Anda di halaman 1dari 9

IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU,

DURIAN DAUN,
75400 MELAKA

KERJA KURSUS
SEMESTER ____2____TAHUN
_____2021______
NAMA PELAJAR: NUR HIDAYATUL SOFEA BINTI JAMAL

ANGKA GILIRAN: 2020142340202

NOMBOR KAD PENGENALAN: 010117-05-0220

KUMPULAN/UNIT: PISMP PENDIDIKAN ISLAM 3

KOD DAN NAMA KURSUS: MPU 3052 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS)

NAMA PENSYARAH: MOHD KHAIRUL BIN ISMAIL

TARIKH HANTAR: 27 FEBRUARI 2021

Pengakuan Pelajar Menerima Medium:-


Maklum Balas Daripada
Pensyarah Individu

Kumpulan
Kuliah
Tanda Tangan Tarikh

Untuk Kegunaan Pemeriksa Sahaja


NO. MARKAH
TUGASAN Pemeriksa 1 Pemeriksa 2 Pemeriksa 3 Markah
1 Selepas
Moderasi
2

3 Markah dalam
100 %
4

JUMLAH

1
PENGHARGAAN

Assalammualaikum W.B.T,

Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah Tuhan sekalian alam yang Maha Pemurah lagi
Maha Penyayang di atas setiap nikmat kesihatan, ketenangan dan kelapangan waktu yang
telah dikurniakan oleh-Nya sehingga saya dapat menyelesaikan tugasan kerja kursus bagi
kursus MPU 3052 Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) dengan penuh jayanya.

Saya menjulang setinggi penghargaan kepada pensyarah kursus ini, En. Mohd
Khairul bin Ismail yang banyak memberi bimbingan dan tidak lelah memberi ilmu kepada
saya sepanjang pengajian kursus ini. Semoga setiap kebaikan beliau dibalas dengan
kebaikan yang lebih baik serta dipermudahkan segala urusan beliau.

Ribuan terima kasih kepada keluarga yang sentiasa di sisi dan tidak jemu
menyokong serta memberi kekuatan kepada saya bagi mengatasi ketidakstabilan emosi.
Terima kasih terutamanya kepada ibu bapa saya yang menyediakan kemudahan yang
lengkap bagi memudahkan perjalanan saya menyempurnakan tugasan ini.

Tidak lupa juga sahabat-sahabat yang sentiasa bersama susah dan senang
sepanjang pembelajaran ini. Mereka juga tidak lelah memperingati saya agar
menyempurnakan tugasan ini dengan sebaiknya serta turut memberi sokongan kepada
saya.

Akhir kalam, saya mengucapkan dengan sepenuh hati ucapan terima kasih kepada
semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penulisan kerja
kursus MPU 3052 ini. Semoga Allah merahmati dan melindungi kalian semua.

2
ISI KANDUNGAN
ISI KANDUNGAN M/S

PENGHARGAAN

1.0 PENGENALAN KONSEP UMUM TAMADUN DAN TAMADUN 4


ISLAM
2.0FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI INTERAKSI DI 4-5
ANTARA KEPELBAGAIAN TAMADUN DI ASIA

3.0PERBANDINGAN KEPELBAGAIAN TAMADUN ASIA ANTARA 5-7


TAMADUN MELAYU, CINA, INDIA YANG TERDAPAT DI
MALAYSIA DARI SEGI SOSIO BUDAYA, EKONOMI DAN
PENDIDIKAN

3.1SOSIO BUDAYA

3.2EKONOMI

3.3PENDIDIKAN

4.0 KESIMPULAN 7

RUJUKAN

3
1.0) PENGENALAN KONSEP UMUM TAMADUN DAN TAMADUN ISLAM

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2014), tamadun membawa erti cara hidup
berkemajuan atau suatu peradaban. Pengertian tamadun dan tamadun Islam
mempunyai perkaitan daripada aspek bahasa dan istilah. Menurut Ibn Khaldun, beliau
telah menggunakan istilah ‘Hadarah’ iaitu sebuah daerah, bandar, kampung atau tanah
yang diusahakan serta istilah ‘Umran’ iaitu membawa erti bandar-bandar atau kota yang
memiliki penempatan, berkembang subur dan maju bagi mendefinisikan tamadun.
Kemudian, takrifan tamadun Islam oleh Syed Muhammad Naquib Al-Attas adalah suatu
keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan
tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya (Che Haslina
Abdullah, 2013). Dalam pada itu, Tamadun Islam adalah bersumberkan wahyu iaitu al-
Quran dan al- Sunnah serta masyarakatnya digelar sebagai Muslim. Ini bermakna,
tamadun Islam tidak didirikan atas peranan atau kepentingan sesuatu bangsa, budaya
atau bersifat kebangsaan semata-mata bahkan Tamadun Islam didirikan atas dasar
kesatuan ummah iaitu saling melengkapi dan berpegang kepada unsur penyatuan iaitu
konsep tauhid.

2.0) FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI INTERAKSI DI ANTARA


KEPELBAGAIAN TAMADUN DI ASIA

Interaksi merupakan hubungan aktif yang saling bertindak balas atau saling
mempengaruhi antara satu sama lain. Interaksi antara tamadun juga sangat penting
kerana ianya adalah tonggak kepada persefahaman dan kerjasama antara tamadun
serta menyebabkan penghasilan kepelbagaian keunikan dan keistimewaan antara
sesebuah tamadun. Dengan itu, terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi interaksi
antara kepelbagaian tamadun di Asia iaitu yang paling utama adalah dari sudut
kedudukan geografi dan aktiviti perdagangan. Bagi kedudukan geografi, sesebuah
tamadun yang kedudukannya strategik mampu memberikan kemudahan perhubungan
dan menjadi laluan utama bagi sesebuah tamadun untuk menjalankan aktiviti
perdagangan. Misalnya, Tamadun Melayu berinteraksi dengan pelbagai tamadun lain
kerana adanya pelabuhan Melaka yang strategik dan terlindung daripada angin monsun
menjadikannya sebagai tempat tarikan dan persinggahan para pedagang bagi

4
menjalankan aktiviti perniagaan di pelabuhan (Siti Hajar Che Man & Ratna Roshida Abd
Razak, 2012). Oleh itu, jelaslah bahawa kedudukan geografik strategik membolehkan
tamadun-tamadun yang terlibat berinteraksi dan menjalankan aktiviti perdagangan
sekaligus mempengaruhi interaksi antara tamadun tersebut.
Seterusnya, aktiviti perdagangan dimana ianya telah memberikan kepelbagaian
terhadap tamadun-tamadun yang terlibat impak daripada hubungan yang wujud
daripada aktiviti tersebut. Tamsilnya, pedagang-pedagang daripada Arab, India dan
China mendatangi Melaka bagi tujuan menjalankan aktiviti perniagaan seperti rempah-
ratus, sutera dan biji timah ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka. Tambahan lagi,
penulisan sejarah pada zaman dinasti Song seperti buku Zhu Fan Zhi (Perihak Negeri-
negeri Asing) menjadi bukti dalam menyatakan bahawa Tamadun China dan Tamadun
Alam Melayu saling melengkapi antara satu dengan lain dalam hubungan perniagaan
(Muhammad Nazri Salim, 2018). Dengan demikian, aktiviti perdagangan mampu
mempengaruhi interaksi antara kepelbagaian tamadun di Asia.

3.0) PERBANDINGAN KEPELBAGAIAN TAMADUN ASIA ANTARA TAMADUN


MELAYU, CINA, INDIA YANG TERDAPAT DI MALAYSIA DARI SEGI SOSIO
BUDAYA, EKONOMI DAN PENDIDIKAN
Dalam konteks Malaysia yang berasal daripada tamadun Melayu serta ketamadunan
China dan India yang telah tersebar ke Tanah Melayu menyebabkan terbentuknya tiga
kaum utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India sehingga membentuk identiti
masyarakat Malaysia yang pelbagai terutama daripada aspek sosiobudaya, ekonomi
dan pendidikan antara masyarakat Melayu, Cina dan India (Mahdi Shuid, 2012).

3.1) Sosio-budaya
Dari aspek perayaan, kaum Melayu akan menyambut Hari Raya Aidilfitri serta
masyarakat Melayu akan ke masjid beramai-ramai untuk menunaikan solat sunat
Aidilfitri dengan mengenakan pakaian baharu yang menutup aurat seperti baju
melayu bagi kaum lelaki mahupun baju kurung bagi kaum perempuan beserta
wangi-wangian iaitu pada pagi 1 Syawal. Sementara itu, masyarakat Cina akan
menyambut perayaan Tahun Baru Cina dimana ianya disambut dengan meriah
dan besar-besaran apabila semua ahli keluarga berkumpul beramai-ramai untuk
makan bersama-sama serta masyarakat Cina akan menggayakan pemakaian
pakaian yang berwarna merah seperti cheongsam ataupun samfoo kerana warna
ini dianggap membawa tuah ataupun disebut dengan ‘ong’. Manakala,
masyarakat India akan menyambut perayaan Deepavali yang disambut secara

5
besar-besaran dan mereka akan ke kuil dengan berpakaian cantik seperti sari
dan kurta bagi memeriahkan lagi sambutan tersebut.
Dari aspek perkahwinan pula, masyarakat Melayu mempunyai amalan
perlaksanaannya yang berbeza mengikut kawasan dan tempat. Misalnya,
budaya amalan perkahwinan Melayu di negeri Perak berbeza dengan amalan
yang dilakukan oleh orang-orang Jawa di Johor (Shaliza Dahsuki, 2017). Tetapi,
kebiasaanya masyarakat Melayu akan melangsungkan akad nikah di masjid
mahupun di pejabat agama dengan disahkan oleh ‘Tok Kadi’ dan saksi.
Sementara masyarakat Cina pula, mereka juga mempunyai adat istiadat
perkahwinan yang tersendiri yang telah dibawa turun-temurun oleh nenek
moyang mereka serta ianya adalah sangat berbeza daripada masyarakat Melayu
dan India. Kebiasaannya, masyarakat Cina ini akan melangsungkan perkahwinan
mereka di gereja dengan diketuai oleh paderi. Manakala, masyarakat India akan
melangsungkan perkahwinan mereka di kuil mahupun tempat-tempat khas serta
budaya masyarakat ini sedikit berbeza daripada Melayu dan Cina dimana dalam
masyarakat ini perempuan yang perlu menikahi lelaki dan menyediakan wang
untuk mengahwini lelaki yang diinginkan.

3.2) Ekonomi
Masyarakat Tamadun Melayu pada zaman Kesultanan Melayu Melaka
dahulu telah berjaya membina satu pusat perdagangan bertaraf antarabangsa
iaitu pelabuhan Melaka yang menjadi pusat persinggahan dan tumpuan para
pedagang Arab, India, China serta bangsa Eropah. Kemudian, masyarakat
Tamadun Cina pula menjalankan perdagangan sutera dan tembikar-tembikar
yang dibawa daripada negara mereka manakala masyarakat Tamadun India pula
menjalankan pertukaran dan perdagangan rempah ratus ketika itu.
Dalam pada itu, kini kaum Melayu kebanyakkannya di kawasan pedalaman
untuk mengerjakan sektor pertanian tradisional dan ada sebilangan masih
menganggur kerana tidak mahu bekerja di bawah panas terik sepertimana nenek
moyang mereka dahulu. Sementara itu, kaum Cina pula ditempatkan di bandar-
bandar dan menjalankan kegiatan perlombongan mahupun perniagaan yang
mana kini masyarakat Cina telahpun mendahului dalam kegiatan ekonomi di
Malaysia serta menjadi salah satu penyumbang kepada peningkatan ekonomi
dan dalam pada masa yang sama menjalankan aktiviti perniagaan dan
perlombongan. Manakala, kaum India pula dahulunya sangat mahir dalam
pertukangan besi dan logam serta kini kebanyakkannya ditempatkan di estet
kerana mereka lebih cenderung ke arah kegiatan perladangan dan penternakan

6
yang juga menjadi penyumbang kepada ekonomi negara terutama dalam
ekonomi kelapa sawit (Zawiah Mat & Mashitah Sulaiman, 2011).

3.3) Pendidikan
Terdapat beberapa perbezaan antara kaum utama iaitu antara kaum
Melayu, Cina dan India dalam aspek pendidikan. Pertama, dahulunya
masyarakat Melayu mempunyai dua pendidikan iaitu secara formal yang
dijalankan di sekolah vernakular Melayu manakala tidak formal dilakukan di
masjid-masjid dan pondok-pondok agama. Bagi masyarakat Cina pula
dahulunya mereka tidak terlalu mementingkan pendidikan sehinggalah
terbinanya sekolah vernakular Cina manakala masyarakat India pula
disebabkan taraf hidup yang miskin terpaksa meninggalkan pendidikan dan
lebih menceburi bidang pekerjaan sehinggalah terbina pendidikan Tamil yang
diadakan di sekolah Tamil. Kedua, pendidikan Melayu adalah bermotifkan
kepada ajaran agama Islam, manakala pendidikan Cina dan India pula
masing-masing mementingkan klasik Cina dan Ilmu Hisap yang asas (K
Ponniah, 2005) serta pendidikan dalam ajaran Islam berkait dengan
persoalan tauhid yang memainkan fungsi penting dalam transformasi
manusia, tetapi dalam ajaran Buddha dan beberapa aliran ajaran Hindu,
transformasi sifat dapat dicapai melalui proses mencari diri sendiri (Ghazali
Darusalam, 2014).
Kini pendidikan negara telah memberikan perhatian terhadap
pendidikan Cina dan Tamil serta menambahbaikkan lagi pendidikan orang
Melayu dengan adanya Sekolah Jenis Kebangsaan bagi kaum Melayu,
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina bagi kaum Cina dan Sekolah Jenis
Kebangsaan Tamil bagi kaum India yang mana kesemua sekolah ini boleh
menempatkan kepelbagaian kaum didalam sesebuah institusi tersebut serta
matapelajarannya adalah lebih luas daripada yang sebelumnya.

4.0) KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, kesan daripada interaksi antaran Tamadun Melayu, Cina
dan India ini telahpun menyebabkan kepelbagaian, keistimewaan serta perbezaan
daalam sesebuah tamadun itu yang sehingga kini masih diterapkan, dikekalkan dan
diamalkan pada era kini di Malaysia. Dengan demikian, jelaslah bahawa kesan

7
pertembungan dan interaksi antara tamadun-tamadun ini mampu menghasilkan
pencapaian yang positif yang boleh diamalkan dan diterapkan dalam masa kini.

RUJUKAN

Che Haslina Abdullah. (2013). Pembinaan Tamadun Islam Seimbang Melalui Psikologi
Islam. Jurnal Hadhari 5 (1) 199 – 213:

Ghazali Darusalam. (2014). MPU3123 Tamadun Islam Dan Tamadun Asia. Selangor:
Open University Malaysia (OUM).

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2014). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

K Ponniah. (2005). Pendidikan Tamil di Malaysia. Diakses pada 20 Februari 2021


melalui http://studentsrepo.um.edu.my/2088/5/BAB_2.pdf

Mahdi Shuid. (2012). Bab 1 Pengenalan Ilmu Ketamadunan. Selangor: Oxford Fajar
Sdn. Bhd.

Shaliza Dahsuki. (2017). Perkembangan Budaya Popular dan Perubahan Sosio-Budaya


Masyarakat Pasca Moden: Adaptasi Budaya Asing Dalam Perkahwinan Melayu.
Melaka: Universiti Teknologi Mara.

Siti Hajar Che Man & Ratna Roshida Abd Razak. (2012). Penawaran Kursus Tamadun
Islam dan Tamadun Asia di Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia: Platform Utama
ke Arah Memperkenalkan Tamadun Cina. Jurnal Sosiohumanika, 5(1) 49-64.

Zawiah Mat & Mashitah Sulaiman. (2011). Interaksi budaya India & Cina ke atas
pengukuhan bahasa dalam Tamadun Melayu. Jurnal Pengajian Umum Bil. (8) 116-140.

8
9

Anda mungkin juga menyukai