Anda di halaman 1dari 1

Semasa menjalankan tugasan pelaporan amali ini, di peringkat awal lagi saya merasa agak sukar untuk saya

memahami kandungan kursus. Walau pun saya mempunyai pengalaman mengajar sains dan pernah belajar Sains semasa di sekolah menengah dahulu, namun kandungan dan perincian bagi kursus anatomi dan fisiologi ini amat berbeza dan rumit sekali samada untuk memahami atau pun mengingati fakta-faktanya. Saya juga dapat merasakan masa yang diberi agak terhad memandangkan terdapat satu lagi tugasan lain dalam kursus yang perlu diselesaikan juga serta perlu dihantar serentak pada tarikh yang sama. Namun hasil daripada semangat dan bimbingan pensyarah kursus ini iaitu En Alyes, dapatlah juga akhirnya saya melaksanakan amali ini dengan baik. Saya memulakan langkah pertama saya dengan memilih tajuk yang saya mudah fahami dan pernah belajar dulu. Ini bagi memudahkan saya untuk mengembangkan idea dan fakta yang terdapat dalam sumber rujukan. Pelbagai proses saya lalui untuk mendapatkan sumber maklumat. Di antaranya saya membeli buku anatomi dan fisiologi untuk kursus kejururawatan, dari pelajar PISMP dan juga sumbersumber darti internet. Menariknya , saya turut menjalankan proses temubual secara tidak langsung dengan kakak saya yang merupakan seorang jururawat dan pakar dalam bidang kardiovaskular (coronary). Masalah yang saya hadapi semakin dipermudahkan oleh Allah s.w.t . Oleh itu, dengan penerangan n ringkas darinya tantang anatomi dan fisiologi tentang tajuk tajuk yang saya pilih, saya semakin memahami betapa perlunya kita sebagai manusia dan insane yang dikurniakan Allah anggota badan serta organ organ yang berfungsi di dalam menjalankan sistemsitem tertentu pada setiap detik hidup ini harusnya memelhara dan menghargainya setiap masa. Pengajaran yang bersungguh-sungguh dengan menggunakan persembahan multi media serta penjelasan yang baik oleh pensyarah juga sangat membantu untuk saya mendalamai kursus ini. Ada di antara tajuk tajuk tertentu di dalam tugasan amali ini, saya menggunakan alat pengurusan grafik bagi memudahkan proses penerangan saya tentang kandungan menjadi ringkas tetapi menetapi kehendk tugasan. Dari segi perkembangan kognitif , saya amat tertarik dan timbul perasaan ingin tahu yang sangat mendalam tentang peranan dan fungsi setiap sel , organ atau bahagian badan kita serta kajian ke atas bahagian-bahagian ini. Dallam erotic kata lain, ianya merupakan pengetahuan baru yang amat bernilai bagi saya untuk terus membuat pembacaan dan memahami anatomi dan fisiologi memandangkan kursus ini amat berkait rapat dengan mata pelajaran yang diajar oleh saya do sekolah rendah. Adalah diharapkan dengan pengetahuan yang saya baru diperolehi ini, ianya dapat dimanfaatkan dan boleh disampaikan serta sebar-sebarkan kepada rakan rakan sejawat , murid-murid sekolah serta masyarakat amnya. Terima kasih sekali lagi yang tidak terhingga kepad En Alyes di atas sesi kuliah dan tutorial yang sangat aktif sepanjang kursus ini berlangsung semasa berinteraksi dengan beliau.

Anda mungkin juga menyukai