Anda di halaman 1dari 31

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

KERJA KURSUS : PROJEK


TITAS
WAJ 3101

Nama : Afiqah Binti Zainal Arif


Angka Giliran : 2011202310078
No Kad Pengenalan :9303014-14-5124
Program : Program Ijazah Sarjana Muda
Perguruan (PISMP)
Ambilan : Jan 2013
Kumpulan/Unit : 1.04 PA (SJKC)
Nama Pensyarah Kursus: Ustaz Masrur Bin Ibrahim
Tarikh Hantar : 15 Mac 2013
ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK MUKA SURAT

1.0 PENGHARGAAN 1

2.0 LAPORAN 2- 19

3.0 REFLEKSI 20- 28

4.0 RUJUKAN 29

5.0 LAMPIRAN
1.0 Penghargaan

Pertama sekali saya, Afiqah Binti Zainal Arif ingin melahirkan syukur ke hadrat
Allah di atas segala petunjuk rahmat dan hidayah-Nya. Alhamdulilah, tugasan kerja
kursus projek, Tamadun Islam Dan Tamadun Asia (TITAS) ini telah berjaya disiapkan
dengan ilham dan, kurniaan dan petunjuk yang diberikan. Selawat dan salam ke atas
junjungan Nabi besar kita, Muhammad S.A.W kepada ahli keluarganya, seterusnya
kepada para sahabat baginda dan para tabiin, para alim ulama sehinggalah kepada
hamba-hamba Allah yang mengikut jejak langkah mereka.

Terima kasih yang amat terhingga kepada kedua ibu bapa saya yang telah
mendidik dan mengasuh saya dari kecil hinggalah hari ini dalam ketaatan kepada
Allah S.W.T. Ribuan terima kasih kepada keluarga saya yang sentiasa memberikan
kata-kata semangat kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini.

Seinfiniti penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Ustaz
Masrur Bin Ibrahim selaku penyelia tugasan ilmiah ini yang banyak membantu,
membimbing dan juga sebagai pemudah cara saya sepanjang proses menyiapkan
tugasan ilmiah ini. Tanpa tunjuk ajar beliau yang jitu dan padu daripada beliau, mana
mungkin saya akan dapat menghasilkan satu kerja ilmiah yang baik. Sekalung
penghargaan kepada pihak Pusat Sumber Al-Ghazali, IPG Kampus Pendidikan Islam
khususnya yang telah banyak membantu dan memberikan kerjasama kepada saya
dalam mendapatkan bahan dan sumber rujukan untuk melakukan tugasan ilmiah ini.

Tidak lupa juga juga untuk mengucapkan berbanyak terima kasih kepada
rakan-rakan yang banyak memberi sokongan dan dorongan di samping idea-idea
yang bernas pada waktu saya ketandusan idea. Saya juga ingin merakamkan
penghargaan kepada rakan sekelas terutamanya Wan Nurul Aqilah Binti Wan
Mahyudin di atas kerjasama yang diberi semasa membimbing serta memberi
teguran yang sangat berharga semasa membuat kerja ilmiah ini.

Sekalung penghargaan sekali lagi kepada En. Kepada Ustaz Masrur Bin Ibrahim
yang sanggup berkorban, meluangkan masa untuk menyemak hasil kerja kursus ini.
Sekian, terima kasih.

1
2.0 LAPORAN

2.1 LAPORAN SLOT 1

Tajuk: MALAYSIA SEBAGAI SEBUAH NEGARA YANG BERBILANG KAUM

Pada 7 Februari 2013, kumpulan PISMP Semester 1 ambilan jan 2013 dengan
kerjasama Jabatan Bahasa Arab telah mengadakan satu program seminar Tamadun
Islam dan Asia (TITAS) yang bertempat di Dewan Idris Marbawi, Institut Pendidikan
Guru Kampus Pendidikan Islam, Bangi. Program seminar ini telah melibatkan
seramai 229 orang pelajar yang terdiri daripada PISMP Ambilan Januari 2013.
Program ini bermula pada jam 8.45 pagi. Seminar terpaksa bermula dalam masa
yang agak lewat kerana masalah-masalah yang tidak dapat di elakkan. Slot ini telah
dikendalikan oleh kumpulan pismp 1.01. slot ini telah dibentangkan oleh Mohd Fikri
Bin Mat Arit tentang Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang kaum.

Terdapat 7 struktur atau bahagian yang dibentangkan iaitu pendahuluan, definisi,


halangan, faktor, cara peranan, kesan dan rumusan malaysia sebagai sebuah
negara yang berbilang kaum. Oleh itu, pembentang telah membentangkan Malaysia
dikenali sebagai sebuah negara Islam yang unik. di Malaysia terdapat penduduknya
berbilang bangsa ,kaum dan agama yang berbeza.Di samping itu, rakyat Malaysia
hidup dalam keadaan rukun dan damai walaupun berbilang etnik dan bangsa. Dalam
sesebuah negara yang mempunyai berbilang kaum perlulah mempunyai perpaduan,
kerana perpaduan adalah hubungan yang bersifat toleransi dalam kalangan kaum
dan etnik yang berbeza. Selain itu, perpaduan juga adalah proses menyatu padukan
seluruh masyarakat untuk membentuk satu identiti dan nilai bersama. secara
umumnya, perpaduan amat penting dalam sesebuah negara.Seperti mana yang kita
tahu, tragedi 13 Mei 1969 yang telah berlaku di negara kita yang mana berlakunya
rusuhan kaum. Pada masa itu, semua pemimpin dan rakyat telah berusaha untuk
menamatkan masalah tersebut. Lantasan itu, semua penduduk di negara ini harus
mengamalkan konsep perpaduan kaum dan bukan bersikap seperti enau dalam
belukar melepaskan pucuk masing-masing untuk mengelakkan perpecahan kaum.
Bahkan dengan perpaduan kaum juga dapat menjamin keamanan negara. Oleh itu,
masyarakat yang bersatu padu dapat hidup berbaik-baik dan menghormati kaum lain
sejajar dengan dasar luar Malaysia yang digubal selepas Perang Dunia Kedua, hal
ini sekali gus dapat menjamin keamanan setempat.

2
Di samping itu, dalam membangunkan sesebuah negara yang berbaling kaum
terutamanya Malaysia, terdapat pelbagai halangan dan cabaran didalam sesebuah
negara. Pada zaman penjajahan, Malaysia telah dijajah dari segi perbezaan politik,
agama dan kebudayaan, sistem pendidikan,prasekolah dan bahasa yang berlainan,
dasar penjajah British dan amalan ekonomi yang berlainan.Oleh itu, terdapat
beberapa faktor Malaysia sebuah negara yang berbilang kaum antaranya
bekerjasama melalui aktiviti bergotong royong dapat mewujudkan perpaduan kaum,
rakyat mempunyai semangat patriotisme terhadap tanah air tanpa mengira kaum, ibu
bapa perlu menitikberatkan pemahaman tentang kepentingan hidup bekerjasama
sejak anak-anak masih kecil tanpa mengira kaum, kerajaan juga harus melibatkan
semua kaum dalsm aktiviti kemasyarakatan dan di sekolah juga memainkan peranan
penting iaitu aktiviti kokurikulum , usahanya adalah untuk memperteguhkan
perpaduan kaum.

Oleh itu, terdapat cara-cara untuk membangunkan Malaysia sebuah negara


yang berbilang kaum iaitu dasar pendidikan kebangsaan dan perpaduan negara,
penubuhan kelab rukun negara di sekolah, pelaksanaan rancangan integrasi murid
untuk mewujudkan perpaduan,mengadakan sambutan bulan patriotisme dan
kemedekaan, perkhemahan bina insan bagi pelajar sekolah, lawatan dan ziarah ke
tempat bersejarah, program permuafakatan masyarakat ,dasar satu malaysia dan
prinsip 1 malaysia.

Untuk mengukuhkan perpaduan kaum di Malaysia kementerian pelajaran Malaysia


telah menubuhkan sekolah yang mana dapat mewujudkan interaksi antara murid
daripada pelbagai jantina. Selain itu, kerajaan juga telah menubuhkan sekolah
wawasan dan mengadakan pelbagai program integrasi yang bertujuan untuk
mengeratkan lagi perpaduan antara kaum di Malaysia. Disamping itu, pihak sekolah
juga perlu mengambil peranan dalam mengukuhkan perpaduan kaum seperti pihak
sekolah boleh mengadakan aktiviti kokurikulum melalui persatuan, kelab dan panitia,
menggalakkan interaksi dalam kelas social, dan pelaksanaan aktiviti bahasa dalam
kurikulum dengan jayanya.

Seterusnya kesan daripada perpaduan kaum yang telah dibina masyarakat dapat
hidup bersatu padu tanpa mengira kaum dan agama berlandaskan semangat satu
Malaysia dan keunikan masyarakat majmuk dapat hidup dalam keadaan harmoni.

3
Semangat asabiah iaitu semangat kekitaan yang mementingkan diri sendiri dapat
dielakkan. Kesan terhadap Negara pula ialah Malaysia dapat mejadi sebuah Negara
yang merdeka. Selain itu, kesan daripada perpaduan kaum juga dapat meningkatkan
imej Negara di mata dunia, membangunkan ekonomi Negara dan membentuk dan
menanam semangat nasionalisma. Contohnya seperti nyanyian lagu kebangsaan
dan menghayati rukun neraga disekolah sebagai ikrar untuk mendisiplinkan diri.

Sebagai kesimpulannya, semangat perpaduan kaum dalam setiap individu


rakyat Malaysia adalah sangat penting dan mestilah di pupuk sejak bangku sekolah
lagi. Hal ini kerana Negara kita terkenal dengan pelbagai lapisan masyarakat yang
berbilang kaum, bangsa dan agama.

4
2.2 LAPORAN SLOT 2

Peserta: Pelajar PISMP Ambilan Jan 2013

Pembentang : Syed Muhammad Zahid Bin Syed Abu Talib

(Pelajar PISMP 1.06 Pengkhususan Bahasa Arab)

Tajuk: Pembudayaan ilmu membina jati diri ketamadunan dalam menghadapi


pergolakan dunia dan cabaran global.

Tempat: Dewan Syarahan Idris Al-Marbawi

Tarikh: 12 mac 2013

Masa: 9.00-10.00 pagi

Penganjur: Jabatan Bahasa Arab dan KEMPAJ 1316

Matlamat: Memupuk budaya perkongsian ilmu dalam kalangan warga IPGKPI.

Objektif:

1. Melaksanakan seminar seperti terdapat dalam perancangan IPG KPI.

2. Mengaplikasi kaedah pengajaran berasaskan projek (PBL).

3. Mempersembahkan pembentangan pembelajaran berasaskan projek.

4. Menggalakkan budaya pemikiran kritis dan inovatif berdasarkan gagasan


Kemahiran Abad Ke-21.

Pengisian slot:

Pembentang memulakan sesi pembentangan dengan menerangkan definisi


pembudayaan, ilmu dan ketamadunan secara ringkas, padat dan bermakna.
Pembentang mendefinisikan pembudayaan sebagai proses atau cara
membudayakan situasi menjadi satu kelaziman. Selain itu, pembentang turut
mendefinisikan ilmu sebagai pengetahuan atau kepandaian yang berkaitan dengan

5
perkara zahir dan batin. Ketamadunan turut dibincangkan sebagai perihal tamadun
iaitu segala yang berkaitan dengan tamadun.

Seterusnya, pembentang turut menjelaskan pembudayaan ilmu dari aspek


agama dan insani dengan memberikan beberapa contoh yang mudah difahami oleh
pelajar. Tamadun amat sinonim dengan ilmu pengetahuan dalam membina jati
diri, tanpa ilmu tidak wujud tamadun untuk ketamadunan di dunia seperti yang kita
lihat pada hari ini, Allah menurunkan ayat pertama daripada surah al-Alaq, iaitu ayat
berkaitan dengan ilmu supaya ilmu dijadikan asas dalam membina tamadun. Dari
perspektif insani pula, ilmu menjadikan manusia mampu membuat keputusan dengan
baik dengan menggunakan akal.

Perkataan ulama itu adalah kata jamak dari perkataan Arab iaitu Alim.
Kemudian lahir pula perkataan Alamah iaitu orang yang benar-benar mengerti atau
mengetahui dengan mendalam hakikat sesuatu. Manusia yang memiliki segulung
ijazah tidak semestinya mempunyai pengetahuan yang tinggi , apatah lagi jika tidak
terpancar dari dirinya kehidupan ilmu. Tambahan itu juga, pembentang turut
menyatakan bagaimana untuk beramal dengan ilmu yang dimiliki. Imam Ahmad
mengatakan, Menuntut ilmu dan mengajarkannya lebih utama daripada berjihad dan
amalan sunnah yang lain. Ini bertepatan dengan tanggungjawab sebagai guru yang
mendidik dan beramal dengan ilmu yang dimilikinya. Ia bertepatan dengan pepatah
arab, ilmu tanpa amal seperti pohon tidak berbuah.

Pembentang turut menyatakan mengapa ilmu penting dalam kehidupan


seorang muslim. Ini telah dibuktikan dalam surah al-mujadalah, ayat 11 yang
bermaksud, Allah telah meninggikan dan mengangkat darjat orang yang beriman
diantara kamu, dan orang yang diberi ilmu pengetahuan agama dikalangan kamu
beberapa darjat. Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda ,
"Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalannya melainkan tiga
perkara iaitu, sedekah jariah, ilmu yang berguna dan diamalkan dan doa anak soleh
kepada kedua ibubapanya. Ilmu dapat memberi syafaat kepada pemiliknya semasa
di alam kubur dan akhirat sedangkan harta bakal menyusahkan pemiliknya di kedua
alam ini melalui hisab Allah.

Umat Islam pada masa ini mungkin kekurangan atau ketiadaan senjata
penting iaitu ilmu bagi menghadapi cabaran dunia hari ini. Dalam era dunia tanpa

6
sempadan ini, ilmu adalah kuasa. Membudayakan ilmu di kalangan umat Islam
bererti membudayakan kuasa dan membina jati diri ketamaduanan. Bangsa yang
berjiwa besar adalah bangsa yang menghargai ilmu. Inilah yang ditekankan Dr.
Mahathir dalam perjuangannya untuk memartabatkan bangsa kita agar dihormati dan
disegani oleh bangsa lain dunia. Maruah dan kewibawaan bangsa terletak pada
kekayaan ilmu anak bangsa dan tamadun sesauatu bangsa. Khazanah intelek
bangsa dalam serba bidang inilah yang merangsang kemajuan dan pembangunan
jati diri ketamadunan dan bangsa untuk mencapai kegemilangan dalam menghadapi
pergolakan dunia dan cabaran global.

Faedah yang diperolehi semasa seminar: Meningkatkan kefahaman pelajar


mengenai latar belakang pemikiran, pembudayaan dan sejarah dalam tamadun-
tamadun besar serta penonjolan tamadun Islam yang masyhur dengan perspektif
kehidupan yang menyeluruh di samping perkembangan sains dan teknologi
seterusnya mempunyai fikiran yang luas dan berpandangan global di samping
menghayati nilai-nilai murni sejagat. Mengangkat nilai ilmu yang dianggap sebagai
satu keutamaan tertinggi dalam membina jati diri ketamadunan dalam menghadapi
pergolakan dunia dan cabaran global.

7
Gambar semasa sesi pembentangan ke-2

Aksi pembentang ketika pembentangan.

Para pelajar memberi perhatian kepada pembentangan.

8
2.3 SLOT PENYELARAS : DR.Abdul Hamid Bin Sulaiman

Tajuk: Peranan Memahami Al-Maqasi Al-Syariyyah Dalam Pembinaan Tamadun


Ummah

Pada slot keempat ini, Dr Abd Hamid Bin Sulaiman telah memberi seminar
berkaitan peranan memahami al maqasi al syar'iyyah dalam pembinaan tamadun
ummah. Perkataan maqasid berasal daripada qasad dan maqsad yang bererti
tujuan atau maksud. Syari`ah ialah perundangan Islam. Kedua perkataan itu
digabungkan bermaksud tujuan perudangan Islam atau sebahagian penulis
menamakannya dengan Falsafah Tashri atau Falsafah Perundangan Islam. Jadi,
tajuk kini membincangkan mengenai mengapa diturunkan undang-undang Islam
seperti yang kita ketahui sekarang. Tujuan Allah menurunkan undang-undang
syariat ialah untuk menjaga lima perkara, iaitu: agama, jiwa, akal fikiran, harta benda
dan keturunan.

Selain itu telah dijelaskan huraian setiap satu pekara .Menjaga agama
bermakna menjaga agama seseorang muslim itu supaya tidak jatuh, atau menjadi
murtad. Menjaga agama juga bermaksud mengajak kesucian dan ketinggian agama
Islam sebagai agama Allah, iaitu Tuhan yang menciptakan seluruh alam. Menjaga
Jiwa pula bermaksud menjaga diri seseorang daripada hilang jiwanya atau mati
disebabkan oleh kezaliman manusia. Dengan sebab itu turun undang-undang
melarang membunuh orang atau membunuh diri dengan apa cara sekalipun. Orang
yang membunuh orang, samaada secara terang atau sulit dikira bersalah, dan
kesalahan itu hukumannya ialah dibunuh balas (hukumQisas). Jadi, hukum Qisas
itu ialah untuk memelihara jiwa manusia. Menjaga Akal fikiran bermaksud menjaga
kesihatan akal dengan menjauhi perkara-perkara yang boleh menyebabkan
seseorang itu menjadi mabuk atau gila. Kerana mabuk itu menjatuhkan martabat
manusia lebih rendah daripada binatang, sebab ia tidak boleh berfikir dengan waras.
Malah ia akan membahayakan dan membawa kerosakan kepada orang lain khasnya
jika ia memandu semasa sedang mabuk. Akal fikiran adalah anugerah Allah yang
paling berharga kepada manusia. Harta benda ialah semua yang kita miliki. Harta
benda adalah satu pemberian Allah kepada hambaNya setelah ia berusaha untuk
mendapatkannya. Mencuri, menyamun, menipu, monopoli dan sebagainya adalah

9
satu kerosakan kerana memindahkan milik seseorang kepada orang lain dengan
secara zalim. Perbuatan itu juga menyebabkan masyarakat tidak aman, dengan
sebab itu maka Islam mengharamkan perbuatan tersebut. Inilah falsafah di sebalik
pengharamannya. Keturunan manusia yang sempurna akalnya menginginkan
keturunan yang baik dan sihat. Islam pula menganjurkan supaya menjaga keturunan
dan melarang merosakkannya. Perbuatan zina, rogol, homoseks adalah di antara
amalan-amalan yang boleh merosakkan keturunan. Dengan sebab itu Islam
mengharamkan semua amalan seperti tersebut. Tujuannya tidak lain melainkan
untuk menjaga ketrurunan dan kedamaian rumahtangga.

Daripada keterangan di atas boleh dibuat kesimpulan bahawa Maqasid


Shariyah boleh dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu Maqsih Ammah ialah
tujuannya untuk masyarakat umum. Contohnya larangan daripada mencuri, arak
dan zina ialah untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman umum. Yakni seluruh
manusia atau ahli masyarakat mendapat manfaatnya dan terjauh daripada kerugian
dan kerosakan.Yang kedua pula Maqasid Khassah Maqasid Khassah ialah
kebaikannya untuk perseorangan. Contohnya orang tidak minum arak terselamat
akalnya daripada rosak. Orang yang tidak meminang atas pinangan orang lain atau
tunang orang, terselamat dirinya daripada cemuhan orang.

Selain daripada larangan, suruhan yang positif juga mempunyai tujuan atau
hikmahnya yang tertentu yang dikatakan Maqasid al-Shariah. Contohnya solat.
Solat Jamaah dapat mengukuhkan persahabatan, malah solat itu sendiri bertujuan
untuk mengingati Allah dan mendekatkan diri kepadaNya Seperti firman Allah yang
bermaksud: Sesungguhnya Aku-lah Allah, tiada tuhan melainkan Aku. Maka
beribadatlah kepadaKu dan dirikan solat untuk mengingati Aku. Surah Taha
14. Falsafah daripada mengingati Allah ialah untuk mendapat ketenangan. Firman
Allah: Maksudnya: Ingatlah bahawa dengan mengingatkan Allah akan
menenteramkan jiwa. Surah al-Rad 28.

Orang Islam diajar bahawa untuk mendapat ketenangan hendaklah


mengingati Allah, iaitu dengan cara beribadat kepadanya, khasnya dengan
mendirikan solat. Ketenangan tidak akan dapat dengan mengunjungi pusat-pusat
hiburan, minum arak, mengambil dadah atau berpoya-poya. Dengan mendekatkan

10
diri kepada Allah sahajalah yang akan dapat menenteram dan menenangkan jiwa
kita.

11
2.4 LAPORAN SLOT 3

Tajuk: Generasi Muda Dan Isu-Isu Peradaban

Slot yang ke-4 ialah slot Seminar Tamadun Islam dan Tamadun Asia yang
mana pembentangan ini disampaikan oleh Ilyas bin Mohd Zainol dari kelas PISMP
1.08. Beliau menyampaikan pembentangan yang bertajuk generasi muda dan isu-
isu peradaban. Slot beliau bermula pada jam 11.30 dan berakhir pada 12.30 tengah
hari.

Semasa pembentangan tersebut, beliau ada menjelaskan asas tamadun


terlebih dahulu iaitu definisi tamadun dan peradaban. Beliau menerangkan definisi
tamadun dari sudut bahasa iaitu bahasa tamil, bahasa inggeris, latin, dan jerman.
Seterusnya beliau menyampaikan definisi tamadun menurut pandangan para sarjana
dalam bidang material dan spiritual.

Kemudian,slot beliau diteruskan lagi dengan penyampaian yang mengisar


tentang peranan golongan muda sebagai generasi yang menentukan hala tuju
negara. Antara fungsi generasi muda yang ditekankan oleh beliau adalah generasi
muda adalah aset kepada ummah, sebagai penerus tradisi dan warisan, serta
ketamadunan.

Selain itu, beliau juga ada menyebut tentang isu-isu peradaban yang tercetus
masa kini dan cara mengatasinya. Antara masalah yang berlaku dan menjejaskan
peradaban adalah sambutan hari kekasih (valentine days), kejadian jenayah, serta
krisis keruntuhan akhlak dan moral. Beliau berpendapat bahawa punca utama
kepada tercetusnya masalah yang dihadapi kini adalah kurangnya didikan dan
penghayatan ilmu agama.

Kesimpulannya, beliau menegaskan bahawa ilmu agama adalah metod


utama yang menyelesaikan masalah dan isu peradaban yang berlaku dewasa ini.
Beliau juga sempat mempertontonkan video kebejatan moral yang berlaku masa kini.
Secara keseluruhannya, beliau menyeru rakan-rakan yang lain agar sentiasa
berpegang kepada ajaran agama Islam yang syumul dan sempurna ini dengan
penuh yakin dan patuh.

12
2.5 LAPORAN FORUM

Pada waktu di mana berlangsungnya pameran Tamadun Islam dan Asia


(TITAS), turut sama berlangsung pada waktu itu ialah forum yang bertajuk Sejauh
mana Islam mampu memantapkan proses pembangunan negara dan mampu
menghadapi perkembangan global yang mana ini adalah salah satu tugasan, tetapi
ia melibatkan kuliah yang lain memandangkan tugasan Tamadun Islam dan Asia ini
telah pun dibahagikan tugas mengikut kuliah masing-masing. Memandangkan tajuk
forum yang amat relevan dan dinantikan oleh setiap penonton akan ulasannya,
maka, panel-panel yang dijemput amat bersesuaian dengan tajuk yang
diketengahkan. Panel panel yang saya maksudkan ialah Muhammad Khairul Afnan
Bin Abdul Rashid (Pismp 1.02), Ahmad Fhathullah Bin Azmi (Pismp 1.09), Ezuan
Zailani Bin Ibrahim (Pismp 1.07), tidak lupa juga kepada moderator yang
berpengalaman, Mohamad Zaini Bin Abdul Azizi (Pismp 1.01). Sebelum
berlangsungnya forum ini, sedikit mengecewakan kami semua ialah panel kedua,
Ahmad Fhathullah Bin Azmi tidak dapat hadir kerana perlu menghadiri pemeriksaan
doktor dengan segera akibat kemalangan yang dialaminya baru baru ini. Namun,
segala itu, tidak menjejaskan perjalanan majlis yang berlangsung kira-kira 2 jam,
dihadiri oleh semua pelajar Pismp Ambilan Januari 2013. Alhamdulillah, tiada
sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

Pada slot kali ini, suatu forum telah diadakan. Antara panelis forum ialah
Saudara Afnan dan Saudara Ezuwan Zailani serta dipengerusikan oleh Saudara
Zaini. Isu yang dibincangkan pada petang itu ialah Sejauh manakah Islam dapat
membangun seiring dengan arus globalisasi dalam aspek ekonomi dan pentadbiran
Forum ini berlangsung secara santai namun isi-isinya sangat padat dan
bermaklumat.

Secara keseluruhannya, para panelis membincangkan bahawa


pembangunan bertolak dari falsafah dan konsep yang merujuk kepada persoalan
asas dalam hidup. Dalam konteks umat Islam asas yang paling utama ialah akidah
atau iman. Asas ini menegaskan bahawa manusia sebagai pemegang amanah Allah
bertanggungjawab untuk memakmurkan alam dan mengurusnya dengan cara yang
paling baik dan saksama. Allah tidak suka perbuatan merosakkan alam, tempat
penghunian manusia dan makhluk Allah yang lain dari generasi ke generasi.

13
Kehadiran manusia di dunia ini adalah untuk penyembahan dan ubudiah diri kepada
Allah. Asas Iman, Islam dan Ihsan adalah tunjang segala proses pembangunan diri,
keluarga, masyarakat dan negara.

Selain itu, syariat adalah asas pembangunan yang mengikutinya.


Perkembangan ekonomi mestilah berlandaskan kepada asas-asas yang syariat islam
yang benar dan hak. Segala akad-akad yang fasid serta muamalat yang berunsur
gharar dan qimar tidak boleh menjadi amalan dalam membangun ekonomi.
Pembangunan mesti menjulang dasar yang adil, tidak menindas, atau melalui
kaedah yang zalim dan haram.

Saudara Afnan turut menegaskan di akhir kalamnya bahawa masa depan


negara bergantung kepada keupayaan merumus konsep pembangunan ekonomi
yang lebih bersepadu, mempunyai daya saing dan keupayaan menembusi pasaran
global. Ia juga bergantung kepada sistem pentadbiran dan pengurusan negara dan
syarikat yang telus, tegas dan bebas daripada campur tangan politik yang tidak wajar
dan berkepentingan. Sistem dan budaya yang bebas dari amalan korupsi, kronisme
dan nepotisme di samping penyalahgunaan perbelanjaan kerajaan untuk
kepentingan parti tertentu.Penegasan ini mengakhiri forum tersebut.

Suasana forum tersebut sangat meriah dan menarik kerana ahli-ahli panel
telah mengupas tajuk ini dengan baik dan jayanya. Secara keseluruhannya, forum
yang bertajuk Sejauh mana Islam mampu memantapkan proses pembangunan
negara dan mampu menghadapi perkembangan global ini dapat menambahkan lagi
ilmu dan maklumat tentang Islam. Seterusnya dapat mengetahui bagaimana Islam
dapat diaplikasikan dalam zaman serba canggih ini.

14
Barisan panel dan moderator yang
mengendalikan forum

Moderator membincangkan tajuk yag Pelajar menayakan soalan dan pendapat


ditugaskan kepadanya. semasa sesi soal jawab.

15
2.6 Laporan Majlis Penutupan

Majlis Penutupan Seminar Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)


bermula sekitar pada pukul 3.30 minit petang bertempat di Dewan Abdul Jalil, IPG
Kampus Pendidikan Islam. Majlis seminar ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran
semua pelajar PISMP Ambilan Januari 2013. Walaupun pada hari berlangsungnya
seminar tersebut turut berlangsung acara sukan olahraga di padang kampus, namun
komitmen yang ditunjukkan oleh para peserta seminar sangatlah
memberangsangkan.

Majlis penutupan ini telah dipengerusikan oleh saudara Abdullah Bin Mastor
serta Muhamad Naufal Bin Badarudin dari kuliah PISMP 1.07. Seterusnya, majlis ini
dimulakan dengan bacaan doa yang di ketuai oleh saudara Mohd Asarudin Bin
CheRazak dan diteruskan dengan mendengar ucapan dari pengarah program
seminar TITAS iaitu saudara Mohd Iqbal Arief Bin Mohd Sufri daripada kuliah PISMP
1.08 pengkhususan Bahasa Arab. Alhamdulillah, majlis seminar ini berjalan dengan
lancar seperti yang dirancang.

Majlis diteruskan dengan ucapan perasmian yang disampaikan oleh Ustaz


Sabri bin Ahmad Zaidi selaku ketua Jabatan Bahasa Arab IPG Kampus Pendidikan
Islam. Dalam ucapannya beliau mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada
para peserta seminar kerana dapat memberikan komitmen yang baik walaupun hari
kejohanan sukan sedang meriah dijalankan di padang kampus pada ketika itu .
Beliau juga turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan seminar TITAS yang
berlangsung selama sehari.

Akhir sekali, majlis diakhiri dengan upacara penyampaian hadiah serta


cenderahati kepada 4 orang penceramah yang telah menyampaikan ceramah
sepanjang seminar berlangsung. Diharapkan majlis ataupun program seperti ini akan
dapat menambahkan sedikit sebanyak maklumat dan ilmu pengetahuan tentang
perkembangan tamadun dunia seterusnya dapat melahirkan mahasiswa guru yang
mampu berfikir secara kreatif dan inovatif.

16
2.7 LAPORAN PAMERAN

Dalam kerja kursus-projek Tamadun Islam dan Tamadun Asia, kami telah
ditugas kan untuk mengadakan satu Seminar Tamadun Islam dan Tamadun
Asia.Setiap kelas telah dibahagikan tugasan masing-masing dan kelas saya telah
mendapat tugasan untuk membuat pameran bagi dua tokoh islam dan dua tokoh
india. Melalui perbincangan dengan ahli kelas, kami sebulat suara memilih beberapa
yang berkaitan. Bagi tokoh islam, kami telah memilih Al-Khawarizmi, dan Ibnu
Khaldun manakala untuk tokoh india pula kami memilih Mahatma Gandhi dan
Siddharta Gautama.

Justeru, pembahagian tugasan gerak kerja untuk pameran dilakukan oleh


jawatankuasa subjek ini dan kami dibahagikan kepada empat kumpulan. Oleh itu,
setiap kumpulan dikehendaki menyiapkan buku skrap mengikut tokoh yang
diberikan. Setiap ahli kumpulan mempunyai tanggungjawab masing-masing dalam
menyiapkan buku skrap untuk dipamerankan. Ada yang bertanggungjawab untuk
mencari bahan, melakar draf, mencari gambar-gambar tokoh serta ada yang
bahagian menghias buku skrap. Kami mengumpul maklumat serta bahan melalui
internet dan buku. Sumber yang dicari tidak susah untuk didapati kerana
bahanTamadun Islam danTamadun Asia banyak terdapat di internet dan buku.

Selain itu, setiap kumpulan telah memilih konsep masing-masing untuk buku
skrap untuk dipamerkan. Untuk tamadun islam, kami menghasilkan buku skrap yang
berkonsepkan padang pasir yang mana ianya bersesuain dengan tokoh. Bagi
tamadun india pula, kami telah memilih konsep klasik. Konsep untuk pameran ini
adalah sangat penting kerana ianya memainkan peranan utama dalam penilain
pandang pertama pengunjung. Ianya juga dapat menarik minat pengunjung untuk
membaca dan meneliti setiap maklumat yang terkandung dalam buku skrap tersebut.
Maklumat-maklumat yang terkandung dalam buku skrap tersebut merupakan bahan
utama yang mana tokoh-tokoh yang dipilih diambil dalam pro forma subjek TITAS.

Pameran kelas kami juga dimeriahkan lagi dengan aktivi lain. Sebagai contoh,
ada kumpulan membuat permainan sejuta bintang yang mana pengunjung boleh
menjawab soalan dan mendapat ganjaran hasil daripada jawapan yang diberi.
Soalan yang dikemukakan adalah berdasarkan maklumat yang terkandung dalam

17
buku skrap tersebut. Rasional permainan ini adalah supaya para pengunjung dapat
mengambil input serta mengigati serba sedikit tentang tokoh yang berkaitan. Secara
tidak langsung, mereka dapat menambahkan ilmu pengetahuan mereka tentang
tokoh-tokoh tersebut. Selain itu, ada kumpulan yang menyiarkan video tokoh-tokoh
yang berkaitan. Jadi, para pengunjung tidak berasa bosan dengan hanya membaca
maklumat-maklumat di buku skrap sahaja malah mereka dapat melihat sendiri
perjalanan hidup tokoh-tokoh. Oleh itu, para pengunjung boleh menghayati tokoh-
tokoh yang dipamerkan melalui video tersebut.

Sehubungan dengan itu, kami sebagai jawatan kuasa pameran turut memberi
serba sedikit penerangan tentang tokoh kami kepada pelajar yang mengunjungi
tapak pameran kami. Seperti yang kita sedia maklum, pembelajaran bukan sahaja
terbatas didalam darjah sahaja tetapi ianya juga dapat dilakukan di luar darjah
sebagaimana yang kelas kami lakukan semasa pameran berlangsung. Jadi, mereka
tidak akan berasa bosan dan mengantuk sebagaimana mereka didalam kelas.

Kesimpulannya, tugasan ini sangat menyeronokkan kerana kami dapat belajar


sesuatu yang baru secara tidak langsung.Program seminar yang dianjur sedikit
sebanyak dapat menambahkan peningkatan perolehan pelbagai ilmu pengetahuan
dan kemahiran serta dapat memperkembangkan bakat dan potensi. Kami juga dapat
mempelajari pembelajaran secara kendiri dalam menyiapkan buku skrap yang
pelbagai bentuk dan menarik dimata pengunjung serta kami dapat menguasai
kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.

18
19
3.0 Refleksi

Afiqah Binti Zainal Arif

Di kesempatan ini,saya ingin melahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Illahi kerana


dengan izin dan limpah kurnia darinya dapatlah saya menyiapkan tugasan kerja
kursus projek semester 1/2013, WAJ 3101 TITAS walaupun tidaklah sesempurna
seperti yang diinginkan. Apabila mendapat tugasan ini dari pensyarah mata pelajaran
subjek ini iaitu Ustaz Masrur Bin Ibrahim, saya merasa amat teruja WAJ 3101 TITAS
kerana merupakan antara subjek kegemaran saya.

Saya telah diberi tugasan kerja kursus pendek untuk mengkaji mengenai ilmu
dan pengetahuan merupakan wahana utama dalam membentuk jati diri pelajar
dalam menghadapi cabaran dunia dan arus globalisasi. Berdasarkan kerja kursus,
saya telah mendapat banyak manfaat dan sesuatu yang baru untuk dipelajari. Hasil
yang diperolehi melalui kerja kursus projek ini, banyak membantu saya sebagai guru
pelatih yang kini sedang berjinak-jinak menceburi dalam bidang pendidikan.
Walaupun pengkhususan saya adalah pengajian agama namun setelah kerja kursus
ini dijalankan sedikit sebanyak dapat menambahkan kebolehan saya untuk
mendalami tamadun islam dan dunia yang lain, secara tidak langsung kelak dan
mampu menghayati sejarah. Selain itu, bagi melengkapkan kerja kursus ini,apa yang
saya perolehi ialah saya telah belajar bagaimana untuk memetik sumber-sumber di
mana saya telah mengambil artikel dalam format APA. Sebelum ini, saya tidak tahu
bagaimana untuk memetik sumber dengan betul. Di samping itu, pengetahuan am
saya mengenai tamdadun asia dan dunia menjadi lebih luas dan mendalam. Selain
itu, kerja kursus ini telah membantu saya banyak untuk meningkatkan kemahiran
berkerja saya. Hal ini adalah kerana saya berupaya untuk mencari bahan mengenai
penyelesaian masalah ini dan saya juga dapat menyiapkan kerja ini pada waktu yang
ditetapkan. Melaluinya juga,saya dapat mendisiplinkan diri terutamanya dalam
pembahagian masa yang sistematik atau teratur. Seseungguhnya, islam meletakkan
masa itu di tempat yang tinggi sehingga Allah s.w.t. bersumpah dengan masa.
FirmanNya yang bermaksud :"Demi masa (`asar) sesungguhnya manusia itu benar-
benar di dalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh, yang
saling wasiat mewasiatkan dalam perkara benar dan (memerlukan) sabar" [Surah al-
`Ashr (103)].

20
Ayat al Quran ini merupakan `perlembagaan' hidup orang-orang Islam. Di
samping ayat ini Allah s.w.t juga bersumpah dengan nama-nama hari, waktu malam,
siang, bulan bintang dan sebagainya bertujuan untuk menerangkan kepada manusia
betapa bernilainya masa dan kesan peredaran masa. Prof. Dr. Zaini (2000),
mengingatkan tentang kepentingan mengurus masa dengan baik. Tidak kiralah
samada kita adalah mahasiswa atau pekerja, pengurusan masa perlu kemas.
Sehinggakan beliau mengatakan orang yang 'masih hidup' adalah orang yang masih
mempunyai 'masa' untuk melakukan pelbagai perkara dan amalan di dunia ini. Saya
sebagai bakal guru yang sentiasa inginkan kemajuan untuk diri, masyarakat, bangsa
dan negara hendaklah menjadi orang yang sentiasa menepati masa untuk mengelak
hal negatif berpunca daripada kecuaian menepati masa. Kata-kata hikmat: Jangan
tangguh kerja hari ini sehingga hari esok.

Kerja kursus ini banyak mengajar saya erti kesabaran kerana terdapat beberapa
masalah yang saya hadapi sepanjang melaksanakan tugasan ini. Masalah utama
yang saya hadapi adalah berkaitan dengan masa.Ini kerana pada masa yang sama
saya juga perlu menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah saya yang lain.
Di samping itu, saya juga mempunyai masalah untuk mencari sumber-sumber lain
kecuali untuk sumber internet. Saya telah pergi ke perpustakaan al-Ghazali yang
terletak di kampus saya, tetapi maklumat yang saya perolehi adalah terhad.
Tambahan pula, maklumat yang saya perolehi adalah kebanyakkannya daripada
Bahasa Inggeris, merumitkan urusan saya,kerana terpaksa memindahkan kepada
Bahasa Melayu. Dipetik dari majalah Gen-Q, Imam Syafi mengungkapkan dalam
syairnya, anda sesekali tidak akan mendapat ilmu melainkan dengan enam perkara
iaitu kepandaian, fokus, bersungguh-sungguh, berkemampuan, bimbingan guru dan
kosisten. Maka, sebagai seorang pelajar kita seharusnya bersabar dalam
mendapatkan ilmu. Driwayatkan oleh Muslim, Rasulullah juga bersabda, sangat
mengagakumkan keadaan seorang mukmin, sebab segala keredhaanya untuk ia
sangat baik, dan tidak mungkin terjadi demikian kecuali baik baginya dan apabila
menderita kesusahan ia bersabar, maka sabar itu lebih baik baginya.

Sebagai pelatih guru, saya perlu memahami dan menghayati pembelajaran


falsafah dengan lebih mendalam lagi, terutamanya dalam mengkaji dan membuat

21
kesimpulan terhadap sesuatu perkara. Dengan memahami proses ini, sebagi bakal
guru, saya boleh mengambil tindakan pemulihan untuk menangani kelemahan dan
memperkukuhkan teknik pembelajaran dan pengajarannya. Berdasarkan tugasan
Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) yang telah saya kaji, saya telah
memahami aspek ketamaduandan tokoh utama yang silam sebagai role-model.
Tamadun Islam dan Tamadun Asia menjadi penanda aras kepada perkembangan
tamadun dunia pada masa kini. TITAS sangat berguna bagi semua pihak terutama
saya yang akan berkecimpung di dalam bidang pendidikan tidak lama lagi dan
tanggungjawab sebagai muslim untuk mengetahui sejarah lalu.

Tambahan itu lagi, saya bersyukur kepada Tuhan kerana saya diberi peluang
untuk mengikuti program seminar Tamadun Islam dan Tamadun Asia bersempena
dengan tugasan projek WAJ 3101 Tamadun Islam dan Tamadun Asia(TITAS) yang
telah dilaksanakan di Dewan Syarahan Idris Al-Marbawi pada 12 Mac 2013 yang
lepas. Sebanyak tiga sesi seminar yang dijalankan yang dikendalikan oleh pelajar
semester satu yang terdiri dari tiga kelas iaitu PISMP 1.01, 1.06 DAN 1.08 ini
mengambil masa kira-kira satu jamsetiap sesi, iaitu dari pukul 8.00 sehingga pukul
9.00, 9.00 hingga 10.00 dan 12.00 sehingga pukul1.00 petang. Semas seminar itu
juga pensyarah dari Jabatan Bahasa Arab iaitu Ustaz Dr. Abdul Hamid Bin Sulaiman,
merupakan seorang pensyarah cemerlang turut mengisi ruangan slot penceramah
jemputan yang berlansung pada pukul 10.30 sehinnga pukul 12.00. Manakala pada
pukul 2.30 sehingga 4.00 petang berlangsunnya forum, dimana pelajar semester
satu yang menjadi ahli panel dan moderator. Sebenarnya saya amat menanti-
nantikan seminar TITAS ini, selepas saya mengikuti program khidmat komuniti di IPG
pada beberapa minggu yang lepas, kerana saya yakin dan percaya bahawa ia akan
memberikan satu pengalaman yang luar biasa dan mendalam bagi saya. Banyak
pengalaman, kebaikan, dan manfaat yang telah saya dapat dan perolehi daripada
aktiviti ini.
Kelas saya telah ditugaskan untuk membuat pameran tentang tokoh tamadun
China dan India. Kami telah membahagi kerja agar semua kerja dapat disiapkan
pada waktu yang ditetapkan. Menurut Henry Ford, Coming together is a beginning.
Keeping together is progress. Working together is success. Oleh itu, kerja secara
kumpulan telah membantu saya dan rakan saya saling membantu memperbaiki
kelemahan masing-masing, menjalinkan persahabatan yang positif serta

22
meningkatkan motivasi diri. Selain itu, kami dapat bertukar-tukar idea dan buah
fikiran dan menimbulkan semangat kerjasama untuk mendapatkan ilmu. Tambahan
itu juga hasil kerja yang kami hasilkan juga semakin baik dan berkualiti. Menurut
Atan Long dan Mat Nor Hussin(1987) beliau berpendapat, bahan-bahan pengajaran
dan bahan bantu mengajar ada berbagai-bagai. Bahan-bahan itu mungkin dalam
bentuk buku, carta asal atau slaid yang dipancarkan pada layar dan sebagainya
yang merupakan bahan yang menyokong penyampaian isi pembelajaran dan
memudahkan orang memahami. Kami telah membina booth yang menempatkan
bahan-bahan pameran yang telah disiapkan oleh kami. Saya berasa sangat gembira
kerana ramai yang telah mengunjungi booth kelas saya. Saya berazam untuk
membuat bahan bantu mengajar yang lebih baik pada masa akan datang.

Menghadiri seminar ceramah ini juga telah memberikan kesan positif yang
amat mendalam terhadap kerjaya saya sebagai mahasisiwa dan bakal pendidik. Bagi
pendapat saya, sejauhmana ilmu tamadun boleh membentuk jati diri mahasiswa
dalam menghadapi cabaran dunia dan arus globalisasi semasa sangat mencabar.
Pendidikan adalah lambang masyarakat yang bertamadun. Dengan ini, kita dapat
menyemat persefahaman sesama rakyat dan sikap hormat-menghormati dalam
kalangan rakyat yang berasal dari pelbagai agama, keturunan, bangsa dan budaya
di negara kita. Melalui pembelajaran tamadun, rakyat dapat mengambil iktibar dari
masa silam dan melahirkan mahasiswa-mahasiswi yang berfikiran lebih luas,
berpandangan global dan melengkapkan ilmu dan memupuk serta membentuk tiang
negara di masa hadapan.

Beberapa tamadun dunia yang muncul dan hilang meletakkan pendidikan di tempat
teratas bersama industri perdagangan, ketenteraan dan pengangkutan. Ketika
pendidikan moden hari ini berhadapan dengan masalah untuk melahirkan pelajar
yang beriman dan berakhlak, pendidikan yang dilalui oleh ulama dan umat Islam
pada zaman kegemilangan Islam amat luar biasa pengaruhnya. Beberapa persoalan
untuk kita fikirkan ialah, bagaimana umat Islam terutamanya pemuda dahulu
merangkak dan membina tamadun ilmu yang gilang-gemilang beratus-ratus tahun?
Apakah rahsia yang menggerakkan mereka untuk mencari dan mengembangkan
ilmu kepada seluruh dunia hingga mencipta trend budaya ilmu kepada masyarakat
Barat?

23
Antara peranan mahasiswa sebagai generasi muda hari ini dalam
mengekalkan kemajuan tamadun agama, bangsa dan negara ialah mematuhi ajaran
agama, mengukuhkan semangat cinta negara dan mengamalkan budaya bangsa.
Selain itu, mengeratkan perpaduan bangsa, memelihara jati diri, menguasai ilmu
pengetahuan dan segala bidang kemahiran. Mahasiswa juga perlu menghindari
budaya negatif dalam menghadapi cabaran dunia dan arus globalisasi. Dengan
adanya ilmu pengetahuan, pembinaan sebuah tamadun akan menjadi lebih baik.

Kata-kata YAB Dato Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, setiap warganegara
haruslah aktif berperanan dalam pembangunan. Beliau juga menekankan soal
pembangunan modal insan Human Capital Development dalam membina tamadun
manusia kerana beliau memahami hakikat bahawa insan-insan kamil merupakan
aset ke arah pembentukan sebuah tamadun yang cemerlang, gemilang dan
terbilang. Dalam usaha membentuk identiti dan jati diri mahasiswa, sewajarnya
mahasiswa terutamanya masyarakat Melayu hari ini kembali semula menghayati apa
yang telah diterap oleh umat Melayu zaman kegemilangan iaitu penghayatan
sepenuhnya terhadap ajaran Islam yang syamul yang tentunya akan melahirkan
watak mahsiswa yang beriman, bertakwa dan berakhlak mulia.

Kemusnahan dan kemerosotan sesebuah masyarakat atau ketamadunan akibat


dari rosaknya akhlak masyarakat. Ini telah disebutkan oleh Dr. Gustave Le Bon yang
mengembalikan sebab-sebab kerosakan suatu bangsa apabila berlakunya
dekadensi atau kerosakan moral yang membudaya pada bangsa itu (Muqdad Yaljan,
1986). Begitu jugalah pendapat Edward Gippon yang menganalisis faktor utama
keruntuhan empayar Romawi adalah akibat tenggelamnya manusia pada waktu itu
dalam kejahatan, kemewahan yang berlebih-lebihan, kemalasan, pengkhianatan,
perselisihan untuk mendapatkan kedudukan dan sebab-sebab moral yang lain
(Muqdad Yaljan, 1986). Oleh itu, sejarah dan ketamadunan telah memberi kayu
pengukur kepada kemajuan sesebuah tamadun dan membentuk jati diri masyarakat
terutamanya remaja.

Kita dapat buktikan hal ini, dengan memerhatikan sejarah dunia dan tamadun
yang boleh kita dapati dari pembacaan serta pengkajian terhadap suatu struktur
masyarakat dunia. Kita boleh melihat kepada apa yang berlaku kepada negara yang
terkenal dengan kemewahan, kemegahan dan kesenangan seperti Amerika, Britain,

24
dan sebagainya. Dahulunya, masyarakat mereka boleh membangun kerana
mempunyai remaja dan mahsiswa yang mengambil berat akan keadaan negara
mereka. Oleh kerana itu, mereka berusaha untuk membangunkan negara mereka
dengan ilmu pengetahuan serta menjadikan kehidupan seharian mereka lebih
mudah dari sebelumnya dengan berusaha menghasilkan banyak penemuan-
penemuan terbaru termasuklah penemuan dalam bidang biologi, fizik, matematik,
dan sebagainya. Akan tetapi, kita boleh melihat apa yang berlaku dalam dunia
mereka, kehidupan mereka semakin hancur kerana kehidupan yang tidak bermoral,
penuh tekanan, dan mahasiswa mereka rosak dek kerana kemajuan dan
kesenangan yang telah nenek moyang mereka hasilkan.
Usaha untuk membina tamadun manusia perlu satu pendekatan yang holistik
dan sepadu. Tamadun manusia tidak boleh hanya dibina di atas kecemerlangan
tamadun kebendaan semata-mata tetapi metilah diiringi dengan kemajuan spiritual
dan akhlak. Menurut Arnold Toynbee: agama adalah nadi dan inti kehidupan. Ia
adalah cahaya penerang jiwa. Manusia tidak lepas dari agama. Bangsa yang
bertamadun adalah bangsa yang telah mencapai kehalusan tatasusila dan
mempunyai kebudayaan yang luhur bagi seluruh anggota masyarakatnya. Justeru
untuk membina tamadun manusia mestilah dalam seluruh program
pembangunannya tidak meminggirkan nilai akhlak. Ini diperkuatkan dengan ingatan
Ibn Khaldun dalam Kitab Muqadimmahnya yang menyebut kemusnahan sesuatu
tamadun ditandai dengan beberapa perkara, iaitu banyaknya kemewahan,
kehidupan penuh dengan hiburan dan perhiasan, kehidupan cara homoseks di kota-
kota, politik wang, kerana mereka yan memimpin tidak mampu lagi mendapat
kesetiaan dengan sifat-sifat utama yang dibuktikan dan mengajak orang lain kepada
perjuangan, maka berlakulah politik wang. Dengan itu moral masyarakat akan
menuju kepada kemerosotan. Jatuh bangun sesebuah tamadun boleh dinilai dari
ilmu dan golongan muda.

Dari sejarah kita boleh tahu kesilapan kita dan kesilapan orang lain supaya kita
tidak mengulanginya. Dari sejarah juga dapat kita belajar pencapaian dan kemajuan
orang dan bangsa lain supaya dapat kita tiru dan contoh mereka. Malahan kalau
dilihat dari kacamata Islam, sejarah adalah lebih penting dari semua itu. Terlalu
pentingnya sejarah hingga ada ungkapan dalam bahasa Inggeris yang berbunyi
"History repeats itself" atau sejarah sentiasa berulang. Apa sahaja yang berlaku

25
boleh dikaitkan dengan sejarah. Sejarah sahaja sudah cukup untuk mendidik dan
mengajar manusia.

Begitu juga dengan sejarah Islam. Sesungguhnya Islam dapat berkembang


dengan mudah serta cepat, ke serata pelusuk dunia, kerana mutu dan kualiti remaja
Muslim yaitu orang yang menuntut ilmu (mahasiswa) yang mempunyai pegangan
agama yang begitu kuat serta mempunyai kesedaran terhadap tugas mereka. Allah
s.w.t. berfirman dalam memperingatkan manusia akan tugas mereka di dalam surah
Al-Baqarah, ayat 30 yang bermaksud: Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman
kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi.
Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah
Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat
bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa
bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya
Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya.

Maka, generasi awal Islam sedar bahawa remaja dan mahsiswa memainkan
peranan penting dalam mempertahankan Islam, serta pentingnya membina sahsiah
ataupun jati diri sebagai seorang Muslim dan beriman kepada Allah s.w.t. Lihatlah
bagaimana Sayidina Ali karamallahu wajhahu, yang mana usia beliau masih lagi
peringkat kanak-kanak, tetapi sudah berani membela Baginda s.a.w. dengan
menggantikan Baginda s.a.w. di tempat tidur Baginda s.a.w. ketika berlakunya
peristiwa hijrah dari Makkah ke Madinah al-Munawwarah. Alangkah terkejutnya para
musyrikin Makkah yang ingin membunuh Baginda s.a.w. apabila mendapati Sayidina
Ali yang masih lagi usia setahun jagung, berbaring di dalam selimut menggantikan
tempat Baginda s.a.w. Telah tercatat dalam sejarah Islam, berkenaan jasa remaja
Muslim setelah zaman sahabat terdahulu, seperti Imam asy-Syafie rahimahullahu
taala, yang mana telah memimpin masyarakat dengan menyampaikan ilmu agama
sejak berusia 15 tahun lagi. Kita juga mengetahui akan tokoh-tokoh remaja Islam lain
yang amat berjasa bahkan menggegarkan dunia dengan jasa dan ketokohan
mereka, seperti Sultan Muhammad al-Fateh, yang menjadi pembuka kota
Konstantinopel walaupun usia beliau masih lagi remaja. Bahkan Baginda s.a.w. telah
memberi satu alamat tentang beliau ketika beliau belum lagi dilahirkan di muka bumi
ini dengan sabdanya;

26
Sungguh akan dibuka kota Konstatntinopel oleh umat Islam. Maka sebaik-baik
pemimpin adalah pemimpin yang membebaskannya dan sebaik-baik tentera adalah
tenteranya.

Maka, bandinglah diri kita sebagai mahasiswa dengan remaja-remaja penuh


kualiti yang sanggup berkorban demi agama dengan diri kita dan para remaja
sekarang. Oleh kerana jasa merekalah yang memperjuangkan Islam dengan
kejujuran, maka kita dapat mengecapi nikmat Islam yang murni ini. Apakah yang
menyebabkan remaja kita terus mundur apabila dunia sudah menghampiri
pengakhirannya? Bagaimanakah kita ingin mengembalikan kegemilangan remaja
seperti gemilangnya remaja-remaja di zaman Salaf as-Soleh dan di zaman Khilafah
Islamiyah? Oleh itu, ilmu dan pengetahuan merupakan wahan utama dalam
membentuk jati diri mahasiswa dalam menghadapi cabaran dunia dan arus
globalisasi semasa.

Antara iktibar yang boleh diambil daripada kejayaan masyarakat tamadun


awal dalam membina negara yang perlu diambil perhatian oleh mahasiswa ialah
mempunyai ilmu dan kuat berusaha. Dalam keghairahan mengejar kemajuan, kita
jangan alpa tentang pentingnya peranan dan pemupukan nilai akhlak dalam
masyarakat. Tanpa ilmu, nilai akhlak dalam masyarakat tidak akan berfungsi. Akhlak
adalah pengukur kepada kemajuan, kerana ia berperanan penting melahirkan
manusia yang mengamalkan nilai-nilai hidup yang baik serta berperanan mencetus
kemajuan. Pembentukan nilai akhlak harus menjadi agenda nasional dan perlu
kesepaduan usaha dari semua pihak. Untuk membina masyarakat yang berakhlak
kita perlu suasana yang konstruktif kepada nilai itu berkembang dan berusaha untuk
menyekat suasana yang boleh mengikis nilai-nilai akhlak. Kita harus mengingati
selalu kata-kata seorang penyair Mesir, Syauqi Bey yang berkata; "Sesungguhnya
bangsa itu kekal selama berakhlak. Bila akhlaknya telah lenyap, maka lenyap pulalah
bangsa itu".

Selain itu, saya sebagai bakal pendidik akan menerapkan hasil pembelajaran
Tamadun Islam dan Tamadun Asia ini dalam diri saya supaya saya dapat
menggunakannya di masa akan datang. Walaupun zaman semakin maju dan akan
berubah namun konsep dan elemen yang terdapat dalam sejarah dan tamdun
lampau tidak akan digubal sewenang-wenangnya.

27
Oleh itu, sebagai bakal guru saya berasa amat bertuah kerana dapat mempelajari
tentang Tamadun Islam dan Tamadun Asia kerana ia amat berguna untuk saya pada
masa hadapan. Saya berharap saya dapat memanfaatkan ilmu yang telah diberikan
untuk melahirkan insan yang bersahsiah dan mempunyai IQ yang tinggi.

28
4.0 Rujukan

(n.d.). Retrieved from : http://www.ukessays.co.uk/essays/foreign-


languages/tamadun-islam-dan-tamadun-asia.php#ixzz2OBRwn8d8

azlina Osman, M. S. (2008). Sejarah Asia.

Ismail Hussein, A. A.-A. (1989). Tamadun MelayuJilid Dua. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Kaur, D. D. . ( Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan).

Osman Bakar, A. B. (2009). Modul Pengajian Tamadun Islam dan Tamadun Asia.

Pengaruh Globalisasi Terhadap Peradaban. (2010, Februari 28). Retrieved Februari


20, 2013, from www.scribd.com/doc/6520727/Bab-4-Pengaruh-Globalisasi-
Terhadap-Peradaban

T, R. ( 28 , Februari 28 ). Gambaran Pengaruh Budaya Barat. Retrieved Februari 27,


2013, from http://ridhuantee.blogspot.com/2006/06/gambaran-pengaruh-budaya-
barat.html

Tamadun Melayu. (n.d.). Retrieved Febuari 20, 2013, from


http://titasserangkai.blogspot.com/2012/04/tamadun-melayu-sebagai-teras-
tamadun.html

Yaljan, M. (1986). Peranan pendidikan akhlak Islam. Kuala Lumpur: Pustaka Antara.

29

Anda mungkin juga menyukai