Anda di halaman 1dari 3

REFLECTIVE REPORT

TITAS

NAME : HELINA KASTURI


MATRICULATION NO : 760311145226001
E-MAIL : helinakasturi@oum.edu.my
LEARNING CENTRE : PJ LEARNING CENTRE

1) APAKAH YANG ANDA PELAJARI UNTUK SUBJEK TITAS?


Subjek TITAS telah membuat saya lebih memahami asal usul Tamadun Islam dan
Tamadun Asia serta bagaimana ia telah mempengaruhi Negara kita. TITAS memberi kita
satu pengetahuan untuk mengekalkan sesebuah tamadun kerana ia umpama identiti
Negara kita . Melalui subjek ini saya dapat menanamkan sikap saling menghormati serta
mengekalkan kasih sayang antara satu sama lain walaupun hidup berbilang bangsa ,
keturunan dan adat bagi mengekalkan keamanan dan keharmonian Negara. Pentingnya
mempalajari mengenai tamadun agar masyarakat kini tahu tentang asal usul mereka dan
menjadikannya sebagai teladan daripada semua kebaikkan dan keburukkan yang berlaku
didalam sesuatu tamadun. Selain itu, saya dapat mempelajari bentuk kata, frasa, fungsi
frasa , ayat pasif dan pasif serta maksud morfologi. Oleh itu, subjek TITAS adalah satu
subjek yang memang harus diperdedahkan kepada kita agar penyatuan kaum dan
pembangunan Negara dapat dikukuhkan. Akhir sekali, dengan mempelajari Tamadun
Islam dan Tamadun Asia kita boleh menjadikan seseorang tokoh yang terlibat sebagai
inspirasi kepada diri untuk memperoleh kejayaan dengan mempelajari sifat-sifat yang
ditunjukkan semasa perkembangan tamadun tersebut.

2) PERASAAN DAN PENGALAMAN SUBJEK TITAS


Saya berasa amat gembira dan bangga kerana dapat mempelajari TITAS. Sepanjang
menghadiri kelas TITAS ini saya dapat mendalami pengetahuan saya mengenai latar
belakang sesuatu tamadun serta mengambil iktibar darinya. Melalui subjek ini juga saya
mengetahui bertapanya agama Islam serta agama-agama yang lain mempengaruhi Negara
kita. Banyak yang saya masih tidak faham telah didedahkan serta keterangan tutor yang
berpengalaman sangat ringkas dan menarik. Kaedah pembelajaran subjek TITAS di
OUM ini sangat memberangsangkan bagi pelajar-palajar terutamanya yang sudah
berusia. Soalan MCQ dan SEQ sangat membantu dalam memperolehi markah yang
diperlukan untuk lulus subjek ini. Oleh itu, saya dapati manfaat yang lebih mendalam
dalam memperbaiki pemikiran yang cetek terhadap sejarah tamadun – tamadun dan
bagaimana ia telah memberi kesan dalam diri setiap individu serta tidak dapat dinafikan.
Saya juga telah mengetahui kewajaran subjek TITAS disandarkan pada hakikat bahawa
melalui pengaruh masing-masing dan juga pengaruh bersama tamadun Melayu, tamadun
India , tamadun Cina dan tamadun Islam telah meninggalkan kesan mendalam ke atas
perkembangan ciri-ciri kepelbagaian masyarakat Malaysia. Saya juga mendapati
sumbangannya kepada cita-cita Negara dalam mewujudkan perpaduan dan keharmonian
di kalangan rakyat Negara ini. Menerusi pengajian tamadun-tamadun yang telah dipilih
saya rasa lebih maklum tentang latar belakang sejarah kepelbagaian masyarakat kita. Di
Malaysia saya berasa dialog peradaban amat perlu bukan hanya sebagai wahana dasar
bagi kesinambugan tamadun Malaysia keseluruhannya disamping dialog itu penting
untuk membina tapak atau asas nilai spiritual yang kukuh bagi memastikan pembangunan
dan kemajuan material yang begitu pantas kita lalui tidak meminggirkan keperluan
‘pembangunan insan’ yang merupakan tujuan akhir segala pembangunan material- fizikal
tersebut.

3) CADANGAN MENINGKATKAN QUALITI PELAJARAN DAN


PEMBELAJARAN SUBJEK TITAS

Cadangan saya untuk meningkatkan kualiti pembelajaran bagi kursus ini ialah dengan
memperbaiki dan mengemaskini video pembelajaran yang terdapat dalam setiap kursus
myinspire. Hal ini kerana, kadangkala pembaharuan itu harus dilakukan supaya kita dapat
meningkatkan lagi mutu dan kualiti sesebuah keluaran. Setakat ini, video pembelajaran
yang berada di myinspire sangat padat tetapi masih ada kekurangan dari segi isi dan
maklumat. Kedua, saya harap pensyarah yang bertugas untuk mengendalikan forum dapat
melakukan pembelajaran“live streaming” yang menggunakan Webex seperti
kebanyakkan universiti lakukan. Pensyarah face-to-face serta yang terlibat haruslah
pensyarah yang sama kerana pensyarah akan dapat mengenali pelajar mereka dengan
mendalam lagi serta pelajar juga akan memahami pensyarah mereka dan juga berasa
lebih senang untuk meminta sesuatu kemusykilan yang mereka hadapi. Pensyarah
sepatutnya memberi pandanagan yang releven dengan semua agama melainkan
menitikberatkan Agama Islam sahaja disebabkan terdapat pelajar yang berbilang kaum
yang menghadiri kelas. Saya rasa pensyarah seperti Pn Sharliana yang sangat berwibawa
dan berpengetahuan yang sangat mendalam dalam sejarah harus dilantik untuk membuat
kelas yang lebih kerap memandangkan subjek TITAS ini merupakan subjek yang kurang
diminati oleh kebanyakkan pelajar. Cara penerangan yang berbentuk isi penting sangat
mudah difahami.

Anda mungkin juga menyukai