Anda di halaman 1dari 1

1. Apakah yang saya pelajari daripada kursus ini?

Dalam kursus ini banyak yang telah saya pelajari antaranya ialah mengetahui apa
itu tamadun, bagaimana pembentukan tamadun Islam dan sumbangannya terhadap
kesejahteraan hidup, tamadun Melayu dan sumbangannya serta hasil pencapaian tamadun
Melayu terhadap peradaban dunia, tamadun China dan sumbangannya terhadap
peradaban dunia, tamadun India dan sumbangannya terhadap peradaban dunia serta isu
semasa dan masa hadapan yang berkaitan dengan tamadun. Saya mula merasakan
kepentingan kursus ini bagi diri saya kerana dengan mempelajari kursus ini saya dapat
mempelajari bagaimanakah perkembangan agama saya iaitu tamadun Islam. Bukan itu
sahaja, saya juga turut mempelajari bahawa kursus ini berperanan penting dalam
membina tamadun Malaysia agar masyarakat peka dengan isi-isi ketamadunan serta
mempunyai sikap positif terhadap persekitaran.

2. Bagaimanakah pengalaman pembelajaran saya sepanjang kursus ini?

Sepanjang mempelajari kursus ini saya merasa teruja kerana dapat mengetahui
bagaimanakah bermulanya pembentukan tamadun, seperti tamadun Islam, tamadun
Melayu, tamadun China dan tamadun India. Selain itu, saya memperoleh banyak faedah
melalui kursus ini, iaitu saya dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dengan rakan-
rakan yang mengambil kursus ini, Dalam masa yang sama saya juga dapat memperbaiki
cara saya berinteraksi dengan pensyarah dan rakan-rakan dalam mempelajari kursus ini.
Melalui pengalaman dan ilmu yang saya perolehi, saya akan praktikkan dan manfaatkan
ilmu tersebut sebaik mungkin.

3. Apakah cadangan saya untuk meningkatkan kualiti pembelajaran bagi kursus ini?

Cadangan saya untuk meningkatkan kualiti pembelajaran bagi kursus ini ialah
proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan dengan melakukan aktiviti lain selain
pertunjukan slaid agar matapelajaran yang diajar lebih jelas. Selain itu, saya juga
menyarankan agar pensyarah memberikan soalan latihan tambahan bagi setiap topik agar
pelajar mudah untuk mengingati topik tersebut. Seterusnya, saya mencadangkan agar
pensyarah membincangkan topik pembelajaran secara mendalam bukan yang asas sahaja.
Akhir sekali, saya mencadangkan agar teknik pembelajaran bersifat menyeluruh seperti
mengadakan perdebatan mengenai topik-topik yang dipelajari. Saya berharap agar
cadangan yang saya kemukakan ini dapat membantu meningkatkan kualiti pembelajaran
bagi kursus ini.

(288 Patah Perkataan)

Anda mungkin juga menyukai