Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI

REFLEKSI Bismillahirrahmanirrahim.. Pertama sekali bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya.saya dapat menyiapkan tugasan ini sejajar dengan waktu yang telah ditetapkan.Alhamdulillah. Terima kasih pada rakan-rakan sekelas kerana memberi kerjasama yang baik sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini kerana tidak jemu

memberi bantuan dan penerangan. Terima kasih juga pada rakan-rakan lain yang sudi berkongsi ilmu. Melaksanakan tugasan ini mmberikan saya pelbagai input tambahan tentang apa itu teori bahasa. Tajuk yang berhubung dengan teori bahasa yang mengetengahkan empat jenis aliran teori. Dalam tugasan ini, kami diminta untuk memilih dua aliran teori bahasa seterusnya membezakan teoriteori tersebut. Teori yang telah saya pilih ialah teori___ dan teori___. Kelebihan Selain itu, melalui implikasi teori-teori tersebut terhadap pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, saya mendapati bahawa merupakan teori bahasa ini merupakan asas penting bagi mengenalpasti bahan pengajaran dan prosedur-prosedur mengajar. Sebagai seorang bakal guru, bagi saya tugasan ini amat membantu bahkan rasanya bukan sahaja untuk saya malah rakan- rakan lain juga kerana banyak maklumat baru yang amat berguna dapat ketahui dan diperolehi tuntasnya dalam menguasai dan meluaskan ilmu pengetahuan tentang Bahasa Melayu apatah lagi saya dalam subjek minor Bahasa

Melayu. Dengan adanya tugasan seperti ini, saya mampu menguasai dan memahami dengan lebih baik tentang pola keselarasan vokal. Saya telah mampu untuk mengaplikasikan sistem keselarasan vokal dalam sistem ejaan Bahasa Melayu. Tugasan ini yang mengarahkan saya untuk mengelaskan perkataan dalam petikan berdasarkan kumpulan pola keselarasan

vokal,meyebabkan saya semakin memahami dan semakin mudah untuk mengingat pola keselarasan vokal denga lebih efektif.
PM3311P4

REFLEKSI
Pada saya, tugasan ini memerlukan ketelitian dan tanggungjawab yang ketat. Bukan mudah memahami apabila terlalu banyak subjek lain juga yang perlu dipelajari.Oleh itu, saya sebagai pelatih guru berasa perlu

mempersiapkan diri lebih awal dan menimba ilmu secukupnya sebagai bekalan untuk bertugas di sekolah nanti. Konsep menuntut ilmu dari buaian hingga ke liang lahad perlu dijadikan pegangan kerana ilmu dijadikan panduan dalam hidup kita. Sesungguhnya segala amal bakti seorang guru dalam menyampaikan ilmu yang bermanfaat kepada anak didiknya akan melayakkan dirinya mendapat ganjaran kebaikan, meskipun setelah pergi mengadap Ilahi. Rasulullah SAW juga bersabda yang bermaksud: "Apabila meninggal dunia seorang manusia, maka terputuslah pahala amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, anak soleh yang mendoakannya." (Hadis riwayat Muslim). Sekian, terima kasih.

PM3311P4

Anda mungkin juga menyukai