Anda di halaman 1dari 1

1. Apakah yang saya pelajari daripada kursus ini?

Kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia ini memfokus kepada peranan ilmu ketamadunan
dalam membina masyarakat Malaysia berasaskan prinsip-prinsip tamadun bagi mengamalkan
semangat hormat menghormati dan berinteraksi dalam masyarakat pelbagai agama. Pengajian
ketamadunan ini juga berperanan penting dalam pembinaan tamadun Malaysia agar
masyarakat peka dengan isi-isi ketamadunan dan mempunyai sikap positif terhadap dialog
budaya dan tamadun. Refleksi saya tentang tamadun china ini ialah saya dapat belajar
bahawa sebenarnya sebagai seorang islam , untuk menyebarkan sesuatu dakwah kita haruslah
berfikir dan bertindak dengan bijak.Hal ini amat memberi impak kepada saya kerana
tindakan bijak khalifah uthman yang menghantar saad bin abi waqqas ke chinalah yang
menyebabkan islam tersebar di china. Tindakan ini amat bijak kerana beliau terus
menyampaikan dakwah kepada si pemimpin . Jika pemimpin menerima dakwah itu, sudah
tentu si pengikut akan mengikut jejak langkah si pemimpin. Bagi saya , tamadun china antara
tamadun yang memperlihatkan kepandaian umat islam dalam strategi menyamapaikan
dakwah.

2. Bagaimanakah pengalaman pembelajaran saya sepanjang kursus ini?

Sepanjang pengalaman pembelajaran saya sepanjang kursus ini, saya memperolehi cara
pembelajaran yang baru daripada pensyarah kami, sepanjang kami menghadiri kelas titas.
Hubungan interaksi antara kami pelajar dan pensyarah juga sangat baik kerana ,kami dapat
berinteraksi bersama pensyarah dan rakan-rakan bagi melaksanakan tugasan ini
membolehkan saya memperbaiki dan meningkatkan cara saya berkomunikasi. Hal ini
sekaligus dapat melatih saya untuk berkomunikasi dengan baik dan membuat persediaan
untuk menjadi seorang insan yang berkualiti.

3. Apakah cadangan saya untuk meningkatkan kualiti pembelajaran bagi kursus ini?

Cadangan saya untuk meningkatkan kualiti pembelajaran bagi kursus ini, dapat ditambahkan
lagi masa interaksi iaitu menghadiri kelas. Dari segi jadual mahupun masa. Yang lain,
Alhamdulillah semuanya baik sahaja.

Anda mungkin juga menyukai