Anda di halaman 1dari 3

PENDIDIKAN DAN SAINS SOSIAL

SEMESTER 1 / TAHUN 2019

MPU1103

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

NAMA : SYLVIA BINTI TIMBAH


NO. MATRIKULASI : 800629125974001
NO. KAD PENGENALAN : 800629-12-5974
NO. TELEFON : 017-8692528

E-MEL : sylviat@oum.edu.my
PUSAT PEMBELAJARAN : UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA,
SABAH
LAPORAN REFLEKSI TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

Dalam kursus TITAS ini saya telah mempelajari tamadun Islam, tamadun Melayu,
tamadun China dan tamadun India dan sumbangan-sumbangannya. Kursus ini telah memberi
pendedahan kepada saya bahawa semua bangsa di dunia ini mempunyai tamadun tersendiri,
sejarah tersendiri dan semua tamadun mempunyai kebaikan dan keburukan masing-masing.
Semua tamadun akan melalui 3 tahap iaitu pembinaan, kegemilangan dan akhirnya
keruntuhan. Keruntuhan tamadun akan berlaku apabila manusia melupakan amalan agama.
Kehilangan nilai agama boleh menyebabkan masyarakat hilang pedoman dan panduan hidup,
hidup tanpa peraturan, hilang kasih sayang sesama manusia, mengikut hawa nafsu dan
mementingkan materialistik adalah faktor yang menghilangkan peradaban manusia.
Contohnya, pascamodenisme iaitu satu gaya hidup bebas, tanpa batas adat, agama dan moral
dengan penolakan terhadap agama dan apa sahaja kebenaran yang hakiki, juga penolakan
terhadap nilai yang mutlak. Ia juga merupakan cara pemikiran dan penteorian baru tentang
kehidupan manusia dan masyarakat hari ini. Zaman yang punya cara dan gaya serba baru
membuang semua gaya kuno dan lapuk. Setiap tamadun mempunyai amalan dan pengajaran
agama yang tersendiri seperti Tamadun Melayu yang dibina berasaskan kepada agama Islam,
Tamadun India berasaskan kepada agama Brahmin dan Hindu dan Tamadun China pula
mengutamakan pengajaran Konfusius. Ketiga-tiga agama ini masing-masing membimbing ke
arah kebaikan. Oleh itu, kita tidak harus melupakan amalan agama kerana semua agama
mengajar kita membuat benda yang baik dan menjadi seorang yang baik hati, bermoral
tinggi, tidak mencederakan orang serta menjaga alam sekitar kerana alam sekitar merupakan
anugerah Tuhan.
Pengalaman pembelajaran saya sepanjang kursus ini telah membuka mata saya
bahawa banyak benda yang perlu saya terokai untuk memahami sesuatu tamadun dengan
lebih mendalam. Ia telah mengajar saya menjadi seorang yang rendah hati, memupuk
persefahaman tulen dan sikap hormat menghormati dalam kalangan rakyat pelbagai agama,
keturunan bangsa dan budaya di negara ini. Ia telah mengajar saya supaya membuat baik
berdasarkan prinsip Karma dan melakukan kebaikan tanpa mengharapkan hasil daripadanya
berdasarkan Doktrin Karma Yoga seperti yang terdapat dalam tamadun India. Ia juga
mengajar saya supaya mencari ilmu kerana ilmu merupakan faktor terpenting dalam
menentukan kebahagiaan individu dan kejayaan serta kekuatan sesuatu bangsa atau umat.
Contohnya dalam tamadun Islam Ilmu adalah salah satu faktor yang menonjolkan kehebatan
tamadun Islam dan ia tidak terhad kepada penguasaan ilmu yang dimiliki oleh sarjana yang
menggerakkan tamadun tersebut sahaja, bahkan turut meliputi penguasaan ilmu dari pelbagai
aspek lain dan hubung kait penguasaan ilmu dari tamadun terdahulu yang ketara menerusi
keupayaan menghasilkan karya asli dalam bidang yang diceburi. Selain itu, hubungan
silaturrahim antara pensyarah dan rakan kelas dapat dieratkan sepanjang pembelajaran saya
dalam kursus ini. Seterusnya, saya lebih berfikiran terbuka dan menerima idea-idea dari rakan
sekelas. Contohnya, semasa kami membincangkan tentang perbezaan tamadun Melayu,
China dan India, kami mendapati terdapat beberapa perbezaannya dari segi agama, budaya,
bahasa dan etika. Dari sini juga sikap bekerjasama, displin, saling bantu-membantu dan
toleransi juga dapat dipertingkatkan semasa perrbincangan dijalankan.
Cadangan saya ialah menambahbaikan serta memantapkan kursus ini agar sesuai
dengan keperluan semasa dan mempelbagaikan kaedah pengajaran seperti penggunaan slaid
dan video, melakukan aktiviti berkumpulan supaya pelajar-pelajar dapat bekerjasama dengan
pelajar lain daripada pelbagai kaum dan agama. Mengupah seorang pensyarah yang
mempunyai kepakaran dan pengalaman yang mendalam dalam kursus TITAS supaya
pengajaran dapat dijalankan dengan berkesan dan difahami oleh pelajar juga amatlah
diperlukan. Dalam pada itu, pelajar juga perlu memperbanyakkan masa melayari internet dan
banyak membaca untuk mengetahui dan mempelajari tentang tamadun dengan lebih
mendalam. Akhir sekali laman web MyInspire juga perlu dikemaskini setiap masa sekiranya
terdapat pembaharuan dan memperbanyakkan live forum bersama e-tutor yang juga pakar
kepada setiap kursus yang diambil oleh pelajar bagi membantu para pelajar menghadapi
kesukaran dalam mana-mana kursus.

Anda mungkin juga menyukai