Anda di halaman 1dari 11

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


KAMPUS KOTA BHARU, 16109 PENGKALAN CHEPA
KELANTAN DARUL NAIM

MPU3052
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

Nama : MUHAMMAD ASYRAF FIKRI BIN MUHAMAT

No. K/P : 020925-03-1027

Angka Giliran : 2021082340165

Program : PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

Ambilan : JUN 2021

Unit : PIM4

Nama Pensyarah : EN. AB RAZAK BIN SHAFII

Tarikh Hantar : 5 DISEMBER 2021

PENGAKUAN PELAJAR
Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________

PEMERIKSA MODERATOR
Markah Markah

Tandatangan Tandatangan

Cop Cop

Tarikh Tarikh

PENGESAHAN PELAJAR
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan
fahami.

Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________


ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN HALAMAN

1.0 PENGENALAN .................................................................................................................... 4


2.0 PERBANDINGAN TAMADUN MELAYU, CINA DAN INDIA DI MALAYSIA DARI SEGI
SOSIO BUDAYA, EKONOMI DAN PENDIDIKAN ......................................................................... 5
3.0 KESIMPULAN .................................................................................................................... 10
RUJUKAN ..................................................................................................................................... 11

2
PENGHARGAAN

َّ ‫ٱلر ۡح َم ٰـ ِن‬
‫ٱلر ِحيم‬ َّ ِ‫ِ ِب ۡس ِم ٱهلل‬

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Segala puji bagi Allah SWT serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad
S.A.W. Bersyukur saya ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurniaanNya dapat saya menyiapkan
tugasan kerja kursus MPU3052 dengan jayanya. Tanpa keredaan-Nya tidak mampu saya
menyiapkan tugasan ini.

Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah saya
iaitu En Ab. Razak bin Shafii bagi mata pelajaran Tamadun Islam dan Tamadun Asia (MPU3052)
kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan
tugasan ini dengan jayanya.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya
iaitu Wan Saibah Binti Wan Ismail dan Muhamat Bin Samat yang telah banyak membantu saya
menyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah memberikan saya segala kemudahan dan sokongan
moral sehingga saya berjaya menyiapkan tugasan ini.

Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada sahabat-sahabat sekolaborasi yang
banyak membantu saya menyempurnakan tugasan ini. Terima kasih juga kepada semua rakan
seperjuangan saya yang lain. Mereka juga telah banyak membantu saya dengan menjawab
setiap pertanyaan yang saya lontarkan kepada mereka.

Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung sepanjang kerja kursus ini berjalan.

Sekian, terima kasih.

3
1.0 PENGENALAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat yang majmuk iaitu
majoriti kaum di malaysia adalah Melayu, Cina dan India. Ini menyebabkan malaysia
menjadi negara berbilang kaum. Setiap kaum iaitu melayu, cina dan india mempunyai
latar belakang dan budaya yang tersendiri. Pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia
yang berbilang kaum ini berlaku sejak pada abad ke-19 adalah kesan daripada penjajah
yang menginginkan tanah melayu kerana negara kita dapat menguntungkan negara
mereka dari segi geografi. Pada awal abad ke-19, lebih 90% penduduk di Tanah Melayu
adalah Melayu. Namun disebabkan imigrasi kaum Cina dan India secara beramai-ramai
ekoran dasar liberal Inggeris pada awal pertengahan abad ke-19 telah mengubah struktur
kependudukan asal Tanah Melayu. Kesannya, masyarakat majmuk di Malaysia terdiri
darpoada pelbagai etnik yang berbeza dari pelbagai sudut iaitu dari sudut sosiobudaya,
ekonomi dan pendidikan. (wikipedia, 2017)

4
2.0 PERBANDINGAN TAMADUN MELAYU, CINA DAN INDIA DI MALAYSIA DARI SEGI
SOSIO BUDAYA, EKONOMI DAN PENDIDIKAN

SOSIO BUDAYA

Budaya dalam tamadun boleh ditakrifkan sebagai kemajuan dan peradaban (Kamus
Dewan, 2005). Menurut Edward Burnett Tylor, beliau mendefinisikan kebudayaan sebagai
keseluruhan yang kompleks, kebudayaan terdiri daripada ilmu pengetahuan,
kepercayaan, kesenian, akhlak, undang-undang, adat istiadat dan lain-lain yang boleh
dicapai oleh masyarakat (Morish, 1972). Dalam tamadun melayu, perkembangan sosio
budaya banyak berubah di malaysia. Perubahan dari segi adat istiadat perkahwinan
melayu, ini kerana ia berubah mengikut corak budaya mereka sendiri. Sebagai contoh,
dalam perkahwinan melayu, tepak sirih berfungsi sebagai kepala adat dan pembuka
bicara dalam setiap proses yang berkaitan dengan urusan merisik, melamar meminang
dan sebagainya (Hadriah, 2005). Hal ini kerana jika tepak sirih itu tiada semasa urusan
tersebut, ia dianggap sebagai tidak menghormati atau melayani tetamu yang datang.
Contoh lain, perubahan yang berlaku kepada perkahwinan orang melayu ialah kenduri
kendara, hal ini kerana berdasarkan adat istiadat di Johor, setiap majlis perkahwinan
dimulakan dengan rewang (kenduri kendara). Tambahan lagi, tuan rumah yang
menyediakan kenduri itu, akan dibantu oleh jiran tetangga bagi meringankan beban.
Jelaslah bahawa perubahan terhadap adat istiadat perkahwinan tamadun melayu ini telah
diikuti sehingga sekarang di Malaysia.

Dalam tamadun cina pula dari segi sosio budaya yang masih diikuti oleh Malaysia
iaitu adat istiadat perkahwinan. Dari pemikiran konfusianisme, perkahwinan adalah
sangat penting kepada keluarga dan masyarakat. Hal ini kerana untuk meningkatkan
populasi kaum cina. Dalam masyarakat Cina, sesuatu perkahwinan itu perlu dirancang
dan diatur dengan sebaiknya. Hal ini mengikut kepercayaan mereka, pasangan yang
berkahwin tanpa adat istiadat perkahwinan kaum cina atau peraturan mereka dianggap
tidak sah. Dalam majlis perkahwinan, majlis tersebut akan dilakukan setelah setahun
bertunang atau mengikut tempoh yang dipersetujui oleh kedua belah pihak. Semasa
majlis perkahwinan, keluarga pihak lelaki perlu menyediakan katil yang telah
mengandungi angpau, limau dan gula-gula. Dalam masyarakat cina, seorang budak akan
melompat di atas katil sebagai doa untuk mendapat anak dalam masa yang singkat.

5
Jelaslah bahawa masyarakat cina sangat berbeza adat istiadat perkahwinan mereka
berbanding dengan tamadun melayu dan india (Kew, 2015).

Dalam tamadun India, sosio budaya yang masih diamalkan di malaysia ialah adat
istiadat perkahwinan. India masih mengamalkan perkahwinan hindu yang mana ia
mempunyai banyak upacara yang dilakukan semasa dan sebelum majlis berlangsung.
Hal ini kerana masyarakat india terlalu berpegang kepada adat dan budaya sehingga kini
di Malaysia. Sebagai contoh, penyediaan Thaali (Thirumangalyam), yang mana ia
merupakan lambang suci perkahwinan dan ini dikalungkan pada leher kedua-kedua
pengantin. Pihak lelaki akan membawa emas, cendara, kumkum, sirih pinang, dan kepala
serta menyediakan bayaran untuk pembuat thaali. Ini merupakan adat istiadat masyarakat
india tiga hari sebelum melakukan upacara perkahwinan. Jelaslah bahawa adat
perkahwinan india ini masih digunakan di Malaysia dan berbeza dengan adat dan budaya
masyarakat melayu dan cina (Harith Mokhtar, 2015).

EKONOMI

Ekonomi tamadun melayu di malaysia adalah bersifat sara hidup yang biasa iaitu
penanaman padi dan aktiviti perikanan. Hal ini kerana masyarakat melayu menetap di
kawasan pedalaman dan juga ada kelompok yang besar yang menetap di kawasan
berhampiran dengan laut atau pinggir sungai (Awang, 2002). Hal ini juga kerana pada
masa pra-kolonial, masyarakat melayu mendominasi populasi penduduk (Uqbah, Iqbal,
Nordin Hussin, Ahmad Ali Seman, 2005). Sebagai contoh, pada masa ini masyarakat
melayu menangkap ikan dan ditukarkan dengan beras dari kampung yang berada di
pedalaman. Hal ini kerana masyarakat melayu menggunakan sistem bata iaitu sistem
pertukaran barang untuk mencari keperluan makanan yang lain. Di pedalaman pula
terdapat aktiviti peternakan dijalankan untuk mencari keperluan makanan, peternakannya
seperti menternak ayam, itik, kambing dan lembu, dan juga ada di kalangan mereka
menanam buah-buahan. Apabila masyarakat melayu sudah dapat menyesuaikan diri, ada
dikalangan mereka belajar tentang ilmu pelayaran. Hal ini kerana tamadun melayu berada
di persisiran pantai dan boleh menubuhkan kegiatan perdagangan.hal ini menyebabkan
wujudnya perdagangan yang masyhur di kepulauan melayu. Jelaslah bahawa tamadun

6
melayu mempunyai kegiatan ekonomi yang baik berbanding dengan tamadun india dan
cina.

Dalam tamadun cina pula, Menurut tokoh sejarawan iaitu I-Tsing, sejak abad ke 7
lagi masyarakat Cina telah mempunyai hubungan perdagangan dan diplomatik dengan
raja-raja Tanah Melayu. Hal ini kerana penubuhan melaka telah menyebabkan
masyarakat cina dapat berdagang ke negara kita. Semasa berlakunya perdagangan,
masyarakat cina mula membentuk komuniti yang kecil di melaka. Hal ini menjelaskan
bahawa kegiatan orang cina adalah perniagaan, oleh sebab itulah masyarakat cina adalah
masyarakat yang paling kaya. Hal ini dibuktikan oleh artikel Sinar Harian (2021) iaitu Tan
Sri Quek Leng Chan tersenarai sebagai senarai orang paling kaya di Malaysia yang mana
ia merupakan pengerusi Eksekutif Hong Leong Group Malaysia. Masyarakat cina menjadi
ramai akibat daripada penjajahan British ke negara kita, hal ini kerana masyarakat cina
datang untuk mencari pekerjaan dan kekayaan di negara kita. Oleh sebab itulah populasi
masyarakat cina di negara kita semakin banyak kerana mereka bijak dalam urusan
perniagaan.

Dalam tamadun India pula, masyarakat india juga giat dalam aktiviti perdagangan. Hal ini
dibuktikan ketika pembukaan selat melaka, kaum india datang ke tanah melayu untuk
berdagang barangan seperti kain dan peminjam wang. Namun begitu, selepas
kedatangan british, mereka mendapati masyarakat india boleh menjadi sumber buruh. Hal
ini menyebabkan ramai pekerja buruh dari masyarakat India datang untuk bekerja di
kawasan ladang-ladang getah. Hal ini menyebabkan di malaysia sekarang, masyarakat
india sering menjalankan perusahaan dan juga pertanian. Tamadun india semakin
bertambah sebab dari penjajah menggunakan masyarakat india sebagai buruh petani.
Hal ini dibuktikan pada tahun 1921, penduduk kaum india di tanah melayu adalah 14.2
peratus daripada jumlah tanah Melayu (Drabble, 1973).

7
PENDIDIKAN

Pendidikan sangat penting dalam setiap tamadun, hal ini kerana pendidikan
merupakan elemen yang penting dalam menjadikan tamadun tersebut kaya dengan ilmu
dan adab, dan hasilnya tamadun tersebut akan menjadi tamadun yang terbaik. Di dalam
Islam, sumber pendidikan yang utama adalah Al Quran dan Sunnah, kerana dengannya
tidak akan sesat seseorang tersebut apabila menjadikan kedua sumber ini rujukan.

Kedatangan Islam ke Tanah Melayu telah menyebabkan semua masyarakat


melayu dapat menimba ilmu. Hal ini kerana pada masa dahulu, hanya golongan atasan
atau bangsawan sahaja yang dapat pendidikan, bagi golongan yang tidak berkemampuan
pula ia akan diberi pendidikan agama seperti pendidikan di surau dan pondok-pondok.
Hal ini dibuktikan dengan menurut Wilkinson, murid di pendidikan pondok mula belajar,
menguasai dan menghafal perkataan-perkataan Arab supaya dapat dijadikan panduan
membaca doa dan teks arab (Mok Soon Sang, 2000). Maka ilmu agama dan ilmu
keduniaan masyarakat melayu semakin mantap dan hebat sehingga ke hari ini.

Bagi masyarakat Cina pula, fahaman Konfusianisme Baru telah menitikberatkan


ilmu yang dapat diamalkan. Hal ini bermaksud amal merupakan perkara yang lebih
penting berbanding dengan ilmu. Hasilnya, banyak teknologi yang dapat digunakan serta
dibina mengikut kepada keperluan pada waktu tamadun tersebut. Seterusnya, kaum Cina
ini amat menekankan pendidikan serta matlamat utama mereka adalah lulus dalam
peperiksaan. Hal ini dibuktikan dengan ucapan perutusan tahun baharu cina iaitu dimana
saja ada penempatan kaum cina, disitulah juga ada sekolah. seterusnya bukti yang kedua
adalah apabila British tidak membina sekolah bangsa Cina, kemudian mereka mengambil
inisiatif dengan mengumpulkan dana dan kemudian membina sekolah yang diajarkan oleh
guru dari negara Tanah Besar China.

Selain itu, Bagi masyarakat India pula, penekanan kepada perkara yang berkaitan
dengan abstrak. Hal ini kerana kewujudan ilmu adalah kerana kepentingan agama
semata-mata. Sebagai contoh, ilmu berkaitan dengan astronomi, wujudnya ilmu tersebut
kerana masyarakat india melakukan 12 penyembahan terhadap bintang, bulan dan
matahari. Pendidikan masyarakat India sangat kurang, hal ini kerana mereka tidak sedar
dengan kepentingan pendidikan kepada kaum mereka. Namun selepas kedatangan

8
penjajah British, mereka telah membina sekolah bagi memberikan pendidikan kepada
kaum India. Menurut S. Arasaratnam (1970), beliau menyatakan bahawa sekolah-sekolah
Tamil didirikan hanya untuk mematuhi akta buruh serta menjadi sebagai sebuah tarikan
kepada buruh-buruh India untuk datang bekerja. Pada masa ini, sekolah tamil sudah
bertapak di Malaysia dan bersesuaian dengan matlamat falsafah pendidikan negara iaitu
tanpa mengira kaum dan saksama.

9
3.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, setiap tamadun mempunyai ciri-cirinya tersendiri, hal ini kerana


setiap tamadun mempunyai kekurangan dan kelebihannya tersendiri dan menuju kepada
kesempurnaan tamadun tersebut. Di negara kita mempunyai masyarakat yang berbilang
kaum, jika kita dapat menjaga adat dan perpaduan antara kaum, maka kita dapat
merealisasikan masyarakat yang aman damai. Jadi sebagai rakyat malaysia peerlu
menyokong setiap usaha kerajaan dalam membentuk negara yang bersatu padu dari
pelbagai segi. Hal ini dapat direalisasikan dengan wujudnya kesefahaman antara kaum
dan boleh bekerjasama dalam mewujudkannya. Tidak kiralah bangsa tersebut
mempunyai kekurangan yang ketara dan sebagai rakyat malaysia perlulah menghormati
dan membaiki kekurangan tersebut agar Malaysia dapat menjadi negara yang gemilang
dari segi pendidikan, sosio budaya dan ekonomi.

10
RUJUKAN

Wikipedia.(2017). Dasar Ekonomi Baru. Diakses pada 1 DIsember 2021 dari


https://ms.wikipedia.org/wiki/Dasar_Ekonomi_Baru
Kamus Dewan. 2005. Edisi ke 4. Kuala Lumpur: Penerbit Dewan Bahasa dan Pustaka.
Morish, I. 1972. The sociology of education. An introduction. Ruskin House London:
Goerge Allen and Unwin Ltd.
Sinar Harian. (2021). 15 Orang Paling Kaya Di Malaysia. Dicapai daripada
https://www.sinarharian.com.my/article/134585/BERITA/Nasional/15-orang-
paling-kayadiMalaysia
Drabble,J.H.1973. Rubber in Malaya, 1986-1922 : The Genesis of the industry . Kuala
Lumpur : Oxford University Press. pp. 216
Uqbah Iqbal, and Nordin Hussin, and Ahmad Ali Seman, (2015) Sejarah perkembangan
ekonomi Semenanjung Tanah Melayu dan sifat ekonomi masyarakat Melayu era
prakolonial. Jurnal Antarabangsa Alam dan Tamadun Melayu (Iman), 3 (2). pp. 95-
119.
Awang, S. (2002). Dasar-Dasar Ekonomi British Di Tanah Melayu Sejak 1819-1957. Tesis
Sarjana Muda Sejarah, Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia, hlm 1.
Mok Soon Sang. (2000). Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn.
Bhd., edisi ketujuh.
Arasaratnam, S. (1970). Indians In Malaysia And Singapore. Kuala Lumpur: Oxford
University Press
Kew. (26 november 2015). Adat Perkahwinan Masyarakat Cina. Retrieved from
http://malaysiakuterbilang.blogspot.com/2015/11/adat-perkahwinan-masyarakat-
cina.html
Harith Mokhtar. (6 februari 2015). 4.0 Perkahwinan Kaum India. Retrieved from
http://pengajianmalaysiadls1b.blogspot.com/2015/02/40-perkahwinan-kaum-india.html

11

Anda mungkin juga menyukai