Anda di halaman 1dari 1

Burung Gagak Dan Burung Merak

1. Burung merak dan burung gagak berkawan


baik. Kedua-duanya mempunyai badan yang
berwarna putih.
2. Pada suatu hari, burung merak dan burung
gagak terjumpa cat yang pelbagai warna.
3. Burung merak meminta burung gagak
mewarnakan badannya dengan cat-cat
tersebut.
4. Kemudian, giliran burung merak pula yang
mewarnakan badan burung gagak. Namun
begitu, burung merak mula berasa risau
sekiranya burung gagak lebih cantik
daripadanya. Oleh sebab itu, burung merak
mewarnakan badan burung gagak dengan
warna hitam.
5. Burung gagak amat terkejut apabila
mendapati badannya berwarna hitam.
6. Semenjak hari itu, badan gagak berwarna
hitam dan badan burung merak berwarna-
warni.

Anda mungkin juga menyukai