Anda di halaman 1dari 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, MELAKA

TEKS UCAPAN PENGARAH SEMINAR PEMANTAPAN AQIDAH

TARIKH 26 SEPTEMBER 2013

TEMPAT BALAI ISLAM SAIDATINA AISYAH, INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, MELAKA

ANJURAN PISMP PENGAJIAN AGAMA JANUARI 2011 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, MELAKA

TEKS UCAPAN UNTUK PENGARAH IPGM KPM (PUAN ------------------------------------)

Terima kasih saudari Pengerusi Majlis, Yang Dihormati, Ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral En.Ariffin bin Salleh, Penyelaras Program, En Ibrohim bin Toha, para pensyarah, serta para guru pelatih sekalian. Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan.

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya kita dapat berkumpul pada petang ini untuk menjayakan satu aktiviti anjuran PISMP Pengajian Agama ambilan Januari 2011

Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam menjayakan Seminar Pemantapan Akidah pada hari ini. Jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada semua pensyarah dan guru pelatih yang sudi hadir menyertai seminar pemantapan aqidah pada hari ini. Saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada para guru pelatih PISMP Ambilan Julai 2011 yang telah bertungkus-lumus untuk menjayakan Seminar Pemantapan Aqidah pada kali ini.

Seminar Pemantapan Aqidah ini diadakan melibatkan pensyarahpensyarah daripada JAPIM dan guru-guru pelatih daripada Unit Pengajian Agama. Aktiviti ini bertujuan untuk mendedahkan guru pelatih tentang kesedaran berkenaan keperluan dalam memantapkan aqidah. Selain berfokuskan akademik, guru pelatih hari ini perlu memberi penekanan

kepada faktor akidah mereka dalam proses mempersiapkan diri untuk bergelar seorang graduan yang mantap dari segala aspek. Seperti yang kita lihat dunia hari ini memperlihatkan kepelbagaian cetusan fahaman yang dikatakan Islam yang sebenar. Maka, guru pelatih perlu bijak dalam menilai yang terbaik selari dengan memiliki asas yang kukuh agar tidak terpesong dari jalan yang betul.

Seiring dengan hasrat IPG sendiri iaitu melahirkan guru yang menguasai disiplin ilmu, mengungguli kemahiran keguruan dan memiliki akhlak mulia, dapat diperolehi melalui seminar ini dengan merebut peluang untuk menimba pelbagai bidang ilmu supaya dapat duduk sama rendah dan berdiri lebih tinggi dari mahasiswa di luar sana.

Seminar ini juga membolehkan guru-guru pelatih menimba ilmu pengetahuan berdasarkan pengalaman mereka ketika menguruskan aktiviti ini. Saya percaya, pengalaman yang mereka perolehi sangat berguna untuk dipraktikkan oleh guru-guru pelatih pada masa hadapan.

Akhir kata, dengan lafaz yang mulia, bismillahirrahmanirrahim, saya dengan ini merasmikan Seminar Pemantapan Aqidah pada kali ini Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai