang
bukan sahaja bijak dari segi intelektual tetapi merangkumi jasmani, emosi dan rohani setiap
pelajar serta mencapai aspirasi Negara seperti yang termaktub dalam Wawasan 2020.

ii. Ilmu dan pendidikan sebagai penentu utama arah tujuan Negara

Tujuan pendidikan adalah untuk membolehkan masyarakat Malaysia menguasai bukan sahaja
ilmu dan kemahiran tetapi juga nilai murni bagi membolehkan mereka untuk berdaya saing di
peringkat yang lebih tinggi dan global hasil daripada kepesatan teknologi sains dan maklumat.

iii. Dasar pendidikan Kebangsaan berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Melalui Akta Pendidikan 1996, terdapat banyak peruntukan perundangan baru yang bertujuan
untuk menangani cabaran pendidikan menjelang abad 21 selain memenuhi kehendak
Wawasan 2020.

iv Kurikulum Kebangsaan

Kurikulum Kebangsaan bagi semua sekolah hendaklah selaras dengan kurikulum kebangsaan.

6
v. Peperiksaan yang sama

Murid-murid dari semua sekolah perlu menduduki peperiksaan yang sama.

vi. Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan

Bahasa kebangsaan menjadi bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan.

vii.Sistem Pendidikan Kebangsaan Di Semua Peringkat

Semua peringkat persekolahan termasuklah pra sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah
sehinggalah peringkat pendidikan tinggi yang merangkumi semua kategori sekolah iaitu sekolah
kerajaan, sekolah bantuan kerajaan (SABK) dan sekolah swasta merupakan peringkat-
peringkat sistem pendidikan kebangsaan kecuali sekolah ekspatriat.

viii. Pendidikan Teknik Diperluaskan

Seksyen 37 dan Seksyen 38 telah menaiktarafkan sekolah vokasional dan secara tidak
langsung dapat memudahkan politeknik mengadakan pelbagai program yang melibatkan
kerjasama dengan pelbagai sektor industri bagi melahirkan keperluan tenaga kerja yang
berkemahiran tinggi.

ix. Mempertingkat maktab perguruan

Perkembangan teknologi maklumat menyebabkan keperluan yang tinggi terhadap guru-guru


yang berkualiti terutamanya dalam bidang sains, matematik dan IT oleh institusi perguruan.

12.4 Perbandingan Akta Pendidikan 1996 & Akta Pelajaran 961


Rajah 12.41 menunjukkan persamaan antara Akta Pelajaran 1996 dan Akta Pelajaran 1961.

Bahasa Melayu
sebagai bahasa
pengantar

Berpaksikan Laporan

Penyata Razak 1956 AKTA PENDIDIKAN 1996


AKTA PELAJARAN 1961

Untuk memupuk
perpaduan Negara
melalui pembangunan,
budaya, sosial, ekonomi
dan politik

7
Rajah 12.42 menunjukkan perbezaan antara Akta Pelajaran 1961 & Akta Pendidikan 1996.

Kedudukan
Bahasa
Kebangsaan

Kurikulum
Kebangsaan

Peperiksaan AKTA PENDIDIKAN 1996


Awam
AKTA PELAJARAN 1961

Bahasa
kebangsaan
matapelajaran
wajib

Landasan dan
wawasan

8
Perbincangan mengenai perbezaan antara Akta Pendidikan 1996 & Akta Pelajaran 1961
sebagaimana berikut:

(a)Kedudukan Bahasa Kebangsaan

Menurut Akta Pelajaran 1961, bahasa kebangsaan digunakan sebagai bahasa pengantar di
sekolah kebangsaan dan menengah sahaja manakala Seksyen 17 Akta Pendidikan 1996
sebagaimana telah ditentukan dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan bahawa
kedudukan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama di semua sekolah atau
institusi kecuali di SRJK atau lain-lain sekolah yang diberi pengecualian. Maka, soal bahasa
telah diperkukuhkan melaluinya. Walaupun penggunaan bahasa kebangsaan tidak di gunakan
oleh SRJK sebagai bahasa pengantar dalam medium tetapi kerajaan boleh mengawal institusi
pendidikan pendidikan tersebut kerana dibimbangi menganggu integrasi nasional (Noriyuki
Segawa, 2007)

(b)Kurikulum Kebangsaan

Kurikulum Kebangsaan tiada langsung diperuntukan dalam Akta Pelajaran 1961 berbanding
Akta Pendidikan 1996 dalam Seksyen 18 memperuntukan semua sekolah perlu mengikut
kurikulum kebangsaan melainkan yang dikecualikan.

(c)Peperiksaan Awam

Peperiksaan awam juga tidak diperuntukan dalam Akta Pelajaran 1961 manakala Akta
Pendidikan 1996 yang berseksyen 19 telah memperuntukkan semua sekolah menyediakan
murid untuk peperiksaan awam melainkan yang dikecualikan.

(d) Bahasa kebangsaan matapelajaran wajib

Mengikut Akta Pelajaran 1961, bahasa kebangsaan adalah wajib bagi sekolah yang dibiayai
oleh kerajaan dan bantuan kerajaan sahaja tetapi apabila Akta Pendidikan 1996 dilaksanakan
Seksyen 17 (2) memperuntukkan Bahasa Kebangsaan sebagai matapelajaran wajib di semua
sekolah samada swasta atau aliran perdana

(e) Landasan dan wawasan

Landasan dan wawasan yang terdapat dalam falsafah Akta Pelajaran 1961 yang tidak jelas dan
tidak tertulis. Didapati hanyalah untuk menyatupadukan kaum di Malaysia selari dengan
masyarakat berbilang kaum tetapi dasar pendidikan yang terdapat dalam Akta Pendidikan 1996
adalah lebih jelas yang berlandaskan kepada hasrat wawasan 2020 dan Falsafah pendidikan
Negara.

9
12.5 Implikasi Akta Pendidikan 1996 Terhadap Perkembangan
Pendidikan di Malaysia
Rajah 12.51 menunjukkan kesan positif pelaksanaan Akta Pendidikan 1996 terhadap
perkembangan pendidikan di Malaysia.

Kurikulum
Diselaraskan

Kedudukan Bahasa
Kebangsaan
diperkukuhkan

Kesan Positif Akta Pendidikan 1996 Terhadap


Peperiksaan sama
Perkembangan Pendidikan di Malaysia

Bahasa Kebangsaan
sebagai mata
pelajaran wajib

Falsafah Pendidikan

Rajah 12.51

10
Huraian dan contoh beberapa kesan positif apabila Akta Pendidikan 1996 ini dijalankan adalah
seperti berikut:

i.Kurikulum Diselaraskan

Semua sekolah perlu mengikut kurikulum kebangsaan melainkan yang dikecualikan. Maka,
wujudnya kurikulum yang sama di semua sekolah kerajaan dan swasta. Oleh itu, semua
sekolah wajib menggunakan kurikulum kebangsaan selain kurikulum yang telah disediakan
dalam sekolah terbabit seperti kurikulum arab/agama kecuali sekolah yang telah diberi
pengecualian. Contoh kurikulum terbaru KSSM dan KSSR walaupun taklimat untuk
pengoperasian dan pengendalian adalah lebih lewat berbanding sekolah aliran perdana.
Namun, kurikulum tersebut tetap wajib digunakan oleh semua sekolah.

ii. Kedudukan Bahasa Kebangsaan diperkukuhkan

Semua sekolah @ institusi kecuali SJK perlu menggunakan bahasa kebangsaan sebagai
bahasa pengantar. Contoh bahasa kebangsaan ialah matapelajaran wajib lulus dalam SPM.
Oleh yang demikian, semua pelajar walaupun dari berlainan aliran persekolahan samada aliran
perdana, arab/agama dan sebagainya wajib mengambil subjek berkenaan dan lulus untuk
mendapat segulung sijil SPM.

iii. Peperiksaan sama

Semua sekolah perlu menyediakan peperiksaan awam kepada murid-murid. Maka semua murid
berhak untuk mengambil peperiksaan yang sama dengan sekolah aliran perdana seperti UPSR,
PT3, SEGAK, PBS, PAJSK, SPM dan STPM. Di sini, hak pelajar untuk mengambil peperiksaan
awam adalah sama tanpa menghiraukan jenis aliran persekolahan yang dipilih malah
memudahkan pengukuran pencapaian pelajar dari sekolah-sekolah di negara kita.

iv.Bahasa Kebangsaan sebagai mata pelajaran wajib

Bahasa Melayu wajib diajar oleh semua sekolah. Contoh bahasa kebangsaan menjadi
matapelajaran wajib bagi sekolah yang tidak mengguna bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar seperti SJK jenis Tamil atau Cina.

iv.Falsafah Pendidikan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan menjadi landasan dan asas kepada akta ini. Setiap elemen
FPK diterapkan dalam Akta Pendidikan 1996. Melaluinya, potensi pelajar dari semua aspek
JERI dapat dicungkil dan dikembangkan walaupun aliran persekolahan berbeza dan secara
tidak langsung matlamat FPK dapat dilaksanakan.

11
Rajah 12.52 menunjukkan kesan negatif Akta Pendidikan 1996 terhadap perkembangan
pendidikan di Malaysia.

Bahasa Kebangsaan

Lambakan institusi

Kesan Negatif Akta Pendidikan


1996 Terhadap Perkembangan
Pendidikan di Malaysia

Bahasa Asing

Kuasa

Rajah 12.52

Huraian dan contoh kesan negative Akta Pendidikan 1996 terhadap perkembangan pendidikan
di Malaysia adalah sebagaimana berikut:

a) Bahasa Kebangsaan

Walaupun Bahasa Melayu merupakan bahasa pengantar namun Bahasa Inggeris digunakan
dalam sistem Pendidikan mengancam martabat bahasa kebangsaan. Contoh digunakan
sebagai bahasa pengantar di sekolah swasta seperti sekolah antarabangsa serta ekspatriat
begitu bebas dan tidak terikat dengan sistem pendidikan kebangsaan seperti yang terdapat
dalam Seksyen 15. Kesannya ialah bahasa-bahasa lain menjadi bahasa pengantar. Contohnya,
1290 buah sekolah Cina dengan pelajar 580,000 murid dan 550 sekolah Tamil dengan jumlah
pelajar 96,000 orang manakala 250 buah institusi pendidikan swasta terus menggunakan
bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar (Datuk Zainal Abidin A. Wahid, 1999). Pengabaian
isu bahasa ini secara tidak langsung menjejaskan perpaduan kaum dan menyebabkan
kemunculan tiga aliran pelajar iaitualiran kebangsaan, aliran Inggeris dan aliran Cina. Langkah
untuk mengatasinya ialah mewujudkan dasar MBMMBI.

12
b)Lambakan institusi

Berlakunya lambakan dan persaingan sengit antara universiti awam dan swasta. Contoh
terdapat banyak IPTS di Malaysia. Bagi mengatasi permasalahan ini, baru-baru ini kerajaan
telah menutup 33 buah universiti swasta kerana tidak mencapai piawaian yang ditetapkan
sebagai sebuah universiti.

c)Bahasa Asing

Bahasa asing contohnya bahasa Arab tidak dijelaskan dengan baik dalam akta ini. Contoh
Bahasa Arab tidak ditekankan dalam PdP dan hanya pelajar-pelajar tertentu layak mengambil
subjek Bahasa Arab. Bahasa Arab sebagai bahasa yang yang memperkembangkan agama
Islam perlu diberi penekanan selaras agama Islam merupakan agama rasmi Negara ini.
Rujukan-rujukan terhadap perkembangan Islam adalah tidak lepas tanpa menggunakan bahasa
Arab. Oleh itu, penggunaannya tidak harus dipandang enteng oleh pihak berwajib yang
menggubal peraturan-peraturan pendidikan. Maka, cara untuk menyelesaikan masalah ini ialah
kerajaan patut memutuskan agar bahasa asing hendaklah diberi penekanan selain bahasa
Inggeris dan bahasa Melayu.

d)Kuasa

Kuasa banyak diperuntukkan kepada Menteri dan penyelewengan boleh berlaku dan sehingga
boleh menghapuskan kemurniaan Akta Pendidikan 1996 seperti yang termaktub dalam seksyen
143. Contoh kesahan penilaian PT3 dan PBS mungkin diragukan. Keberkesanan Kurikulum
baru KSSM dan KSSR. Oleh itu, kerajaan perlu mendengar rintihan guru tentang keberkesanan
PBS dan PT3 yang merumitkan kerana melibatkan dokumen-dokumen yang banyak perlu diisi
dan ini merupakan salah satu pendekatan yang patut dilakukan oleh pihak berwajib iaitu
kerajaan.

12.6 Cabaran Pelaksanaan Akta Pendidikan 1996


Rajah 12.61 menunjukkan cabaran-cabaran pelaksanaan Akta Pendidikan 1996.

Perubahan
kurikulum yang Infrastruktur
Teknologi
sentiasa berubah

Cabaran-Cabaran Pelaksanaan Akta

Guru Pendidikan 1996 Lambakan


Berkualiti graduan

13
Cabaran-cabaran dan langkah-langkah yang diambil bagi menghadapinya sepanjang
pelaksanaan Akta Pendidikan 1996 ialah dari segi:

i. Infrastruktur

Infrastruktur perlu ditambah baik di semua institusi agar kondusif dengan pendidikan semasa..
Malahan, sekolah-sekolah bantuan kerajaan dan swasta tidak mempunyai infrastuktur yang
baik. Contoh, makmal, bilik komputer dan lain-lain. Terdapat beberapa langkah untuk
mengatasinya iaitu membaikpulih sekolah-sekolah kepada suasana yang lebih kondusif dan
memberi dana kepada sekolah dari segi kelengkapan asas.

ii. Teknologi

Kemudahan mengakses internet dan teknologi terkini perlu ditingkatkan agar pembelajaran
yang dijana adalah sesuai dengan teknologi globalisasi. Contoh, sekolah bantuan kerajaan dan
swasta tidak mempunyai jalur lebar (wifi) dan pemberian i-pad percuma kepada pelajar dan
telefon kepada guru bagi tujuan pendidikan tidak dapat dilaksanakan kerana wang dan politik.
Pemberian laptop untuk semua pelajar bagi tujuan pembelajaran dan bukanya terhad kepada
pelajar bandar dan biayaian kerajaan sahaja serta penggunaan teknologi terkini dalam
pendidikan seperti Youtube, animasi, LCD dan lain-lain peralatan ICT yang terkini merupakan
beberapa langkah yang perlu dipraktikan dalam pendidikan untuk mengatasi cabaran dalam era
digital pada masa ini.

iii. Guru Berkualiti

Guru yang mengajar di dalam kelas haruslah berilmu dan berkemahiran serta mengenalpasti
teknik penyampaian berkesan dan mempunyai emosi yang stabil. Contoh, bebanan kerja yang
tinggi di kalangan guru menyebabkan kecelaruan emosi dan tekanan kepada guru. Oleh itu,
kerajaan perlu menawarkan ganjaran lumayan kepada guru-guru.

iv. Lambakan graduan

Ramai graduan menganggur dan tidak mendapat pekerjaan setelah tamat belajar. Contoh,
ramai graduan dari luar bidang perguruan memilih professional perguruan. Kerajaan perlu
menyediakan program dan kemahiran kepada graduan yang memilih professional perguruan
contoh DPLI kepada mereka dan latihan-latihan yang bersesuaian kepada graduan yang
menganggur contoh skim Latihan 1 Malaysia.

v. Perubahan kurikulum yang sentiasa berubah

Penggantian pemimpin iaitu Menteri Pendidikan menyebabkan kurikulum berubah.


Pelaksanaan kurikulum baru sukar untuk dilakukan dan menyusahkan guru. Contoh, kursus
KSSM yang baru adalah terhad dan dilakukan dalam tempoh masa yang singkat yang
menyukarkan kefahaman guru mengenainya. Maka, kurikulum baru yang dilaksanakan
hendaklah dilaksanakan secara berperingkat tetapi tidak harus berubah secara terus dan
penambahan yang dilakukan hendaklah mengikut standard dan piawaian tertentu agar
kecapaian kurikulum berjaya dilaksanakan.

14
12.7 Rumusan
Tujuan Akta Pelajaran 1961 ialah untuk menyatupadukan kaum di seluruh Malaysia. Maka,
ianya adalah tidak relevan dengan peredaran masa dan perlulah diubah semula. Maka lahirlah
Akta Pendidikan 1996 yang memperkenalkan beberapa peruntukan perundangan dalam
pendidikan selain bertujuan mencapai aspirasi negara dan memantapkan sistem pendidikan
kebangsaan untuk generasi akan datang. Namun begitu, beberapa penyemakan semula perlu
dilakukan antaranya ialah isu kedudukan bahasa Kebangsaan, kedudukan institusi pendidikan
dan kuasa menteri agar keberkesanan Akta Pendidikan 1996 demi mencapai matalamat dan
wawasan 2020 tercapai.

12. 7 Glosari
Bahasa Kebangsaan – merujuk kepada bahasa Melayu sebagaimana yang ditetapkan dalam
Perkara 152 Perkembangan Persekutuan

Kurikulum Kebangsaan – kurikulum yang ditetapkan

Sekolah Jenis Kebangsaan – sekolah rendah kerajaan atau sekolah rendah bantuan kerajaan
yang menjadikan Bahasa Cina dan Tamil sebagai bahasa pengantar dan Bahasa Inggeris dan
Bahasa Melayu sebagai matapelajaran wajib

Sekolah Kebangsaan – sekolah rendah atau bantuan kerajaan yang menjadikan bahasa
kebangsaan sebagai bahasa pengantar dan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu sebagai
matapelajaran wajib

Sekolah swasta – sekolah yang bukan sekolah di bawah kerajaan

Institusi pendidikan – sekolah atau mana-mana lain yang menjalankan kerja sesuatu organisasi
atau institusi, orang lazimnya diajar di dalam kelas atau lebih dan termasuklah tadika dan pusat
pendidikan jarak jauh

Bahan Kurikulum – bahan digukan untuk PdP oleh murid

15
Carian
Jurnal

Noriyuki Segawa. Malaysia’s 1996 Education Act: The Impact of a Multiculturism-type Approach
on National Integration. SOJOURN: Journal of Social Issue in Southeast Asia; Apr 2007, Vol. 22
Issue1,p30-56,27p.Dari www.cpiasia.net.

Laman Internet

https://m.youtube.com/watch?v=82RW6BemDMU
http://gurusemasa.blogspot.my/2012/08
http://sahc.edu.my
https://m.youtube.com/watch?v=iUP14SY09RS
www.academia.edu
www.amaljaya.com
www.polisas.edu.my
www.cpiasia.net

16
Latihan Kendiri

Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

ARAS KOGNITIF
Topik Jum
Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian
Latihan
Objektif/ Esei
Pengenalan 1
Akta (S1)
1
Pendidikan 1
1996 (S1)
Kepentingan
Penggubalan
1
Akta 1
(S2)
Pendidikan
1996

Perbandingan
Akta
1 1
Pendidikan 1
(S3) (S2)
1996 & Akta
Pelajaran 961

Cabaran
Pelaksanaan
1 1 1
Akta 2
(S4) (S5) (S3)
Pendidikan
1996
Jumlah
Soalan 2 1 1 1 - - 5
Objektif
Jumlah
1 - - - 1 1 3
Soalan Esei

17
Latihan Objektif

ARAHAN: Berikut ialah 5 soalan aneka pilihan. Jawab SEMUA soalan.

1. Akta Pendidikan 1996 turut dikenali sebagai


A. Akta Pelajaran 1961
B. Akta 550
C. Akta Pendidikan 550
D. Akta 450

2. Antara berikut, yang manakah kepentingan pengggubalan Akta Pendidikan?

i. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan


ii. Peperiksaan yang berbeza
iii. Kurikulum kebangsaan yang sama
iv. Sekolah teknik dimansuhkan

A. I sahaja
B. I dan II sahaja
C. I dan III sahaja
D. I, II, III dan IV

3. Antara berikut, yang manakah menerangkan persamaan antara Akta Pelajaran 1961
dan Akta Pendidikan 1996?

A. Menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar


B. Berpaksikan Laporan Majid 1971
C. Pendidikan pra sekolah dimansuhkan
D. Menambah bilangan guru

4. Apakah langkah yang wajar diambil oleh kerajaan untuk menghadapi cabaran
pelaksanaan Akta Pendidikan 1996 terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia?

A. Mengurangkan ganjaran terhad guru


B. Menyediakan perlatan ICT yang mencukupi di semua sekolah
C. Kurikulum baru hendaklah ditambah
D. Kuasa Menteri hendaklah diperluaskan dalam pendidikan

5. Mengapakah bahasa asing contohnya bahasa Arab perlu ditekankan dalam Akta
Pendidikan 1996?

A. Segala maklumat berkaitan tamadun Islam banyak menggunakan bahasa Arab sebagai
bahan rujukan
B. Menyatupadukan semua kaum
C. Menambah pengetahuan dalam ilmu bahasa Arab
D. Membolehkan pelajar berkomunikasi dalam bahasa Arab dengan lebih mudah

18
Latihan Esei

ARAHAN: Berikut ialah 3 soalan esei. Jawab SEMUA soalan.

1. Nyatakan tujuan Akta Pendidikan 1996 ditubuhkan?

2. Bandingbezakan Akta Pelajaran 1961 dan Akta Pendidikan 1996.

3. Pada masa ini, penggunaan teknologi semakin berleluasa. Anda sebagai seorang guru,
apakah cara yang perlu dilakukan untuk mengatasi cabaran penggunaan teknologi
dalam pendidikan?

Jawapan Latihan Objektif.

1.B 2.C 3.A 4.B 5.A

Jawapan Latihan Esei.

1. Terdapat beberapa tujuan kewujudan Akta Pendidikan 1996 iaitu memperkenalkan


beberapa peruntukan undang-undang baru mengenai pendidikan dan memenuhi kehendak
Wawasan 2020.

2. Persamaan Akta Pelajaran 1961 dan Akta Pendidikan 1996 ialah menggunakan
bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar dan berpaksikan laporan Razak 1956 dan
memupuk perpaduan antara kaum. Perbezaan antara Akta Pelajaran 1961 dan Akta Pendidikan
1996 ialah Kurikulum Kebangsaan tiada langsung diperuntukan dalam Akta Pelajaran 1961
berbanding Akta Pendidikan 1996 dalam Seksyen 18 memperuntukan semua sekolah perlu
mengikut kurikulum kebangsaan melainkan yang dikecualikan, Peperiksaan awam juga tidak
diperuntukan dalam Akta Pelajaran 1961manakala Akta Pendidikan 1996 yang berseksyen 19
telah memperuntukkan semua sekolah menyediakan murid untuk peperiksaan awam melainkan
yang dikecualikan dan Mengikut Akta Pelajaran 1961, bahasa kebangsaan adalah wajib bagi
sekolah yang dibiayai oleh kerajaan dan bantuan kerajaan sahaja tetapi apabila Akta
Pendidikan 1996 dilaksanakan Seksyen 17 (2) memperuntukkan Bahasa Kebangsaan.

3. Antara cara yang boleh dilakukan untuk mengatasi permasalahan ini iaitu
menggunakan teknologi terkini dalam pendidikan seperti Youtube, animasi, LCD serta perisian
Powtoon dan Multimedia bagi menarik pelajar mengikuti PdP. Oleh itu, guru perlu mahir dalam
mengendalikan penggunaan peralatan dan perisian tersebut selain menggunakan kaedah
pendidikan abad 21 sebagai media pembelajaran yang lebih menarik seperti round robin,
gallery walk, jigsaw, role play dan 3 stray one stay yang membolehkan PdP dapat
diterjemahkan dengan lebih berkesan.

19

Anda mungkin juga menyukai