Anda di halaman 1dari 2

MPU3122 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

LAPORAN REFLEKTIF (TENTANG KURSUS)

Di sepanjang kursus bagi subjek Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) pada
kali ini telah banyak memberi ilmu pengetahuan baru pada saya.Melalui tugasan yang
diberikan,saya dapat mengetahui dengan lebih terperinci tentang tamadun islam dan asia di
seluruh negara.Tugasan-tugasan yang diberikan memerlukan saya mencari maklumat
berkaitan kedatangan tamadun-tamadun islam dan asia,peranan dan pengaruh dalam
masyarakat dulu dan kini.Jika sebelum ini , saya hanya mengetahui mengenai tamadun islam
sahaja berbanding dengan tamadun lain.Semasa melaksanakan tugasan kerja (TITAS)
ini,saya telah menerima banyak faedah yang berguna dan baik untuk diri saya sendiri.Setelah
membuat banyak rujukan dan perbincangan bersama raka-rakan sekursus,saya mula lebih
mengenali serta memahami tentang sejarah taamadun-tamadun islam dan asia secara lebih
terperinci lagi.

Melalui segala pengalaman dan ilmu baru yang telah saya perolehi,saya akan
praktikkan sebaik mungkin dan akan saya kongsikan ilmu ini kepada para pelajar yang
lain.Selain itu,melalui proses membuat tugasan kerja kursus ini yang saya laksanakan
bersama-sama rakan telah membuatkan hubungan silaturrahim antara kami semakin
rapat.Sikap toleransi,bekerjasama,dan disiplin antara pensyarah dan semua rakan-rakan juga
dapat di tingkatkan melalui proses membuat tugasan kerja kursus ini.Saya mula lebih
mengenali sikap dan sahsiah rakan-rakan dan cara pengajaran pensyarah dan hal ini sekaligus
mengukuhkan hubungan antara kami.Pengalaman berinteraksi bersama pensyarah dan rakan-
rakan membolehkan saya memperbaiki dan meningkatkan cara saya berkomunikasi.Hal ini
sekaligus dapat melatih saya untuk berkomunikasi dengan lebih baik.Selain itu,tunjuk ajar
yang diberikan oleh pensyarah dalam proses menyiapkan tugasan membolehkan saya
memperbaiki kelemahan yang terdapat pada diri saya sendiri.

Pada pandangan saya,saya mencadangkan agar para pelajar sendiri dapat meluangkan
lebih banyak masa dengan para pensyarah sama ada bersemuka di dalam kelas ataupun
melalui system alam maya yang telah disediakan oleh OUM sendiri.Ini kerana saya sedar
para pelajar lebih suka untuk berbincang mengenai tugasan-tugasan tanpa melibatkan
pensyarah itu sendiri.Dengan kehadiran pensyarah,pelajar akan dapat lebih banyak maklumat
atau tips dalam menyiapkan tugasan yang diberikan.Cadangan seterusnya ialah mengadakan
perbincangan di kalangan pelajar walaupun pensyarah tidak hadir di dalam kelas.Walaupun
pensyarah tidak hadir kerana ada urusan tertentu,para pejar hendaklah mengisi masa tersebut

1
MPU3122 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

dengan meneruskan pembelajaran yang telah diberikan oleh pensyarah dan berbincang
mengenainya.Cadangan saya yang terakhir ialah pupuk minat pelajar agar hadir ke kelas pada
tarikh ditetapkan.Pensyarah hendaklah mengambil tanggungjawab ini agar pelajar-pelajar
kursus ini berminat untuk hadir di dalam kelas.Pensyarah perlu mempunyai idea kritif untuk
menarik minat pelajar dalam sesi pembelajaran di dalam kelas.Pensyarah boleh membuat
pilihan sama ada mengajar dalam bentuk formal atau membuat perubahan dengan teknik
mengajar secara kreatif.Ini secara tidak langsung dapat menarik minat para pelajar untuk
hadir ke dalam kelas.

Secara keseluruhannya,melalui proses membuat tugasan – tugasan daripada subjek ini


telah memberikan banyak faedah kepada saya.Saya juga mendapat banyak maklumat dan
manfaat daripada tugasan-tugasan yang telah di siapkan pada kali ini.Ternyata ia amat
berbaloi pada saya walaupun penat lelah menyiapkan kerja kursus ini.Sekian.

Anda mungkin juga menyukai