Anda di halaman 1dari 9

KULIAH 2

SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN KHAS



Hasil Pembelajaran
Pelajar dapat:
1. Menerangkan sejarah pendidikan khas.
2. Membincangkan polisi, perundangan, trend, dan isu pendidikan khas.

Latihan 2.1

1. Apakah implikasi deklarasi dan persidangan antarabangsa tentang pendidikan khas ke
atas perkembangan pendidikan khas di negara ini?

2. Bagaimanakah akta dan perundangan memberi kesan terhadap pelaksanaan
pendidikan khas di Malaysia?

PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA

Berdasarkan Akta Pendidikan 1996 Peraturan-peraturan Pendidikan Khas (1997)
murid-murid dengan keperluan khas bermakna murid-murid yang mempunyai:
kecacatan penglihatan
kecacatan pendengaran
masalah pembelajaran

SEJARAH PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA

Minat terhadap Pendidikan Khas di Malaysia bermula pada tahun 1920an dengan
penglibatan sukarelawan yang terlibat dalam pembukaan sekolah cacat penglihatan
dan pendengaran. Laporan Jawatankuasa Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran
melalui perakuan169 membawa kepada satu penekanan dan tumpuan kepada
perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia.
Perakuan ini menyebut:
Dengan Dengan adanya kesedaran bahawa kerajaan seharusnya
bertanggungjawab terhadap pendidikan kanak-kanak cacat adalah diperakukan
kerjaan hendaklah mengambil alih sepenuhnya tanggung jawab pendidikan itu dari
pihak-pihak persatuan yang mengendalikannya pada masa ini. Disamping itu
penyertaan oleh badan-badan sukarela dalam memajukan pendidikan kanak-kanak
cacat hendaklah terus digalakkan. "





Perkembangan mengikut jenis masalah/ketidakupayaan adalah seperti berikut:

Pendidikan Masalah Penglihatan

1926

Pembukaan Sekolah Rendah (SRPK) St. Nicholas oleh Gereja Anglican di Melaka


1931

SRPK St. Nicholas berpindah ke Pulau Pinang


1948

Pembukaan SRPK Princess Elizabeth dengan kemudahan asrama oleh Jabatan
Kebajikan Masyarakat di Johor Bahru Pembukaan Institut Berasrama Pusat
Latihan Gurney - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)


1953

Pembukaan Institut Taman Harapan, Pusat Pertanian Temerloh (JKM)


1958

Pembukaan Institut Taman Cahaya, Pusat Pertanian, Sandakan (JKM)


1962

Rancangan percantuman bagi pendidikan kanak-kanak cacat penglihatan di
sekolah rendah dan menengah biasa yang dipilih,
diperkenalkan


1963

Rancangan percantuman bagi pendidikan kanak-kanak cacat penglihatan di
sekolah rendah dan menengah biasa yang dipilih, diperkenalkan

1977

Permulaan Latihan perguruan Khas dalam bidang cacat penglihatan di Maktab
Perguruan Ilmu Khas, Cheras

1978

Penubuhan Jawatankuasa Utama Pembentukan Kod Braille Bahasa Melayu
untuk mengembangkan Sistem Kod Braille Bahasa Melayu

1983

Pembukaan Sekolah Menengah Berasrama Cacat Penglihatan, Setapak
Pengambilalihan SRPK Princess Elizabeth oleh Kementerian Pendidikan sebagai
sekolah bertaraf penuh


1984

Penubuhan Jawatankuasa Kod Braille AI-Quran dan Bengkel Penulisannya bagi
tujuan mengembangkan Sistem Kod Braille AI-Quran
Penubuhan Unit Perintis Penerbitan dan Percetakan Braille/Kerabunan,
Kementerian Pendidikan untuk menyediakan bahan-bahan dalam braille
khususnya buku teks dan penyenggaraan alatan braille



Pendidikan Masalah Pendengaran

1954

Pembukaan kelas pendidikan khas di Jalan Northam, Pulau Pinang


1954

Pembukaan Sekolah Kanak-Kanak Pekak persekutuan (Rendah dan Menengah),
Tanjong Bunga, Pulau Pinang

1963

Pembukaan kelas-kelas Pendidikan Khas Rancangan. Percantuman Cacat
Pendengaran oleh Kementerian pendidikan di sekolah
rendah dan sekolah menengah biasa yang dipilih
Permulaan Latihan Perguruan Pendidikan Khas Cacat Pendengaran di Maktab
perguruan Ilmu Khas, Cheras


1978

Pengenalan Kaedah Komunikasi Seluruh oleh Kementerian Pendidikan untuk
menggubal sistem Bahasa Melayu Kod Tangan
Penubuhan Jawatankuasa Kebangsaan Komunikasi Seluruh Kementerian
pendidikan


1979

Kursus Dalam Perkhidmatan bagi guru-guru yang mengajar masalah
pendengaran dalam Bidang Komunikasi Seluruh 1984 Penubuhan
Jawatankuasa Kebangsaan Kurikulum Sekolah Menengah Pendidikan Khas
Vokasional, Kementerian Pendidikan


1985

Penubuhan Jawatankuasa Kerja Penyelarasan Komunikasi Seluruh,
Kementerian Pendidikan untuk perkembangan Sistem Kod Buku Pendidikan
Islam Penubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil Kod Dasar Agama Islam
Penubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil Kod Dasar KBSR Tahap II Bahasa Malaysia
Kod Tangan Penubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil Penggubalan Kod Tangan
Pendidikan Vokasional dan Teknikal

1987

Pembukaan Sekolah Menengah pendidikan Khas Vokasional, Shah Alam


Program Percantuman/Inklusif

1962

Program pereantuman dan inklusif bagi murid-murid cacat penglihatan
dimulakan

1988

Permulaan kelas perintis untuk murid-murid peringkat bermasalah
pembelajaran

1993

Tiga (3) pelajar pendidikan inklusif ditempatkan belajar di Tingkatan 6 Bawah di
Sekolah Menengah Methodist (Lelaki), Kuala
Lumpur


1994

Pembukaan kelas-kelas program inklusif seeara projek rintis di 14 buah sekolah
di seluruh negara

1995

Program Bermasalah Pembelajaran peringkat menengah dimulakan

(Sumber: http://skhbpkbp.blogspot.com/2007/08/sejarah-pendidikan-khas-di-malaysia.html)


DASAR DAN PERUNDANGAN PENDIDIKAN KHAS
Program pendidikan khas yang dijalankan berlandaskan kepada peraturan, perundangan,
deklarasi-deklarasi, dan persidangan

(1) Akta dan Peraturan
Akta Pendidikan 1961
Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Dasar Pelajran 1979, Bab VI
Akta Pendidikan 1996, Bab 8
Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas 1997)
Akta Pendidikan (pindaan) 2002
Keputusan Jawatankuasa Dasar, Kementerian Pendidikan Malaysia [Jawatankuasa
Perancang Pendidikan (JPP), Mesyuarat Pengurusan Kementerian Pendidikan
Malaysia, Jawatankuasa Kurikulum Pusat (JKP) dan Mesyuarat Pengurusan Jabatan
Pendidikan Khas.

Implikasi Akta dan Peraturan ke Atas Pendidikan Khas

(i) Akta Pendidikan 1961
- Member Konsep Sekolah Khas: Sekolah Khas ialah sekolah yang menyediakan layanan
pendidikan yang khas untuk murid-murid yang kurang upaya.





(ii) Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979, Bab VI
- memberi fokus kepada pendidikan kanak-kanak cacat:

Dengan adanya kesedaran bahawa kerajaan seharusnya bertanggungjawab terhadap
pendidikan kanak-kanak cacat, adalah diperakukan kerajaan mengambil alih sepenuhnya
tanggungjawab pendidikan itu dari pihak-pihak persatuan yang mengendalikannya pada
masa ini. Di samping itu, penyertaan oleh badan-badan sukarela dalam memajukan
pendidikan kanak-kanak cacat hendaklah terus digalakkan.

(iii) Peraturan Pendidikan 1997 (dlm Akta Pendidikan 1996):
mengakui hak murid berkeperluan khas utk diinklusifkan dalam kelas biasa.
- Peraturan (2) menyebut, pendidikan inklusif bermaksud: satu program pendidikan
inklusif bagi murid-murid dengan keperluan khas yang boleh menghadiri di kalam
kelas biasa bersama-sama dengan murid-murid biasa.
- Perkara ini telah dimasukkan dalam Sasaran Kerja Utama (SKU) kementerian
pendidikan pada tahun 2000, iaitu: 6.1 mengintegrasikan pelajar yang mempunyai
keperluan khas di sekolah biasa.
- Terdapat Inklusif Penuh dan Inklusif Separa

(iv) Public Law 94-142 (P.L. 94-142) (di USA)
Termaktub sebagai undang-undang pada 1975.
Pangggilan asal ialah Education for All Handicapped Children Act dan ditukar
kepada Individuals with Disabilities Education Act.
Merupakan mercu tanda kepada perundangan yang telah mengubah senario
pendidikan khas.

Ciri-ciri utama P.L., 94-142:
1. Pendidikan awam yang percuma dan sesuai hendaklah diberi kepada semua kanak-
kanak kurang upaya.
2. Sistem persekolahan mesti mempunyai cara-cara untuk melindungi hak-hak kanak-
kanak kurang upaya serta ibu bapa mereka.
3. Kanak-kanak kurang upaya hendaklah dididik bersama-sama dengan kanak-kanak
biasa ke tahap yang maksimum.
4. Satu program pendidikan yang bercorak individu (IEP) hendaklah dibentuk dan
dilaksanakan untuk setiap kanak-kanak kurang upaya.
5. Ibu bapa kanak-kanak kurang upaya hendaklah diberi/memainkan peranan yang
aktif dalam proses membuat keputusan pendidikan tentang kanak-kanak kurang
upaya.
6. Negeri-negeri yang memenuhi keperluan-keperluan dalam P.L., 94-142 akan
menerima wang cukai persekutuan untuk membantu membiayai kos tambahan bagi
menaja perkhidmatan pendidikan khas.


(2) Deklarasi Antarabangsa Berkaitan Dengan Pendidikan Khas

1. Deklarasi Hak-Hak Kemanusiaan Sejagat 1948 (PBB)
2. United nations World Program of Action Concerning Disabled Persons (1983)
3. The United Nation Convention On The Rights Of The Child (1989)
4. The Worls Declaration on Education for All (1990)
5. Deklarasi The United Nations Rule on the Equalisation of Opportunities for Persons
With Disabilities (1993)
6. The Framework for Action on Special Needs Education (Salamanca Statement,
1994).
7. Biwako Millennium Framework for Action Towards an Inclusive Barrier-Free and
Right-Based Society for persons with Disabilities in Asia and the Pacific (2002)

Implikasi Deklarasi ke atas Pendidikan Khas

(i) Deklarasi Hak-Hak Kemanusiaan Sejagat 1948 (PBB) menyentuh hak bagi setiap
individu untuk mendapat pendidikan dan ditegaskan semula dalam Persidangan Dunia
bertemakan Pendidikan Untuk Semua (Education for All) di Jomtien, Thailand pada
1990:

Keperluan-keperluan pembelajaran untuk orang kurang upaya menuntut perhatian
yang khusus. Langkah-langkah perlu diambil untuk menyediakan persamaan akses
kepada pendidikan untuk semua kategori orang kurang upaya sebagai bahagian yang
sepadu dalam sistem pendidikan.

Implikasi:
Deklarasi ini menghasilkan peraturan-peraturan Standard Mengenai Persamaan
Peluang-peluang Pendidikan untuk orang kurang upaya (1993).
Negara-negara dunia digesa memastikan bahawa pendidikan orang kurang upaya
dimasukkan dalam sistem pendidikan negara masing-masing.

(ii) Pernyataan Salamanca (7-10 Jun 1994, Spain):
Dihasilkan dalam Persidangan Dunia Mengenai Pendidikan Berkeperluan Khas:
Akses dan Kualiti.
Mereka yang memerlukan pendidikan khas mesti mempunyai akses di sekolah-
sekolah biasa yang menerima mereka dengan pedagogi yang berpusatkan murid
dan mampu memenuhi keperluan mereka.
Sekolah-sekolah biasa yang berorientasi inklusif merupakan cara yang paling
berkesan untuk menentang sikap-sikap diskriminasi, membentuk komuniti-
komuniti yang menerima, membina masyarakat yang inklusif dan memenuhi
pendidikan untuk semua.

Implikasi: Pendidikan Inklusif diperkenalkan
(3) PERSIDANGAN DUNIA



- Laporan Warnock (Warnock Report)

The Committee of Enquiry into Education of Handicapped Children and Young
People ditubuhkan pada 1974.
Mesyuarat pertama pada Sept. 1974 dan yang terakhir pada Mac 1978.
Melalui akta-akta yang telah ada menjadikan semua kanak-kanak berkeperluan
khas termasuk dalam kerangka pendidikan khas. Semua kanak-kanak yang walau
bagai mana teruk ketidakupayaannya, tetap dikira sebagai boleh dididik.
Tujuan pendidikan adalah sama bagi semua (berupaya atau tidak berupaya).
Intervensi awal kanak-kanak berkeperluan khas (sehingga 5 tahun).

Latihan 2.2

1. Berikan cadangan untuk mengatasi isu dan cabaran berkaitan dengan pelaksanaan
pendidikan negara ini.

TREND DAN ISU
1. Pentadbiran
Kebanyakan pentadbir tidak mempunyai latar belakang pendidikan khas, dan
pengetahuan mereka tentang kanak-kanak berkeperluan khas adalah sangat
terhad.
Ada Guru Besar yang tidak mematuhi pekeliling yang dikeluarkan oleh KPM dan
tidak berminat dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di kelas PKBP.
Guru Besar kurang memberi dorongan kepada guru yang mengajar kelas-kelas
intergrasi untuk mengikuti kursus dalam perkhidmatan.


2. Guru
Kekurangan guru terlatih yang mengajar kelas PKBP.
70% guru yang mengajar kelas PKBP adalah tidak terlatih dalam bidang pendidikan
khas.
Jawatan guru resos tidak ada di peringkat sekolah
Kekurangan guru juga menjadi masalah terutamanya apabila kekosongan tempat
guru yang bertukar, naik pangkat, atau bersara tidak diganti.

3. Ibu Bapa
Tidak memberi kerjasama kepada guru-guru.
Ibu bapa pelajar normal memandang serong terhadap murid bermasalah
pembelajaran terutamanya apabila murid ini diinklusifkan di dalam kelas bersama-
sama anak mereka.
Ada ibu bapa yang tidak suka anak mereka bergaul dengan kanak-kanak
berkeperluan khas.

4. Pelaksanaan Rancangan Pendidikan Individu (RPI) tidak dapat berlaku secara
menyeluruh dan berkesan kerana:
Pasukan pelbagai disiplin sukar dibentuk dan tiada pihak yang bertanggungjawab
terhadap pembentukan dan perancangan sepenuhnya.
Kurang pemahaman tentang kandungan RPI.
Kurang kaki tangan yang mahir dan berpengalaman dalam bidang tertentu.
Tanggapan yang negatif dan kesedaran yang rendah terhadap kepentingan
pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas.
Tiada penurunan kuasa kepada ibu bapa untuk memilih jenis pendidikan untuk
anak mereka.

5. Masih ramai kabak-kanak berkeperluan khas tidak mendapat pendidikan formal

6. Isu dalam pendidikan inklusif:
Tiada kriteria kursus yang boleh dijadikan panduan oleh pihak sekolah untuk
mengenal pasti murid berkeperluan khas yang layak dimasukkan ke kelas biasa
(guna budi bicara sendiri).
Kebanyakan sekolah tidak mempunyai perancangan strategi tentang pendidikan
inklusif.
RPI bagi murid inklusif tidak disediakan.
Kebanyakan Guru Besar tidak ada pendedahan tentang pengurusan pendidikan
inklusif.
Kebanyakan sekolah menyerahkan tugas pengurusan pendidikan inklusif kepada
Penyelaras Pendidikan Khas. Disebabkan tumpuan perlu diberikan kpd murid-murid
di kelas khas yang lebih bermasalah, pendidikan inklusif tidak dapat dikendalikan
dengan berkesan.
Murid pendidikan inklusif di sesi petang lebih terabai kerana tiada guru khas
bertugas di sebelah petang.
Ada sekolah yang tidak membenarkan murid inklusif menduduki UPSR kerana
dikhuatiri prestasi sekolah boleh terjejas oleh pencapaian rendah murid ini.
Kaedah dan strategi tidak diubah suai bagi memenuhi keperluan murid inklusif.
Cuma memberi perhatian istimewa kepada mereka sahaja.

Isu Murid





Rujukan

Buku Maklumat Pendidikan Khas 2007, Kementerian Pelajaran Malaysia

Chua Tee Tee & Koh Boh Boon (1992). Pendidikan khas Dan pemulihan : bacaan
asas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pendidikan Khas Masalah Bermbelajaran, Sekolah kebangsaan Ulu Bernam,
http://skhbpkbp.blogspot.com/2007/08/sejarah-pendidikan-khas-di-malaysia.html

Anda mungkin juga menyukai